Anda di halaman 1dari 18

MODUL EKONOMI

MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

PERMINTAAN DAN PENAWARAN Objektif Permintaan 1. mentakrifkan permintaan. melukis keluk permintaan berdasarkan jadual dan rumus permintaan; menghuraikan faktor yang mempengaruhi permintaan; membezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. Penawaran 7. mentakrifkan penawaran; 8. menjelaskan keluk penawaran dan hukum penawaran; 9. menggunakan rumus dan jadual untuk menjelaskan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawarkan; 10. melukis keluk penawaran berdasarkan jadual dan rumus penawaran;
11. menghuraikan faktor yang mempengaruhi penawaran; 12. membezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. 2. 3. 4. 5. 6.

menjelaskan keluk permintaan dan hukum permintaan; menggunakan rumus dan jadual untuk menjelaskan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta;

_______________________________________________________________________________________________

PERMINTAAN DAN PENAWARAN PERMINTAAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Definisi Keluk permintaan Hukum permintaan Rumus Gambar rajah Jadual Faktor yang memepengaruhi keluk Perubahan kuantiti dan perubahan permintaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PENAWARAN
Definisi Keluk penawaran Hukum penawaran Rumus Gambar rajah Jadual Faktor yang memepengaruhi keluk Perubahan kuantiti dan perubahan penawaran

2.1

Permintaan

Definisi: Kuantiti sesuatu barang yang sanggup dan mampu dibeli oleh pengguna pada satu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu. Keluk permintaan
Harga D P2 P1 D Q1 Q2 Kuantiti

Apabila harga barang naik dari P1 ke P2, Kuantiti diminta barang jatuh dari Q2 ke Q1 Apabila harga barang turun dari P2 ke P1, Kuantiti diminta barang meningkat dari Q1 ke Q2 Hukum permintaan Apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan meningkat. Apabila harga naik, kuantiti diminta akan menurun.

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

Sebab keluk permintaan bercerun negatif a). Hukum utiliti berkurangan Utiliti sut yang dinikmati pengguna semakin berkurangan apabila menggunakan sesuatu barang secara berterusan. Kesediaan membayar juga berkurangan - Jadi apabila harga rendah, kuantiti yang diminta terhadap barang itu adalah tinggi. b). Kesan pendapatan benar Apabila harga barang jatuh, pendapatan benar bertambah / kuasa beli bartambah. Maka permintaan terhadap sesuatu barang meningkat. c). Kesan penggantian / kesan harga relatif Apabila harga barang jatuh, harga barang itu lebih rendah berbanding harga barang lain. Maka permintaan terhadap sesuatu barang meningkat Kaedah mencari rumus daripada jadual

Kaedah 1: Qd = a - bP Di mana, Qd = a = b = P =

Kuantiti diminta terhadap barang x pintasan pada paksi harga kecerunan keluk permintaan(Qd/ P) harga barang x Mencari nilai b b = perubahan kuantiti diminta Harga(RM) Kuanti perubahan harga diminta(unit) = (8 - 10) (2 1 ) 1 10 = -2 2 8 ***tanda negatif(-2) menunjukkan hubungan 3 6 yang sonsang antara harga dan kuantiti 4 4 5 2

Rumus yang dibentuk selepas nilai b= -2 ialah Qd = a 2P Gunakan mana-mana tingkat harga dan kuantiti diminta untuk mencari nilai a Qd = a 2P 2 = a - 2(5) a = 12

Rumus yang dibentuk ialah Qd = 12 2P Kaedah 2: Px = a - bQx Di mana, Qx = a = b = Px =

Kuantiti diminta terhadap barang x pintasan pada paksi harga kecerunan keluk permintaan(Qd/ P) harga barang x 2

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

Harga(RM) 1 2 3 4 5

Kuanti diminta(unit) 10 8 6 4 2

Px = a - bQx Gantikan harga = RM1 dan kuantiti = 10 unit. 1 = a b(10) a 10b = 1 (i) Gantikan P=RM2 dan kuantiti = 8 unit 2 = a b(8) a 8b = 2(ii)

penyelesaian secara persamaan serentak; a 10b = 1 __ a 8b = 2 -2b = -1 b = 1/2

Gantikan b = 1/2 dalam (i) a 1 (10) = 1 2 a=6 Persamaan yang terbentuk Px = 6 1 b 2 Atau Qd = 12 2P

