Anda di halaman 1dari 3

Terapi pergerakan kreatif

Apa itu terapi pergerakan kreatif?? Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan. Aspek pergerakan kreatif a) lokomotor pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. contoh pergerakan lokomotor i) berjalan ii) melompat iii) merangkak b) bukan lokomotor pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. contoh pergerakan bukan lokomotor i) berlari setempat ii) melompat setempat iii) imbangan bangau c) manipulasi alatan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan

kemahira ini memerlukan penggunaan mengawal dan mengawasi sesuatu objek. contoh manipulasi alatan i) melantun bola ambil berjalan ii) memusingkan gelung dengan tangan iii) skipping sambil berjalan

anggota

badan

untuk

Tema pergerakan Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran Tema 1 : Kesedaran tubuh badan Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa Tema 3 : Kesedaran ruang Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan. Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat. Tema 7 : Lapan lakuan daya asas Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan. Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas. Tema 11 : Orientasi ruang Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. Tema 13 : Penaikan dari lantai. Tema 14 : Kesedaran berkumpulan. Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan. Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif a) meningkatkan kecerdasan b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

c) meningkatkan kemahiran bertutur d) meninkatkan kreativiti

Aktiviti yang boleh dilakukan Gimrama Tarian moden Tarian tradisional Pergerakan berkumpulan dan berpasangan