Anda di halaman 1dari 54

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 MURID DAN ALAM BELAJAR 1.

PENDAHULUAN Istilah psikologi berasal daripada dua istilah, iaitu psyche, yang mengikut Arsitotle sebagai intipati kehidupan, dan dalam bahasa seharian dikatakan sebagai jiwa, dan logos, yang dirujuk sebagai ilmu atau sains. William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental (Bruno 1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang beransur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia.

Dengan mudah psikologi bererti sains atau ilmu yang mengkaji jiwa. Namun demikian konsep psikologi sekarang adalah lebih khusus, iaitu didefinisikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan proses mental. Daripada definisi di atas kita dapati konsep psikologi mengandungi tiga kata kunci iaitu sains, tingkah laku, dan proses mental. Psikologi dianggap sebagai satu sains kerana ilmu psikologi cuba memahami manusia dengan mengkaji manusia melalui pemerhatian. Tingkah laku pula adalah merujuk kepada semua tindakan manusia (tingkah laku) yang ketara (dapat dilihat dengan mata kasar), seperti menangis, berjalan, makan, menulis atau apa saja tingkah laku yang

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 dapat dilihat. Manakala proses mental merupakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam pemikiran kita, dimana secara biologisnya proses ini berlaku di dalam otak kita. Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Kadangkala kajian-kajian ke atas binatang juga dilakukan, seperti melihat kesan dadah ke atas tingkah laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas manusia. Walaubagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Tugas manusia pula ialah untuk memahami sedikit sebanyak tentang dirinya sendiri, mengetahui jenis-jenis proses dan perasaan-perasaan yang dialami serta menghayati dengan cara keseluruhan. Psikologi pendidikan pula menjurus kepada berkenaan tingkah laku dan pemikiran pelajar yang berkaitan dengan cara belajar dan mengajar di sekolah. Selain daripada itu, psikologi sosial dalam pendidikan menitik beratkan konsep memahami tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membuat ramalan tingkah laku gantian yang dijangkakan berjaya mengawal tingkah laku itu. Individu yang berpengetahuan baik dalam disiplin psikologi sering dikaitkan dengan mempunyai perwatakan dan peribadi sempurna. Personaliti sempurna ini dapat membantu mereka membentuk pelajar-pelajar supaya dapat mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan seharian. Para pelajar digalakkan bergaul, menghargai hak, dan kebolehan orang lain serta menunjukkan semangat kesefahaman, hormat menghormati, kerjasama dan toleransi antara rakan-rakannya.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Selain itu, psikologi pendidikan dapat membentuk keyakinan diri bekenaan keupayaan fizikal dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang positif.

2. Konsep Bermain Sambil Belajar Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

Konsep alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepat perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu yang pada akhirnya membawa kepada perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku berkenaan ialah perubahan tingkah laku yang positif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran. 2.1 Psikososial Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa dan hubungan sesorang indivudu dengan individu lain. Antara komponen yang termasuk dalam psikososial ialah keselamatan, kesihatan, kebersihan dan perapatan atau kemesraan. Amalan keselamatan dan kesihatan yang positif dapat membentuk keyakinan diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar dari segi psikomotor dan kesihatan minda juga dapat dikembangkan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga alam sekitar. Perapatan atau kemesraan ialah merupakan hubungan antara individu dengan individu lain contohnya hubungan dengan ibu bapa dan keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, guru dan sebagainya. Ia adalah penting bagi membina disiplin diri dan menyedari tanggungjawab sosial dan moral. Dunia sosial pelajar juga turut berkembang melalui perbincangan berkenaan keadaan keluarga serta hubungan dengan rakanrakan mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain. 2.2 Fizikal Keadaan fizikal pula termasuklah keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan bantu mengajar dan persekitaran. Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif suatu suasana yang selesa perlu disediakan.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Penerapan keativiti ke dalam bilik darjah seharusnya membawa kepada suatu persekitaran yang menguji dan mendatangkan kepuasan kepada pelajar dan juga guru. Kreativiti yang wujud dalam bilik darjah seharusnya akan menjadikan pelajar-pelajar lebih berminat dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting dalam

mengembangkan minat serta pemikiran pelajar untuk belajar. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam menyediakan bahan-bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan untuk menarik minat pelajar. Guru yang bijak mengubahsuai isi pelajaran dan mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan menambahkan nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi pelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan berjaya menarik perhatian seluruh bilik darjah. Seterusnya suasana dan persekitaran yang tersusun, kemas dan bersih membolehkan pelajar belajar dengan mudah. Ia juga dapat mencetuskan minda yang positif dan tenang. Persekitaran sebegini membolehkan pelajar memberi tumpuan dan fokus yang maksimum terhadap bahan-bahan yang dipelajari. Susun atur perabot dan

