Anda di halaman 1dari 12

Praktikal 1 : Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Siratan Makanan

Pengenalan
Di dalam satu ekosistem terdapat flora dan fauna serta faktor abiotik yang saling bekerjasama dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga, air dan nutrien. Misalnya pengeluar, iaitu tumbuhan mendapatkan tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga tersebut disimpan dalam bentuk karbohidrat. Seterusnya pengguna primer iaitu haiwan herbivor pula memakan tumbuhan lalu berlakunya proses pemindahan tenaga. Tenaga yang diperoleh oleh pengguna primer tersebut pula disimpan dalam bentuk lemak. Proses pengaliran tenaga ini terus berlaku apabila sesuatu organisma itu dimakan oleh yang lain. Namun proses pertukaran tenaga ini berlaku pengurangan di setiap peringkat. Apabila sesuatu organisma tersebut telah mati, organisma tanah pula akan memecahkan organisma organisma yang mati tersebut lalu membekalkan nutrien kepada tumbuhan lain. Tugas ini dijalankan oleh makrofauna dan mikrofauna yang terdapat di tanah. Makrofauna tanah terdiri daripada berbagai jenis fauna dengan panjangnya melebihi 4mm, diameter tubuh melebihi 2mm, sebahagian besar terdiri dari kelompok Arthropoda, Moluska, dan cacing tanah (Suguyarto, 2009). Peranan makrofauna amat penting dalam memelihara sifat sifat tanah dengan bertindak sebagai pengurai yang mengurai tisu tisu organisma yang telah mati kepada saiz yang lebih kecil supaya mudah diuraikan. Menurut Anderson (1994) dipetik dari laman blog bioryzacollage.blogspot.com (2011), makrofauna tanah sangat besar peranannya dalam proses dekomposisi, aliran karbon, penyebaran nutrien, kitar nutrien, bioturbasi dan pembentukan struktur tanah. Di dalam kajian tanah, organisma makrofauna yang besar boleh dikumpulkan dengan menggunakan tangan atau disingkir keluar dengan tapis jaring terbuka. Untuk makrofauna yang kecil pula, Corong Tullgren digunakan dengan cara sampel tanah diletakkan di atas jaring dawai dan lampu dinyalakan. Cecair formalin di dalam bikar diletakkan di bawah corong tersebut dan dibiarkan selama dua hari. Teknik ini
1

mengaplikasikan gerak balas negatif haiwan terhadap cahaya yang terang, kelembapan yang rendah dan suhu yang tinggi. Lampu yang diletakkan di bahagian atas akan menghalau haiwan tersebut untuk bergerak ke bahagian bawah dan akan terjatuh melalui corong. Haiwan tersebut akan terperangkap di dalam cecair formalin tersebut ( Nota Ulangkaji SCE 3107 Ekosistem dan Boidiversiti ). Di dalam praktikal ini, kami menjalankan kajian di dua tapak yang berbeza. Di tapak 1, kawasan tanah berpasir yang mempunyai tahap keredupan yang tinggi dan tanah yang lembap. Kepadatan tanah pula agak longgar dan bertekstur berbatu kecil dan sederhana kasar. Habitat kawasan ini ialah di bawah pokok besar bersebelahan makmal kemahiran hidup di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Tapak 2 pula ialah kawasan tanah berumput yang mempunyai tahap keredupan yang sederhana dan tanah yang kering. Berkepadatan tanah yang sederhana dan tekstur tanah yang sederhana kasar. Habitat tapak tersebut ialah kawasan padang di lereng bukit berhampiran pusat sumber IPGKPP. Kadar pH tanah di kedua dua tapak ialah sama iaitu pada 6.0. Sampel yang diambil ialah bahagian sampah dedaun (O Horizon) dan tanah bahagian atas (A Horizon- tidak melebihi 3cm dalam). Isipadu tanah yang diambil ialah sebanyak 100cm3. Kemudiannya kedua dua sampel tanah ini dimasukkan ke dalam Corong Tullgren berbeza dan dibiarkan selama dua hari. Makrofauna yang besar telah diasingkan terlebih dahulu dengan menggunakan tangan. Hasil kumpulan makrofauna yang dijumpai di kedua dua tapak tersebut direkodkan di dalam jadual berikut.

