Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Tylor (1871) mengatakan bahawa budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dengan mencapai 60% daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu adalah beragama islam, berbahasa melayu dan amat sinonim dengan politik Negara. Kaum kedua terbesar ialah kaum Cina yang mewakili 25% masyarakat di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. Kaum India membentuk 7% hingga 10% daripada populasi masyarakat Malaysia. Kebanyakan mereka beragama Hindu dan Kristian, berbahasa Tamil, Malayam dan Hindu dan menerokai bidang perguaman. Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Di seolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Pelajarpelajar sejak mula masuk ke sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan mereka. Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan secara tidak langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciri-ciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama dianuti dan sebagainya. Sebagai contoh, kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum melayu menuturkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai pegangan hidup. Manakala kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda mereka dan pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu. Perbezaan agama dan budaya yang mewarnai rakyat di negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak duduk sana di sekolah atau di tempat kerja mahupun di tempat makan. 1

Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi. Susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku melibatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka beberapa dasar yang menekankan kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai institusi sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan utama bagi setiap individu tidak kira samada di sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar akan di ajar mengenai kebudayaan kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara, bahasa kebangsaan dan bendera kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara merupakan agen utama dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya dan amalan.

2.0 KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA Pendidikan multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan multibudaya cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan multibudaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Di samping itu, Banks(2002) juga telah memperkenalkan empat dimensi pendidikan berbilang kebudayaan, iaitu integrasi isi kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar, konsep dan nilai dari pelbagai kebudayaan dalam pengjaran dan pembelajaran. Proses konstruk ilmu pengetahuan adalah pengakuan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah konstruk sosial, wujud dalam pemikiran manusia untuk menjelaskan pengalaman mereka yang boleh berubah, dengan mendorong perubahan sosial. 2

Pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuaikan pengajaran mereka untuk bersesuaian dengan pelajar yang berlatar belakang yang berlainan dalam mencapai kejayaan akademik. Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial untuk membentuk semula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guru-guru dan pihak pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru supaya membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yang saksama. Salah satu konsep yang terserap dalam pendidikan berbilang kebudayaan adalah konsep kesaksamaan (equity). Menurut American Heritge Dictionary, kesaksamaan dijelaskan sebagai satu peringkat di mana semua pelajar, tidak kira majoriti atau minoriti, perempuan atau lelaki, pelajar yang berjaya atau gagal, dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketika mempunyai peluang untuk belajar, menyertai program pendidikan, dan mempunyai penerimaan yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam pendidikan (Pathways Home). Sebenarnya saksama dan pendidikan berbilang kebudayaan tidak dapat diasing dari antara satu lain. Ia memerlukan guru-guru memikir dan mengkonsep semula tentang pengajaran dan pembelajar, dan mengunakan pendekatan mengajarar yang tidak bias untuk membentuk pengajaran inklusif pada setiap bidang matapelajaran( North Central Regional Educational Laboratory,2001).

2.1 KONSEP PENDIDIKAN MULTI BUDAYA DI MALAYSIA Di Malaysia pendidikan multibudaya terbentuk sejak zaman kegemilangan Melaka lagi iaitu dari negara China dan India berhijrah ke Tanah Melayu samada untuk berniaga dan menyebarkan agama Islam. Pada masa itu pendidikan adalah berteraskan ajaran Islam dan kitabnya adalah kitab Al-Quran. Selepas zaman kegemilangan ini berlalu dan Tanah Melayu dijajah oleh pelbagai bangsa, akhirnya pendidikan di Malaysia diubah mengikut dasar pecah dan perintah. Dasar yang diperkenalkan oleh British ini menindas kaum Melayu kerana kaum Melayu hanya diberi peluang pendidikan sekadar untuk membaca dan menulis sahaja. Selepas kemerdekaan, pendidikan multibudaya dilaksanakan dan ia memfokuskan terhadap penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar untuk mengintegrasikan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, kebudayaan, agama, ekonomi dan sosial. Setiap individu berhak mendapat peluang pendidikan yang sama. Nilai serta tata laku seperti saling faham memahami, saling hormat menghormati, bertolak ansur, menghargai hak-hak asasi