Latihan : Dengan menggunakan kertas graf lukiskan keluk permintaan di atas. Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan. 1. perubahan kuantiti diminta (kerana harga barang itu sendiri) Contoh soalan: Dengan bantuan gambar rajah jelaskan kesan kejatuhan harga milo terhadap kuantiti milo. Harga milo
D P2 P1 A B D Q1 Q2 Kuantiti milo

Berdasarkan gambar rajah diaras apabila harga milo jatuh dari P2 ke P1, kuantiti milo akan meningkat dari Q1 ke Q2. 2. Perubahan permintaan (Kerana bukan harga barang itu sendiri) - keluk beralih (ke kanan jika kuantiti meningkat, ke kiri jika kuantiti menurun) - harga tetap - sebab-sebab perubahan iv. Perubahan harga barang lain i. saiz penduduk - barang pengganti ii. Perubahan pendapatan - barang penggenap iii. Perubahan citarasa 3

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012 Harga D1 D2

P1

D1 Q1 Q2

D2 Kuantiti kereta

Apabila harga petrol jatuh, permintaan kereta meningkat. Kereta dengan petrol ialah barang penggenab. Berdasarkan gambarajah apabila harga petrol jatuh, kuantiti kereta yang diminta akan meningkat. Keluk permintaan kereta beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kesannya kuantiti kereta yang diminta akan meningkat, manakala harga tetap di P1 .

2.2

Penawaran Definisi: Kuatiti sesuatu barang yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar pada suatu tingkat harga dalam tempoh masa yang tertentu. Hukum Apabila harga naik kuantiti yang ditawar akan bertambah Apabila harga turun kuantiti yang ditawar akan berkurang
Harga S P2 P1 S Q1 Q2 Kuantiti

Kaedah mencari rumus daripada jadual Qs = a + bP Di mana, Qs = Kuantiti ditawar terhadap barang x a = pintasan pada paksi harga b = kecerunan keluk permintaan(Qs/ P) P = harga barang x Harga(RM) 1 2 3 4 5 Kuanti ditawar(unit) 40 50 60 70 80

Mencari nilai b b = perubahan kuantiti ditawar perubahan harga = (50 - 40) = 10 (2 1 )

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

Rumus yang dibentuk selepas nilai b= 10 ialah Qs = a + 10P Gunakan mana-mana tingkat harga dan kuantiti ditawar untuk mencari nilai a Qs = a + 10P 50 = a + 10(2) a = 30 Rumus yang dibentuk ialah Qs = 30 + 10P Sebab keluk penawaran bercerun positif 1. Pertambahan keuntungan firma 2. Kos lepas meningkat Faktor yang mempengaruhi penawaran 1. Perubahan kuantiti ditawar (Harga barang itu sendiri) Contoh soalan: Dengan bantuan gambarajah jelaskan perubahan yang berlaku apabila harga milo naik.
Harga S P2 P1 S Q1 Q2 Kuantiti milo

Apabila harga milo naik pengeluar akan meningkatkan pengeluaran untuk mendapatkan untung yang lebih. Berdasarkan gambarajah diatas apabila harga milo naik dari P1 ke P2 kuantiti yang ditawar akan meningkat dari Q1 ke Q2.

2.

Perubahan penawaran (Selain harga barang itu sendiri) a) Harga faktor pengeluaran b) Teknologi pengeluaran c) Dasar kerajaan d) Bilangan pengeluar

e) f) b) c)

Jangkaan masa depan Cukai input Subsidi harga input

Contoh soalan: Dengan bantuan gambarajah jelaskan perubahan yang berlaku ke atas penawaran kereta apabila kerajaan mengurangkan cukai input bahan mentah. Apabila cukai input dikurangkan Harga kos pengeluaran jatuh dan S1 penawaran meningkat. Daripada S2 rajah diatas apabila cukai dikurangkan keluk penawaran kereta beralih ke kanan dari S1S1 ke P1 S2S2. Kuantiti kereta meningkat dari Q1 ke Q2 pada tingkat harga tetap di S1 S2 P1 .
Q1 Q2 Kuantiti kereta

