Anda di halaman 1dari 7

3.0 Punca Ketidakupayaan Cacat Penglihatan. Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat.

Menurut Heward

(1996), seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 ataupun kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah. Menurut Holbrook (1996), 1/10 kanak-kanak disekolah menghadapi

ketidakupayaan penglihatan. Kanak-kanak dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan dapat menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Semasa kelas Pendidikan Jasmani, kanak-kanak cacat penglihatan juga perlu untuk mempelajari kemahiran motor. Mereka mesti mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan kepada objek yang berbeza seperti bola dan peralatanperalatan lain, menentukan jarak dekat dan jauh di dalam situasi yang berbeza, menunjukkan pergerakan mata dan tangan, koordinasi mata dan kaki dan membezakan diantara warna dan latar belakang. Tambahan pula, kanak-kanak mesti ingat apa yang dilihat dan meniru aksi pergerakan menggunakan deria penglihatan dan bertindak balas secara serta merta. Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepas lahir, penyakit, keturunan/genetik, dan kemalangan.

1.0

Keturunan/Genetik

Cacat penglihatan sejak lahir adalah berpunca dari ibu yang terkena jangkitan campak dan bayi turut sama menerima jangkitan tersebut semasa ibu sedang hamil. Selain itu, Mereka yang albinisme sering kali menderita kecacatan penglihatan sehingga pada tahap ramai adalah sah buta, sungguhpun hanya sedikit dari mereka buta sepenuhnya.kongenital amaurosis Leber mampu menyebabkan buta

sepenuhnya atau kehilangan penglihatan teruk semenjak lahir atau awal kanakkanak. Kemajuan terkini dalam pemetaan gen genome manusia telah mengenal pasti punca genetik lain yang menyebabkan penglihatan kabur atau kebutaan. Salah satu contoh adalahsindrom Bardet-Biedl. Selain daripada itu, bayi yang lahir tidak cukup bulan juga akan menyebabkan ketidakupayaan penglihatan kerana pembentukan mata tidak terbina dengan sepenuhnya dan berlakunya kerosakan mata.

2.0

Penyakit

Kebanyakan kecacatan penglihatan disebabkan oleh penyakit dan kekurangan zat. Menurut anggaran WHO pada 2002, kebanyakan punca buta diseluruh dunia adalah: a. Katarak b. Glaukoma c. Kemerosotan macula (AMD) berkait usia. d. Trakoma e. Konjuktivitis

a. Katarak Katarak merupakan suatu jenis penyakit mata yang dicirikan dengan adanya noda putih seperti awan pada lensa mata. Penyakit katarak ini terjadi kerana degeneratif, bertambahnya usia seseorang dan adanya penyakit terkait yang dimiliki seseorang yang mempengaruhi mata yang menimbulkan gejala penyakit katarak. Selain itu juga, katarak adalah berpunca daripada faktor genetika (keturunan). Katarak kebanyakan muncul pada usia lanjut. Penyakit Katarak merupakan penyebab utama kebutaan permanen di dunia.

Rajah 1. Penyakit Katarak

Pada awal serangan, penderita katarak merasa gatal-gatal pada mata, air matanya mudah keluar, pada malam hari penglihatan terganggu dan tidak biasa menahan silau sinar matahari atau sinar lampu. Gejala umum gangguan katarak meliputi penglihatan tidak jelas seperti terdapat kabut menghalangi objek, peka terhadap sinar atau cahaya serta memerlukan pencahayaan yang terang untuk dapat membaca.

b. Glaukoma Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap glaukoma, aliran bendalir tersekat dan ini mengakibatkan tekanan di dalam mata meningkat. Mata sudah berair dan menjadi merah pada bahagian mata putih, anak mata membesar dan kelopak mata membengkak. Penglihatan menjadi semakin berkurangan. Pesakit juga akan melihat lingkaran cahaya di sekitar lampu bercahaya. Jika tidak dirawat dengan segera, bahagian dalam mata akan menjadi rosak untuk selama-lamanya dan akhirnya pesakit akan kehilangan penglihatan. Faktor-faktor lain penyebab Glaukoma : Usia Keturunan keluarga. Mipoia tinggi. Diabetes Mellotus Hipertensi

Rajah 2. Penyakit Glaukoma

c.

Kemerosotan Makula (AMD) berkait Usia Kemerosotan Makula (AMD) merupakan punca kedua utama kebutaan dunia. AMD adalah penyakit kemerosotan retina yang memberi kesan kepada makula, iaitu bahagian paling sensitif dalam mata yang membolehkan kita melihat sesuatu secara terperinci. Pesakit AMD juga selalunya dapat dikesan pada peringkat lewat iaitu bila penglihatan terjejas kerana pada peringkat awal pesakit tidak mempunyai tanda-tanda yang nyata. Pesakit AMD mungkin mengalami kesukaran dengan tugas visual seperti membaca, menentukan masa, dan mengenali muka. Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.

Rajah 3. Penyakit Kemerosotan Makula (AMD)

d. Konjungtivitis Trakomatosa (Trakoma) Trakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus yang menyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan mata terpaksa ditutup. Gejala-gejala awal termasuklah selaput mata menjadi merah, terasa gatal, kelopak menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan mata peka pada cahaya. Dalam keadaan teruk, biji-biji kecil akan muncul pada selaput kelopak mata dan korneo mungkin tercedera yang mengakibatkan mata

menjadi buta. Penyakit ini dapat mengenai semua umur tetapi lebih banyak pada orang muda dan anak-anak. Ubat sulfa dan antibiotik digunakan untuk merawat trakoma bagi mengawal keradangan mata.

Rajah 4. Trakoma

e. Konjunktivitis Inflamasi atau radang pada konjunktiva yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Konjunktivitis kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan berair. Pesakit akan berasa matanya gatal, pedih dan kadangkala sakit serta mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak mata terlekat. Pendedahan kepada cahaya akan menambahkan lagi rasa yang tidak selesa. Konjuntivis mudah berjangkit dan pesakit tidak sepatutnya berkongsi tuala, bantal dan pakaian dengan orang lain. Tiada vaksin untuk mengawal penyakit ini.

Rajah 5. Konjunktivitis

3.0 Kemalangan Kemalangan juga merupakan penyebab kepada ketidakupayaan penglihatan. Seperti terkena bahan bakar seperti terkena bunga api, batang pancing, kemalangan kereta ataupun kecederaan dikepala. Apabila kecederaan berlaku dibahagian mata, kadangkala ia boleh diselamatkan dan kadangkala tidak walaupun pembedahan dan ubat diberi. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengelakkan berlaku kecederaan mata, antaranya ialah : Jangan membaling objek di muka atau dibahagian kepala. Berhati-hati apabila menggunakan gunting atau pisau dan jauhi peralatan tersebut dari muka. Menggunakan goggles atau cermin mata khas untuk melindungi mata sekiranya melakukan kerja-kerja makmal.