manusia, adil, jujur dan bersatu padu cuba ditanam di dalam diri pelajar melalui pendidikan multibudaya untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya perpaduan rakyat. Sistem pendidikan mempunyai objektif untuk menyepadukan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dalam melahirkan individu yang berakhlak dan cemerlang. Apabila setiap individu di Malaysia cemerlang di dalam empat sifat utama yang ditekankan oleh sistem pendidikan ini, secara tidak langsung perpaduan negara dapat diwujudkan. Di Malaysia, subjek-subjek yang berkaitan dengan kebudayaan di Malaysia di ajar. Antara subjek-subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia, Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajaran subjek-subjek tersebut dalam pendidikan dapat meningkatkan kefahaman pelajar pelbagai kaum dan budaya bagi memahami konsep kepelbagaian masyarakat di negara ini, kepelbagaian budaya, tanggungjawab terhadap negara dan sebagainya. Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan bangsa. Secara tidak langsung, masyarakat Negara ini telah diperkenalkan kepada budaya, bahasa, dan pemakaian yang tersendiri pada waktu dan masa-masa tertentu. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang membentuk komuniti masyarakat kecil yang mempunyai identiti tersendiri. Komposisi penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di semanjung, Sabah dan Sarawak menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar dalam sistem pendidikan Negara. Kepelbagaian latar belakang ini membuatkan masyarakat Malaysia semakin bersatupadu dan semakin memahami kebudayaan dan fahaman bangsa-bangsa lain dan ia sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memperkenalkan idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Satu malaysia bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan anatra pelbagai kaum di Malaysia dan mewujudkan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Dari aspek pendidikan, konsep satu Malaysia ini berfungsi untuk mengurangkan juarang perbezaan antara bandar, luar bandar dan 4

kumpulan etnik agak mereka mempunyai hak untuk mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak dari golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini adalah perkara asas dalam pembentukan pusat pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kepelbagaian latar belakang pelajar ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran, status sosio-ekonomi, sosio-politik & sosio- budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek lain yang mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini boleh dikaji dari aspek jantina, kaum dan etnik, bugaya, gaya pembelajaran dan sosio-ekonomi. Pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu rancangan kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Matlamat pembinaan sekolah wawasan ini adalah: 1. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama. 2. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. 3. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. 4. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berada di bawah satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa. Konsep Sekolah Wawasan adalah

bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan.

2.2 KONSEP PENDIDIKAN MULTIBUDAYA DI LUAR NEGARA 2.2.1 INDONESIA Di Indonesia, pendidikan multibudaya dikenal sebagai suatu pendekatan yang dianggap lebih sesuai bagi masyarakat Indonesia yang heterogen, sesuai pada masa autonomi dan desentralisasi yang baru dilakukan. Pendidikan multibudaya yang dikembangkan di Indonesia seiring dengan pengembangan demokrasi yang dijalankan sebagai counter terhadap kebijakan desentralisasi dan autonomi daerah yang sering dilaksanakan kearah menguatnya sukuisme dan daerahisme. Pendidikan multibudaya yang ada di Indonesia merupakan kekayaan yang boleh menjadi modal untuk mengembangkan kekuatan budaya. Terutama, kepada kanak-kanak perlu diterapkan dengan sikap toleransi, dan pengajaran itu harus dibuktikan dengan sikap toleransi, dan pengajaran itu harus dibuktikan dengan sikap, tindakan, dan respek antara satu sama lain. Pendidikan multibudaya sangat penting kerana Indonesia juga seperti Malaysia mereka hidup dalam negara yang pelbagai budaya, lebih dari itu Indonesia juga menghadapi berbagai budaya dari luar keterbukaan dan kerjasama antara negara, mahupun kesan dari teknologi maklumat yang berkembang pesatt. Oleh sebab itu, tugas menupuk pendidikan multibudaya di Indonesia lebih berat (ragam, suku, etnis, agama yang cukup banyak), kerana tugas tersebut memiliki misi bagaimana agar para anak didik memiliki kesedaran multibudaya yang mengandung erti memiliki kemampuan untuk bersikap toleransi, menerima perbezaan dan saling menghormati walaupun dengan latar belakang budaya yang berzeda. Pendidikan multibudaya sangat penting untuk dipupuk, tidak hanya disekolah tetapi juga dirumah agar pada masa hadapan masyarakat Indonesia tidak lagi menjadi masyarakat yang dianggap suka dengan tingkah laku kekerasan, konflik, dan sulit menerima perbezaan. 3.0 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA MODEL JAMES A. BANKS James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu: 6