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

SOALAN TAHUN LEPAS OBJEKTIF PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA 2008/4 Yang berikut adalah faktor yang mempengaruhi permintaan, kecuali A daya pengeluaran meningkat B kerajaan meningkatkan cukai C keadaan ekonomi dijangka meleset D minat pengguna terhadap barang tempatan meningkat 2009/4 Faktor yang menyebabkan pengurangan permintaan pasaran terhadap barang X ialah peningkatan harga A barang modal B barang neutral C barang bawahan D barang penggenap 2001/6 Yang manakah benar tentang ciri permintaan sesuatu barang? A Apabila harga barang mewah naik, kuantiti barang mewah yang diminta berkurang. B Hubungan antara pendapatan dengan kuantiti diminta bagi barang bawahan adalah negatif. C Keluk permintaan sesuatu barang beralih ke kiri apabila harga barang penggenapnya turun. D Cerun keluk yang menunjukkan perkaitan antara harga sesuatu barang dengan kuantiti barang penggantinya adalah negatif. 2006/4 Antara yang berikut yang manakah yang tidak mempengaruhi permintaan? A Saiz penduduk C Kestabilan politik B Dasar kerajaan D Cita rasa pengeluar 2011/4 Penurunan harga suatu barang menyebabkan kuantiti diminta meningkat kerana A utiliti sut meningkat C pendapatan benar meningkat B kos lepas bertambah D barang penggenap menjadi mahal 2003/3 Perubahan harga barang menyebabkan berlaku perubahan pada A permintaan yang mengakibatkan peralihan keluk permintaan B kuantiti diminta yang mengakibatkan peralihan keluk permintaan C permintaan yang mengakibatkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan D kuantiti diminta yang mengakibatkan pergerakan berlaku di sepanjang keluk permintaan PERUBAHAN PERMINTAAN 2009/3 Yang manakah yang akan menyebabkan keluk permintaan teh beralih ke kiri? A Kenaikan harga teh B Penurunan harga gula C Penurunan harga kopi D Kenaikan pendapatan pengguna 2000/5 Antara penyataan berikut, yang manakah yang tidak akan mengalihkan keluk permintaan bagi kopi? A Kenaikan harga teh B Pertambahan penduduk C Pengurangan harga gula D Pengurangan harga kopi 6

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2004/3 Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk permintaan kereta beralih ke kiri? A Kenaikan harga kereta C Kejatuhan harga petrol B Kejatuhan harga kereta D. Kejatuhan harga pengangkutan awam 2002/3 Yang manakah yang tidak akan mengalihkan keluk permintaan kereta? A Cukai import turun B Harga minyak turun C Tambang bas meningkat D Kerajaan menaikkan harga kereta 2011/8 Barang X dan barang Y ialah barang pengganti. Jika harga barang X meningkat,maka A permintaan barang Y akan menurun C kuantiti diminta barang Y akan menurun B permintaan barang Y akan meningkat D kuantiti diminta barang Y akan meningkat 2002/2 Yang manakah yang tidak menyebabkan perpindahan keluk permintaan dari D1D1 ke D2D2?
Harga

D2 Kuantiti

A B C D

Pertambahan penduduk Perubahan cita rasa pengguna Penurunan cukai pendapatan persendirian Penurunan tingkat harga barang yang diminta

2007/5 Gambarajah di bawah. DD ialah keluk permintaan.


Harga D1 D0

D1

D0 Kuantiti

Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1? A Penurunan cukai persendirian B Penurunan harga barang tersebut C Kenaikan harga barang penggenab D Kenaikan harga barang pengganti

2008/3 Gambar rajah di bewah me nunjukkan DD ialah keluk permintaan bagi pasaran kamera. Jika harga filem meningkat, maka A keluk permintaan akan berpindah dari Harga D1 DoDo ke D1D1 D0 D1 B keluk permintaan akan berpindah dari X DoDo ke D2D2 C permintaan akan berpindah dari titik Y Y ke titik X D1 Z D permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik Z D
D1 2
0

Kuantiti

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2008/5 Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan terhadap suatu barang.
Harga D1 D0

D1

D0 Kuantiti

Berdasarkan gambar rajah di atas, penyataan yang manakah yang benar? A Permintaan terhadap petrol meningkat kerana harga kereta turun B Kuantiti diminta terhadap durian meningkat kerana harganya turun C Permintaan terhadap mentega meningkat kerana harga marjerin turun D Kuantiti diminta terhadap gas meningkat kerana harga dapur gas naik 2011/9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan buah-buahan,
Harga D0 D1

