Anda di halaman 1dari 3

PROSEDUR 12 : MEMERIKSA SISTEM PEMBINAAN SAMBUNGAN PAIPJBA-KKM

Tarikh : 2/5/2012 Lokasi/Lokaliti : Kg Tanjung Kala Anggota Terlibat : PPKP En Mohree bin PKAK En Azni bin Piai Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)

Objektif : Untuk memastikan paip yang sedia ada masih dalam keadaan baik. Untuk memastikan penduduk kampung menerima bekalan sumber air bersih. Bagi mengelakan sebarang pembaziran jika terdapat kebocoran pada mana mana paip.

Data Pentadbiran:

o Nama pemohon o Alamat o Umur o Bil penghuni o Pekerjaan

: Jawariah Bt Ramli : TKD 25, Kg Tanjung Kala : 48 tahun : 3 orang : Penoreh getah

Peralatan dan Bahan :

Perengkuh Paip Gergaji besi White tape Paip HDPE 32mm,25mm dan20mm Alat sambungan paip straight coupler (pengganding lurus) elbow with female offtake soket

Kaedah/Tatacara:

Mengenalpasti lokasi sambungan sistem bekalan air JBA-KKM. Sediakan peralatan dan bahan penyelenggaraan.Pastikan semua peralatan mencukupi. Mulakan pemeriksaan dengan melihat keadaan meter sama ada berfungsi atau tidak. Teruskan dengan memeriksa setiap sambungan pada stand meter. Jika terdapat kebocoran,tutup aliran air.Kemudian buka sambungan dengan menggunakan perengkuh paip dan gantikan white tape. Pasang semula alat sambungan. Pastikan tidak terdapat kebocoran pada saliran paip HDPE. Jika ada,potong bahagian yang bocor atau pecah dengan menggunakan gergaji besi. Gunakan pengganding lurus untuk menyambung bahagian paip yang telah dipotong tadi. Tentukan saliran paip berfungsi dengan baik. Pastikan tiada kebocoran di semua pili paip serta berfungsi dengan baik. Setelah selesai,buka semula aliran air. Kemaskan peralatan yang telah digunakan.

Lampiran: