Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 2 Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Manakala konsep berfikir yang telah dirumuskan berdasarkan pandangan daripada Edward de Bono(1976), Dewey(1910) dan menurut pandangan Islam adalah pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. Dalam Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya intelek diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, bagi memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah sama ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, mengembangkan bakat serta kreativiti, mengembang dan meningkatkan daya intelek, seta pemikiran rasional, kritis dan kreatif. Antara kepentingan menguasai kemahiran berfikir ialah untuk mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Berfikir secara terburu-buru adalah berfikir tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang terlibat. Berfikir secara bercelaru pula ialah mereka yang berfikir tanpa mempertimbangkan semua faktor secara sistematik dan teratur. Manakala mereka yang berfikiran kabur akan berfikir tanpa mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas. Pemikiran yang sempit pula adalah berfikir tanpa menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan. Kesemua kesilapan berfikir ini dapat dielakkan jika pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir. Dengan adanya kemahiran berfikir, pelajar dapat meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif malah mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Terdapat tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK iaitu pengajaran berfikir dijalankan secara ekplisit, jelas, tersurat dan nyata supaya pelajar-pelajar sedar tentang proses berfikir yang dialami, suasana bilik darjah yang penuh dengan timbang rasa supaya pelajar-pelajar menghargai pemikiran yang bijak dan akhir sekali kemahiran berfikir disebatikan dalam pengajaran kandungan supaya pelajarpelajar dapat memikirkan apa yang dipelajari.

Kemahiran berfikir juga dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir. Contohnya, para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum memasuki alam persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan, mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu, kemahiran berfikir dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah serta menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah pelaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan kemahiran berfikir atau KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilakan pelajar yang berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka guru perlu memberi penekanan dan bimbingan di dalam bilik darjah supaya mereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian seterusnya menghasilkan pelajar dan rakyat yang berketrampilan dapat dicapai. Antara cara yang dapat digunakan untuk memberi bimbingan kepada pelajar adalah guru dengan sengaja mencipta keadaan-keadaan di mana pelajar akan terdorong untuk berfikir secara divergen atau dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat serta mengasah bakat inventif yang ada pada mereka. Mereka digalakkan supaya mengemukakan pendapat secara terbuka dan dibiarkan supaya menyelesaikan berbagai-bagai masalah dengan menggunakan pelbagai proses berfikir secara logikal dan kreatif. Bagi memperkenalkan pendidikan teknik berfikir kepada para pelajar supaya dapat menguasainya dengan berkesan, latihan kemahiran berfikir diperkenalkan dalam konteks yang bermakna kepada diri para pelajar. Oleh itu, guru perlu memperkenalkan jenis-jenis kemahiran berfikir yang dilatihkan kepada pelajar seperti kemahiran berfikir secara konvergen, divergen, reflektif serta kritis dan kreatif agar mereka dapat mengenal pasti kemahiran berfikir yang mana akan digunakan ketika menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah yang mereka akan hadapi. Contohnya, apabila seseorang pelajar mahu menyelesaikan masalah matematik, mereka perlu menggunakan pemikiran konvergen iaitu daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia da dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.

Guru juga perlu menerangkan dengan sangat jelas apa proses dan teknik berfikir yang sedang diperkenalkan, dan ini dibuat dengan cara guru menggunakan istilah-istilah berfikir yang berkenaan. Ertinya istilah-istilah itu diajarkan kepada pelajar-pelajar supaya dengan mengetahui istilah-istilah itu mereka akan memiliki alat untuk mengenal pasti proses-proses dan teknik-teknik berfikir yang mereka gunakan dalam mata pelajaran lain. Para pelajar hendaklah diberi waktu untuk merenung kembali dan memahami teknik-teknik berfikir yang mereka pelajari. Oleh sebab kemahiran berfikir bukan satu mata pelajaran khusus, ia diajar secara penyebatian iaitu strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar. Oleh itu, semua guru perlu mempunyai keupayaan dan pengetahuan untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Proses berfikir berlaku dalam dua tahap iaitu pada tahap pertama, minda akan membuat persepsi, pada tahap kedua dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal. Ini bermaksud, mengajar berfikir juga bererti mengajar pelajar membuat persepsi iaitu menajam dan mendalamkan daya persepsi. Kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat kerana kemahiran berfikir hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta. Apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam betuk lukisan. Oleh itu, kemahiran berfikir untuk menghasilkan reka cipta boleh diajar dengan dengan melatih pelajar memperjelaskan sesuatu idea atau reka cipta dalam bentuk penulisan atau lukisan. Jika pelajar menghasilkan reka cipta melalui lukisan, guru bolehlah membimbing pelajar supaya membuat penjelasan bertulis terhadap rekaan mereka supaya lebih jelas lagi. Reka cipta boleh dibuat secara individu atau berkelompok. Aktiviti tersebut boleh dibuat di dalam bilik darjah dan mereka boleh mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Adalah lebih praktikal kalau semua pelajar membuat reka cipta daripada satu soalan. Ini bermakna maklum balas akan didapati daripada satu soalan. Selain daripada itu maklum balas daripada guru dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar. Para pelajar pula dapat membuat perbandingan dengan reka cipta pelajar-pelajar lain. Guru tidak perlu menjawab macam-macam soalan dari pelajar yang meminta maklumat lanjut berkenaan reka cipta yang mereka akan buat. Jawapan Buat apa yang kamu anggap paling baik, sudah cukup. Lukisan itu kemudian boleh ditampal di dinding untuk sama-sama dinilai oleh guru dan pelajar. Setelah lukisan-lukisan pelajar ditampal di dinding, guru perlu memberi ulasan. Kalau reka cipta itu ada kelemahan, jangan kritik kelemahan itu. Sebaliknya bandingkan

dengan reka cipta lain yang dapat mengatasi kelemahan tersebut. Kalau reka cipta itu menunjukkan kesilapan teknikal, jangan kririk kesilapan itu. Sebaliknya nyatakan apa yang hendak dibuat oleh reka cipta itu, bukan cara bagaimana ia cuba dilakukan. Selain itu, guru juga tidak boleh melakukan perkara-perkara yang membunuh semangat daya cipta pelajar. Guru- guru juga perlu melatih pelajar supaya mengamalkan sistem pembelajaran secara berkumpulan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang diadakan dalam bentuk berkumpulan. melalui latihan ini, para pelajar akan dapat merasakan suasana belajar yang positif dan dapat berfikir secara bebas kerana berlakunya persaingan yang sihat sesama mereka ketika mahu menyampaikan idea dan buah fikiran masing-masing. Perbincangan di dalam kumpulan juga mampu membuka atau mengelakkan pemikiran yang sempit di antara pelajar. Selain daripada itu, kebergantunagn pelajar kepada guru juga dapat dikurangkan disamping meningkatkan motivasi diri, keyakinan dan menyediakan diri untuk berfikir secara meluas seterusnya mampu mempunyai pemikiran yang berdaya saing untuk diaplikasikan di dalam dan di luar sekolah. Guru juga perlu memberi pelajar masa yang secukupnya untuk berfikir supaya pelajar tidak akan melakukan kesilapan berfikir secara terburu-buru. Denga cara ini pelajar dapat menikmati cara belajar yang seronok dan tidak membosankan seterusnya kemahiran berfikir dapat dipelajari sama ada secara lansung atau secara tidak lansung. Kesimpulannya, walaupun semua orang berfikir tetapi penguasaan dan pembelajaran terhadap kemahiran berfikir amatlah penting supaya keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah dan perkara dapat dicapai dan dapat berfikir seperti yang sepatutnya. Guru-guru adalah antara aset utama dalam menerapkan kemahiran berfikir yang sepatutnya dalam minda pelajar untuk melahirkan generasi yang bijak dan berketrampilan dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Laman sesawang yang saya cadangkan adalah, http://www.mathgoodies.com. Laman sesawang ini sangat menarik dan mudah difahami. Laman sesawang berbahasa inggeris ini juga sedikit sebanyak dapat memperbaiki bahasa inggeris para pelajar. Laman sesawang ini adalah percuma, dan tidak perlu berdaftar untuk menggunakannya. Sangat mudah dan cepat. Guru-guru boleh memuat turun lembaran kerja dengan mudah. Penerangan yang disediakan sangat ringkas dan sangat mudah difahami walaupun ia berbahasa inggeris.

Gambarajah 1. Pelajar perlu melukis sebuah kapal terbang.

2.

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh Hari Masa Kelas Tajuk Tajuk Kecil Objektif : Hasil Pembelajaran

: 2 April 2012 : Isnin : 09.00 pagi 10.00 pagi : 6 Bestari : Peratusan : Hubungan di antara peratusan, pecahan dan titik perpuluhan. Menukar nombor pecahan kepada peratusan. : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:a. menukar nombor pecahan kepada peratusan.

Pengetahuan sedia ada: Murid telah menguasai nombor pecahan. Nilai-nilai murni : Kerjasama, Kekemasan Kemahiran Berfikir : Sumbang saran. Bahan : Kad Imbasan, Lembaran Kerja Langkah Induksi (5 minit) Isi Pembelajaran Ulangkaji Aktiviti P & P 1. Murid ditanya guru berkenaan tajuk pecahan. Contoh : 4 / 10 = ______ 2. Murid akan ditanya secara lisan. 1. Murid ditunjuk cara menjawab soalan peratusan dari pecahan. 1. 10 / 100 x 100 = 2. 20 / 40 x 100 = 3. 45 / 90 x 100 = 2. Guru menulis soalan di papan putih dan memanggil murid menjawab di depan. 1. Murid menerima lembaran kerja dari guru 2. Murid akan menerima lembaran kerja dari murid lain dan berbincang berjawapan bersama guru. Guru menekankan bagaimana pecahan boleh ditukarkan kepada peratusan. Catatan Bahan: Kad Imbasan. KKBK: Sumbang saran KKBK: Sumbang saran

Langkah 1 (10 minit)

Menukar nombor pecahan kepada peratusan

Langkah 2 (10 minit)

Aktiviti Individu

Nilai Murni: Kerjasama Bahan Lembaran kerja KKBK: Sumbang saran Nilai Murni: Kekemasan

Penutup (5 minit)

Kesimpulan

3.

Lembaran Kerja