pengcahayaan yang baik juga turut mempengaruhi mood belajar.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 2.3 Komuniti Pembelajaran Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama antara manusia contohnya rakan sebaya, keluarga, kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkahlaku. Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama, bantu membantu dan perkongsian idea seterusnya dapat mengembangkan sosial dan minda pelajar. Contohnya pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama dengan rakan mereka bagi mendapatkan ganjaran bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya bersama-sama membantu pelajar lain bagi mencapai kejayaan bersama. Pelajar yang mempunyai keinginan bersaing yang kuat di dalam bilik darjah juga adalah dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik berbanding dengan rakanrakan yang lain. Oleh yang demikian, persaingan yang sihat ini adalah salah satu cara yang baik untuk meningkatkan tahap kecerdasan pelajar. 2.3.1 Komuniti Pembelajaran (Teori Ekologi Bronfenbrenner) Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Bronfenbrenner memberi fokus utama kepada konteks sosial iaitu dimana kanak-kanak membesar dan individu yang mampengaruhi kehidupan serta perkembangan kanak-kanak tersebut. setiap individu berbeza kerana konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang hayatnya. Bronfenbrenner telah menggariskan 5 sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu:

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 i. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu itu menghabiskan sebahagian besar masanya. Situasi yang dimaksudkan adalah termasuk bersama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah, atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru, jiran dan lain-lain lagi. Bagi Bronfenbrenner, seseorang individu itu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah merupakan seorang yang berinteraksi timbale balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang yang membina seting tersebut. ii. Sistem Meso Sistem meso pula melibatkan hubungan antara sisitem mikro. Contohnya,

menghubungkan pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah; iaitu antara pengalaman bersama ahli keluarga dengan pengalaman bersama guru serta rakan sebaya. Pengalaman dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam satu sistem mikro yang lain.

Contohnya, seorang pelajar yang menghadapi masalah dalam keluarga dengan merasa tersisih, maka pelajar ini akan menghadapi masalah dalam menjalin hubungan yang positif dengan gurunya.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 iii. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan dimana pengalaman dalam sesuatu seting (dimana pelajar tidak aktif) akan mempengaruhi pengalaman guru serta pelajar itu sendiri secara langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah (sama seperti Majlis Perbandaran). Mereka mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualaiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan pihak tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajarpelajar tersebut. iv. Sistem Krono Sistem ini merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan pelajar. Contohnya, pelajar hari ini hidup dalam banyak perkara pertama yang dilaluinya. Mereka adalah generasi pertama yang mengalami jagaan harian di tempat asuhan kanak-kanak(taska) atau dijaga oleh orang lain atau pembantu rumah. Mereka juga adalah generasi pertama yang yang hidup dalam buih elektronik (electronic bubble), juga generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar.

3. PENDEKATAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi

perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 DEFINISI MAIN Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masingmasing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di

10

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. CIRI-CIRI MAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta . ( Fergus 1995,2).

11

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu. Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:

12

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii. main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan social iv. membina keyakinan diri

13

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. JENIS DAN CIRI-CIRI MAIN Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka kita dapati bahawa permainan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti, main sosial, main dengan objek atau disebut main kognitif, main sosiodramatik, main bebas dan main diluar bilik darjah.

1. Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932) Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak melalui main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut :

Unoccupied Play Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan.

14

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012

Solitary Play Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanakkanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.

Onlooker Play Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

Parallel Play Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.

Assosiative Play Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

15

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012

Cooperative Play Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.

2. Main Kognitif (Piaget, 1962)

Practice Play/ Functional Play Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana kanak-kanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan menggunakannya.

Symbolic Play Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.

16

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Play With Rules Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.

Constructive Play Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek. Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek.

3. Sociodramatic Play Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan praoperasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanak-kanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanakkanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

17

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 4. Free Play Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanak-kanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orang-orang di sekelilingnya.

5. Outdoor Play Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak. 2. KEPENTINGAN BERMAIN Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000).

18

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012

Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act as if their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience.

19

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life. Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan

perkembangan yang tertentu.

1) Bermain untuk Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam

20

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 2) Bermain untuk Perkembangan Sosial dan Emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

3) Bermain untuk Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori

21

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusatpusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanakkanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : i) Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.

ii)

Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan.

22

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 iii) Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan kepada ianya berguna dan bermakna kanak-kanak serta yang

menyeronokkan

kanak-kanak

terutama

mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. iv) Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak. v) Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang belajar sepanjang hayat, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.

4. TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 4.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal.Ini kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkahlaku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu.Terdapat dua prinsip yang

23

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. 4.1.1 Pelaziman Klasik Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936) Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik berfokus kepada pengeluaran air liur anjing.Beliau menjalankan eksperimen dengan melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep ransangan dan gerakbalas).Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas.Pavlov menambah lagi,pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman klasik.Menurut Noriati,Boon dan Sharifah Fakhriah (2009),pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan ransangan neutral berkait dengan ransangan semulajadi dan menghasilkan gerakbalas yang serupa. Selain mengemukakan konsep ransangan dan gerak balas,Pavlov juga mengemukakan konsep generalisasi,diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tokoh J.B Watson (1978-1958) Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan berasaskan tingkahlaku haiwan.Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan seekor tikus putih.Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus itu

24

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mendekati tikus tersebut,dia mula menjadi takut .Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert kepada tikus tersebut.Hasilnya,Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih yang berbulu. Menurut Watson,tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik.Selain tingkah laku,Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia.Menurut beliau,manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iaitu,takut,marah dan kasih sayang.Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman. 4.1.2 Pelaziman operan Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi,diteruskan atau dihentikan (Noriati,Boon dan Sharifah Fakhriah,2009). Tokoh E.L Thorndike (1874-11949) Kajian tentang tingkah laku haiwan.Teori Pelaziman Operan Thomdike turut dikenali sebagai teori cuba-jaya.Melalui kajiannya,seekor kucing dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya,beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar.Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya.Melalui pembelajaran ini,kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan sangkar itu terbuka.Kucing tersebut akan keluar mendapatkan makanan.Apabila dimasukkan ke dalam semula,kucing tersebut melakukan lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.

25

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Perhubungan antara ransangan dengan gerak balas ini mewakili konsep

pembelajaran.Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan,keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan.Thorndike menyarankan,pembelajaran manusia dikawal oleh hokum tertentu,yang disebut sebagai hukum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga tiga iaitu hukum kesediaan,hukum latihan dan hukum kesan.Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan Hukum Kesedaran sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti

pembelajaran.Menurut beliau,Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan,semakin kukuh ikatan atau asosilasi gerak balas yang tertentu dengan ransangan yang berkaitan. Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan.Kajian dijalankan menggunakan kotak skinner.Seekor tikus yang sedang melompat-lompat di sekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan. Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik,murid akan menjadi kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut.Manakala mengikut Pelaziman Operan,pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri.Skinner memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif,peneguhan negative,dendaan,prinsip Premack dan pelupusan.Menurut beliau,dalam teori pelaziman operan,gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.

26

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012

4.1.3 implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran.Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya ia boleh dicapai dengan berkesan.Di dalam setiap pembelajaran,guru perlu menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pembelajaran mereka.Guru juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid berupaya menyelesaikannya dengan betul (Lee Shok Mee,1994).Oleh itu,mereka akan menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut.Guru juga boleh mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar.Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan memberi banyak latihan dan pengulangan. 4.2 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak.Teori ini juga berasaskna prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar

menerima,memproses,menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby,1993). 4.2.1 Teori Pembelajaran Gestalt Pengasas psikologi gestalt,Wolfgang Kohler mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal yang mengkaji seekor cipanzi bernama Sultan.Celik akal bermaksud

penyelesaiaan masalah yang berlaku mendadak dang lengkap.Individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan di dalam

27

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 persekitaranya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas.Pandangan beliau lebih tertumpu pada tingkah laku yang boleh diperhatikan prinsip yang berkaitan dengan organisasi persepsi dan penanggapan manusia. Jerome S.Bruner (1915 hingga kini) mengemukakan perkembangan mental manusia kepada 3 tahap iaitu peringkat dan enaktif,berasaskan perlakuan,peringkat bahasa.Bruner kawalan

ikonik,berasaskan menghuraikan

imejan cirri

peringkat

simbolik,berasaskan kognitif iaitu

enam

perkembangan

keupayaan

emosi,keupayaan penyerapan peristiwa,keupayaan menggunakan perkataan dan symbol,pertambahan aktiviti tindak balas,penggunaan bahasa dan keupayaan

menghadapi berbagai situasi,Pembelajaran teori penemuan ini merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunya ciri-ciri tertentu.Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri yang melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh pelajar. 4.2.2 Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Guru hendaklah menjadi fasilitator semasa mengajar.Mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada.Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka.Selain itu,guru perlu mengenalpasti murid-murid yang berada pada mod pembelajarn berbeza sama ada enaktif,ikonik atau simbolik.

28

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 4.3 TEORI KONSTRUKTIVIS SOSIAL Teori ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu.Lev Vygotsky adalah pelopor teori ini dan beliau berpendapat bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain,penyampaian formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman.Persekitaran yang kondusif dapat memberikan mereka peluang untuk memanipulasi objek sedia adal dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran murid-murid. 4.3.1 Zon Perkembangan Terdekat Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar,tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir.Teknik Scalffolding dapat membantu murid menguasai isi pelajaran mengikut kemampuan mereka.Teknik yang digunakan untuk Scalfffolding ialah soal jawab,penjelasan verbal,prompting dan cueing. 4.3.2 Implikasi Teori Konstruktivis terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai guru,kita perlulah membuat perancangan dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran untuk mengajar serta mengambil kira keupayaan murid kerana

pembelajaran kini lebih berpusatkan murid itu

sendiri.Teknik Zon Perkembangan

Terdekat harus digunakan untuk memastikan pembelajaran berkesan berlaku.Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar di samping penerangan yang jelas,selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.