1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan pendidikan yang adil kepada semua individu. 2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum dan kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan menghormati antara satu sama lain. 3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya membangunkan negara ke peringkat antarabangsa. 4. Membantu individu memahami kendiri dengan melihat mereka sendiri dari pespektif budaya lain, dengan andaian bahawa mempunyai fahaman dan pengetahuan sedemikian akan dapat wujud penghormatan antara satu sama lain. 5. Membekalkan pelajar peluang untuk memilih budaya golongan lain. Keadaan sering berlaku selama ini iaitu sekolah biasanya mengamalkn budaya golongan majority dan jarang memperkenalkan budaya lain kepada golongan majoriti. Pada hakikatnya golongan majoriti perlu mengetahui keunikan dan kecantikan budaya golonagan lain. 6. Membekalkan semua pelajar kemahiran, sikap dan pengetahuan untuk berfungsi dalam budaya sendiri dan juga budaya kaum lain. 7. Mengurangkan diskriminasi dan derita pengalaman dari ciri-ciri budaya sendiri. Kajian menunjukkan sesetengah golongan terpaksa menolak budaya sendiri dengan keinginan untuk berjaya. Membantu pelajar menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Dalam konteks pendidikan berbilang kebudayaan, isi kandungan pengajaran pembelajaran yang berkaitan dengan kaum, agama sosio-ekonomi pelajar akan lebih memberi makna dan meningkatkan motivasi pelajar. Berdasarkan definisi dan konsep pendidikan multibudaya, beberapa prinsip perlu diberi pertimbangan dalam pelaksanaan program pendidikan berbilang budaya. Menurut Jame A. Banks(2002) dalam membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong kemahiran bergaulan antara golongan yang berlainan, Beberapa prisip asas yang perlu diambil kira semasa merancangkan polisi pendidikan berbilang kebudayaan :-

1. Program perkembangan profesional perlu diadakan untuk membantu guru memafami ciri-ciri pelbagai kaum negara kita dan unsur-unsur bangsa, kaum, bahasa, sosioekonomi yang saling berkaitan dalam mempengaruhi tingkah laku pelajar. 2. Sekolah perlu memastikan semua pelajar memperolehi peluang yang saksama dalam pembelajaran.Kurikulum yang disedia perlu membantu pelajar memahami ilmu pengetahuan harus berasaskan konstruk sosial dan mengambarkan dapatan penyelidikan yang berkait dengan keadaan sosial, politik, ekonomi negara. 3. Sekolah perlu membekalkan semua pelajar peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum atau aktiviti luaran yang membantu pengembangan pengetahuan, kemahiran, sikap serta meningkatkan pencapaian akademik dan mendorong interaksi positif di kalangan pelajar yang berasal dari pelbagai latar belakang.Sekolah harus menubuh persatuan yang ahlinya terdiri daripada wakil golongan yang berlainan untuk memperbaiki perhubungan antara golongan. 4. Pelajar perlu memafami stereotaip dan bias yang mendatangkan kesan negatif terhadap perhubungan kaum.Pelajar perlu membelajari nilai-nilai yang dikongsi oleh semua golongan yang berbilang kebudayaan.( contoh : keadilan, kesaksamaan, kebebasan, keamanan, belas kasihan dan lain-lain.) 5. Guru harus membantu pelajar memperolehi kemahiran sosial untuk berinteraksi secara berkesan dengan pelajar yang berasal dari kaum, budaya, bahasa yang berlainan.Sekolah harus membekalkan peluang kepada pelajar yang berlatar belakang yang berlainan berinteraksi dalam satu keadaan yang tidak berketakutan dan berkebimbangan. 6. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar. 7. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang saksama.Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial pelajar.

4.0 MENGAPA PENDIDIKAN MULTIBUDAYA? 8

Terdapat kajian menunjukkan jika kanak-kanak memahami lebih banyak sterotaip golongan lain, akan kurang bersikap negatif terhadap golongan lain. Dengan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang pelbagai kaum dan sumbangan mereka dalam pembinaan dan kemajuan negara, akan dapat mengurangkan ketidaktoleransi dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai kebaikan sejagat (Martin,1985). Pendidik yang mengenal dan menghormati latar belakang yang pelbagai pelajar mereka juga akan berkewajiban dan bertanggungjawab berkongsi nilai-nilai sesama dengan pelajar. Walaupun pelajar dan guruguru menunjukkan kebudayaan yang berlainan, tetapi terdapat juga budaya yang sama dikongsi terutamanya budaya kehidupan. Strategi sekolah harus memastikan keputusan yang dibuat dapat berkongsi bersama dan semua warga sekolah membelajari kemahiran berkerja sama untuk menghasilkan satu persekitaran sekolah yang prihatin untuk pelajar. Pemimpin atau pegawai berkaitan perlu membentuk strategi yang memastikan semua sekolah mendapat peruntukan kewangan yang saksama. Guru harus peka tentang unsur-unsur berbilang kebudayaan semasa menilai kemahiran kognitif dan kemahiran sosial pelajar.

