Anda di halaman 1dari 36

PENDIDIKAN MORAL MPW 1153

BAB 2 KONSEP ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL


1

ethice (Latin) + ethik, ethicos (Greek)

ethics (Inggeris)

etika (Melayu)

Dalam perbincangan falsafah, etika diletakkan di bawah perbahasan axiologi ( teori nilai) Definisi etika: Tradisi Barat : falsafah moral Disiplin ilmu / sains khusus yang membicarakan tentang apakah yang baik dan apakah yang buruk, apakah yang benar dan apakah yang salah.

KONSEP DAN DEFINISI NILAI


Raths, Harmin dan Simon(1980) mendefinisi nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. William A. Scott(1965) menyamakan nilai dengan moral unggul. Beliau mentakrifkan nilai sebagai satu konsep individu tentang perhubungan yang unggul dan digunakan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan.

SAMB
Nilai

merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan.
4

Secara

amnya, nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.
5

KONSEP ASAS NILAI


-

Ciri-ciri Ditonjolkan secara lisan atau melalui perlakuan individu atau perlakuan sesuatu kumpulan. Boleh berubah tetapi masih stabil dalam kehidupan perseorangan dan kumpulan. Satu kepercayaan preskriptif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan. Cth:rajin & malas. Mugkin berlainan daripada orang lain.

Fungsi nilai - Bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya dalam sesuatu isu atau moral. - Sebagai tunjuk ajar bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain & untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain. - Sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar,dihujah, diubah atau dipertahan. - Sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik dan membuat keputusan.

PERNYATAAN

NORMATIF DAN DESKRIPTIF

Normatif-pengesahan atau pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai. Menggunakan pernyataan normatif untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat,benar atau salah, diterima atau ditolak. Sesetengah pernyataan normatif memberi kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku. Boleh juga dibuat dalam bentuk arahan atau perintah. Deskriptif-merujuk fakta dan tidak melibatkan pertimbangan nilai.
10

PERNYATAAN NORMATIF
Maksudnya

dijelmakan dalam bentuk atau sebagai pertimbangan nilai. Contohnya; 'Ini sebuah kolej yang bagus'. Ayat ini satu pertimbangan nilai tentang kolej yang mempunyai beberapa ciri yang dianggap baik dan ayat ini ialah pernyataan normatif kerana melibatkan pertimbangan nilai.

11

PERNYATAAN DESKRIPTIF
Pernyataan yang merujuk kepada fakta dan tidak melibatkan pertimbangan nilai. Contohnya;Di Malaysia, rombakan kabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri,ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai (value-neutral), dan ia hanya menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan.

12

PERBANDINGAN JENIS-JENIS NILAI MORAL


Manusia bukan sahaja berakal dan pandai bertutur,tetapi juga suka menilai,yang tahu membezakan antara kebaikan dengan kejahatan,keindahan dengan keburukan yang berharga dengan yang tidak berharga,yang benar dengan yang palsu dan sebagainya. Istilah nilai dipakai dalam tiga konteks iaitu : i. Nilai sebagai sifat (attribute). ii. Nilai sebagai kadar harga atau markah(kuantitatif). iii. Nilai yang bersifat aksiologi (axiologi).

13

1) Nilai sebagai sifat(attribute). Sebagai contoh peribahasa Inggeris mengatakan Time is money manakala peribahasa Melayu pula mengatakan Masa tak dapat ditambah, terlepas tak dapat dikejar. Dalam hal ini, masing-masing memberikan sifat dan kedudukan tertentu kepada masa untuk menyatakan ketinggian nilainya. 2) Nilai sebagai kadar harga atau markah sesuatu objek atau perkara, iaitu nilai dari segi kuantitatif. Misalnya,apabila kita bertanya:Berapakah nilai yang diberikan oleh ketua jabatan terhadap prestasi kerja anda? Di sini kita bermaksud jumlah markah (quantity) yang diberikan kepada pegawai oleh ketua jabatan semasa menilai prestasi kerjanya dalam borang Penilaian Prestasi.Prestasi pegawai perkhidmatan awam di Malaysia dinilai oleh ketua- 14 ketua jabatan dengan menggunakn borang tersebut.

