Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBML1203

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

710716115353001 710716115353 013-9238353 kamustafa71@yahoo.com TERENGGANU LEARNING CENTRE

Isi kandungan 1.0 Pengenalan

muka surat 2

1.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.

2.0 Bunyi Kosonan dalam bahasa Melayu. 2.1 Konsonan Letupan

Rajah : Kosonan letupan [p] dan [b]

Ada Sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat.Konsonan yang dihasilkan dengan ini disebut letupan.Antaranya Konsonan [p] dan [b]:Jika lelangit lembut dinaikn dan bibir dirapatkan,kemudian udara tersekat pada bibir dan udara dipkasa keluar.Jika dengan cepat mulut dibuka , keluarlah [p].Penghasilan kosonan ini dinamakan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar.Jika pita suara bergetar,bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].Selain itu, kosonan [t] dan [d]:

2.2 Konsonan Geseran.

Rajah Konsonan [s]

Konsonan [s]:Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang ronnga tekak untuk mneyekat arus udara ke rongga hidung.Pita suara

direnggang.Arus udara melalui ronnga mulut tanpa menggetarkan pita suara,lalu terhasillah bunyi [s],bunyi geseran gusi tak bersuara.Konsonan [h] juga tergolong dalam jenis kosonan geseran.

Kosonan Getaran.

Rajah Konsonan Getaran [r]

Konsonan [r]:Apabila hujung lidah diletakan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi,lidah bergetar.Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara

Kosonan Sisian.

Rajah Konsonan Sisian [l]

Konsonan [l]-Hujung lidah dinaikan ke gusi dan laluan udara tersekat.lelangit lembut dinaikan dan pita suara bergetar.Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.

2.5. Kosonan Sengauan (nasal)

Rajah Konsonan Nasal [m]

Mempunyai empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu.Nasal sengauan berlaku apabila ada perbezaan berlaku pada daerah udara yang disekat berlaku pada rongga mulut.Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikan. Kosonan [m]-Dua bibir dirapatkan.Bunyi dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir bersuara.Kosonan [n]-Hujung lidah dinaikan ke gusi. 2.6. Separuh vokal. Mempunyai dua jenis bunyi separuh vocal.Separuh vocal dihasilkan dengan kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan membuat luncuran. Bunyi konsonan [w]-keadan awal lidah seperti untuk membunyikan [u],kemudian bergerak pada vocal yang lain.Kosonan [j]-kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti membunyikan [i],kemudian bergerak kepada kedudukan vocal yang lain.

Rajah Konsonan bahasa Melayu

Bunyi vokal dalam bahasa Melayu. Vokal adalah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan.Vokal juga bunyi bersuara.Untuk Menghasilkan vocal,udara keluar melalui rongga orsal tanpa sekatan dan sifat sifat vocal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan bibir.Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu vocal hadapan , vocal tengah dan vokal belakang.(Rujuk gambar rajah di bawah)

Rajah menunjukan Kedudukan Bunyi Vokal Dalam Bahasa Melayu 3.1 Vokal Hadapan.

Rajah Vokal sempit [i], [e] , [ ]

3.1.1 Vokal Hadapan Sempit [i] Untuk menghasilkan vokal hadapan [i] , hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras , lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.Pita suara dirapatkan supaya udara keluar dapat menggetarkan selaput suara.