5.0 KESIMPULAN Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran dan status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan jantina memberi persepsi berbeza tentang pencapaian pelajar. Begitu juga dengan latar belakang budaya dan persekitaran pelajar yang memberi impak ke atas pemikiran perasaan dan tingkah laku seseorang. Pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh 9

gaya belajar dan status sosio-ekonomi pelajar yang menyebabkan gaya pembelajaran mereka terjejas akibat faktor persekitaran yang tidak sesuai. Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk perpaduan di Malaysia terutamanya dikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan pendidikan multi-budaya, semua pihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan multi-budaya seterusnya membantu dalam penubuhan gagasan satu Malaysia. Secara ringkasnya, pendidikan berbilang kebudayaan bertujuan membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam membuat keputusan yang menimbangkan individu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai kehidupan harmoni dan demokrasi.

6.0 RUJUKAN Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim: Quantum Books. British Association of Advisers and Lecturers in Physical Education (1989). Teaching and Learning Strategies in Physical Education. Leeds: White Line Press.

10

Coates, B. (1997). Refining your Style. Sportsteacher. Spring edition. Jean Piaget (1980). Physical Education in Secondary Schools. Schools Council Research Studies, London: Macmillan. 20 Januari 2011. Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita Bahagian Pendidikan Guru (1990). Kearah Memantapkan Perancangan Program Latihan Guru. p.88. 12 Januari 2011. Lawson dan Placek (1996). Inside the Primary Classroom. London: Routledge & Kegan Paul. 12 Januari 2011. Mosston, M. & Ashworth, S. (1986). Teaching Physical Education. Columbus, OH: Merrill. 1 Januari 2011. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Physical Education Resources. Retrieved at http://physicaleducationresources.com/ teaching stylesmosstonpe on 21 December 2010. Sekolah Sebagai Pembentuk Masyarakat Harmoni. Retrieved at http://otak2sped.blogspot.com/ 2009/02/sekolah-sebagai-pembentuk-masyarakat.html?zx=fd6eccbfa3f66503 on 12 January 2011. Sports-media. Retrieved at http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm on 12 January 2011.

7.0 LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH ) Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema : Bahasa Melayu : 3 Orkid : 32 orang : Pencemaran Alam Sekitar 11

Tajuk Tarikh Masa

: Pencemaran Udara : 3 Februari 2011 : 40 minit

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat; i. ii. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku.

iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Ilmu Nilai : Bahasa Melayu, Alam sekitar : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. BBB : Power point, buku latihan dan alat tulis.

Isi Pelajaran Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis pencemaran.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit) i)murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk membezakan jenisjenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka sendiri.. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti dan

Catatan KB : menghubungkait, Inferens BCB: menonton dengan Aktif BBB : power point

12

tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. Guru memberi teks cerita yang berkaitan dengan Pencemaran Udara melalui power point. Langkah 1 (10 minit) i)murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan. ii)murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul. iii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut. Langkah 2 (10 minit) i)murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)murid dikehendaki membentangkan isiisi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv)guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. KB : membuat inferens BCB : ) membaca dengan intonansi yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks cerita, power point

Guru Mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point.

KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : power point

Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Menyudahkan petikan yang

Langkah 3 (10 minit) i)guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut. ii)guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan. iii)guru membimbing kumpulan murid

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. 13

diberikan dengan mengisi tempat kosong. Guru membuat Rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.

yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. Penutup (5 minit) i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

BBB : kertas latihan.

Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub Tajuk Tahap Tahun Bilangan Murid : Pendidikan Kesihatan : Kesihatan Diri dan Keluarga : Kesihatan Diri : Alatan Kebersihan Diri, Menjaga Kebersihan Diri, Cara Berpakaian, Kesedaran Tanggungjawab Menjaga Tubuh Badan : Satu : Tiga : 25 orang 14

Tarikh Hari Masa Objektif

: 1/2/2011 : Selasa : 7.40 hingga 8.20 pagi : Di sepanjang proses pengajaran ini diharapkan pelajar dapat menguasai tiga domain di bawah melalui aktiviti yang dirancang: Kognitif Pelajar dapat menyatakan bagaimana menguruskan alatan kebersihan diri dan cara berpakaian. Pelajar dapat menjelaskan tanggungjawab menjaga tubuh badan.

