KOD
TARIKH MULA
A. 1. 2. 3. 4.
Mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran pelajar dalam Matematik. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khas apabila diperlukan. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Kerja kursus ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.
B.
1. Membuat rujukan yang berkaitan dan sesuai dengan topik tugasan. 2. Menyediakan JSU, item objektif mengikut aras Bloom, mentadbirkan ujian dan membuat analisis item. 3. Menguji indek kebolehpercayaan ujian dengan Pekali Korelasi Pearson. 4. Membuat refleksi pengalaman, masalah, dapatan dan membuat cadangan. C. Tugasan Projek (100%: Wajaran 50%)
Dalam sistem pendidikan KBSR, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran-pembelajaran. Dalam sistem penilaian/pengujian, pelbagai cara digunakan: melalui peperiksaan, kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kebanyakan cara penilaian/pengujian melibatkan soalan-soalan. Oleh itu, adalah penting untuk diberi perhatian kepada aspek-aspek kemahiran pembinaan soalan. Tambahan pula, dalam perkembangan sistem pendidikan kita sekarang, yang peperiksaan awam secara berpusat adalah salah satu komponen penting, yang mahu diterapkan kepada pelajar dan yang mahu dicungkilkan daripada pelajar antaranya adalah kemahiran-kemahiran kognitif.
Anda dikehendaki menjalankan satu ujian semasa melaksanakan latihan praktikum di sekolah. Bagi melaksanakan ujian tersebut, anda dikehendaki:
i.
Menyediakan JSU bagi satu ujian matematik bagi mana- mana tahun dan mana topik dengan 30% soalan mudah, 50% soalan sederhana dan 20% soalan susah. Menggubal item soalan ujian yang mempunyai ciri-ciri berikut (dan berdasarkan JSU):
ii.
10 - 15 item matematik aneka pilihan untuk tempoh masa 15 hingga 20 minit. Aras kognitif bagi item yang digubal hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut Taksonomi Bloom.
Ditaip dengan menggunakan font Arial, Saiz 12 dan double spacing. Mentadbir ujian ini kepada sekurang- kurangnya 20 orang murid
iii.
vi.
vii.
viii.
Membuat semakan ujian mengikut skima pemarkahan dan memberikan skor pelajar. Membuat pelaporan pencapaian dalam bentuk graf cth: carta pai, palang histogram dan lain- lain (pilih satu sahaja). Membuat analisis bagi setiap item yang dibina-indek diskriminasi dan indek kesukaran. Membuat pentaksiran atau kesimpulan bagi setiap item berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang diperolehi. Melaksanakan semula ujian yang sama setelah dua minggu ujian yang pertama dilaksanakan. Membuat semakan skor markah dan menyatakan dalam bentuk graf. Membuat pentaksiran tahap kebolehpercayaan ujian dengan menggunakan Pekali Korelasi Pearson berdasarkan skor ujian pertama dan kedua. Membuat rumusan keseluruhan dapatan.
Bahagian C: Penulisan Reflektif Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek- aspek berikut: i. ii. iii. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini. Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan dan bagaimana mengatasinya. Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan kognitif individu.
D. 1. 2.
Panduan Pelaksanaan Projek. Tugasan ini adalah tugasan individu. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau setengah baris iv. Rujukan mengikut format A.P.A v. Lampiran. Muka depan tugasan hendaklah mengandungi maklumat- maklumat berikut: i. Nama ii. Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan. iii. Unit dan Ambilan iv. Tajuk v. Nama Pensyarah vi. Tarikh Serahan Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan kerja kursus. Projek ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.
3.
7. 8.
F.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan disediakan oleh _______________________ (Mohd Shahbudin B Che Nawi) Jabatan Matematik IPG Kampus Tawau
msha_cn@yahoo.com Tarikh:
Tarikh: