Anda di halaman 1dari 5

http://safrz.blogspot.com/p/sejarah-ringkas-permainan-sepak-manggis.

html

SEJARAH RINGKAS PERMAINAN SEPAK MANGGIS


Tidak ditemui fakta yang jelas berkenaan sejarah tepat kewujudan sukan Sepak Manggis ini dikalangan masyarakat bajau. Hanya cerita turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang mengatakan permainan ini ada hubungkait dengan sosiolisasi masyarakat setempat. Yang jelasnya permainan sepak manggis ini amat berkait rapat dengan permainan sepak takraw atau sepak raga dikalangan masyarakat kaum melayu. Juga tiada fakta yang jelas mengapa sukan ini dinamakan Sepak Manggis. Cuma melalui perbualan dengan tokoh-tokoh lama masyarakat ini mangatakan perkataan Sepak Manggis bermaksud menendang bola tinggi mengenai sasaran membawa semangat yang tinggi masyarakat kaum ini. Seorang tokoh mengatakan perkataan Sepak berasal dari perkataan bahasa melayu merujuk kepada permainan sepak raga. Mankala Manggis pula sebagai bidalan bakul berhias yang digantung tinggi seperti buah manggis. Manakala isi putih manis manggis diandaikan seperti bahan-bahan di dalam bakul tadi disediakan dengan rasa kegembiraan, keseronokan dan keikhlasan tuan rumah untuk diberikan kepada siapa-siapa sahaja yang berjaya menurunkan bakul tersebut. Konsep menimang bola rotan dalam kumpulan beberapa orang pemain dalam permainan sepak raga hampir sama dengan corak permainan Sepak Manggis. Bezanya Sepak Manggis ada sasaran tinggi yang hendak dituju. Bagaimanapun ada sumber mengatakan awal kewujudan permainan Sepak Manggis ini ialah menimang bola dalam kumpulan sebelum seorang pemain dikalangan mereka menendang tinggi bola tersebut mengenai sasaran. Dari semasa ke semasa permainan ini dipermudahkan hinggalah ke hari ini kita lihat seorang peserta membuat balingan kearah rakannya kemudian menimang bola tersebut tinggi kearah sasaran. Bagaimana sukan ini boleh diterima dalam masyarakat bajau? Ada yang mengatakan bahawa bola yang diperbuat daripada anyaman rotan yang mudah diperolihi dan boleh dianyam tersebut menjadi kuncinya. Sosioekonomi masyarakat bajau dalam daerah Kota Belud kebanyakannya hidup sebagai nelayan dan petani. Daripada rotan masyarakat bajau membuat bola raga. Permainan menimang bola raga ini mudah diaplikasikan oleh masyarakat bajau khasnya dikalangan kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Cara

permainannya yang mudah tanpa perlu gelanggang atau dewan yang mahalmahal serta boleh dimainkan dimana-mana sahaja sama ada dihalaman rumah, kawasan padang rumput atau tepi pantai membolehkan permainan ini menjadi pilihan utama masyarakat ini. Masyarakat bajau juga terkenal sebagai nelayan yang mahir. Malahan nelayan juga merupakan sumber ekonomi mereka yang utama selain bertani. Tidak hairanlah jika terdapat anak-anak muda menimangnimang bola raga ini dikawasan pantai kerana pantai juga merupakan satu lokasi yang amat sesuai untuk memainkan permainan sepak Raga (menimang nimang bola raga).Sepak raga ini menjadi sukan komuniti masyarakat ini pada setiap petang atau hari-hari lapang mereka. Ada juga mengatakan sepak raga selalu dimainkan oleh anak-anak muda bagi mengisi masa lapang sementara menunggu majlis dimulakan. Lazimnya majlis-majlis perkahwinan atau apa-apa majlis keramaian membuatkan ramai anak-anak muda berkumpul. Tidak mustahil Sepak Manggis ini timbul ekoran budaya anak-anak muda yang suka menimang bola raga sementara menunggu majlis dimulakan. Bertepatan pula Sepak Manggis dewasa ini dimainkan bagi memenuhi ruang masa sebelum tuan rumah memulakan majlis bersanding. Kini sepak manggis bukan sahaja menjadi satu kemestian kepada masyarakat bajau apabila mengadakan majlis-majlis keramaian, malahan kini sukan ini sudah diterima pakai sebagai salah satu daya tarikan yang baik ke daerah Kota Belud disamping sukan berkudanya. Sepak Manggis satu sukan yang mewakili budaya dan tatacara kehidupan masyarakat bajau, bukan sahaja didaerah Kota Belud malahan beberapa daerah berhampiran seperti Tuaran dan Kota Marudu. http://wayaantokou.blogspot.com/2006/07/sepak-manggis-kota-belud.html Sepak Manggis adalah satu sukan tradisi yang diadakan semasa pesta karamaian, seperti majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan, sepak manggis ini akan diadakan di kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin. Permainan ini melibatkan satu tiang yang diperbuat daripada bambu. Bambu itu dipacakkan di atas tangga dengan ketinggian lebih kurang 25 kaki. Di atas bambu tersebut, diperbuat satu pacak yang menggantung satu kotak yang dihiasi dengan kain/kertas berwarna warni. Di dalam kotak itu, dimasukkan hadiah menarik, yang biasanya berupa wang ringgit. Permainan ini dimainkan dengan seorang menendang bola "sepak takraw" yang diperbuat daripada rotan dengan menendang cara bermain sepak takraw. Bezanya ialah bola itu akan ditendang ke atas, dan sasarannya ialah kota berwarna-warni yang mengandungi wang hadiah di atas.

