Anda di halaman 1dari 4

AMALI 6: SABUN DAN DETERGEN

Tujuan: Untuk menyediakan sabun yang menggunakan proses saponifikasi. Bahan / radas: Minyak kelapa sawit, larutan natrium hidroksida, serbuk natrium klorida, kertas turas, air suling, bikar, silinder penyukat, spatula, rod kaca, corong turas, kasa dawai, kaki tripod, penunu Bunsen, tabung uji Prosedur: 1. Tuangkan 10 cm3 minyak sawit ke dalam sebuah bikar. 2. Tambahkan 50 cm3 5 mol dm-3 larutan hidroksida natrium ke dalam minyak sawit. 3. Panaskan campuran sehingga ia mendidih. 4. Kacau campuran dengan rod kaca. 5. Biarkan campuran mendidih selama 10 minit. 6. Jauhkan bikar daripada haba. 50 cm3 air suling dan tambah tiga spatula natrium klorida dicampurkan. 7. Panaskan campuran selama 5 minit lagi. 8. Biarkan campuran sejuk. 9. Tapis sabun. Basuh sabun dengan sedikit air suling. 10. Tekan sabun di antara sehelai kertas turas sehingga kering. 11. Rasa sabun dengan menggunakan jari anda. Letakkan sedikit sabun dalam tiub ujian. Tambah air paip ke dalam tiub ujian. Goncang hingga sebati. 12. Rekod pemerhatian. Keputusan Didapati sabun melarut dalam air dan buih-buih dihasilkan. Sabun berasa licin apabila dirasai dengan jari kita. Perbincangan 1. Proses pendidihan minyak sayuran menyebabkan hidrolisis minyak untuk menghasilkan a) 1 molekul gliserol b) 3 molekul asid lemak 2. Jika minyak sawit digunakan, maka asid palmatik akan dihasilkan. Asid ini kemudiannya

akan bertindakbalas dengan natrium hidroksida untuk membentuk natrium palmitat (sabun/garam/natrium). 3. Garam natrium klorida dicampurkan supaya keterlarutan sabun dalam air dapat dikurangkan. Hal ini akan memendekkan keluar sabun yang boleh diasingkan melalui proses penurasan. 4. Tindakbalas hidrolisis yang dijalankan dalam keadaan beralkali dalam eksperimen seperti di atas dikenali sebagai tindak balas saponifikasi. 5. Untuk meningkatkan mutu sabun yang dihasilkan, minyak wangi boleh ditambahkan ke dalamnya. Sabun yang dihasilkan akan berbau wangi. 6. Pewarna juga boleh ditambahkan supaya rupanya menjadi lebih elok. 7. Kebanyakan sabun digunakan sebagai sabun mandi. Kalium hidroksida biasanya digunakan untuk menyediakan sabun mandi dalam proses saponifikasi. Hal ini disebabkan sabun kalium stearat yang dihasilkan akan menjadi lebih lembut. Kesimpulan Sabun boleh disediakan melalui proses hidrolisis dalam keadaan alkali. miyak + alkali sabun + gliserol

Soalan: 1. Huraikan sifat sabun yang dihasilkan. Sifat-sifat sabun yang dihasilkan adalah pembersihan berkesan dalam air lembut Tetapi tidak berkesan dalam air liat, bertindak balas dengan Mg2 + dan ion Ca2 + untuk membentuk sebuah percipitate yang dipanggil buih, tidak berkesan di dalam air berasid dan terbiodegradasikan. 2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini? Natrium klorida digunakan untuk pengasinan daripada mengurangkan kebolehlarutan sabun di dalam air dan menyebabkan ia boleh dicetuskan. 3. Tuliskan persamaan perkataan bagi proses saponification yang terlibat dalam eksperimen ini.

4. Ramalkan pemerhatian anda jika air paip digantikan dengan air suling dalam prosedur 11. Jelaskan jawapan anda. Jika sabun dimasukkan dalam air paip, banyak buih dapat dihasilkan. Ini berlaku kerana air paip ialah air yang lembut.

5. Sabun boleh dihasilkan dengan hydrolyzing lemak atau minyak di bawah keadaan berasid. Terangkan jawapan anda. Apabila lemak atau minyak hydrolyzing di bawah keadaan berasid, ianya akan menghasilkan detergen. Seperti detergen sabun juga boleh digunakan sebagai agen pembersihan kerana ia boleh bertindak sebagai yang agen mengemulsi kerana ianya mengemulsikan lemak minyak dan gris. 6. Namakan dua teknik yang berbeza yang digunakan untuk membuat sabun. Saponification dan sulphonation.

7. Apakah keburukan sabun komersial?

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

8. Apakah bahan yang digunakan dalam industri untuk mengeluarkan detergen? Detergen adalah agen pembersihan sintetik yang menggunakan bahan kimia yang yang diekstrak kebanyakannya daripada petroleum bukan asid lemak.