Psikomotor Afektif Pelajar dapat bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Pelajar dapat menyedari pentingnya menjaga kebersihan dir. Pelajar melakukan lakonan bagaimana cara menjaga kebersihan dan kehormatan diri

Penyebatian KBKK Penerapan nilai Sumber P&P Penggabungjalinan

: Menghubungkait, mengelas, menjanakan idea : Minat, perihatin, kerjasama : Buku rujukan, buku teks : Agama Islam

Fasa Aktiviti 1 Permulaan (5 minit)

Aktiviti Soal jawab bersama murid

Fokus pembelajaran - guru bertanyakan khabar kepada murid. - guru bersoal jawab berpandukan soalan-: i. ii. adakah kamu saying kepada diri kamu? bagaimana cara menunjukkan kamu sayang diri kamu?

Organisasi Keseluruhan Kelas

Catatan Verbal linguistic Interpersonal

Intrapersonal

Petunjuk rajah; 15

-guru menjelaskan tanggungjawab menjaga tubuh badan. Guru Pelajar Aktiviti 2 Perkembangan (5minit) Perbincangan antara guru dan murid Perbincangan murid dengan murid Aktiviti 3 Perkembangan (5minit) Aktiviti 4 Kemuncak (10minit) Membuat latihan perbincangan berdasarkan soalan yang diberi oleh guru -: - apakah ciri-ciri orang yang sihat bagaimana untuk menjadi sihat - peranan individu dalam menjaga kesihatan diri - murid diminta memberikan contohcontoh bagaimana untuk menjadi anak yang baik - murid diminta untuk melakonkan watak seorang anak yang baik kepada keluarga contohnya kepada ibu bapa - guru merumus tajuk pelajaran - perbincangan dengan murid dengan guru bagi masalah yang dihadapi dalam pelajaran yang diajar. Perbincangan Verbal guru dengan Linguistic murid Interpersonal Intrapersonal individu

Lakonan

Berkumpulan

Kinetic Interpersonal Intra personal

Aktiviti 5 Penutup (5minit)

Refleksi keseluruhan

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS

SUBJEK PENULIS PENERBIT TEMPAT TERBIT TAHUN TERBIT

: Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

TAHUN : 3

: Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husin Bin Ayob, Zalawati Binti Sufian : Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur : 2004

16

KETEPATAN KANDUNGAN KOMPONEN PERKARA SKOR 1 A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP 1. Kelengkapan isi kandungan 2. Keluasan isi kandungan 3. Kedalaman isi kandungan 2 3 4 / / / ULASAN

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Mata pelajaran Pendidikan Jasmani kini banyak mengalami perubahan sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya. 1. Kelengkapan isi kandungan 2. Keluasan isi kandungan 3. Kedalaman isi kandungan Daripada ketiga-tiga intipati kandungan ini maka, kesesuaian isi kandungan adalah selaras dengan tahap perkembangan pelajar Tahun 3.

B.

KETEPATAN

4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta 5. Ketepatan contoh, kes, gambar, ilustrasi 6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol 7. Ketepatan penulisan diagram dan

ISI KANDUNGAN

mengikut daftar ejaan. Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Ketepatan keseluruhan dalam isi kandungan ini bersesuaian dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

17

Ia dapat dikukuhkan dengan adanya buku teks PJK tahun 3 yang meliputi kepada Tunjang Pendidikan Jasmani (Bab 1,2,3) dan Tunjang Pendidikan Kesihatan (Bab 4,5,6).

C. KEMUTAKHIRAN ISI KANDUNGAN

8.

Kesesuaian dengan

kandungan

perkembangan

ilmu dan teknologi 9. Kemutakhiran dan kes serenar. 10. Kemutakhiran daftar ejaan / contoh, /

gambar, ilustrasi peraturan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah sangat baik untuk melahirkan generasi yang sihat dengan melibatkan penggunaan istilah sains sukan. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar.

18

KOMPONEN

PERKARA

SKOR 1 2 3 4 /

ULASAN

D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR

11.