Keputusan
A) Ciri ciri habitat dan tanah di tapak Ciri-ciri kawasan Jenis vegetasi Tahap keredupan Keadaan tanah pH tanah Kepadatan tanah Tekstur tanah Tapak 1 Tanah berpasir Redup (tinggi) Lembap 6.0 Longgar Berbatu kecil dan sederhana kasar Habitat Bawah pokok besar tepi makmal kemahiran hidup Padang di lereng bukit berhampiran pusat sumber Tapak 2 Tanah berumput Redup (kurang) Kering 6.0 Sederhana Sederhana kasar

Jadual 1 : Ciri ciri habitan dan tanah di tapak 1 dan tapak 2. B) Makrofauna besar Makrofauna besar ini telah diasingkan dengan menggunakan tangan dan dilihat melalui kanta tangan. Mikrofauna yang dijumpai ini dipindahkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Mikrofauna dikenalpasti dengan mengikut kelas dan order berpandukan rujukan gambar di dalam buku dan internet. Bilangan mikrofauna yang dijumpai turut direkodkan.

Bilangan di Makrofauna Kelas Order kawasan 1 = 100cm3 Lipas Semut Lipan tanah Siput Insecta Insecta Chilopoda Gastropoda Blattodea Hymenoptera Geophilomorpha Stylommatophora 2 1 1

Bilangan di kawasan 2 = 100cm3 1 4 1 -

Isipadu tanah Isipadu tanah

Jadual 2: Keputusan bilangan makrofauna besar yang diperolehi dari tapak 1 dan 2.

C) Makrofauna kecil Makrofauna kecil ini telah diasingkan dengan menggunakan teknik Corong Tullgren. Mikrofauna yang dikumpul dari cecair formalin ini dipindahkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Mikrofauna ini turut dikenalpasti dengan mengikut kelas dan order berpandukan rujukan gambar di dalam buku dan internet. Bilangan mikrofauna yang dijumpai telah direkodkan.

Bilangan di Makrofauna Kelas Order kawasan 1 Isipadu tanah =100 Hama Kutu kayu Arachnida Malacostraca Acari Isopoda 1 1

Bilangan di kawasan 2 Isipadu tanah = 100cm3 4 3

Jadual 3: Keputusan bilangan makrofauna besar yang diperolehi dari tapak 1 dan 2.

D) Bilangan individu dari setiap order atau kumpulan per liter tanah dan sampah dedaun. Kajian tanah yang telah dilakukan menggunakan isipadu tanah sebanyak 100cm3 iaitu bersamaan 0.1 liter. Oleh itu Jadual 4 ini menunjukkan anggaran bilangan makrofauna yang mungkin didapati dalam isipadu quadran tanah 1 liter. Formula pengiraan : Bilangan makrofauna X 0.1 liter = Bilangan individu dari setiap order atau kumpulan per liter tanah dan sampah dedaun. Bilangan individu dari setiap order Makrofauna atau kumpulan per liter tanah dan sampah dedaun di Tapak 1 Lipas Semut Lipan tanah Siput Hama Kutu kayu 20 10 10 10 10 Bilangan individu dari setiap order atau kumpulan per liter tanah dan sampah dedaun di Tapak 2 10 40 10 40 30

Jadual 4: Anggaran bilangan individu dari setiap order atau kumpulan per liter tanah dan sampah dedaun

Perbincangan
Soalan 1 Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna dari tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Bolehkah anda mencadangkan mengapa ada mungkin perbezaan. Apakah parameter tanah yang telah kamu ukur untuk membantu menjelaskan perbezaan tersebut? Tidak dinafikan bahawa kepelbagaian mikrofauna akan wujud pada dua lokasi atau tempat yang berbeza disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Sama juga seperti tanah. Tanah juga boleh dikelaskan kepada beberapa jenis yang berbeza seperti tanah berpasir, tanah rumput, tanah poros, tanah halus, tanah liat dan lainlain lagi disebabkan oleh proses modifikasi yang terjadi kepada tanah-tanah

