Anda di halaman 1dari 3

PROSEDUR 15 : MENCELUP KELAMBU BERUBAT

Tarikh : 27/1/2012 Lokasi/Lokaliti : Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Anggota Terlibat : PKA Zulhimi Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)

Objektif : Untuk mengurangkan dan salah satu cara dalam menangani wabak malaria. Memutuskan kitaran hidup nyamuk Mendapatkan penglibatan masyarakat serta komitmen mereka. Bagi mempelajari kaedah pencelupan kelambu berubat yang sebenar.

Peralatan dan Bahan : Kelambu yang belum dicelup Racun K-Othrin Pita pengukur Pen Kalkulator Silinder penyukat Baldi atau beg plastic Sarung tangan getah dan mask Bekas penyukat racun dan air

Alat membancuh

Kaedah/Tatacara : Menyediakan jenis kelambu yang bersesuaian. Kira keluasan kelambu yang akan dicelup bergantung samada terdapat pintu atau tidak. Berikut adalah formula bagi membancuh kelambu:

Size Warna Keluasan Bil Kelambu 1 2 3

Single (s) Putih 10.2 m KOM(ml) AIR(ml) 20.4 102 204 177 883 1780

Double Biru 11.64 m KOM 23.3 117 233 AIR 202 1009 2017

Family Hijau 14.52 m KOM 29.0 145 290 AIR 287 1255 2510

Extra family Merah 15.0 m KOM 30 150 300 AIR 200 1300 2600

Sukat K-Othrin yang diperlukan menggunakan silinder penyukat dan tuangkan ke dalam basin.Sukat air yang diperlukan dan tuang ke dalam basin yang sama dan kacau campuran tersebut supaya sekata. Masukkan kelambu ke dalam basin dan tekan kelambu supaya basah sepenuhnya.Terbalikkan kelambu berulang kali dalam basin untuk memastikan campuran adalah sekata dalam kelambu. Selepas itu,keluarkan kelambu dari basin dan jemur di atas tanah atau tikar untuk dikeringkan. Jangan gantung kelambu semasa proses pengeringan dengan serta-merta dan terlalu lama ,kerana jika cara ini di gunakan campuran K-Othrine akan hilang melalui titisan

Lampiran :