29

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 4.4 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Menurut Choong (2008),teori ini berfokuskan kepada pembelajaran yang berlaku dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana kita belajar sesame kita melalui pembelajaran pemerhatian. 4.4.1 Teori Pembelajaran Pemerhatian Albert Bandura (1925 hingga kini) adalah pakar psikologi yang menghubungkan pembeajaran melalui pemerhatian dan peniruan.Kajian dilakukan ke atas kanak-kanak apabila mereka menonton video orang dewasa memukul,mengetuk,menendang dan duduk di atas patung bobo sambil menjerit sockeroo!.Kemudian,mereka pergi ke bilik permainan yang terdapat patung bobo dan mula menunjukkan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton tadi.Bandura menamakan situasi ini sebagai pembelajaran pemerhatian. 4.4.2 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid-murid perlu diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.Sebagai guru,kita perlu menjadi contoh yang baik untuk mereka teladani.Selain itu,persekitaran sosial yang kondusif perlu disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam kalangan muridmurid.Daripada pemerhatian dan peniruan ini,murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas. 5. PENGAPLIKASIAN TEORI PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

30

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 5.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme Pengenalan Teori Teori merupakan perkara asas kepada semua bidang , termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus-fokus kepada aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Menurut Pengertian Teori dari Stanovich (1992) telah memberi satu definasi tentang teori iaitu set konsep-konsep yang saling berkait yang digunakan untuk menjelaskan sebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang. Cohen, R pula mendefinasikan teori sebagai satu set penyataan sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Ia mengandungi definasi dan penyataan yang mengambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar. Ia juga mengandungi ayat-ayat yang mengambarkan peraturan bagi membentuk satu penyataan baru. Dalam erti kata lain kita boleh maksudkan teori sebagai andaian-andaian atau hipotesis-hipoptesis tentang sesuatu yamg berdokongkan kajian. Manakala pengertian pembelajaran mengikut kamus inggeris-melayu dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka ia boleh diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Selain itu juga, pengertian pembelajaran bermaksud hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi

31

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Antara fungsi-fungsi Teori Pembelajaran ialah untuk mendorong kaji selidik dan pemikiran saintifik. Dengan menggunakan satu cara pendekatan kepada satu bidang pengetahuan memberi panduan kepada guru tentang apa yang harus dikaji olehnya, pemboleh ubah yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran, teknik kajian yang hendak digunakan dan juga cara untuk menghuraikan hasil kajian. Selain itu juga, fungsi teori pembelajaran juga ialah menghuraikanperkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas supaya senang untuk difahami oleh para pelajar. Kesimpulannya ia bertujuan untuk menghuraikan dan memberi kesimpulan tentang erti pembelajaran, bagaiamana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

5.2 Teori Pelaziman Operan Skinner Pengenalan Setelah selesai kami menjalankan perbincangan tentang teori pembelajaran behaviorisme, akhirnya kami memutuskan untuk memilih teori pelaziman skinner sebagai teori yang sangat seauai unutk digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

32

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan Menurut Skinner,terdiri daripada 2 konsep utama iaitu peneguhan (reinforcement) dan denda (punishment).Peneguhan terbahagi kepada 2 iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif (positive reinforcement) bermaksud apa jua rangsangan rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan

berlaku.Contohnya Ahmad akan memakai pakaian sukan yang lengkap untuk membolehkan ia bermain bola sepak. Manakala peneguhan negatif (Negative Reinforcement) iaitu apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkah laku itu dipanggil Peneguhan negatif. Contohnya Ahmad sering dikasari oleh Asraf ketika bermain bola sepak. Ini menyebabkan Ahmad akan mengelakkan diri daripada terjahan yang dilakukan oleh Asraf ditingkatkan. Hukuman iaitu akan melemahkan kekerapan gerak balas atau tingkah laku. Terdapat 2 jenis hukuman iaitu dendaan (punishment) dan sekatan (blocking).

Dendaan (punishment) pula apa jua yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang terhasil berkurangan atau terhapus.Contohnya Asraf yang sering melakukan terjahan atau kekasaran ke atas rakan-rakan yang lain dan telah diberi teguran dan amaran oleh guru. Manakala sekatan (blocking) daripad sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi.Contohnya Kamal tidak membawa seluar sukan, oleh itu guru Pendidikan Jasmani tidak membenarkan Kamal untuk bermain bola sepak (iaitu menghentikan keseronokkan).