tersebut berpunca dari perubahan iklim, organisma, dan juga topografi atau permukaan muka bumi. Oleh yang demikian, lokasi yang berbeza pasti akan mewujudkan mikrofauna yang berbeza tidak kiralah dari segi bilangan kumpulan atau bilangan indivisu sesuatu spesis yang dijumpai di sesuatu lokasi yang berbeza. Dalam praktikal 1 ini, kami telah menjalankan satu penyiasatan bagi mengenalpasti jenis-jenis mikrofauna yang wujud di dua lokasi yang berbeza iaitu lokasi 1: di kawasan tanah berpasir dan juga lokasi 2: kawasan tanah berumput. Di kawasan tanah berpasir, iaitu berhampiran dengan pokok besar tepi

makmal kemahiran hidup mempunyai tahap keredupan adalah tinggi, tahap kelembapan tanah tinggi, kandungan pH tanah ialah 6.0, kepadatan tanah yang longgar serta tekstur tanah yang berbatu kecil dan sederhana kasar. Manakala kawasan tanah berumput di lereng bukit berhampiran pusat sumber pula mempunyai tahap keredupan yang rendah, tanah yang kering, pH 6.0,

sederhana padat, dan tekstur tanah yang sederhana kasar. Daripada hasil keputusan yang telah kami perolehi, di dapati bilangan mikrofauna di kawasan 2 iaitu kawasan tanah berumput berbanding di kawasan 1 iaitu kawasan tanah pasir. Ini kerana kebanyakan mikrofauna besar yang dijumpai seperti semut banyak terdapat pada permukaan rumput selain kawasan tersebut
6

mempunyai banyak kulit-kulit kayu yang reput menggalak kedatangan mikrofauna kecil seperti hama dan kutu kayu ke kawasan ini.

Soalan 2 Terangkan peranan makrofauna dalam tanah. Tanah merupakan habitat bagi pelbagai jenis hidupan termasuklah

mikrofauna. Oleh itu perlu adanya saling kebergantungan antara mikrofauna dan juga tanah bagi memastikan kedua-duanya dapat berfungsi dengan baik. Antara contoh makrofauna yang habitanya di tanah ialah cacing tanah, arthopoda, semut dan lain-lain lagi. Antara peranan yang dimainkan oleh haiwan makrofauna ini adalah untuk mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur atau laluan kahas bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti seharian seperti mencari makanan, melindungi diri dan membiak. Ini menyebabkan struktur tanah menjadi lebih berongga. Cacing tanah misalnya bergerak dan menyebabkan struktur tanah menjadi berongga secara tidak langsung menyediakan ruang pengudaraan yang baik kepada tanah tersebut selain berfungsi sebagai agen penyubur tanah dimana hasil buangan kotoran cacing tersebut boleh membekalkan nutrient kepada tanah. Semut pula berfungsi untuk penambahbaikan kapasiti atau kandungan tanah untuk menakung air selain mengubah persekitarab fizikal dan kimia tanah. Semut akan membina liang dalam tanah dimana ianya amat diperlukan untuk pertumbuhan akar. Proses penguraian tumbuhan dan haiwan-haiwan yang telah mati dapat dipercepatkan dengan kehadiran mikrofauna ini. Mikrofauna ini akan menyerap organisma-organisma yang telah mati tersebut dan ditukarkan kepada nutrientnutrien seperti kalsium, magnesium, nitrogen, fosforusm, kalium dan sebagainya yang cukup diperlukan oleh tanah.

Soalan 3 Pada rajah siratan makanan yang disediakan, label jenis biota (fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, daun gugur dan lain-lain) dan terangkan pengaliran tenaga sebagai contoh dimanakah ianya mula-mula ditangkap dan dimana ianya tamat atau selesai. (di atas rantaian makanan). Apakah yang akan berlaku kepada nutrien dan tenaga sekiranya organisma yang berada di bahagian atas rantaian makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda. Merujuk kepada rajah jaringan makanan, pengeluar pertama merupakan rumput. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan

menggunakannya untuk proses fotosintesis. Konsumer merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai dan detritivores. Rantai makanan diatas ialah rantai makanan detritus dan rantai makanan grazing. Bagi rantai makanan parasite, organisma peringkat yang berturut-turut menjadi semakin kecil (akar rumput sehingga ke nematode). Manakala bagi rantai makanan biasa, organisma semakin besar. Dalam hal pemindahan tenaga bagi kedua-dua rantai makanan ini tidak ada perbezaan yang besar. Kira-kira 80-90% daripada tenaga daripada setiap pringkat hilang. Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati (burung dan mole), nutrien dan tenaga akan kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Dalam situasi ini, ulat-ulat(nematode) memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi kepada burung dan mole.oleh itu, nutrien dan tenaga kembali berkitar

