Anda di halaman 1dari 8

Tajuk 7 : Jenis Sukan Dan Rekreasi Pendidikan Konservasi

Fokus Pembelajaran
1.0 PENGENALAN

Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivitinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung danperkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih. Peranan alam sekitar dalam kehidupan seharian : memberikan suasana yang selesa dan mennyamankan menghasilkan sumber keperluan untuk manusia sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan

2.0 Definisi Konservasi adalah menggunakan sumber daya alam untuk memenuhi keperluan manusia dalam jumlah yang besar dalam waktu yang lama (American Dictionary). Konservasi adalah alokasi sumber daya alam antara waktu (generasi) yang optimal secara sosial (Randall, 1982). Konservasi merupakan manajemen udara, air, tanah, mineral ke organisme hidup termasuk manusia sehingga dapat dicapai ke atas kehidupan manusia yang meningkat termasuk dalam kegiatan manajemen adalah survai, penelitian, administrasi, preservasi, pendidikan, pemanfaatan dan latihan (IUCN, 1968). Konservasi adalah manajemen penggunaan biosfer oleh manusia sehingga dapat memberikan atau memenuhi keuntungan yang besar dan dapat diperbaharui untuk generasi-generasi yang akan datang (WCS, 1980) Perlindungan, pengawetan dan pemeliharaan atau dengan kata lain menjaga sesuatu dalam keadaan selamat atau aman. Jika diterapkan pada sumber daya tanah, definisi untuk konservasi adalah pengawetan sumber daya bumi tanpa mengurangi efisiensi.

3.0 Keperluan Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar . Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi,kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai.

Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius. Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokokpokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuhtumbuhan hijau.

4.0 Objektif 1) Pendidikan konservasi ialah suatu usaha yang dilakukan berulang-ulang atau terus menerus. # tujuan : masyarakat memiliki kesedaran dan kepedulian terhadap konservasi sumber daya alam dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi . 2) mengembangkan kepekaan individu dan kelompok komuniti dan bangsabangsa terhadap konservasi alam semula jadi. Contohnya masalah Green house effect, penipisan lapisan ozon dan kenaikan purata suhu

3) Pengetahuan (knowledge) pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan peranan dan tanggungjawabnya. 4) Sikap (attitude). Nilai-nilai sosial, rasa kepedulian yang kuat terhadap alam, motivasi untuk berperanan serta dalam upaya-upaya

perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestari harus ditanam dalam diri pelajar. 5) kemampuan mengevaluasi (evaluation ability) setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan. 6) peranan serta (participation) Pelajar dapat mengembangkan rasa tanggungjawab terhadap suatu permasalahan konservasi alam sehingga dapat mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya. Contonya mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah peningkatan suhu dunia dengan cara yang saintifik berikutan dengankemajuan teknologi.

5.0 AKTIVITI MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR 1) Kempen Kitar Semula

Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar semula bahan buangan mereka. Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan naskah-naskah dapat memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan.
4

Dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar. 2) Jungle Trekking

Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan dan keindahan hutan. contoh, guru boleh membawa pelajar ke hutan negara. Sepanjang perjalanan, guru boleh membuat penerangan tentang keunikan tumbuhan dan juga kegunaan dalam perubatan. Ini dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan tumbuhan dan kesan memusnahkan hutan. Pelajar berpeluang melihat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan seperti arnab liar, burung, katak dan sebagainya. Guru boleh mengambil peluang untuk memberikan pendidikan kepada mereka bahawa hutan merupakan habitat haiwan dan tumbuhan. Keseimbangan alam sekitar juga akan menjadi tidak seimbang, bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan hakisan tanah akan melanda bumi.

3) Aktiviti Menanam Pokok

Setiap pelajar dikehendaki menanam sepohon pokok di sekeliling sekolah dan bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut. Melalui proses menanam, menyiram, mencabut rumput dan menangkap serangga perosak, mereka akan lebih berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Di samping itu, mereka akan memahami bahawa tumbuhan merupakan sumber makanan dan habitat haiwan. 4) Perkhemahan

Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar dan menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini, mereka akanmempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam sekitar.

6.0 Pokok Pinang Hutan

6.1 Pengenalan Nama saintifik pokok pinang hutan ialah Areca catechu; bahasa Inggerisnya ialah betelnut. Pokok pinang merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. 6.2 Kegunaan Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah Buah pokok pinang boleh digunakan dengan luas di bidang perubatan. Pucuk Areca Catechu boleh dimakan. Hampas pinang rebus boleh diletakkan pada luka-luka. Akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untuk disenteri atau disebut sebagai cirit berdarah Akar pinang juga digunakan untuk membanyakkan kencing dan mengubati sakit perut.

Kanak-kanak yang cirit-birit boleh mandi dengan menggunakan campuran airnya. serbuk daun pinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan untuk mengubati sakit perut. Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit. membekalkan banyak manfaat kepada haiwan dan alam sekitar. Sebagai contoh, binatang liar seperti khinzir hutan, rusa dan monyet akan menjadikan buah pinang sebagai makanan. pokok pinang hutan membekalkan habitat kepada binatang liar. Akar pokok pinang juga akan mengengam tanih dan meggelakkan hakisan tanah berlaku. Dengan adanya pokok-pokok pinang hutan juga akan menjadikan hutan tersebut menjadi kawasan tadahan air

7.0 RUMUSAN Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah. Manusia hidup saling bergantungan dengan alam sekitar, seandainya alam sekitar dimusnah, pastinya manusia akan hidup sengsara. pendidikan awal harus diberi kepada pelajar-pelajar kerana mereka merupakan pemangkin Negara pada masa akan datang. Dengan memberikan pengetahuan akan cara memelihara dan memulihara alam sekitar, keindahan alam sekitar dapat terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Di samping itu, kita juga dapat dengan gembira tanpa risau akan dilanda bencana alam

Anda mungkin juga menyukai