33

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Konsep Dan Aplikasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Dalam menerangkan teori ini dengan terperinci, kumpulan kami telah sebulat suara untuk memilih mata pelejaran Pendidikan Jasmani (Permainan Bola Sepak) sebagai aplikasi daripada teori ini. Seperti yang telah kita ketahui teori ini mempunyai lima konsep utama yan ditekankan oleh Skinner iaitu; Ransangan Gerakbalas Peneguhan Hukuman Modifikasi tingkah laku. 1. Rangsangan Dalam teori ini, konsep rangsangan menekankan tentang cara sesuatu aktiviti sukan dapat menarik minat seseorang pelajar untuk mendalami ilmu dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Konsep ini dapat dilihat apabila sekiranya seseorang pelajar melihat atau mengamati sesuatu sukan tersebut dimainkan, mungkin, pelajar tersebut akan tertarik dan berminat untuk mencuba sukan tersebut bagi mereka yang tidak pernah mencuba sukan tersebut. 2. Gerak balas Dalam teori ini, gerak balas Operan timbul akibat daripada sesuatu ransangan Selepas ransangan diwujudkan, timbul pula gerakbalas selepas melihat atau mengamati

34

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 tingkahlaku rakan-rakan yang lain. Hal ini akan menyebabkan timbul rasa ingin mencuba dalam diri pelajar tersebut dan mula menunjukkan minat terhadap aktiviti bersukan tersebut. Maka dengan ini timbulah gerak balas terhadap pelajar itu untuk meniru gerak geri yang dilakukan oleh rakan mereka. Konsep ini dapat dikaitkan

dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid sekolah dimana ketika mereka baru melangkahkan kaki ke alam persekolahan menengah, suasana dalam matapelajaran Pendidikan jasmani sangat berlainan dengan suasana matapelajaran tersebut diperingkat sekolah Rendah kerana mereka dilatih bersukan bermain bola sepak secara lebih matang dan dewasa berbanding sebelumnya.

3. Peneguhan Dalam teori ni menerangkan bagaimana sesuatu konsep dapat diaplikasikan dengan sempurna apabila sesuatu perkara dilakukan berulang kali. Ini dapat diterangkan bagaimana sesuatu teori dapat dikembangkan dengan berkesan. Mengikut teori ini, untuk memperolehi susuatu tidak perlu berdasarkan kepada petrunjuk yang diberikan. Tetapi boleh berlaku dengan secara tidak sengaja dan akan diulangi berkali-kali apabila apa yang dilakukan itu berkesan. berlaku peneguhan apabila berlaku gerakbalas antara dua objek.

Maka kebarangkalian gerak balas itu akan dilakukan lagi akan meningkat Dalam teori ini, konsep peneguhan merupakan konsep yang sangat ditekankan oleh Skinner. Konsep peneguhan dapat menyebabkan sesuatu gerak balas itu akan dilakukan lagi

35

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 akan meningkat. Setiap respon yang dikemukakan harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya tadi adalah benar atau tidak. Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi . Hal ini bertujuan untuk memberi galakkan kepada pelajar, supaya tindakbalas yang diberikan itu dapat dikekalkan agar berterusan.

Dalam teori ini juga, terdapat 2 jenis peneguhan (reinforcement) yang ditekankan oleh Skinner iaitu:. a) b) peneguhan positif peneguhan negatif.

Peneguhan positif serupa dengan pemberian ganjaran terhadap sesuatu kejayaan yang dicapai oleh pelajar tersebut. Melalui peneguhan positif tersebut, gerak balas akan ditingkatkan untuk mendapatkan ganjaran. Contohnya, seorang pelajar dipuji oleh gurunya kerana selalu menunjukkan prestasi yang baik dalam sesuatu jenis sukan dan bersungguh-sungguh untuk menguasai sukan tersebut. Peneguhan negatif pula ialah gerak balas yang dilakukan untuk mengelakkan diri daripada sesuatu perkara yang tidak disenangi. Contohnya, Ali sering dimarah oleh guru matapelajaran pendidikan jasmaninya kerana tidak menunjukkan kesungguhan semasa matapelajaran pendidikan jasmani dijalankan seperti tidak memakai pakaian sukan yang lengkap. Melalui peneguhan negatif, Ali akan mengurangkan sikapnya yang tidak bersungguh-sungguh terhadap matapelajaran berikut kerana bimbang dimarahi oleh gurunya.

36

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012

4. Hukuman Hukuman merupakan sesuatu yang akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman dalam teori ini iaitu: a) Dendaan yang dikenakan keatas sesuatu gerak balas tadi akan dihentikan /

diturunkan kekerapan. Contoh: tidak memakai pakaian sukan yang lengkap didenda berlari mengelilingi padang. b) Dendaan sekatan keatas sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas

yang tidak disenangi. Contoh: menggunakan taktik yang keras iaitu bermain secara kasar untuk memenangi permainan bola sepak.