D0

D1 Kuantiti

Apakah faktor yang menyebabkan peralihan keluk ke D1D1? A Kejatuhan harga buah-buahan B Pertambahan bilangan pengeluar buah-buahan C Perkembangan teknologi penanaman buahbuahan D Peningkatan kepentingan buah-buahan dalam diet pengguna

FUNGSI PERMINTAAN 2011/6 Diberikan bahawa fungsi permintaan Qd= 30 - 4P, dengan Qd dan P masing-masing kuantiti diminta (unit) dan harga (RM). Harga asal ialah RM5.00 per unit. Sekiranya harga menurun sebanyak 20% dengan faktorfaktor lain tidak berubah, permintaan akan meningkat sebanya A 2 unit B 4 unit C l0 unit D 14 unit PERUBAHAN KUANTITI DITAWAR 2010/5 Kuantiti barang Z yang ditawarkan akan bertambah apabila A harga barang Z meningkat B C harga input barang Z meningkat D

permintaan barang Z bertambah pendapatan pengguna bertambah

2006/5 Keluk penawaran firma menunjukkan bahawa A semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak untung yang diperoleh B semakin rendah tingkat harga, semakin rendah untung yang diperoleh C semakin tinggi tingkat harga, semakin sedikit kuantiti barang yang diminta D Semakin rendah tingkat harga, semakin sedikit kuantiti barang yang ditawarkan 8

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2005/8 Hubungan antara harga dengan kuantiti yang ditawarkan adalah positif disebabkan A pengeluar yang rasional akan memaksimumkan untung B pengguna yang rasional akan memaksimumkan kepuasan C pekerja yang rasional akan memaksimumkan pendapatan D pengeluar yang rasional akan memaksimumkan pengeluaran PERUBAHAN PENAWARAN 2002/6 Apakah faktor yang menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan? A Kenaikan harga barang berkenaan B Penurunan harga barang berkenaan C Kemelesetan ekonomi dijangka berlaku D Penggunaan teknologi moden dalam proses pengeluaran 2010/3 Mengapakah keluk penawaran beralih ke kiri? A Kos pengeluaran meningkat. C Harga barang berkenaan meningkat.

B D

Bilangan pengeluar bertambah. Teknologi pengeluaran berkembang.

2008/6 Keluk penawaran bagi kereta tempatan akan beralih ke kiri jika A harga kereta tempatan dinaikkan B harga kereta tempatan diturunkan C cukai terhadap kereta import dinaikkan D cukai terhadap pengeluaran kereta tempatan dinaikkan 2003/4 Gambar rajah di bawah menunjukkan S1S1 dan S2S2 ialah keluk penawaran getah asli. Peralihan keluk penawaran dari S1S1 ke S2S2 mungkin disebabkan oleh A kenaikan harga getah tiruan B kenaikan kos pengeluaran getah asli C kejatuhan upah penoreh-penoreh getah D pertambahan dalam permintaan terhadap tayar

2009/4 Gambar rajah di bawah menunjukkan S1 dan S2 adalah keluk penawaran.

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari S 1 S1 ke S2 S2 ? 2005/7 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran suatu barang.

A B C D

Kenaikan harga barang pengganti Pertambahan pendapatan pengguna Penarikan kembali subsidi kerajaan Cukai eksais yang dikenakan oleh kerajaan

Apakah faktor yang menyebabkan keluk penawaran beralih dari SoSo ke S1S1 ? A Kekurangan tenaga buruh C Kejatuhan tingkat harga di pasaran B Kejatuhan pendapatan pengguna D Dua buah firma bergabung dalam pasaran

2010/4 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran kereta.

Peralihan keluk penawaran kereta dari SS, ke S,S, rnungkin disebabkan oleh peningkatan A harga kereta B subsidi petrol C cukai eksais kereta D bilangan pengedar kereta

FUNGSI PENAWARAN 2002/4 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti barang yang ditawarkan pada pelbagai tingkat harga.

