Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk

pentadbiran, agar pentadbiran negara berjalan licin dan dapat diuruskan dengan sempurna. Hal ini tentu sekali dapat menjamin kecekapan, keadilan dan ketelusan pentadbiran. Melalui perlembagaan juga, jaminan taat setia rakyat terhadap ketua kerajaan dan ketua negara dapat dinyatakan secara bertulis dan difahami oleh semua, ertinya rakyat memegang matlamat yang sama. Dengan cara ini, akan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Perlembagaan Malaysia juga dapat menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat tidak mengalami ketakutan dan dapat menjalani hidup dengan rasa selamat dan tenteram. Perlembagaan juga memperuntukkan dengan jelas peranan YDPA dalam memelihara hak istimewa Orang Melayu serta memelihara hak dan keistimewaan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Antaranya dari segi perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan dan lesen perniagaan. Perlembagaan juga menjamin kesepakatan, kerjasama, keadilan dan kepentingan bersama yang terjalin antara kerajaan pusat dan negeri agar pembangunan dapat diselaraskan di seluruh negara tanpa wujud jurang yang ketara.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DISESEBUAH NEGARA. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutandan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin ataupentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalahbertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidakmenjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak menjejaskan bahasa ibunda kaum lain, malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-

dasar yang dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, PerlembagaanPersekutuan Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 513 dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang -undang. Oleh yang demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat dikawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin. Menurut Shamsul Amri Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin kedaulatan institusi beraja, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan undang-undang melalui Perkara 181. Oleh hal yang demikian,kedaulatan rajaraja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia rakyat kepada institusi beraja. Disamping itu, melalui Perkara 10(4) turut menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, islam, orang melayu,kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui lunas-lunas perlembagaan ini, kemakmuran negara kita yang mempunyai pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan menjunjung institusi beraja yang wujud sekian lama.Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undang -undang yangdiluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan undangundang yangbercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah. Sebarang masalah dalam penggubalan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan. Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab 1 Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Pada tahun 1970, ,Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenangwenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini

perlembagaan menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak bolehdipersoalkan oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana keistimewaan ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang melayu ialah Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam perkhidmatan awam,biasiswa kerajaan,pendidikan awam,lesen perdagangan dan permit (Paimah Atoma,2008).

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN KEPADA RAKYAT Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia,tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang. DalamPerkara 8 (1), rakyat bebas menganut dan mengamal agama masingmasing . Selain perkara di atas,terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1) yang menegaskan bahawa tidak boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama,kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh itu,isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambil perhatian serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah13 Mei1969 tidak berulang. Bagi menjamin kesetiaan rakyat, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut menggariskan perkara mengenai unsur taat setia. Perkara 24 menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperoleh kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada Negara ini. Oleh hal demikian, keharmonian serta kemakmuran negara tidak akan tercalar disebabkan perbuatan tidak setia ataupun belot pada negara dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah

unsur yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian,kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa Ishak ( 2006) turut menyatakan, kerajaan yang berperlembagaan dikatakan wujud apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan dan panduan perlembagaan.

RUJUKAN 1) http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/2-kepentingan-perlembagaan.html 2) http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/kenali-malaysia/perlembagaan

RINT MEDIA : INFORMATION CODES INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN) LOCAL CALL NUMBER

070415s2004 my 0 may

9832870763 (pbk) More Information

DS596 K33 2004 Kenegaraan Malaysia / Penyunting Rohani Abdul Ghani, Mohamad Idris Saleh

Title Statement (NR)

PUBLICATION AND DISTRIBUTION AREA PHYSICAL DESCRIPTION AREA MARC21 Subject Added Entry Geographic Name (R) Subject Added Entry Geographic Name (R)

Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2004.

180p. ; 28cm.

Malaysia -- Politics and government.

Malaysia -- History

Added Entry - Personal (R) Rohani Hj. Ab Ghani Added Entry - Personal (R) Mohammad Idris Saleh

http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/2-kepentingan-perlembagaan.html