5. Modifikasi Tingkah Laku Modifikasi tingkahlaku merupakan perubahan tingkahlaku yang berlaku selepas teori tersebut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konsep modifikasi tingkahlaku, selepas proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan jasmani tersebut, para pelajar dapat dilihat akan perbezaannya dari segi kualiti permainannya iaitu jika dahulu pelajar tersebut tidak mahir dalam menendang bola dengan menggunakan teknik yang betul. Namun, selepas proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, pelajar tersebut berjaya menunjukkan kemahirannya

menendang bola menggunakan teknik yang betul.

37

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Cadangan penambahbaikan Teori Pelaziman Operan Skinner dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani (permainan bola sepak)

Setelah diteliti langkah-langkah pembelajaran Operan Skinner, kami mencadangkan beberapa cara untuk menambahbaikan rancangan ini.Antaranya ialah :1. Guru hendaklah menyediakan perancangan mengajar dengan lebih rapi dan

bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.Ini supaya murid mudah memahami pelajaran dan mengingati kembali apa yang mereka belajar. 2. Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya murid

tertarik dengan pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Ini kerana apabila murid tertarik dengan bahan bantu mengajar itu,mereka akan menumpukan perhatian mereka kepada dalam pembelajaran. Contohnya.penggunaan video, poster dan sebagainya. 3. Guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya

murid tidak bosan dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran dalam kelas dan dipadang permainan. Hal ini adalah penting kerana minat pelajar terhadap sesuatu pembelajaran menunjukkan kejayaan seseorang guru tersebut dalam menarik minat anak muridnya dalam menumpukan perhatian terhadap pengajarannya.

6. PERMAINAN YANG DIPILIH

38

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 6.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian : Main peranan

Hari Tarikh Masa Tajuk Sub tajuk Aktiviti Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Utama situasi Standard Pembelajaran lain yang disepadukan

: Isnin : 24 Januari 2011 : 30 minit : Buah-buahan : Buah-buahan tempatan : Main peranan : Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia : BM 2.0 : BM 2.5 Kemahiran bertutur Melakonkan watak-watak mengikut

: BM 2.5.1

Main peranan mengikut situasi dengan

menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak dengan bimbingan. Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran 1) Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan. 2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa. 3) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah. 4) Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Peralatan dan bahan

: i)

Video lagu

ii) Kad gambar

39

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 iii) Plastisin iv)Buah-buahan sebenar /plastik.

Penerapan Nilai

: i) iii)

Mendengar Arahan Sabar

ii) Bekerjasama iv) Menghormati Guru

Langkah / Masa Set Induksi ( 5 minit )

Strategi / Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

- Guru menayangkan video lagu buah- ABM : video lagu buahan kepada murid. Nilai : mendengar

- Guru menyanyikan lagu buah-buahan arahan dan dan minta murid nyanyi bersama. Langkah 1 (20 minit) bekerjasama.

- Guru menunjukkan kad gambar buah- ABM : kad buahan kepada murid. - Guru menceritakan tentang gambar,buah-buahan buah- sebenar dan plastik. Nilai : mendengar arahan, menghormati guru. Objektif : 1) Murid dapat mengenal buahbuahan tempatan.

buahan tempatan yang ditunjukkan. Contoh : 1) Pisang 2) Rambutan 3) Manggis 4) Ciku - Guru bersoal jawab dengan murid

40

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 dengan menggunakan bahasa yang mudah bercerita. - Guru juga menunjukkan buah-buahan sebenar dan plastik untuk kanak-kanak menilai dan merasa sendiri pengalaman itu. - Murid bercerita tentang buah-buahan dengan guru dan rakan-rakan yang lain. Langkah 2 (20 minit) - Guru memanggil 4 orang murid dan ABM : kad gambar minta mereka melakonkan watak buah- Nilai : bekerjasama, buahan tersebut. mendengar arahan, dan menggalakkan murid 2) Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa.

- Guru menggantungkan watak buah di sabar. leher murid. - Guru minta mereka bercerita Objektif : 1) Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah.

menggunakan ayat yang mudah. Contohnya : Saya rambutan, Kulit saya berbulu, Kulit saya berwarna merah, Isi saya sangat manis. Langkah 3 - Guru memberikan plastisin

kepada ABM : plastisin

41

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 (15 minit) murid dan minta mereka untuk Nilai : mendengar arahan.

membentuk buah yang mereka gemari.

- Kanak-kanak gembira melakukan aktiviti Objektif : ini. 1) Murid dapat memperkembangka n daya imaginasi mereka. Penutup (5 minit) - Guru menerangkan kepada murid ABM : Nilai : menghormati

tentang khasiat buah-buahan tersebut. - Menyanyikan bersama-sama. lagu

buah-buahan guru.

6.2 Langkah-langkah pengajaran

a) Langkah 1 : Bahasa & Komunikasi Bahasa Malaysia Berdasarkan Tunjang Komunikasi, pengajaran simulasi dapat

diaplikasikan melalui kaedah main peranan iaitu murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Selain itu, murid juga perlu memahami peranan, menghayatinya serta melakonkan aksi dan percakapan watak tersebut.