Soalan 4 Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan tersebut? Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna terdiri daripada organisma yang bersaiz antara 0.1 2 mm seperti protozoa, colembola, dan nematoda. Berfungsi sebagai little transformer untuk menghuraikan bahan-bahan organik melalui penghadaman daripada tumbuhan. Hasil penghadaman tersebut akan dimakan semula oleh organisma mesofauna ini bagi memperoleh kembali nutrien dan bahan-bahan lain untuk menjalankan aktiviti seharian. Ini memberikan keperluan habitat yang baik untuk aktiviti mikrobial dan seterusnya membekalkan nutrien kepada organisma lain yang memerlukannya. Manakala kumpulan organisma yang mikrofauna pula merupakan organisma yang mempunyai saiz kurang daripada 100 mm seperti fungi, bakteria, aktinomisetes. Organisma-organisma ini berfungsi sebagai pengurai melalui pemakanan dan memproses partikel-partikel organik kecil di dalam tanah yang telah mendap. Selain itu juga, mikrofauna juga boleh didapati di dalam usus organisma yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulosa di dalam usus tersebut.

Soalan 5 Rantaian makanan menunjukkan kerumitan biologi, dan oleh itu kesihatan tanah tersebut. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah kita mengubah kesuburan tanah. Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan tanah. salah satunya dengan menggunakan racun organik seperti baja tahi. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah dapat mengelakkan kerosakan ph tanah. Selain itu, Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk digunapakai oleh petani-petani tempatan, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah didapati di negara kita dan murah diperolehi oleh para petani.

10

Selain itu, penggunaan teknologi canggih yang tidak merosakkan tanah seperti jentolak, cangkul dan lain-lain lagi. Teknologi yang memudahkan ini memberikan kebaikan kepada tanah dan petani. Penggunaan pengawalan serangga perosak seperti memelihara ular, burung hantu dapat mengelakkan penggunaan racun perosak kepada tanaman dan sekali gus dapat meningkatkan kesuburan tanah.

Soalan 6 Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. Apakah perkhidmatan ekosistem yang ia kawal?

Biota tanah merupakan sekumpulan organisma yang menjadikan tanah sebagai habitat untuk hidup. Antara contoh-contoh biota tanah ialah cacing, rhizophora, magistophora, bakteria, cendawan, akar tumbuhan dan lain-lain. Biota tanah ini memberi kebaikan kepada struktur dan produktiviti tanah. Kitaran nutrien dalam tanah seperti kitar oksigen nitrogen dan lain-lain yang dihasilkan dapat digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup. Selain itu penguraian bangkai oleh pengurai juga menghasilkan nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk membesar dengan baik.

Kesimpulan Didapati sampel tanah di tapak 2 mempunyai lebih banyak mempunyai makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah di tapak 2. Hal ini kerana di setiap kawasan yang berbeza mempunyai makrofauna yang berbeza bergantung kepada kawasan tersebut.

11

Bibliografi Makro Fauna Tanah. (2011). Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari laman blog http://bioryzacollage.blogspot.com/2011/03/makro-fauna-tanah.html Risky Ridha. (2012.) Biologi Tanah Diperoleh pada 11 Julai http://riskyridhaagriculture.blogspot.com/2012/02/biologi-tanah.html SMK Rantau Panjang. (2010). Ekosistem daratan dan lautan. Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari laman blog http://smrpanjang.blogspot.com/2010/05/ekosistemdaratan-dan-lautan.html Sugiyarto. (2009). Konservasi Makrofauna Tanah Dalam Sistem Agroforestri. Diperoleh pada 11 Julai 2012 dari http://pasca.uns.ac.id/wp2012 dari

content/uploads/2009/02/sugiyarto-konservasi-makrofauna-tanah.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai