Anda di halaman 1dari 12

Soalan 1: Analisa dan bincangkan isu-isu berkaitan pengangguran dan cara mengatasinya yang terdapat di dalam akhbar-akhbar utama

di Malaysia.

Kerjaya bukanlah sesuatu yang berlaku hasil daripada sesuatu peristiwa atau pilihan tetapi, ia adalah satu proses yang berlaku sepanjang hidup dan melibatkan pertimbangan kos dan risiko. Ini kerana kerjaya bukan sahaja mempunyai makna serta tujuan malah ia adalah satu aktiviti yang menghasilkan sesuatu yang berharga dan ia berinteraksi dengan hidup kita (Isaacson dan Brown, 2000). Oleh itu, di dalam berkerjaya kita tidak boleh mengabaikan aspek pembangunan. Pembinaan dan pembangunan kerjaya yang lebih mantap akan membawa kepada peningkatan kualiti dan taraf hidup secara langsung. Brown dan Brooks (1990) menjelaskan bahawa pembangunan dan pengembangan kerjaya adalah proses sepanjang hayat yang melibatkan pemilihan berterusan daripada pelbagai jenis pekerjaan yang ada. Penjelasan ini selaras dengan definisi yang diberikan oleh Pryor (1985) yang mengaitkan pembangunan kerjaya dengan satu proses pembuatan keputusan secara berterusan tentang pilihan kerjaya (career choice) (Patton dan McMahon, 1999). Definisi yang lebih luas diberikan oleh Sears (1982) yang menerangkan bahawa pembangunan kerjaya adalah keseluruhan faktor-faktor psikologikal, sosiologikal, pendidikan, fizikal, ekonomi, dan peluang yang bergabung untuk membentuk kerjaya seseorang individu sepanjang hayatnya (Reardon, Lenz, Sampson dan Peterson, 2000). Dengan bekerja individu akan memperolehi pendapatan atau hasil untuk menyara kehidupan sekurang-kurangnya sehingga memenuhi keperluan asas. Faktor ini adalah faktor utama yang mendorong individu menceburi sesuatu bidang pekerjaan walaupun kerja yang dilakukan bukan menjadi pilihan mereka. Faktor untuk memenuhi keperluan ini semakin mendesak sekarang kerana keperluan individu semakin bertambah dari sehari ke sehari selaras dengan perubahan zaman.

Namun tidak semua orang yang ada kerjaya masing-masing. Seperti yang kita sedia maklum masalah utama Negara kita adalah masalah pengangguran. Masalah ini banyak melanda golongan remaja walaupun pada dasarnya mereka telah mendapat ataupun sijil kelayakan. Dalam masyarakat di mana kebanyakan orang boleh mencari nafkah dengan bekerja dengan orang lain, pengangguran adalah masalah serius. Kesan negatifnya termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan kegagalan peribadi, dan kerana itu pengangguran digunakan secara secara meluas untuk mengukur kebajikan pekerja. Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi. Pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 16 ke 64 tahun dan sanggup bekerja. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke Negara ini. Saban tahun Negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum Negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah university dijalankan. Menurut pakar ekonomi Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang menunjukkan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh. Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi Negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja, tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di Negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja member kesan terhadap ekonomi Negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di university. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaaan bahasa asing dan pengetahuan computer. Mungkin juga factor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi Negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan member mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Cara paling biasa digunakan untuk mengukur pengangguran dibangunkan di AS pada tahun 1930an; dan diikuti oleh banyak negara lain atas cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Maklumat diambil daripada aktiviti setiap orang dalam umur boleh bekerja (16 tahun atau lebih di AS) melalui tinjauan bulanan sampel isi rumah yang mewakili keseluruhan populasi. Untuk memastikan ketepatan dan kesenangan pengumpulan data, penemuramah bertanya apa yang mereka lakukan dalam satu minggu. Seseorang yang melakukan apa saja kerja bagi minggu itu dan mendapat bayaran atau keuntungan, bekerja 15 jam atau lebih sebagai pekerja tak berbayar dalam perniagaan keluarga, atau mempunyai kerja di mana dia tidak hadir sementara, dikira sebagai mempunyai pekerjaan. Seseorang yang tidak bekerja tetapi mencari pekerjaan atau diberhentikan sementara dan boleh mengisi sesuatu pekerjaan dikira sebagai menganggur. Pengiraan kadar pengangguran dikira dengan jumlah mereka yang menganggur kemudian dibahagikan dengan jumlah orang dalam tenaga buruh (iaitu jumlah mereka yang bekerja dan tidak bekerja).

Pengangguran boleh disebabkan kepada beberapa faktor termasuk geseran atau normal (friksional), bermusim, berstruktur dan berkitar (cyclical). Pengangguran geseran atau normal berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta; dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur. Friksional ini merujuk kepada ketaksesuaian di antara permintaan dan bekalan buruh. Pengangguran jenis ini berlaku sementara sahaja sehingga pekerja menjumpai pekerjaan yang mereka mahukan. Pengangguran bermusim berlaku contohnya apabila industri mengalami musim yang lembab seperti dalam pembinaan, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai, dan nelayan pula tidak turun ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh. Pengangguran berstruktur muncul daripada ketakseimbangan di antara jenis pekerjaan yang pekerja mahu dan jenis pekerja yang majikan mahu. Ketakseimbangan ini boleh disebabkan oleh kekurangan kemahiran, lokasi, atau karektor peribadi. Pembangunan teknologi misalnya menyebabkan keperluan kemahiran baru dalam banyak industri, menyebabkan mereka yang tidak mengemaskini kemahiran mereka kehilangan pekerjaan. Dan kilang dalam industri yang merosot akan tutup yang menyebabkan pekerja mereka hilang pekerjaan. Pengangguran berkitar disebabkan oleh kekurangan permintaan bagi buruh. Apabila kitaran perniagaan menjunam contohnya dalam kemelesetan ekonomi, permintaan bagi barang dan perkhidmatan jatuh; akibatnya pekerja diberhentikan. Kita semua tahu bahawa sistem pendidikan negara harus mampu membangunkan tenaga kerja yang cemerlang yang berdaya saing, berdisiplin dan mampu menghadapi cabaran. Di sinilah ironinya isu pengangguran di kalangan graduan ini kita seolah-olah terlupa bahawa universiti bukan kilang mengeluarkan pekerja. Pada waktu yang sama, kita harus mempunyai maklumat mengenai sumber guna tenaga (human resource development) bagi negara untuk jangka pendek dan jangka panjang. Blue-print sumber guna tenaga ini tidak harus ada di kementerian berkenaan saja tetapi menjadi sebahagian daripada hala tuju perancangan negara dan panduan pusat pengajian tinggi.

Berdasarkan kajian Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) pada 2009 dan maklum balas industri, enam perkara dikenal pasti sebagai antara factor utama graduan terpaksa menganggur berkaitan gagal memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di Negara ini meningkat dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak. Jumlah penganggur yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemelut yang melanda ekonomi Negara kerana terlalu bergantung kepada perkembangan ekonomi Negara luar seperti Amerika Syarikat. Pihak media massa turut menyiarkan program yang menceritakan pengalaman penganggur yang Berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa polemic pengangguran di Negara ini mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak. Dalam usaha mengatasi ekonomi Negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar Negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan Negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di Negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi Negara berjalan rancak semula. Selain itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program Bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institute kemahiran dengan Negara-negara luat seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggu ini turut menjadikan Negara sasaran utama pelabur asing kelak. Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil kecilan.

Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industry kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan. Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. Langkah awal ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu member ransangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Bantuan kewangan ini perlulah besar yakni menelan billion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan dijalankan secara serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang berpeluang untuk bekerja. Pakej kewangan ini hendaklah diuruskan oleh kerajaan dengna bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh mencambahkan lebih banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah ekonomi Negara akan pesat membangun jika kerajaan menyediakan pakej bantuan kewangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan. Manakala pihak individu pula harus lebih positif mengharungi kegawatan ekonomi ini dengan cuba meningkatkan lagi kemahiran diri mereka seperti menyambung belajar, mengambil kursus jangka pendek dan meningkatkan prestasi diri. Sikap suka meningkatkan kebolehan diri memastikan seseorang pekerjaan it uterus dihargai oleh syarikat dan kemungkinan untuk dibuang kerja amat tipis. Malah, jika mereka dibuang kerja pun, golongan yang positif ini akan mudah menerima kerja baru kerana mereka memiliki kemahiran lain yang sudah pasti diperlukan oleh syarikat lain pula atau mungkin mereka boleh bekerja sendiri berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Lantaran itu, semua orang harus melihat pendidikan sebagai satu proses jangka panjang dalam hidup seseorang itu dan tidak menganggap pelajaran tamat selepas meninggalkan bangku sekolah sahaja.

Salah satu punca pencari kerja menganggur terlalu lama ialah kerana tidak cukup bersedia dari segi strategi mendapatkan pekerjaan. Pencari kerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang cara atau kaedah yang sesuai bagi mendapatkan pekerjaan. Sekitar tahun 60an dan 70an, permintaan terhadap tenaga kerja yang berkelulusan tinggi amat besar sehingga tawaran kerja datang tanpa dipohon oleh mereka yang berkelulusan universiti. Keadaan tersebut telah berubah mulai tahun-tahun 80an sehingga kini, di mana setiap pencari kerja terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka yang bijak dan pro-aktif dalam mencari pekerjaan akan memperolehinya dalam masa yang singkat. Kedudukan semasa ekonomi sesebuah negara telah banyak mempengaruhi permintaan ke atas tenaga kerja. Ketika ekonomi berkembang pesat, banyak industri ditubuh atau diperbesarkan. Pergembangan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja turut meningkat. Sebaliknya pula berlaku apabila ekonomi berada dalam keadaan tidak stabil atau lebih teruk lagi ketika kemelesetan ekonomi negara. Saat-saat seperti ini memerlukan pencari kerja melaksanakan proses pencarian yang berkesan. Minat terhadap sesuatu jenis pekerjaan atau kerjaya boleh menjadi pemangkin kepada kualiti dan kepuasan kerja. Keseronokan bekerja akan meningkat apabila individu berjaya mendapatkan pekerjaan yang diminati. Sebelum memutuskan jenis pekerjaan yang akan dipohon, individu sebaik-baiknya melihat kepada arah minat dan kecenderungan pilihan kerjaya mereka. Faktor minat mempunyai kaitan dengan personaliti diri seperti mana yang telah diterangkan dalam Teori Pilihan Pekerjaan Holland. Minat kepada sesuatu jenis pekerjaan juga boleh dibentuk apabila individu mula berjinak-jinak dengan kerja tersebut walaupun ia terkeluar dari kelayakan akademik yang dimiliki.

