Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN YDP PIBG SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH SEMPENA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2011 Terima kasih

diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasibihi ajmain. Yang Berbahagia Dato Razali b. Othman Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Pengurusan yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Yang Berbahagia

Yang Berusaha Puan Hajah Noor Aini Bt Zainal Abidin, Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah, Guru-guru Penolong Kanan, ibu bapa/ penjaga, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dapat bersama-sama dalam Majlis Anugerah Cemerlang Sek. Raja Perempuan Taayah pada hari ini. Saya amat mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Razali b. Othman, Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Pengurusan yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Tuan . dalam Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, Yg Bhg Dato serta dan Tuan KPP dapat juga hadir ke majlis yang telah dirancangkan ini. Sesungguhnya kami berasa amat berbesar hati dan

merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan Dato dan Tuan KPP terhadap kami. Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin dengan kehadiran Dato dan Tuan KPP akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa dan masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan khususnya di Sek. Raja Perempuan Taayah ini. Yg Bhg. Dato serta Hadirin sekalian, Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana pendidikan menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana yang cekap. Bagi pihak PIBG, saya amat berbesar hati dan menghargai keprihatinan dan kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak selama ini. Memandangkan sekolah ini berdiri megah sebagai antara salah sebuah sekolah asrama Kerajaan Negeri Perak setakat ini dan terus memacu kecemerlangan dengan acuan kita sendiri, besarlah harapan kami para ibu bapa agar sekolah ini terus dapat dikekalkan sebagai aset negeri.

Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras perkembangan global dan serantau. Antara cabarannya adalah melestarikan tahap profesion dan menjadikan kualiti perkhidmatan serta kecemerlangan sebagai identiti. Negara akan kehilangan daya saing, ketinggalan atau terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan

tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan.

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan di sekolah ini dalm tahun 2011. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati yang dihormati sekalian, Selaku YDP PIBG, sesungguhnya pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah ini dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan amat diperlukan. Komitmen tuan-tuan dan puan-puan adalah kebanggaan saya. Saya suka menyentuh beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kita sebagai waris Sekolah Raja Perempuan Taayah. Kita yakin, tanpa disiplin yang tinggi, pasti kejayaan dan kecemerlangan tidak akan tercapai. Kita juga mesti sedar, kebanyakan sekolah juga tidak terlepas daripada ledakan isu-isu yang berkaitan murid-murid. Ibu bapa/ penjaga semestinya sedar dan prihatin mengenai masalah ponteng, datang lambat ke sekolah, buli, melawan guru, personaliti diri, mencuri dan seumpamanya. Walaupun masalah ini bukan sesuatu yang serius di sekolah ini, keperihatinan para waris akan menatijahkan sesuatu yang bermakna untuk sekolah. Saya percaya di bawah kepimpinan dan keprihatinan Tuan KPP dan Tuan Pengetua, kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Y.Bhg Dato, Tuan KPP, Tuan Pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang 2011 serta semua ibu bapa/ penjaga dan hadirin yang dihormati sekalian atas kesudian bersama-sama berada dalam majlis kita pada hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa-apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Wabillahi taufiq wal hidayah wasalammualaikum Warahmatullahi

wabarakatuh. Sekian, Terima kasih.