Fungsi penawaran barang itu A QS = -18 l0P B QS = -18 + 5P

QS = -32 + 5P

Qs = -32 - 5P

2002/5 Diberikan fungsi penawaran Qs = 150 + 5P dan harga asal RM20.00 per unit. Sekiranya harga meningkat sebanyak 25% dan faktor-faktor lain tidak berubah, maka penawaran akan A berkurang sebanyak 9% C berkurang sebanyak 10% B meningkat sebanyak 9% D meningkat sebanyak 10%

10

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

BAHAGIAN ESEI 2009/9 (a) Apakah maksud permintaan dan penawaran? Contoh jawapan Permintaan ialah kesanggupan seseorang untuk membeli sesuatu barang pada tingkat harga tertentu. Penawaran ialah kesanggupan pengeluar untuk menjual sesuatu barang pada tingkat harga tertentu. 2010/2 Jelaskan dua sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negatif 2005/3 Terangkan dua sebab mengapa keluk permintaan individu bercerun negatif. [2]

[6]

[6]

Sebab keluk permintaan bercerun negatif a). Hukum utiliti berkurangan Utiliti sut yang dinikmati pengguna semakin berkurangan apabila menggunakan sesuatu barang secara berterusan. Kesediaan membayar juga berkurangan - Jadi apabila harga rendah, kuantiti yang diminta terhadap barang itu adalah tinggi. b). Kesan pendapatan benar Apabila harga barang jatuh, pendapatan benar bertambah / kuasa beli bartambah. Maka permintaan terhadap sesuatu barang meningkat. c). Kesan penggantian / kesan harga relatif Apabila harga barang jatuh, harga barang itu lebih rendah berbanding harga barang lain. Maka permintaan terhadap sesuatu barang meningkat

2009/2 Terangkan kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara yang berikut: (a) Peningkatan subsidi diesel oleh kerajaan
Harga S1 S2

[3]

P1 S1 S2 Q1 Q2

Apabila kerajaan menigkatkan subsidi diesal maka kos pengeluaran menurun. Penawaran ikan meningkat. Keluk penawaran beralih ke kanan dari S1S1 ke S2S2. Kuntiti ikan menigkat dari Q1ke Q2 pada harga tetap di P1

Kuantiti kereta

(b) Peningkatan kegiatan pelancongan pantai di kawasan nelayan


Harga S2 S1

[3]

P1 S1 S1 Q2 Q1

Apabila kawasan penangkapan ikan dijadikan kawasan pelancongan maka penawaran ikan menurun. Keluk penawaran beralih ke kiri dari S1S1 ke S2S2. Kuntiti ikan menurun dari Q1ke Q2 pada harga tetap di P1.
Kuantiti kereta 11

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2010/3 Terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit apabila (a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat, Kos pengeluaran akan meningkat dan penawaran kelapa sawit menurun. (b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat, Faktor input meningkat dan penawaran kelapa sawit meningkat kemajuan teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit meningkat. Produktitiviti meningkat dan penawaran minyak kelapasawit meningkat.

[2]

[2]

(c)

[2]

2004/9 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [4]
Harga milo D P2 P1 A B D Q1 Q2 Kuantiti milo

Perubahan kuantiti diminta akaibat perubahan harga barang itu sendiri.Apabila harga barang naik dari P1 ke P2, Kuantiti diminta barang jatuh dari Q2 ke Q1 Apabila harga barang turun dari P2 ke P1, Kuantiti diminta barang meningkat dari Q1 ke Q2. Ditunjukkan oleh pergerakan titik A ke B.

Harga D1 D2

P1

D1 Q1 Q2

D2 Kuantiti kereta

Perubahan permintaan berlaku akibat perubahan faktor-faktor selain harga barang itu sendiri. Contohnya barang penggenab. Apabila harga petrol jatuh, permintaan kereta meningkat. Berdasarkan gambarajah apabila harga petrol jatuh, kuantiti kereta yang diminta akan meningkat. Keluk permintaan kereta beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kesannya kuantiti kereta yang diminta akan meningkat, manakala harga tetap di P1 .

(b)

Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan. [6] (i) Perubahan tingkat pendapatan Apabila pendapatan pengguna bertambah, permintaan terhadap barang juga turut bertambah. Apabila pendapatan pengguna menurun, permintaan terhadap barang juga turut berkurang. (ii) Dasar kerajaan Dasar kerajaan seperti dasar cukai turut mempengaruhi permintaan. Pengenaan cukai oleh kerajaan akan menyebabkan harga barang meningkat seterusnya permintaan terhadap barang 12

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

tersebut akan merosot. Manakala rebat cukai akan menggalakkan pembelian pengguna, maka permintaan terhadap barang tersebut bertambah. (iii) Musim Permintaan terhadap sesuatu barang bergantung pada musim.Contohnya, permintaan terhadap makanan seperti ayam meningkat pada musim perayaan dan permintaan terhadap payung bertambah pada musim hujan. Sebaliknya bukan musim permintaannya jatuh. 2003/ 3 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap permintaan barang keperluan sekiranya pihak kerajaan mengagihkan semula pendapatan negara daripada golongan kaya kepada golongan miskin. Merapatkan jurang agihan pendapatan Pendapatan golongan miskin meningkat Permintaan meningkat terhadap barang keperluan meningkat
Harga D1 D2

[6]

Apabila permintaan terhadap barang keperluan meningkat keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kuantiti meningkat dari Q1 ke Q2 pada harga tetap di P1.

