Anda di halaman 1dari 6

OUMM3203 JAN06/F/PSMP-SI

BAHAGIAN A

ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1

Etika ditakrifkan sebagai satu prinsip perilaku individu yang diterima oleh masyarakat.

(a)

Takrifan perkataan etika profesional. [2 markah]

(b)

Masalah etika adalah masalah yang saling berkait. Terangkan dan beri SATU (1) contoh. [2 markah]

SOALAN 2

Satu tindakan yang betul secara moralnya adalah tindakan yang menghasilkan kebaikan yang besar kepada sebilangan besar manusia.

(a)

Siapakah yang mempunyai pandangan etika seperti ini? [1 markah]

(b)

Apakah kelemahan-kelemahan pandangan ini. [3 markah]

SOALAN 3

Kecenderongan yang meningkat terhadap tanggungjawab sosial telah menimbulkan beberapa persoalan asas.

(a)

Kepada

siapakah

organisasi

sesebuah

pertubuhan

perniagaan

itu

bertanggungjawab? [2 markah] (b) Apakah hujah-hujah yang menolak tanggungjawab sosial.


1

OUMM3203 JAN06/F/PSMP-SI

[2 markah] SOALAN 4

Bagaimanakah pendekatan organisasi formal melalui pematuhan terhadap perundangan dan etika boleh digunakan untuk mengurus tanggungjawab sosial? [4 markah]

SOALAN 5

Undang-undang boleh digunakan sebagai satu petunjuk untuk membuat keputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengan sesuatu dilema etika.

(a)

Takrifkan perkatan undang-undang [2 markah]

(b)

Undang-undang disokong oleh satu rangka institusi-institusi sosial yang khusus. Nyatakan institusi-institusi berkenaan. [2 markah]

SOALAN 6

(a)

Apakah yang anda faham mengenai kod etika [2 markah]

(b)

Apakah sebab-sebab struktur terhadap wujudnya perilaku yang tidak beretika. [2 markah]

SOALAN 7

Bezakan di antara affirmation action dan preferential treatment dalam konteks amalan kerjaya. [4 markah]

OUMM3203 JAN06/F/PSMP-SI

SOALAN 8

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira apabila menilai prestasi seseorang kakitangan. [4 markah]

SOALAN 9

Seorang pengurus yang melapurkan salah laku syarikat kepada badan kerajaan atau media adalah melakukan peniupan wisel secara luaran.

(a)

Bilakah tindakan ini dibenarkan? [2 markah]

(b)

Adakah terdapat alasan yang sah untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap peniup wisel seperti ini? [2 markah]

SOALAN 10

Bagaimanakah pembahagian dan pemencaran boleh menyebabkan timbulnya perilaku yang tidak beretika di dalam sesebuah organisasi.

[4 markah] [Jumlah: 40 markah]

OUMM3203 JAN06/F/PSMP-SI

BAHAGIAN B

ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1

Apabila individu-individu tertentu berhadapan dengan isu-isu etika, mereka biasanya memerlukan panduan untuk memilih satu bentuk tindakan yang betul. Keputusan terakhir bergantung sebahagiannya kepada pandangan etika seseorang itu.

(a)

Bagaimanakan pandangan utilitarian terhadap etika? [4 markah]

(b)

Immanuel Kent melihat etika daripada hak asasi individu. Apakah maksud beliau ini. [16 markah] [Jumlah: 20 markah]

SOALAN 2

Organisasi dan kerajaan mempunyai posisi yang luas terhadap tanggungjawab sosial. Perhubungan mereka berbentuk dua-hala. Setiap pihak mempengaruhi pihak yang lain melalui beberapa cara tertentu.

(a)

Apakah pendekatan-pendekatan organisasi terhadap tanggungjawab sosial? [5 markah]

(b)

Bagaimanakah sesebuah organisasi dan kerajaan mempengaruhi antara satu sama lain. [15 markah] [Jumlah: 20 markah]

OUMM3203 JAN06/F/PSMP-SI

SOALAN 3 Ada kemungkinan bahawa kakitangan mempunyai tuntutan dan hak moral terhadap majikan mereka mengenai gunatenaga dan gaji mereka. Biasanya, gaji kakitangan adalah ditentukan melalui mekanisma permintaan dan penawaran dalam pasaran.

(a)

Bandingkan di antara gaji sama untuk kerja yang sama dengan gaji sama untuk kerja yang setara. [5 markah]

(b)

Apakah bentuk-bentuk motivasi yang dapat diberikan kepada kakitangan untuk meninggikan kebajikan mereka. [15 markah] [Jumlah: 20 markah]

SOALAN 4

Apabila seseorang menerima tawaran kerja dengan sebuah syarikat, ia dikatakan taat kepadanya kedua-dua sebagai pekerja dan tertakluk pada syarat tertentu, walaupun

(a)

Adakah ketaatan kepada majikan suatu modal obligatori? [5 markah]

(b)

Dalam keadaan manakah peniup wisel terhadap kakitangan sekerja dalam sesebuah organisasi dibenarkan? [15 markah] [Jumlah: 20 markah]

OUMM3203 JAN06/F/PSMP-SI

SOALAN 5

Pengurus yang baik boleh menarik minat orang bekerja dalam perniagaan, menurunkan kadar pertukaran pekerja, mendapatkan ketaatan mereka kepada syarikat dan objektifnya, menjaga dan menambah produktiviti di mana mungkin

(a)

Adakah hak moral kepada pekerja dalam ekonomik kapitalistik? [5 markah]

(b)

Apakah kesan penetapan, relokasi dan penurunan saiz industri kepada masyarakat? [15 markah] [Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT DI SINI