Sesuai perkembangan

dengan dan

Penerangan kandungan padat. ringkas

isi dan

kemampuan pelajar 12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar 13. Menggunakan (Malaysia) contoh, / /

Tidak ada kaitkan dengan kes tempatan

gambar dan kes tempatan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai digunakan dalam PJK berdasrkan buku teks ini. Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar juga sesuai kerana dalam tunjang pendidikan kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) juga sesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia. E. KEPEKAAN 14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek) 15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan melibatkan domain afektif seperti berkerjasama, hormat menghormati dan banyak lagi telah diperjelaskan dalam Bab 4 iaitu Kesihatan Diri dan Kekeluargaan. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan negara diterapkan dalam domain afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat berpasukan serta menanamkan keyakinan dalam diri pelajar. F. FOKUS 16. Mendorong perasaan ingin tahun pelajar. / Pembalakan dijalankan menguntungkan SBUB di Sabah 17. Memperkembangkan daya kreativiti / Carta pentadbiran organisasi SBUB di 19 yang / /

TERHADAP NILAI TEMPATAN

KANDUNGAN

2.

PAPARAN PERKARA SKOR 1 2 3 4 / ULASAN

KOMPONEN

A.

TEKNIK

20. Bab dan sub bab di paparkan secara konsistensi dan sistematik 21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta 22. Bersifat konstekstual 23. keseimbangan di antara bab dan sub bab 24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik. 25. Keutuhan makna bab/ sub bab/ topik / / /

PENYAJIAN KANDUNGAN

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Oleh itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta serta sifat konstekstual, keseimbangan, kesinambungan dan Keutuhan makna bab/ sub bab/ topik keseluruhannya merangkumi kepada pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi (Bucher 1979).

20

KOMPONEN

PERKARA

SKOR 1 2 3 4

ULASAN

G. PEMAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN

26.

Berpusatkan pelajar

kepada /

27. Pembelajaran kendiri 28. Bervariasi 29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll) 30. mengembangkan kemahiran proses

/ / /

Carta

organisasi,

hasil

tradisi yang menyumbang kepada kewangan SBUB, perubahan sosial SBUB di Sabah

31.

mencipta interaktif

komunikasi

Tentang hasil bumi yang terdapat di Sabah

32.

Menekankan amali/ praktik)

aspek /

keselamatan (bagi subjek

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Kandungan pembelajaran bagi PJK lebih banyak berpusatkan kepada guru dan hanya sesetengah kaedah digunakan berpusatkan kepada pelajar. Pembelajaran dalam buku teks ini menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Hal ini kerana dalam kandungan buku teks ini terdapat beberapa gambar ansur maju dalam beberapa aktiviti seperti lontar peluru dan kemahiran dalam lari pecut. Ia juga bervariasi kerana banyak aktiviti yang dijalankan dipaparkan dengan variasi pergerakan dan gambar yang menarik. Keadilan & demokrasi tidak menimbulkan bias dalam pembikinan buku teks. Ia 21

menggambarkan konsep 1 Malaysia. Mengembangkan kemahiran proses amat sesuai kerana dalam ilustrasi yang ditunjukkan banyak meletakkan lukisan berbanding gambar. Mencipta komunikasi interaktif amat kurang dalam pembikinan buku teks ini. Aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku teks ini bagi mengelakkan pelajar melakukan sesuatu aktiviti tanpa pengawasan guru. H. KELENGKAPAN DOKUMENTASI 33. Pengantar 34. Definisi istilah 35. Advance organizer pada awal bab 36. Sumber/ rujukan terkini untuk nama, teks, tarikh gambar, termasuk jadual, diagram, lampiran, sumber atas talian. 37. Rumusan 38. Tugasan bab. 39. Daftar pustaka 40. Indeks 41. Lampiran / / / dan contoh/ / / / / /

contoh soalan pada setiap

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Definisi istilah menyatakan bahawa pelajar perlu memahami dan menghayati

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Advance organizer pada awal bab menjelaskan segala aktiviti yang melibatkan Tunjang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang memerlukan keseluruhan konsep dan info 22

berkaitan dengan sukan. Sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian secara keseluruhannya boleh digunapakai kerana ia dirujuk pada sumber-sumber yang terbaru iaitu antara tahun 1990an dan 2000. Rumusan dalam buku teks ini adalah mengikut setiap bab. Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab tidak cukup untuk pengukuhan minda pelajar kerana dari Bab 1 hingga 6 latihan yang disediakan terlalu sedikit dan banyak lebih kepada soalan subjektif. Daftar pustaka dalam buku teks ini telah mendapat keizinan daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Indeks tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku teks. Lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melampirkan kepada 4 lampiran iaitu nama-nama otot, prosedur Ujian lompat Squat menegak, Prosedur Ujian Lari Pecut 40 meter dan Jenis vitamin, sumber dan fungsinya.

23

Anda mungkin juga menyukai