P1

D1 Q1 Q2

D2 Kuantiti kereta

2007/2 Gambar rajah di bawah masing-masing menunjukkan keluk permintaan Milo dan keluk permintaan Horlicks.

Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaskan hubungan diantara milo dengan horlicks, jika harga asal adalah di P0. Pada mulanya harga milo dan harga horlicks pada Po, kuantiti diminta milo pada Q0 dan kuantiti diminta horlicks pada Q 2 .

[6]

Apabila harga milo meningkat dari P0 ke PI, kuantiti diminta milo menurun dari Q 0 ke Q1 Manakala pertambahan permintaan horlicks menyebabkan keluk permintaan horlicks berpindah ke kanan dari DoDo ke D1D1 kuantiti diminta horlicks meningkat dari Q 2 ke Q 3 , manakala harga horlicks tetap pada P0. 13

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2005/10 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang sekiranya (a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara, Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, pendapatan pengguna akan berkurangan. Kuasa beli berkurangan @ permintaan akan berkurangan
Harga D2 D1

[5]

P1 D1

Apabila kemelesetan berlaku, pendapatan menurun, pada harga yang sama P1 kuantiti yang diminta berkurangan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri Kuantiti diminta berkurangan dari Q1 ke Q2
Kuantiti kereta

D2 Q2 Q1

(b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut. Apabila berlaku penurunan cukai import, harga barangan import akan berkurangan, maka kuantiti diminta akan bertambah
Harga D P0 P2 D Q0 Q1 Kuantiti

[5]

Bila cukai turun, harga akan turun dari P0 ke P1 dan kuantiti diminta akan bertambah dari Q0 ke Q1.

2006/9 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk permintaan bagi kek apabila, a) Harga kek meningkat
Harga kek D P2 P1 D Q1 Q2 Kuantiti kek

[3]

Apabila haraga kek meningkat dari P1 ke P2 kuantiti diminta kek berkurang dari Q2 ke Q1

14

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

b) Tiba musim perayaan


Harga D2 D1

[3] Apabila tiba musim perayaan permintaan terhadap kek akan meningkat. Berdasarkan gambarajah keluk permintaan kek beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kesannya kuantiti kek yang diminta akan meningkat dari Q1 ke Q2 manakala harga tetap di P1.
D2 D1 Kuantiti kek

P1

Q1

Q2

C) Cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional


Harga D1 D2

[4]

P1

D1 D2 Q2 Q1 Kuantiti kek

Hubungan kek dengan kuih tradisional ialah barang pengganti. Apabila cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional permintaan terhadap kek akan menurun. Berdasarkan gambarajah keluk permintaan kek beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kesannya kuantiti kek yang diminta akan menurun dari Q1 ke Q2 manakala harga tetap di P1.

15

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

PENAWARAN 2011/2 Jelaskan tiga faktor yang dapat meningkatkan penawaran kereta buatan Malaysia.

[6]

a) Penurunan harga faktor pengeluaran(harga input) Apabila harga faktor pengeluaran jatuh menyebabkan kos pengeluaran kurang kesannya keuntungan firma meningkat dan firma sedia meningkatkan pengeluaran. b) Peningkatan teknologi dalam pembuatan kereta Apabila teknologi meningkat daya pengeluaran meningkat dan pada masa yang sama kos pengeluaran jatuh kesannya firma sedia meningkatkan penawaran kereta. c) Dasar kerajaan untuk membantu industri kereta buatan Malaysia Apabila kerajaan membantu industri pembuatan kereta Malaysia dengan mengurangkan cukai atau memberi subsidi ini akan mengurangkan kos pengeluaran dan firma sedia meningkatkan penawaran/ d) Pertambahan bilangan pengeluar Apabila bilangan pengeluar bertambah secara langsung akan meningkatkan penawaran kereta Malaysia. e) Peningkatan dalam daya pengeluaran sut faktor pengeluaran Apabila faktor pengeluaran diberi latihan dan kursus maka daya pengeluaran meningkat dan seterusnya penawaran kereta meningkat. 2004/4 (a) Bezakan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran.

