Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN Penyelesaian masalah matematik merupakan satu kemahiran yang sangat penting dan

ianya adalah objektif utama dalam pembelajaran matematik di sekolah rendah. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap tertinggi. Pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik telah diperkenalkan oleh para guru kepada pelajar dan diharapkan mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari untuk melaksanakan pembelajaran atau tugasan yang lebih berkesan di sekolah. Guru di sekolah sentiasa meneroka pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah serta dapat memilih strategi yang sesuai dengan mengambil kira perbezaan seperti kebolehan, minat, gaya pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar. Maka guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik dengan membanding bezakan kekuatan dan kelemahan strategi yang telah dan akan digunakan oleh pelajar. Pelajar diharapkan agar dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum matematik serta dapat mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada semua jenis masalah. Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Model Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik dimana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia. Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali.

Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem1

centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea idea matematik. Sesuatu masalah boleh digunakan sebagai satu cara untuk mempelajari isi kandungan yang terdapat dalam subjek matematik yang kita pelajari dalam kehidupan. Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin (routine problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, Ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan. Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik di mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik di mana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.Di dalam tugasan ini kami akan menunjukkan 3 contoh soalan bukan rutin beserta strategi penyelesaian yang berbeza setiap satu soalan menggunakan kaedah penyelesaian masalah polya.

2.0

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA

LANGKAH 1: MEMAHAMI MASALAH Berikut ialah soalan yang harus kita tanyakan pada diri kita sendiri: Adakah kita faham akan maksud perkataan dalam soalan tersebut? Bolehkah kita menyatakan semula soalan tersebut melalui kefahaman kita sendiri? Apakah yang harus kita cari? Apakah maklumat yang diberi dalam soalan? Apakah yang kita tidak ketahui? Apakah maklumat yang mungkin tidak diperlukan atau hilang?

LANGKAH 2: RENCANAKAN RANCANGAN PENYELESAIAN Soalan-soalan di bawah membantu kita merencanakan rancangan untuk menyelesaikan masalah tersebut: Apakah perkaitan antara data yang diberi dengan apa yang kita cari? Adakah masalah ini serupa dengan masalah yang pernah kita selesaikan sebelum ini? Apakah strategi yang boleh kita gunakan?

LANGKAH 3: MELAKSANAKAN RANCANGAN Gunakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah. Semak setiap langkah rancangan semasa sedang menyelesaikan masalah. Pastikan langkah-langkah tersebut betul.

LANGKAH 4: LIHAT KEMBALI(SEMAK) Baca kembali soalan. Adakah kita menjawab soalan? Adakah jawapan tersebut tepat? Adakah jawapan kita tampak masuk akal?

3.0 3.1

CONTOH MASALAH BUKAN RUTIN Masalah 1

Marina dan Suraya merancang untuk pergi ke Alor Star Kedah menggunakan perkhidmatan kereta api. Mereka bertolak daripada stesen kereta api Sungai Buloh pada jam 9.00 malam. Selepas 1 jam berlalu, kereta api tersebut berhenti di Serendah untuk mengambil penumpang selama jam. Kemudian kereta api tersebut meneruskan lagi perjalanan ke Tanjung Malim dan mengambil masa 4jam untuk tiba dan berehat selama jam. Kemudian perjalanan diteruskan selama 2 jam dan tiba di Ipoh untuk berehat selama jam lagi. Setelah berehat, Marina dan Suraya meneruskan perjalanan mereka ke Sungai Petani dan mengambil masa 1 1/2 jam lagi dan menurunkan penumpang selama jam kemudian Kereta api meneruskan perjalanan ke stesen terakhir iaitu Stesen kereta api Alor Star selepas sejam berikut. Pukul berapakah Suraya dan Marina tiba ke destinasi yang mereka tuju? PENYELESAIAN MASALAH MODEL POLYA 1. Memahami masalah : -Bertolak dari Dg Buloh jam 9 Malam -Dari Sg Buloh ke Hentian Serendah:1jam + jam -Dari Serendah keTg Malim:4jam+1/2 jam -Dari Tg Malim ke Ipoh:2jam+1/2 jam -Dari Ipoh ke Sg petani:1 jam+1/4 jam -Dari Sg Petani ke Alor Star : 1jam -Masalah :Pukul berapa mereka tiba

2. Rencanakan rancangan penyelesaian - STRATEGI 1: Pengiraan matematik - STRATEGI 2: Jadual 3. Melaksanakan rancangan penyelesaian -Tambah kesemua masa perjalanan -Tambah dengan waktu awal perjalanan

