Anda di halaman 1dari 1

AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH Kursus ini bertujuan memperkenalkan beberapa prinsip umum dalam fiqh Islami yang menjadi sandaran

kepada hukum-hukum cabangan dalam fiqh klasik. Ianya juga bertujuan melatih pelajar supaya mahir dalam formula yang menghubungkan segala persoalan fiqh kepada kaedah-kaedah fiqh tertentu. Di antara perkara-perkara yang akan disentuh adalah pengenalan qawaid fiqh, kedudukannya dalam syariat Islam, kepentingan mempelajarinya, perbezaannya dengan beberapa kaedah lain seperti qaidah usuliyyah, qaidah maqasidiyyah, nazariyyat fiqhiyyah dan dawabit fiqhiyyah. Selain itu kurus ini juga akan memfokuskan kepada sejarah dan sumber kaedah fiqh, kaedah-kaedah besar yang lima serta pemakaiannya dalam hukum-hukum fiqh dan kaedah-kaedah kuliyyah selain kaedah utama tersebut. Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus, pelajar dapat: 1. Menjelaskan definisi kaedah fiqh, faedah mempelajarinya dan sejarah kemunculan serta kitab-kitab yang membahaskannya dalam pelbagai mazhab. 2. Mengenal pasti perbezaan di antara kaedah fiqh dengan kaedah usuliyyah, kaedah maqasidiyyah, dawabit fiqhiyyah dan nazariyyah fiqhiyyah. Menghuraikan kaedah-kaedah fiqh utama (qawaid kubra) 3. dan pemakaiannya yang sebenar terhadap hukum-hukum cawangan dalam pelbagai mazhab. 4. Menganalisis beberapa fatwa silam mazhab empat berdasarkan kaedah-kaedah fiqh yang dipelajari secara berkesan dan terarah. 5. Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh yang berkaitan dalam menangani permasalahan hukum Islam semasa dengan membuat ukuran berdasarkan kaedah-kaedah fiqh tertentu selain sandaran utama kepada ilmu Usul al-Fiqh. Rujukan Al-Suyuti (1979), al-Ashbah wa al1. Nazair, Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah. 2. Muhammad Nuruddin Marbaw alBanjari (2002), al-Durar al-Bahiyyah fi Idah al- Qawaid al-Fiqhiyyah, Kedah: Pustaka Dar al-Salam. Muhammad Sidqi al-Burnu (1998), al3. Wajiz fi Idah