3.1.2 Vokal hadapan Separuh Sempit [e] Untuk menghasilkan voksl ini , hadapan lidah dinaikakan tetapi rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat alin serupa peranannya.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan dan pita suara dirapatkan. 3.1.3 Vokal hadapan separuh luas [ ] Bunyi ini dapat dihasilkan dengan hadapan lidah dinaikkan separuh luas(lebih rendah daripada membunyikan vokal [e]) yang bergerak kearah lelangit keras iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah.lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. 3.1.4 Vokal Hadapan Luas [a] Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah , seolah-olah terhampar dan mulut kita dalam keadaan terbuka luas.Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras , anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. 3.2 Vokal Tengah 3.2.1 Vokal Tengah Pendek [] Bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut.lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya , pita suara akan bergetar. 3.3 Vokal Belakang. Bunyi vokal Belakang terdapat empat jenis dalam bahasa Melayu iaitu [u , o , a dan ]

Rajah Vokal [u] , [o]

3.3.1 Vokal belakang sempit [u] Bahagian belakang lidah dinaikkan kearah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut , sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. 3.3.2 Vokal Belakang Separuh [o] Belakang lidah dinaikkan separuh empit kea rah lelangit lembut , sementara lelanit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. 3.3.3 Bunyi Vokal Separuh Luas [ ] Belakang lidah dinaikkan separuh kea rah lelangit lembut , lelangit lambut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup hidung dan pita suara digetarkan.

4.0 Perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu. Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang sangat berfungsi. Fonem juga merupakan unit yangbermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Contohnya kata bayang dan layang. Bunyi hampir sama, perbezaan antara dua kata itu ialah fonem [b] dan [l]. Bunyibunyi fonem [b] dan [l] yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Perbezaan fonem dan alofon iaitu dari segi bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian.Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) /.Alofon pula

kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k dan . Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka. Dalam hal ini, alofon k, k dan adalah alofon alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Perbezaan seterusnya antara fonem dan alofon adalah dari segi satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyibunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya:

Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

Pasangan minima terdekat juga boleh menjelaskan perbezaan antara fonem dan alofon.Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sama dalam dua perkataan yang

10

berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem).

Contohnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza.

Variasi bebas juga boleh memperlihatkan perbezaan antara fonem dan alofon.Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Dalam bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan segmen [] . Ciri-ciri Suprasegmental Suprasegmental bahasa ialah unit bahasa yang diabstraksikan dari satu bunyi atau penggalan daripada arus tuturan.Pertuturan boleh direpresentasikan daripada satu penggalan yang terpisah. Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan.. Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.Tekanan dalam ujaran digabungkan dengan ciri yang lain seperti perubahan dalam ton suara dan tempo. Tekanan merujuk 11

kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau bacaan untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberikan perhatian. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Nada Nada merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap dan kadangkala disebut intonasi suara. Justeru, nada merujuk kepada variasi intonasi apabila bertutur. Nada dan tekanan ialah dua elemen yang penting dalam prosodi linguistik.Nada berperanan dalam menentukan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Berdasarkan jenis ayat yang diujarkan, ayat-ayat tersebut boleh berbentuk mendatar, menaik, menurun dan sebagainya. Antara nada yang digunakan dalam ujaran ialah: I. Nada menaik - bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa. II. INada menurun bermakna nada suara diturunkan mengikut masa. III. Nada puncak bermakna nada suara daripada naik kepada turun. IV. Nada dipping bermakna nada suara daripada turun kepada naik. Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka 1,2,3 dan 4 yang membawa maksud yang berikut : Angka 1- menunjukkan nada yang paling rendah Angka 2- menunjukkan nada permulaan ujuran Angka 3-menunjukkan nada tekanan dalam ujuran Angka 4- menunjukkan nada yang paling tinggi 12

1. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1. Contoh 2 Saya hendak3 balik. Di dalam bahasa Melayu juga dinyatakan nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna. Contoh : [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi # ema?]. Mora ( Panjang-pendek) Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang yang digunakan untuk menandakan panjang pendek itu ilah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora manakala [.] bermaksud setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna. Tempo Kita bercakap lama atau sekejap, banyak atau kurang dengan kadar yang cepat untuk tujuan dan sebab yang berbeza-beza. Hal ini mungkin berlaku kerana kita berhadapan dengan situasi yang menghendaki kita melafazkan ujaran sedemikian. Tempo memberikan kesan kepada sesuatu makna untuk memberikan rangsangan dan mendapatkan perhatian. 5.6 Rima