STRATEGI 1: PENGIRAAN MATEMATIK

Dari Sungai Buloh ke Serendah: 9.00 pm + 1 jam 15 minit = 10.15 pm Dari Serendah ke Tg Malim: 10.15 pm + 4 jam 30 minit = 2.45 am Dari Tg Malim ke Ipoh: 2.45 am + 2 jam 30 minit = 5.15 am Dari Ipoh ke Sg Petani: 5.15 am + 1 jam 45 minit = 7.00 am Dari Sg Petani dan tiba di Alor Star: 7.00 am + 1 jam = 8.00 am Jawapannya ialah Marina dan Suraya tiba di Alor Star pada jam 8 pagi.

STRATEGI 2: JADUAL JADUAL WAKTU KERETA API MASA TEMPAT BERTOLAK DITUJUI 9.00 PM SERENDAH 10.15 PM 2.45 AM 5.15 AM 7.00 AM TG MALIM IPOH SG PETANI ALOR STAR

TEMPAT BERTOLAK SG BULOH SERENDAH TG MALIM IPOH SG PETANI

MASA SAMPAI + MASA REHAT 10.00 PM +15 MIN 2.15 AM +30 MIN 4.45 AM +30 MIN 6.45 AM +15 MIN 8.00 AM

BERTOLAK SEMULA 10.15 PM 2.45 AM 5.15 AM 7.00 AM

JAWAPAN: MARINA DAN SURAYA TIBA KE DESTINASI PADA JAM 8.00 AM

4.Lihat dan semak kembali Jika ditambah kesemua masa perjalanan iaitu 10 jam 30 minit dengan masa awal bertolak memang munasabahlah jawapan yang diberikan iaitu 9.00 malam tambah 11 jam maka benarlah keretapi itu tiba jam 8.00 pagi. 5.Justifikasi Berdasarkan pemerhatian saya, strategi yang lebih sesuai digunakan ialah STRATEGI 2 kerana jalan penyelesaiannya yang mudah dan lebih teratur. Kedua-dua strategi sama-sama mudah difahami tetapi STRATEGI 2 kelihatan lebih kemas dan tidak berserabut dengan bentuk yang pelbagai tidak seperti STRATEGI 1. 3.2 Masalah 2

Hakimi telah pergi ke kedai untuk membeli 3 tin sardin,lima buku roti,dan 6 bungkus tepung pesanan ibunya. Jumlah harga 3 tin sardin adalah rm 7.50. Harga 5 buku roti pula rm 6.50. Jumlah kesemua barang yang perlu dibayar oleh Hakimi adalah rm 26. Berapakah harga 1 bungkus biskut yang dibelinya sebanyak 6 bungkus?

PENYELESAIAN MASALAH MODEL POLYA 1. Memahami masalah -harga 3 tin sardin ialah RM7.50 -harga 5 buku roti ialah RM 6.50 -harga kesemua barang ialah RM 26.00 -harga 6 bungkus tepung adalah hasil tolak harga tin sardine dan roti. 2. Rencanakan rancangan penyelesaian - STRATEGI 1: lakonan semula - STRATEGI 2: working backward 3. Melaksanakan rancangan penyelesaian STRATEGI 1 : UJI KAJI DAN SIMULASI 1. Sediakan 3 tin kosong dan dibalut dengan kertas berlabel RM 2.50 setiap satu unit 2. Sediakan plastik barang dan masukkan span kedalamnya sebagai model buku roti. Plastik haruslah diikat dan juga dilabelkan harga iaitu RM 1.30 sebungkus. 3. Kemudian dapatkan kertas nila dan dan digunting bentuk segi empat. Lukis gambar plastic tepung di atas kertas nila tersebut tanpa tanda harga. 4. Guna 3 individu yang berlakon sebagai Emak, Hakimi dan Pakcik Man. 5. Situasi lakonan berlaku seakan akan berlaku di dalam rumah dan di sebuah kedai runcit. 6. Contoh situasi dapat dilihat di dalam dialog di bawah.