3) Nilai yang bersifat aksiologi (axiologi),iaitu berkaitan dengan falsafah nilai.Misalnya, dalam pantun nasihat melayu; jangan ditangkap burung yang terbang, Turun hingga di tepi paya, Jangan diharap kepada orang, Usaha sendiri sehingga berjaya. Dalam konteks ini,usaha sendiri adalah satu ukuran nilai yang penting bagi mencirikan harapan yang diingini seseorang individu, dan bukan diharapkan kepada oarng lain, selain itu, usaha sendiri pula diukur daripada sifat sama ada ia berjaya atau tidak dalam hasilnya.
15

Nilai berperanan sebagai kayu ukur (yardstick) atau satu kepiawaian (standard) kepada apa juga yang dilakukan,diingini dan dicita-citakan manusia, sama ada yang dapat dilihat, didengar, atau dirasa oleh pancaindera. Nilai juga menunjukkan arah, menjadi penentu dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai membentuk peribadi dan tingkah laku seseorang. Walau bagaimanapun, oleh sebab individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara, maka wujudlah pelbagai bentuk nilai seperti nilai Instrumental,Intrinsik,subjektif,objektif,relatif dan mutlak.

16

JENIS-JENIS NILAI MORAL

Nilai Instrumental kualiti sama ada diingini (dikehendaki atau patut dimiliki) atau tidak sebagai alat mencapai matlamat atau nilai lain. Nilai Intrinsik- Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa mengira kesannya. Nilai Subjektif kualiti yang diingini dan lebih disukai atau yang didapati tidak diingini penutur. Nilai Objektif kualiti berharga atau bernilai sama ada lebih disukai atau tidak dan bebas daripada kecenderungan atau keutamaan penutur. Nilai Relatif nilai diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamad. Nilai Mutlak nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesebuah 17 masyarakat.

Jenis-jenis nilai -Nilai Instrumental (Ekstrinsik) --Nilai Intrinsik - Nilai Subjektif --Nilai Objektif

-Nilai Relatif --Nilai mutlak

Peranan Nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara niali Nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai. Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai
18

NILAI SUBJEKTIF
Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu. Fungsi -Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

19

Contoh : Pengunaan buku teks dalam pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak nilai bagi mereka. Kerana mereka akan berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan dalam kehidupan.

20

kes

hukuman rotan ke atas murid di dalam kelas juga merupakan salah satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan. Sebenarnya, terdapat sebabnya guru merotan muridnya dalam kelas. Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal atau malas dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh ini amat sesuai kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya mengamalkan amalan yang bagus dan bertanggungjawab sebagai penerima ilmu. Justeru, ia akan membantu remaja dalam membentuk sikap 21 dan moral yang baik.

NILAI OBJEKTIF
Nilai

Objektif -nilai yang bebas daripada pilihan peribadi Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek lu Berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya. ar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.

22

Contoh

Isu

pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan. Jadi, ia secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
23

Pandangan

tentang penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan memang memberi banyak kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.
24

NILAI MUTLAK
Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak 25 keterlaluan.

Contoh

Gambaran

Hidup berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.
26

Tindakan

membunuh tanpa sebab adalah perbuatan yang perlu dikejikan. Ini terbukti perbuatan membunuh adalah perbuatan yang tidak bermoral dan ia akan menjadi ingatan mendalam kepada orang lain dengan kekal sepanjang masa serta tidak kira di mana jua berada. Ini dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan harus mempunyai batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa mendalamnya ingatan atau kenangan terhadap tindakan yang dibuat kepada orang lain.
27

NILAI RELATIF

Nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan. Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau norma masyarakat yang tidak 28 sesuai atau kurang relavan.

Contoh Situasi pergaulan bebas antara remaja yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai relatid yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay yang mana ia berada.

29

kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh bagi nilai relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan semata-mata bertujuan untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini supaya bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan masyarakat.

30

NILAI INSTRUMENTAL
Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya berani, rajin, dan hormatmenghormati. Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.

31

Contoh Albert suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakanrakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.

32

contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang pelajar yang gagal dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, sekirannya dipandang secara positif bagi tindakan Cikgu Lee tersebut sebenarnya adalah untuk meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki atau benci antara murid dengan guru. contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini. 33

NILAI INTRINSIK
Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya. Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan. 34

Contoh Situasi Musan ialah seorang ketua kelas tingkatan Enam Biru. Walaupun Musan sebagai pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi kepada kelas mereka atas statusnya. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya. Contoh ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal.

35

Contoh Zaini sedang menunggu bas di sebuah pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam keadaan takut dan menyembunyikan diri di belakang pokok. Kemudian, terdapat tiga orang pemuda garang muncul dan bertanya kepada Zaini sama ada ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu telah menaiki teksi beberapa saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin menolong gadis melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh ini dapat menerapkan nilai menghulur bantuan dengan tanpa keraguan dalam kalangan remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja supaya mereka mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga boleh membantu orang.

36