Anda di halaman 1dari 16

AL-WALA WAL BARA

Oleh Abdul Manaf Rahmat

Takrif Wala
Wala dari segi etimologi mempunyai beberapa makna di antaranya adalah:Al-Mahabbah Al-Nushrah Al-Qurbu minal asysyai Al-Dunuwwu minhu = Cinta = Pertolongan = Dekat dari sesuatu = Hampir daripadanya

Jadi kekata al-muwalatu adalah lawan dari kekata al-adawaah. Kekata al-muwalatu juga bermakna al-mutabaah (mengikuti) dan aliradh (berpaling).

Takrif Wala
Firman Allah dalam surah Muhammad 47:38:Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini). Kekata tatawallau pada ayat tersebut bererti berpaling. Firman Allah dalam surah Al-Maidah 5:51:Darangsiapa di antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Kekata yatawallahum pada ayat itu bererti yutbiuhum yakni mengikuti mereka.

Takrif Wala
Kekata al-wali dengan timbangan faiil terkadang membawa erti dengan faail iaitu orang yang memimpin. Dan terkadang pula dengan makna maful iaitu orang yang dipimpin. Wala menurut takrif Syara (Agama) ialah kesesuaian sikap hamba dengan apa yang diredai dan disukai Allah, sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan, keyakinan dan peribadi tertentu. Oleh yang demikian, Wali Allah adalah orang yang menyukai apa yang disukai oleh Allah, meredai apa yang diredai oleh Allah. Amalan dan kecenderungannya menuju ke haluan itu dan berkesinambungan.

Takrif Bara
Bara dari segi etimologi mempunyai beberapa makna di antaranya adalah:Al-Budu Al-Tanazzuh Al-Takhallus Al-adawah = Jauh = Menyucikan diri = Berlepas diri = Permusuhan

Kekata Bariiun membawa makna berlepas diri daripada melakukan apa yang wajib dia lakukan untuk orang lain. Sebagaimana firman Allah surah Al-Taubah 9:1
(Inilah Pernyataan) pemutusan perhubungan daripada Allah dan RasulNya (yang dihadapkan) kepada orang-orang musyrikin yang kamu (kaum muslimin) telah mengadakan perjanjian (dengan mereka).

Takrif Bara
Takrif Bara menurut Syara adalah Kesesuaian sikap hamba dengan apa yang dimurkai, dibenci dan tidak diredai Allah, sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan keyakinan dan peribadi tertentu. Oleh itu al-bara al-syari adalah sikap membenci kepada apa yang dibenci oleh Allah secara mulazamah iaitu berterusan dalam keadaan seperti demikian. Pendek kata, Sasaran Wala adalah segala yang diredai oleh Allah. Manakala Sasaran Bara pula adalah segala yang dimurkai oleh Allah. Berdasarkan penjelasan yang tersebut di atas, takrif aqidah Wala dan Bara adalah kesesuaian sikap manusia kepada apa yang disukai oleh Allah dan apa yang dimurkai oleh Allah, yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, keyakinan atau peribadi tertentu.

4 Perkara yang berkaitan dengan Wala dan Bara


Ucapan. Seperti zikir amat disukai oleh Allah, manakala bersumpah pula amat dibenci oleh Allah. Perbuatan. Seperti solat, zakat, puasa, kebajikan, sedekah dan sebagainya kesemuanya ini sangat disukai oleh Allah. Sedangkan riba, zina, minum arak merupakan amalan yang amat dibenci oleh Allah. Kepercayaan (Itikad). Seperti iman dan tauhi sangat disukai oleh Allah. Adapun syirik, kufur, sangat dimurkai oleh Allah. Individu-individu tertentu (al-zawaat). Seperti orang beriman yang mentauhidkan Allah sangat dicintai oleh Allah. Manakala kafir, musyrik, munafik pula amat dibenci oleh Allah.

Kedudukan aqidah Wala dan Bara Martabat aqidah wala dan bara sangat istimewa dalam Islam. Hakikat demikian dapat diketahui melalui tanda-tanda berikut:a)

Aqidah wala dan bara adalah sebahagian daripada pengertian syahadat La ilaha illah. Ungkapan la ilaha mempunyai erti Bara iaitu melepaskan diri atau menyucikan diri dari segala bentuk penyembahan selain daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Nahl 16:36:Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan):Sembahlah Allah dan jauhilah taghut

b)

