Anda di halaman 1dari 6

Nasihat Dan Bimbingan Hadis-Hadis

Qudsi
IMAM AL-GHAZALI
Pengajaran 1
Allah berfirman “Wahai sekalian manusia,sesungguhnya telah sampai kepada
kamu pengajaran daripada tuhan kamu dan ia adalah ubat bagi apa yang ada di
dalam dada.Lalu

• Mengapakah kamu tidak berbuat baik melainkan kepada yang telah berbuat baik
kepada kamu?

• Dan tidak berhubungan kecuali dengan yang telah menghubungi kamu?

• Dan tidak berkata-kata kecuali dengan yang telah berkata-kata dengan kamu?

• Dan tidak memberi makan melainkan kepada yang telah memberi kamu makan?

• Dan tidak memuliakan melainkan dengan yang telah memuliakan kamu?

• Tidak ada kelebihan atau keistemewaan seseorang atas orang lain!

Sesungguhnya orang-orang Mukmin yang telah mengimani Allah dan rasul-Nya,

• Merekalah orang-orang yang berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat
kepada mereka,

• Mereka menghubungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan hubungan


dengan mereka
• Memaafkan orang-orang yang menghalang mereka,

• Mempercayai orang-orang yang telah mengkhianati,

• Bercakap-cakap dengan orang yang telah mengusir mereka serta memuliakan


orang-orang yang telah menghina mereka.

• Sesungguhnya Aku sangat mengetahui tentang kamu semu

Pengajaran 2
Allah berfirman

• “Wahai orang-orang yang beriman,mengapakah kamu katakan barang yang tidak


kamu lakukan:

• Dan banyaklah yang telah kamu katakan dan kamu salahi: banyak yang kamu
tegah hal-hal yang kamu sendiri tidak berhenti melakukanya.

• Dan banyak hal yang kamu suruh tetapi kamu tidak melakukanya ,

• Dan banyak yang kamu kumpulkan tetapi tidak untuk kamu makan,

• Dan kerapkali kamu menunda-nunda bertaubat dari sehari ke sehari dan dari
tahun ke tahun, mengapakah kamu masih menunggu?

• Adakah kamu dapat mengelak daripada maut itu?

• Adakah kamu kuasa melepaskan diri daripada masuk ke dalam neraka?

• Adakah kamu merasa sudah wajar menerima balasan syurga?

• Sudahkan ada di antara kamu dengan Tuhan hubungan kasih sayang?

• Adakah nikmat dan kesenangan telah melekakan kamu?

• Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia
dengan panjang angan-angan?

• Mengapakah kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan?

• Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya.

• Berbuatlah sesuatu yang memberi kebaikan bagi diri kamu selagi kamu punya
kesanggupan.
• Wahai sekalian manusia,sesungguhnya engkau masih berkelaman dalam
perbuatanmu itu,sedangkan setiap hari engkau terus-menerus menghabiskan
umurmu,sejak dari saat engkau keluar dari Rahim ibumu.

• Setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur,dan pasti engkau


memasukinya.

• Wahai sekalian manusia,hidup kamu di dunia ini tidak ubah seperti lalat,setiap
kali ia jatuh ke dalam madu, ia suka dan melekat padanya.

• Begitulah juga dengan keadaan engkau,janganlah jadi seperti kayu yang


membakar dirinya dengan api untuk kepentingan dan kebaikan orang lain.

Pengajaran 3
Allah berfirman :

• Tidaklah kujadikan kamu,wahai manusia,untuk membanyakkan yang sedikit,

• Dan bukan pula untuk bersuka-suka untuk menghilangkan kesunyian

• Serta bukan untuk menjadi pembantu-Ku,untuk melakukan sesuatu yang aku


lemah melakukannya.

• Bukan pula untuk suatu manfaat atau untuk menghindar daripada mudarat.

• Akan tetapi,Ku-jadikan kamu adalah untuk mengabdi kepada-Ku


berpanjangan,supaya kamu bersyukur kepada-Ku banyak-banyak, dan supaya
kamu bertasbih kepada-Ku pagi dan petang.