13

Pola tekanan, tempo dan nada secara bersama akan menghasilkan rima. Secara formal, rima digunakan dalam bidang muzik dan puisi. Dalam puisi, rima merujuk kepada bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir sesuatu rangkap seperti syair. Semua ujaran mempunyai rima. 6.0 Kepentingan Ciri-ciri Suprasegmental bahasa Melayu dalam Kemahiran Lisan Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) merupakan salah satu aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan Ciri-ciri suprasegnental amat penting dalam kemahiraan lisan.Contohnya kekeliruan dalam membezakan bunyi. Murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar. terkandun. Oleh itu, ciri suprasegmental iaitu tekanan amat memainkan peranan dalam kemahiran lisan terutamanya kemahiran mendengar. Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau menjadikan percakapan lebih difahami. Dalam kemahiran lisan, murid lemah dalam memahami apa yang didengar. Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengar, ini akan menyukarkan murid membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Oleh itu, ciri suprasegmental iaitu nada atau intonasi percakapan sama ada tinggi atau rendah ton suara boleh memainkan peranan agar murid dapat menangkap dan memahami serta mangaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat. Nada percakapan boleh memberikan perbezaan yang menandakan ujaran tersebut berbentuk ayat penyata atau ayat tanya. Dalam situasi tertentu ada penuntur menggunakan nada berbentuk ayat tanya untuk membuat permintaan, ini pasti menyukarkan pendengar untuk memahami maksud penutur. Sepatutnya penutur menggunakan ayat tanya dengan nada ayat tanya untuk membuat

14

pertanyaan. Nada yang sesuai pastinya memudahkan pendengar memamahi apa yang dimaksudkan seterusnya memberi tindakbalas terhadap apa yang disampaikan. Dalam kemahiran lisan, murid tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya, muridmurid mendengar pesanan guru supaya pesanan itu disampaikan kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak hadir ke sekolakah. Di sinilah ciri suprasegmental iaitu jeda memainkan peranannya. Murid tidak cekap dalam memproses maklumat kerana tidak dapat membezakan makna. Dalam kemahiran lisan terdapat halangan iaitu pertuturan terlalu cepat. Pertuturan yang terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk menangkap butiran pertuturan dan seterusnya mentaksir makna dan maklumat yang hendak disampaikan.Jesteru itu, ciri suprasegmental iaitu mora dapat mengatasi masalah pertuturan yang terlalu cepat. Penutur sepatutnya menggunakan mora iaitu panjang pendek atau kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Panjang pendek kadar sesuatu bunyi itu diucapkan akan mengatasi masalah pertuturan yang terlalu cepat. Penggunaan mora yang sesuai dan tepat pastinya pendengar dapat menangkap butiran percakapan dan seterusnya mentaksirkan makna dan maklumat yang diterima. Gaya pertuturan juga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar. Adakalanya gaya pertuturan seseorang murid menjadikan pendengar sukar memahami apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Ciri suprasegmental iaitu rima boleh mempengaruhi kemahiran lisan murid-murid. Pola tekanan, tempo dan nada secara bersama akan menghasilkan rima. Rima yang digunakan dalam pertuturan akan mempengaruhi gaya pertuturan penutur. Gaya pertuturan yang menarik dan sesuai akan pasti pendengar lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh penutur. Jesteru itu, rima akan menimbulkan komunikasi yang lebih berkesan melalui gaya pertuturan penutur.

15

7.0 Kesimpulan Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.

Rujukan Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. 16

Kuala Lumpur: Fajar Bakti Abdullah Hassan (2007).Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur.PTS Professional. Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Dr Ali Mahmud (2012).Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Selangor. Open University Malaysia. http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

17

18

ATTACHMENT

REFERENCES Authors name (year). Book, Title, Publication

19

Anda mungkin juga menyukai