Aqidah wala dan bara adalah unsur Iman yang paling utama. Aqidah wala dan bara menjadikan sebab seseorang itu merasakan kemanisan dan kelazatan iman.
Aqidah wala dan bara menyebabkan seseorang mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah pada hari Kiamat nanti. Aqidah wala dan bara adalah asas utama untuk membentuk masyarakat Islam.

c)
d) e)

Tanda Wala (sayang) kerana Allah


Tazawur (saling ziarah menziarahi). Ini sebagai tanda untuk menyatakan kasih sayang antara muslim dengan muslim yang lain kerana Allah. Duduk bersama orang-orang mukmin dan berkumpul di dalam jamaah mereka, kerana mereka adalah dalam jamaah yang satu. Sikap demikian juga termasuk di antara tanda wala muslim terhadap muslim lain. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi 18:28:Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhan pada waktu pagi dan petang, dengan mengharap keredaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.

Tanda Wala (sayang) kerana Allah

Amar Maruf dan Nahi Mungkar. Sebagai bukti kecintaan antara sesama mukmin adalah dia akan mengajak mukmin lain agar dapat melakukan perbuatan baik, kerana hal demikian akan membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Selanjutnya mencegah daripada perbuatan dosa, kerana ia akan membawa mudarat. Firman Allah dalam surat Al-Taubah 9:71:Dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (pekerjaan) yangmaruf, mencegah dari yang mungkar.

Tanda Bara (benci) kerana Allah Larangan wala kepada Yahudi dan Nasrani. Sebagaimana Allah menyuruh orang yang beriman agar saling mengasihi sesama mereka kerana Allah, maka Allah juga melarang mereka menyayangi musuh-musuhNya. Firman Allah dalam surah Al-Maidah 5:51:Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu; sebahagian mereka adalah pemimpin sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Tanda Bara (benci) kerana Allah Larangan wala kepada musuh-musuh Allah walaupun mereka keluarga terdekat. Allah melarang hamba-hambaNya yang mukmin agar jangan menjadikan musuh-musuh Allah sebagai pemimpin mereka walaupun hubungan antara mereka dengan kaum kerabat sendiri. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah 58:22:Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulNya, sekalipun orang itu bapa-bapa, anak-anak, atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.

Pembahagian manusia berdasarkan wala dan bara


Pertama. Orang berhak Wala secara mutlak. Mereka beriman kepada Allah dan rasul serta melaksanakan syariat. Pemurniaan ketaatan hanya kepada Allah. Mencintai Rasulullah s.a.w, termasuk juga mencintai ahlul bait, kaum kerabat beliau, sahabat-sahabat yang mulia khususnya para khulafa rasyidun. Oleh yang demikian, orang yang beriman tidak akan sampai membenci sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Kedua. Orang yang berhak wala pada satu sisi, dan berhak bara pada sisi lain. Mereka adalah mukmin yang melakukan maksiat tidak sampai ke tahap kufur akhbar

Pembahagian manusia berdasarkan wala dan bara


Meskipun seperti itu, golongan ini wajib disayangi kerana imannya dan wajib dibenci kerana maksiat yang dilakukan. Kesayangan atau kecintaan kepada mereka menuntut agar menasihati mereka dan mengingkari perbuatan dosa mereka. Ini semua dilakukan dengan amar maruf dan nahi mungkar, sehingga mereka kembali bertaubat kepada Allah. Ketiga. Orang yang berhak bara secara mutlak adalah orang-orang musyrik dan kafir dari kalangan Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya. Hukum ini sama juga terhadap orang-orang Islam yang melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kufur, murtad, mengingkari kewujudan Allah, mengingkari sunnah Nabi, mencaci Islam dan sebagainya.

Kesimpulan
Bukti cinta kepada Allah mestilah dipantulkan dengan mengikuti sunnah Nabi. Jika sebaliknya bermakna benci kepada Allah. Natijah dari mengikuti sunnah Nabi, maka mereka akan mendapat kasih sayang dan maghfirah daripada Allah. Mereka yang mendakwa cinta kepada Allah, tetapi mengikuti sunnah Nabi, hendak mereka segera bertaubat kepada Allah. Orang berpaling daripada Allah dan rasulNya bermakna mereka membenci Allah dan rasulNya. Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah bukanlah sekadar dakwaan mulut semata-mata, tetapi ia adalah satu hakikat yang sangat perlu kepada pembuktian.

Semoga Allah memasukkan kita bersama-sama para anbiya, shiddiqin, syuhada dan solihin. Mendapat perlindungan Allah di dunia dan akhirat. Ya Allah, tambahkan ilmuku dan perdalamkan kefahamanku serta perteguhkan amalku.

Anda mungkin juga menyukai