• Wahai sekalian manusia, seandainya semua kamu daripada yang mula-mula


hingga yang penghabisan, yang bangsa manusia dan bangsa jin, yang kecil dan
yang besar, yang merdeka dan yang abdi saling tolong-menolong dan bersama-
sama mentaati Aku,

• Maka yang demikian tidak sampai menambah sebiji zarrah pun ke dalam
kerajaan-Ku. Sesiapa yang berjihad sebenarnya ia berjihad untuk dirinya sendiri

• Sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada seluruh alam

• Wahai manusia sama saja,iaitu jika engkau menyakiti,maka engkau pun akan
disakiti. Apa yang engkau lakukan,maka hal sama jugalah yang akan dilakukan
terhadapmu.
Pengajaran 4
Allah berfirman:

• Wahai orang-orang yang beriman,ingatlah Allah banyak-banyak, dan bertasbihlah


kepada-Nya pada waktu pagi dan petang. Wahai Musa bin Imran, wahai yang
empunya keterangan,dengarlah perkataan-Ku. Akulah Allah,Raja yang Maha
Gagah,di antara Aku dengan engkau tidak ada jurubahasa.

• Gembirakanlah orang yang memakan riba dengan kemarahan Al-Rahman(Allah)


serta melipatgandakan azab neraka.

• Wahai manusia,jika engkau dapati hatimu keras,badanmu sakit,sukar mendapat


rezeki dan hartamu semakin berkurangan,ketahuilah bahawa yang demikian itu
kerana engkau telah berkata-kata dengan perkataan yang tidak mempunyai erti
bagimu.

• Wahai manusia, tidak akan lurus agamamu selama lidah dan perkataanmu lurus
terlebih dahulu.

• Tidak akan lurus lidah atau perkataanmu sebelum engkau malu terhadap
Tuhanmu.

• Wahai manusia, apabila engkau melihat aib dan cela orang lain sementara
engkau lupa aib dan cela dirimu sendiri,maka sesungguhnya engkau sudah
sampai ke tahap lebih menyukai syaitan dan memarahi al-Rahman.

• Wahai manusia,lidahmu adalah harimau.Jika engkau melepaskan ikatanya maka


ia akan membunuhmu. Oleh itu,kebinasaan dirimu sebenarnya terletak pada
lidah dan kata-katamu.
Pengajaran 5
Allah berfirman

• Wahai sekalian manusia,kematian akan membuka seluruh rahsiamu

• Hari kiamat akan menguji perkhabaranmu

• Dan seksa akan membuka penutupmu

• Apabila engkau melakukan sesuatu dosa,janganlah engkau memandang


kecilnya,tetapi lihatlah kepada siapa engkau telah berbuat maksiat.

• Apabila engkau diberi rezeki walaupun sedikit,janganlah lihat jumlahnya tetapi


lihatlah siapa yang memberinya.

• Jangan menganggap remeh terhadap dosa kecil kerana engkau tidak tahu dosa
apa yang telah engkau lakukan.

• Engkau tidak akan terlepas daripada tipu daya-Ku,kerana tipu daya-Ku lebih
tersembunyi bagimu daripada semut yang menjalar di atas batu yang licin di
malam gelap gelita.

• Wahai manusia ,adakah setelah engkau berbuat maksiat,lalu engkau mengingat


Aku?

• Adakah engkau telah berhenti daripada Ku-tegah?

• Adakah engkau telah menunaikan kewajipanmu kepada-Ku sebagai telah Ku-


suruh?

• Sudahkah engkau membelanjai orang-orang miskin dengan hartamu?


• Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat
kepadamu?

• Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah menganiayamu?

• Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang telah


memutuskan hubungan denganmu?

• Adakah engkau telah mengisafkan orang yang telah mengkhianatimu?

• Adakah engkau telah bercakap dan menegur orang yang telah mengusirmu
(tidak mahu menegurmu)?

• Adakah engkau telah menyenangkan hati tetanggamu?

• Adakah engkau sudah pergi bertemu ulama untuk bertanya tentang agama dan
duniamu?

• Sesungguhnya,Aku tidak memandang kepada wajah Kamu,dan tidak kepada


kecantikan kamu, akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu.

• Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut.

Pengajaran diatas adalah sebahagian daripada pengajaran yang dipetik dari buku “Nasihat Dan
Bimbingan Hadis-Hadis Qudsi”-Imam Ghazali.(Al-Hidayah Publisher)

Buku ini mengandungi 38 Pengajaran yang menyentuh hati kerana maknanya yang begitu

mendalam .Definitely a MUST BUY BOOK .

Allyiana

12 January 2008