42

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Dalam kaedah ini secara tidak langsung ia merupakan kesinambungan melalui teknik bercerita. Berdasarkan RPH yang telah di sediakan, aktiviti simulasi (main peranan) yang dilakukan adalah melakonkan watak menjadi buah-buahan. Kad gambar di gantung dileher dan mereka akan melakonkan watak buah tersebut di hadapan kelas. Mereka bebas bercerita apa sahaja berdasarkan watak mereka dihadapan kelas. Dalam lakonan tersebut mereka boleh menggunakan bahasa yang mudah untuk berdialog. Melalui aktiviti ini kanak-kanak sekurang-kurangnya dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. Kaedah ini dapat meningkatkan kefahaman dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

c) Objektif yang ingin dicapai i ii iii iv Murid dapat mengenal buah-buahan tempatan. Murid dapat mengenal jenis buah mengikut warna, bentuk dan rasa. Murid dapat bertutur menggunakan ayat yang mudah. Murid dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.

d) Aktiviti Pembelajaran dan pengajaran

43

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 i) Aktiviti 1 - Awal Sains Berdasarkan aktiviti main peranan yang dilakukan oleh murid iaitu melakonkan watak buah, Aktiviti ini dapat diakaitkan dengan tunjang sains dalam pembelajaran mereka. Kanak-kanak dapat mengenal jenis warna mengikut watak buah yang dilakonkan. Contohnya, jika kanak-kanak melakonkan watak buah pisang, rambutan, ciku dan manggis, mereka dapat mengenal empat jenis warna iaitu kuning, merah, coklat dan ungu. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengetahui bentuk buah tersebut seperti ciku, manggis dan rambutan berbentuk bulat manakala pisang berbentuk panjang. ii) Aktiviti 2- Perkembangan Sosioemosi Melalui aktiviti yang dilakukan, kanak-kanak dapat mengenali jenis buah mengikut rasa iaitu masam dan manis. Kanak-kanak akan menunjukkan memek muka berdasarkan watak buah yang mereka lakonkan. Contohnya jika kanak-kanak melakonkan watak buah manggis, memek muka yang ditunjukkan adalah masam. Kanak-kanak akan merasa gembira jika mereka dapat melakonkan watak tersebut dengan baik. iii) Aktiviti 3 Kreativiti

44

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Kaedah main peranan juga boleh dikaitkan dengan kreativiti kanak-kanak dalam muzik dan menghasilkan pergerakan. Kanak-kanak akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut dialog dan lagu yang disampaikan, Contohnya kanak-kanak akan bergerak dari depan ke belakang atau dari kiri ke kanan. Selain itu juga, aktiviti dalam langkah 3 iaitu semasa kanak-kanak membentuk buah-buahan dengan menggunakan plastisin. Aktiviti ini dapat meningkatkan perkembangan fizikal iaitu motor halus mata dan tangan.

iv) Aktiviti 4 Aktiviti yang dilakukan dapat melatih kanak-kanak agar bekerjasama antara ahli kumpulan sewaktu melakukan sesuatu tugasan serta sabar ketika menunggu giliran untuk bercakap. Selain itu juga, dapat mengajar kanak-kanak menjaga kebersihan dan bersyukur.

6.3 Penyediaan bahan bantu mengajar

Penyediaan bahan bantu mengajar amat penting terutama bagi guru prasekolah. Bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai akan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari apa yang diajar oleh guru.

45

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Guru haruslah bijak dalam memilih serta menyesuaikan bahan bahan bantu mengajar dengan aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, dalam kaedah simulasi bermain iaitu aktiviti main peranan memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai agar kanak-kanak tertarik dengan aktiviti yang akan dilakukan. Aktiviti main peranan yang dilakukan adalah melakonkan watak buah dihadapan kelas. Dalam aktiviti tersebut bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru adalah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik dan plastisin. Kanak-kanak akan lebih berminat dengan buah-buahan sebenar. Bahanbahan ini dapat membantu guru untuk melakukan aktiviti tersebut dengan sempurna. Penggunaan plastisin juga membantu meningkatkan perasaan minat kanak-kanak untuk belajar kerana belajar sambil bermain dapat diterapkan dalam aktiviti ini.

6.4 Penggunaan bahan bantu mengajar

Dalam setiap aktiviti yang akan dilakukan, guru haruslah bijak dalam menentukan bahan bantu mengajar dengan penggunaan bahan tersebut.