Kebanyakan iklan jawatan kosong menyatakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh para pemohon. Syarat-syarat seperti umur, taraf pendidikan, penguasaan bahasa, personaliti diri dan sebagainya merupakan antara ciri pekerja yang diperlukan oleh majikan. Setiap pencari kerja perlu menilai ciri-ciri tersebut dan membentuk diri supaya memenuhi kriteria yang diperlukan. Bagi tiap-tiap jawatan, kebanyakan majikan meletakkan kriteria calon pemohon yang hampir sama. Oleh yang demikian, pencari kerja perlu meneliti setiap keperluan majikan dan menilai semula dengan ciri-ciri diri sama ada bersesuaian atau sebaliknya. Diskripsi kerja adalah tatacara atau prosedur dalam melaksanakan tugas. Ia menerangkan bentuk tugas yang perlu dilaksanakan dan batas tanggungjawab bagi setiap penjawat. Pencari kerja perlu bersedia mengetahui serba sedikit tentang bidang tugas bagi sesuatu jawatan. Kebiasaannya, pengetahuan calon tentang bidang tugas sesuatu jawatan yang dipohon akan diselidiki oleh penemuduga. Tujuan penemuduga berbuat demikian untuk menilai darjah kemahiran, kebolehan dan pengetahuan calon berhubung jawatan yang mereka pohon. Calon yang tahu bidang tugas mereka lebih cerah potensinya untuk mendapatkan jawatan. Namun begitu, ia bukanlah satu jaminan kerana pengetahuan tersebut hanya merupakan salah satu kriteria kecil yang dinilai dalam sesuatu temuduga kerja. Antara kaedah untuk mendapatkan maklumat diskripsi kerja ialah bertanya dengan individu yang berkecimpung dalam sesuatu kerja itu, melihat iklan yang kadangkala turut menyatakan skop tugas, pemerhatian sewaktu berurusan dengan seseorang pekerja, khidmat nasihat kaunselor dan sebagainya. Kebanyakan calon pekerja akan menghadapi dilema untuk menyatakan gaji yang diingini sama ada di dalam resume mahu pun jika ditanya ketika ditemuduga. Kajian secara rambang mengenai kadar gaji atau upah juga penting supaya individu mempunyai maklumat untuk menetapkan gaji yang akan mereka minta apabila memohon sesuatu jawatan. Sesetengah iklan jawatan kosong ada menyatakan tangga gaji yang ditawarkan dan ia boleh menjadi salah satu punca individu menadapatkan maklumat berkaitan kadar gaji atau upah.

Pihak berkuasa sering mencari resolusi yang komprehensif tetapi langkah pertama yang wajar diambil adalah pengenalpastian punca berlakunya pengangguran di Malaysia. Faktor prima yang mendorong pada kejadian tersebut adalah sikap golongan siswazah yang memilih pekerjaan. Kejumudan fikiran bahawa kerja makan gaji mendatangkan hasil yang lebih lumayan meracuni pemikiran golongan siswazah. Mereka inginkan tempat kerja yang mepunyai ambien yang kondusif seperti berdingin hawa, bukannya berada di bawah terik matahari atau bergelumang di lumpur. Malahan, faktor tersebut juga didalangi oleh kewajipan sebagai anak terhadap ibu bapa. Mereka berpendapat bahawa kerja makan gaji lebih profesional. Keputusan tersebut diambil agar dapat menghargai jasa dan sumbangan ibu bapa agar tidak diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Persoalannya,adakah pekerjaan yang dianggap profesional mampu menampung golongan siswazah di negara kita? Di samping itu, kebanjiran pendatang asing turut mengakibatkan kadar pengangguran melonjak.Negara kita menjadi syurga kepada golongan imigran seperti warga Indonesia dan Thailand kerana mereka mendapat kerja dengan mudah terutamanya dalam sektor pembuatan dan perindustrian. Negara-negara tersebut terdiri daripada populasi rakyat yang tinggi sehingga peluang pekerjaan berada pada tahap minima setiap individu. Oleh itu, sektor perladangan, pembuatan dan perkilangan didominasi oleh warga asing. Fenomena yang menjerat rakyat negara ini tentunya mendatangkan implikasi negatif kepada rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana kekosongan yang ada sudah dirampas. Individu yang tidak berkelulusan universiti di negara kita terpaksa mengikat perut bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akibat pengangguran.

Selain itu, punca yang mendorong pada pengangguran adalah kurangnya kemahiran yang fundamental dalam alam pekerjaan. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata membina sempadan antara murid dengan dunia luar secara perlahan-lahan. Oleh itu, golongan siswazah di Malaysia cemerlang dalam aspek teori tetapi lemah dari segi pengaplikasiannya. Contoh yang paling mudah adalah kemahiran komunikasi interpersonal iaitu interaksi seseorang dengan individu yang lain. Kemahiran tersebut amat signifikan jika hendak menjadi seorang pekerja yang mampu memacu kemajuan negara. Kualiti golongan siswazah yang tidak mencakupi pelbagai aspek seterusnya mendorong pada pengangguran. Sementelahan itu, sikap golongan siswazah yang tidak berani mengambil risiko turut mengakibatkan pengangguran secara berleluasa. Perusahaan atau pekerjaan berasaskan modal dan dana diri sendiri tidak diburu kerana dianggap sebagai pekerjaan yang kurang stabil dari segi ekonominya. Deduksinya, setiap individu wajar bekerjasama bagi mencari jalan