[2]

Perubahan kuantiti ditawarkan merupakan kenaikan atau kejatuhan kuantiti ditawarkan yang disebabkan oleh perubahan tingkat harga barang itu sendiri. Manakala perubahan penawaran adalah disebabkan oleh perubahan faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran selain tingkat harga barang itu sendiri. Faktor tersebut adalah seperti perubahan kos pengeluaran dan tingkat teknologi. Perubahan kuantiti ditawar ditunjukkan melalui pergerakan titik-titik di sepanjang keluk penawaran yang sama apabila harga barang itu sendiri berubah manakala perubahan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri apabila faktor-faktor selain harga barang itu berubah. 2004/3 Huraikan kesan terhadap penawaran sos cili P di pasaran jika (a) harga cili merah meningkat, Cili merah ialah input untuk menghasilkan sos cili p. Apabila harga cili merah meningkat, ini bermakna harga faktor pengeluaran sos cili p meningkat. Keadaan ini mengakibatkan kos pengeluaran bagi sos cili P naik. Oleh itu, penawaran sos cili p akan merosot.

[3]

(b) harga sos cili Q menurun. [3] Sos cili Q ialah pengganti kepada sos cili p. Apabila harga sos cili Q menurun, harga sos cili Q secara relatifnya menjadi lebih murah berbanding dengan harga sos cili p. Keadaan ini menyebabkan permintaan sos cili p merosot. Oleh itu, pengeluar sos cili P akan mengurangkan pengeluaran menyebabkan penawarannya jatuh.

16

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2006/2 Huraikan tiga faktor yang boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu barang. a)

[6]

b)

c)

d) e)

Peningkatan harga faktor pengeluaran(harga input) Apabila harga faktor pengeluaran naik menyebabkan kos pengeluaran meningkat kesannya keuntungan firma menurun dan firma mengurangkan pengeluaran. Kemunduran teknologi dalam pegeluaran Apabila teknologi mundur daya pengeluaran menurun dan pada masa yang sama kos pengeluaran meningkat kesannya firma mengurangkan penawaran. Dasar kerajaan Apabila kerajaan menaikkan cukai atau megurangkan subsidi ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan firma mengurangkan penawaran. Pegurangan bilangan pengeluar Apabila bilangan pengeluar berkurang secara langsung akan mengurangkan penawaran. Pengurangan dalam daya pengeluaran sut faktor pengeluaran Apabila faktor pengeluaran kurang berdaya saing maka daya pengeluaran menurun dan seterusnya penawaran menurun.

Terangkan kesan ke atas keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara berikut : a) peningkatan subsidi diesel oleh kerajaan
Harga S1 S2

P1 S1 S2 Q1 Q2 Kuantiti kereta

menyebabkan kos pengeluaran berkurang keluk beralih ke kanan dari S1S1 ke S2S2 kuantiti ditawar meningkat dari Q0 ke Q1

b) Peningkatan kegiatan pelancongan pantai di kawasan nelayan


Harga S2 S1

P1 S2 S1 Q1 Q0 Kuantiti kereta

kegiatan penangkapan ikan berkurangan menyebabkan keluk beralih ke kiri dari S1S1 ke S2S2. kuantiti penawaran ikan berkurangan dari Q0 ke Q1

2005/4 (b) Terangkan bagaimana peperangan yang berlaku di negara pengeluar minyak boleh mempengaruhi penawaran minyak di sesebuah negara pengimport minyak. Peperangan yang berlaku di negara pengeluar minyak akan menjejaskan penawaran bekalan minyak di negara tersebut akan berkurangan. Akibatnya penawaran minyak di negara pengimport minyak akan berkurangan. 17

[3]

MODUL EKONOMI
MODUL 3 / SEMESTER 1 / 2012

2005/4 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan teknologi mempengaruhi keluk penawaran.

[3]

Peningkatan teknologi akan mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti dan pengeluaran semakin cekap. Peningkatan teknologi menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan dari SS ke S1S1. Kesannya kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1 pada harga tetap P.

SELESAI

18

Anda mungkin juga menyukai