STRATEGI 2: WORKING BACKWARD BARANG SARDIN BILANGAN JUMLAH RM 7.50 HARGA SEUNIT RM 2.50

ROTI

RM6.50

RM1.30

TEPUNG GANDUM

JUMLAH SEMUA

RM 26

6x + RM 7.50 + RM 6.50 = RM 26.00 6x= RM 26.00 RM 7.50 RM 6.50 6x= RM 12 x= RM 12 6 x= 2 # 4.Lihat dan semak kembali Jika jawapan sebungkus tepung beharga RM 2,kita boleh menyemak kembali dengan menambahkan semula harga 3 tin sardin,5 buku roti,dan 6 bungkus tepung dapatkah jumlah kesemuanya RM 26.Jawapannya adalah munasabah kerana apabila ditambah jumlah 3 tin sardin 7.50,5 buku roti 6.50,dan jumlah tepung RM 12 dapatlah RM26 9

5. Justifikasi Pada pendapat kami, strategi 2 lebih menjadi pilihan kami.Hal ini kerana strategi 2 lebih jelas dan mudah difahami.Strategi ini juga lebih tersusun dan boleh dilaksanakan dengan mudah.Berbeza pula dengan strategi 1 yang agak kompleks dan tidak nyata kerana strategi ini berbentuk lakonan lisan sahaja tanpa bukti bertulis. 3.3 Masalah 3

Azura telah pergi bercuti ke I-City Shah Alam. Di sana dia telah melakukan 2 aktiviti di mana dia telah membayar RM 10 untuk kedua-dua aktiviti tersebut. Dia telah mendapat pulangan baki sebanyak RM 3.75. Apakah kedua-dua aktiviti yang dilakukannya? Berikut merupakan senarai aktiviti di tempat percutiannya beserta harga: AKTIVITI Wayang Golf Meluncur Cable Car BAYARAN RM3.50 RM3.00 RM2.00 RM2.75

PENYELESAIAN MASALAH MODEL POLYA 1. Memahami masalah -duit yang dibayar oleh Azura: RM 10 -baki duit: RM 3.75 -jumlah bayaran sebenar aktiviti = RM 10 RM 3.75 = RM 6.25

2. Rencanakan rancangan penyelesaian - STRATEGI 1: melukis gambar rajah pokok - STRATEGI 2: teka dan semak

3. Melaksanakan rancangan penyelesaian

10

STRATEGI 1: MELUKIS GAMBAR RAJAH POKOK

WAYANG RM 3.50 GOLF RM 3.00 MELUNCUR RM 2.00

RM 6.50

RM 5.00

CABLE CAR RM 2.75


GOLF RM 3.00 WAYANG RM 3.50 MELUNCUR RM 2.OO CABLE CAR RM 2.75 WAYANG RM 3.50 MELUNCUR RM 2.00 GOLF RM 3.00 CABLE CAR RM 2.75

RM 5.75

RM 6.50

RM 5.50

RM 6.25

RM 5.50

RM 5.00

RM 4.75

WAYANG

RM 3.50
CABLE CAR RM 2.75 GOLF RM 3.00 MELUNCUR RM 2.00

RM 6.25 RM 5.75 RM 4.75

11

STRATEGI 2: TEKA DAN SEMAK AKTIVITI Wayang Golf Meluncur Cable Car CUBAAN -wayang + meluncur -RM3.50 + RM2.00 = RM5.50. (kurang daripada RM 6.25) -golf + cable car- RM 3.00+ RM 2.75= RM 5.75. (kurang daripada RM 6.25) -wayang + cable car RM 3.50 + RM 2.75 = RM 6.25 (TEPAT) Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa 2 aktiviti yang dilakukan oleh Azura ialah menonton wayang dan cable car 4.Lihat Kembali Jawapan yang diperoleh amat logik. Jawapan menjawab soalan. BAYARAN RM3.50 RM3.00 RM2.00 RM2.75

5.Justifikasi Daripada pemerhatian, saya berpendapat bahawa STRATEGI 1 lebih sesuai digunakan kerana rajah pokok yang dihasilkan menunjukkan kepada kita semua kemungkinan aktiviti yang dilakukan oleh Azura. Dan dengan senangnya kita dapat mengesan aktiviti yang dilakukannya berdasarkan jumlah bayaran 2 aktiviti yang dilakukan. STRATEGI 2 kurang sesuai memandangkan ianya memerlukan masa yang lama. Jika kita asyik meneka tetapi jawapan masih belum diperoleh, soalan itu lambat untuk diselesaikan. Teka- meneka ini kebiasaannya bergantung kepada nasib. Jika seseorang itu mendapat jawapan dengan sekali teka, mungkin itu memang nasibnya.

12

BIBLIOGRAFI Buku-Buku Mohd. Uzi Dollah. (2006). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Melalui Penyelesaian Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Noor Shah Saad. (2001). Teori Dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

13

LAMPIRAN

14

REFLEKSI

15