penyelesaian yang efektif dan bukannya menuding jari ke pihak kerajaan sematamata. Masalah pengangguran yang dihadapi tidak akan mencapai garis penamat jika masyarakat tidak menggembleng tenaga. Masyarakat disarankan untuk menggenggam erat visi negara iaitu Wawasan 2020 untuk mencapai status negara yang bertaraf 5 bintang. Anjakan paradigma iaitu pencapaian sifar kadar pengangguran merupakan transformasi yang wajar diimplementasikan. Usaha masyarakat yang diadun merupakan resepi kepada pencapaian matlamat tersebut. Warga Malaysia harus sedar bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna apabila masalah ini berlarutan.

10

Usaha mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan diri patut dimulakan sejak individu berada di usia remaja lagi. Penjurusan dan focus individu terhadap sesuatu kerjaya akan membentuk diri mereka supaya memenuhi ciri-ciri kehendak dan keperluan sesuatu jenis pekerjaan itu. Proses mencari kerja juga mestilah dianggap sebagai satu usaha yang serius kerana ia akan menentukan masa depan kehidupan seseorang. Disamping membangunkan sahsiah diri, pencari kerja wajar menyediakan alat-alat yang dapat membantu kejayaan pencarian tersebut. Pengumpulan maklumat kerjaya, perancangan kerjaya, penghantaran surat permohonan, resume, menghadiri temuduga adalah antara alat-alat yang akan membantu pekerjaan dalam proses mendapatkan pekerjaan. calon Kejayaan dalam mendapatkan dan bergantung kepada keberkesanan mengguna

menonjolkan alat-alat tersebut. Pengetahuan dan kemahiran tentang objektif organisasi mengadakan temuduga membantu serta memudahkan calon untuk meramal apakah tindakan yang wajar dilakukan bagi memenangi hati bakal majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada calon. Dalam zaman dimana ramai yang mempunyai kelayakan yang baik masa kini, kerja tidak akan ditawarkan begitu mudah kepada calon tetapi mereka (calon) perlu bersaing untuk mendapatkan tawaran kerja. Secara amnya, proses perancangan kerjaya mempunyai banyak aspek yang perlu diambil kira. Ia bukanlah satu perkara yang senang tetapi melibatkan jangkamasa yang panjang. Dengan mengetahui tahap-tahap pembinaan kerjaya yang tipikal, kita dapat mengatur dan membuat jangkaan yang lebih tepat. Selain itu, individu mampu merancang matlamat kerjaya dalam hidup mereka dengan mempertimbangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keputusan terhadap seseuatu perancangan kerjaya dan membuat persediaan-persediaan yang wajar untuk menghadapi cabaran dan peluang yang bakal ditempuhi nanti.

11

Bibliografi 1. Hergenhahn, B.R. & Matthew H.O ( 1999 ) . An Introduction to theories of personality. New Jersey : Prentice Hall. 2. De Cenzo, David A. ( 1997 ). Human relations: Personal and professional development. New Jersey : Prentice Hall. 3. Muhammad Ali Embi. ( 2001 ). Pendekatan pengurusan sumber manusia masa kini. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. 4. Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim. ( 2000) . pendekatan sosiologi dalam pengurusan organisasi. Sintok : Sekolah Pembangunan Sosial, UUM. 5. Modul Kendiri Pengurusan Kerjaya, UUM
6. http://mindasasterabahasa.com/2010/01/isu-pengangguran-dan-caramengatasinya.html 7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangguran 8. http://www.usm.my/ipptn/fileup/Pengangguran%20Siswazah.pdf 9. http://www.rahsiaebiz.com/self-motivation/cara-mengatasi-masalah-

pengangguran-2.html
10. http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=26890

12

Anda mungkin juga menyukai