Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran: Tunjang : Kemahiran : Tarikh : Masa : Tahun : Bilangan Murid : Alatan

: Pendidikan Jasmani Kemahiran Bola Baling ( Gerak kaki ) 26 Jun 2012 8.00 8.30 pagi Tahun 4 20 orang wisel, skitel, bola, gelung

Objektif : Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Psikomotor : Melakukan kemahiran gerak kaki dengan teknik yang betul.

Kognitif: Menyatakan fasa lakuan kemahiran gerak kaki

Afektif : Menunjukkan komitmen dalam melakukan kemahiran yang dilaksanakan. Menunjukkan semangat bekerjasama dalam pasukan.

Bahagian

Aktiviti

Butiran

Organisasi

1.0 Pengenalan

1.1 Memanaskan badan

- kepala, tangan, jari, pinggang dan kaki - lari pecut 10m, sentuh rumput dan patah balik ( 2 kali ) - lompat bintang ( 20 kali )

2.0 Perkembangan

2.1 Pergerakan Kaki

- lari ulang alik dan lantun bola berhadapan dan sisi (dilakukan secara berpasangan) - sentuh kaki menggunakan kaki (dilakukan secara berpasangan) - sentuh lutut ( dilakukan secara berpasangan)

2.2 Kemahiran pergerakan kaki (jaringan)

* Bergerak dua langkah ke hadapan * Pada langkah terakhir, lonjak tinggi ke hadapan * Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil merendahkan badan untuk menyerap daya.

2.3 Kemahiran pergerakan kaki (mengelecek)

* Badan dicondaongkan sedikit ke hadapan. * Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan * gunakan bola dan lantun

2.3 Kemahiran pergerakan kaki (acah)

* Rendahkan kedudukan badan. * Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu untuk mendapatkan kestabilan pergerakan. * Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerkan. * Tangan diayun mengikut pergerakan kaki. * Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia untuk melepaskan diri. * Gunakan kekuatan bahagian kaki dan kelenturan badan untuk mengacah.

3.0 Kemuncak

3.1 Permainan Kecil

Permainan seperti sebenar - murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan hanya 7 orang dibenarkan bermain untuk satu satu pasukan - Pemain boleh ditukar pada bila bila masa dan tanpa had - Jaringan dikira jika bola masuk kedalam gelung - Peraturan permainan seperti biasa

4.0 Penutup

4.1 Sejukkan badan

- regangan kaki, pinggang, jari, tangan dan kepala - gaya lalang ditiup angin - gaya pokok melambai - gaya mabuk - tarik nafas ( 3 kali )

4.2 Refleksi

- sesi soal jawab - ulangkaji kemahiran yang telah dipelajari - penambahbaikan

Anda mungkin juga menyukai