Sebelum dimainkan permainan ini, mempelai lelaki dan perempuan akan merasmikannya dengan berjalan mengelilingi tiang bambu itu, bersama-sama dengan pengapit-pengapit mereka sebanyak tujuh (7) kali. Ini akan diikuti dengan pengantin lelaki itu sendiri akan menendang bola takraw itu, yang dibalingkan oleh pasangan/isterinya. Percubaan boleh dibuat sebanyak tujuh (7) kali. Ini sekaligus dapat menarik perhatian orang ramai dan menandakan bahawa permainan sepak manggis ini telah bermula. Peraturannya ialah agak terbuka. Sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun kaum wanita agak keberatan untuk menyepak bola tersebut. Pun begitu, adat istiadat mahukan supaya kanak-kanak yang kecil memulakan, dan kemudiannya diikuti oleh remaja, dan akhirnya orang dewasa. Selepas itu, ia terbuka kepada sesiapa sahaja. Sesiapa yang menendang bola itu dan berjaya mengenakan sasaran kota berwarna-warni, maka dialah yang akan mendapat hadiah tersebut. Oleh kerana tiang bambu itu tinggi, maka adalah agak sukar bagi mereka untuk menepati sasaran. Permainan ini boleh dibuat sepanjang hari, sehinggalah ada yang berjaya menepati sasaran. Hadiahnya agak lumayan dan biasanya hadiah itu disediakan oleh pengantin lelaki. Adalah dipercayai pada Majlis Perkahwinan di Tempasuk 1 itu, hadiahnya berupa wang tunai sebanyak RM1,000.00. Permainan sepak manggis ini adalah sukan tradisi warisan masyarakat Kadazandusun Tindal dan Bajau yang tinggal berhampiran. Budaya kedua-dua masyarakat ini telah diadunkan dan permainan sepak manggis ini diwujudkan sebagai satu acara memeriahkan suasana sambil memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan. Sukan ini adalah sangat menarik dan mempunyai unsur-unsur budaya yang simbolik. Ianya harus diteruskan, dipromosi dan diwarisi oleh generasi muda, baik masyarakat Kadazandusun mahupun masyarakat Bajau.

http://sepakmanggis.blogspot.com/2011/04/sejarah-sepak-manggis.html SEPAK MANGGIS Sejarah Sepak Manggis merupakan satu sukan tradisi dari suku kaum Bajau dan Dusun Tindal dari Kota Belud, Sabah. Sukan Tradisi ini akan dimainkan semasa pesta keramaian seperti majlis perkahwinwn. Peralatan 1. Satu biji Bola Takraw 2. Satu batang Bambu panjang 3. Kotak berhias yang bergantung wang, gula-gula, makanan ringan, sapu tangan, rokok atau sebagainya. Cara dimainkan / peraturan permainan Bambu yang panjangnya antara 15 m 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung bambu itu ada diikat kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit dan ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula. Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanakkanak ataupun orang tua. Mereka berbaris untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak tersebut direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang.

Sepak Manggis akan dimainkan di satu kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin. Pengantin dengan diiringi oleh pengapit dan ibu bapa pengantin akan berarak ke tempat permainan ini.

Cara dimainkan / peraturan permainan Bambu yang panjangnya antara 15 m 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung banbu itu ada diikat kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit dan ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula. Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanakkanak ataupun orang tua. Mereka berbaris untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak tersebut direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang. Sepak Manggis akan dimainkan di satu kawasan lapang berhampiran dengan rumah pengantin. Pengantin dengan diiringi oleh pengapit dan ibu bapa pengantin akan berarak ke tempat permainan ini.