46

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Sekiranya guru menyediakan bahan yang tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan, ini akan mengganggu proses pemahaman kanak-kanak terhadap apa yang mereka pelajari. Sebagai contoh, aktiviti yang dilakukan adalah melakonkan watak buah dihadapan kelas. Bahan yang digunakan ialah video lagu, kad gambar, buah-buahan sebenar, plastik dan plastisin. Fungsi bahan-bahan tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang bentuk, warna, saiz dan rasa. Selain itu juga kanak-kanak dapat mengenali buah-buahan tempatan serta membantu kanak-kanak untuk bertutur dengan menggunakan bahasa yang mudah. Hal ini dapat membantu proses komunikasi kanak-kanak tersebut. Seperti kaset, radio dan carta lagu, bahan ini digunakan bagi membantu kanakkanak untuk menyebut perkatan yang mudah diikuti dengan iringan muzik. Kad perkataan pula dapat membantu pelajar untuk mengeja perkataan yang mudah seperti buah ciku. Buah-buahan yang sebenar digunakan adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenal jenis buah tersebut. Selain itu kanak-kanak juga dapat membezakan buah tersebut dari segi warna, bentuk dan juga rasa.

6.5 Kaitan dengan aktiviti pelajar

47

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012

1) -

Aktiviti menonton video lagu dan menyanyi. murid menonton video lagu dan menjawab pertanyaan guru tentang video lagu yang ditayangkan itu.

2) -

Aktiviti menjawab pertanyaan guru murid menjawab pertanyaan guru mengenai buah-buahan tempatan tersebut.

3) -

Aktiviti main peranan melakonkan watak buah-buahan 4 orang kanak-kanak dipanggil untuk melakonkan watak buahbuahan dan mereka bebas untuk bercerita apa sahaja mengenai buah-buahan.

4) -

Aktiviti membuat bentuk buah-buahan menggunakan plastisin Kanak-kanak akan diberi plastisin untuk mereka membuat bentuk buah-buahan yang mereka gemari.

6.6 Perkaitan Teori Pembelajaran dalam Permainan Terdapat beberapa Teori Pembelajaran yang boleh dikaitkan dalam main peranan ini : 1) Teori pembelajaran Behavioris Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal.Ini kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkahlaku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu.Terdapat dua prinsip yang

48

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman klasik.Menurut Noriati,Boon dan Sharifah Fakhriah (2009),pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan ransangan neutral berkait dengan ransangan semulajadi dan menghasilkan gerakbalas yang serupa. Semasa menjalankan aktiviti ini.Kanak-kanak akan meransang pergerakannya.Di mana,mereka akan meneka siapa yang telah disentuhnya dan diberikan tiga kali percubaan untuk meneka siapa yang telah mereka dapat.Ini dilakukan dengan usaha cuba jaya.

2) Teori pembelajaran kognitif Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak.Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar

menerima,memproses,menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby,1993). Pembelajaran teori penemuan ini merujuk kepada bagaimana kita membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu.Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri yang melibatkan situasi

49

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 penyelesaian masalah yang dilalui sndiri oleh murid-murid (Noriati,Boon dan Sharifah Fakhriah,2009) Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif,ikonik atau simbolik.

3) Teori Konstruktivis Sosial Teori ini menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke atas pembelajaran individu.Lev Vygotsky adalah pelopor teori ini dan beliau berpendapat bahawa pembelajaran dapat berlaku melalui bermain,penyampaian formal atau kerjasama antara murid dengan murid yang lebih berpengalaman.Persekitaran yang kondusif dapat memberikan mereka peluang untuk memanipulasi objek sedia ada dan guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pembelajaran muridmurid.

7.0 Penutup

Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku kanak-kanak. Kurikulum Standard Sekolah Rendah khususnya sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat menarik minat serta menggembirakan kanak-kanak. Dengan bermain juga kanak-kanak akan

50

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Jadi, dalam menjayakan sesuatu permainan guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

REFLEKSI

Pada 18 Februari 2012 yang lalu, kami pelajar PPG BMM 1 Semester 2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek oleh pensyarah bagi mata pelajaran MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) En. Hamdan bin Mahfoh. Kami telah diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini..

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan yang diberi mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa.

51

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 Terdapat sedikit maklumat mengenai tajuk yang diberi dalam nota pembelajaran saya, jadi ini menyukarkan saya untuk melengkapkan tugasan ini.

Saya menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan kerana kekangan masa antara kerja dengan kerja kursus ini. Internet adalah tempat yang perlu untuk saya membuat rujukan

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih dan dapat digunakan dalam arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih

52

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Sekian, terima kasih

RUJUKAN

1 Choong Lean Keow,PhD (2011),Murid Dan Alam Belajar,Percetakan Season Sdn.Bhd:Kuala Lumpur
2

http://www.scribd.com/doc/19291890/murid-dan-alam-belajar

3 Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 4 Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Modul 2/4 Bahasa Melayu KPLI SR. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 5 Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1993). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 6 Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

53

Murid dan Alam Belajar EDU 3103 2012 7 Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 8 Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 9 Zulkifley Hamid. (1994). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

54