Anda di halaman 1dari 35

Penyusuan Susu Ibu Pengenalan Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan

dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu. Kebaikan Untuk bayi : Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o o

Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar

Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.


o

Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.

Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :

membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :


Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal

Sebelum kelahiran Semasa kelahiran Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran

Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami

Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.

Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan

Sentuhan kulit Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

Permulaan awal Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Selepas melahirkan

Menyusu mengikut kehendak. Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in) Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan

susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda. Tiada puting tiruan. Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan. Makanan Pelengkap Pengenalan Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan. Bermula daripada umur 6 bulan, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan mengigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda. Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.

Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga. Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein. Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.

Jadual Panduan Pemakanan Mengikut Umur Umur 6 Kemahiran Mula Jenis Makanan Makanan lembut

Jumlah & Kekerapan

2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu

Bulan menerima makanan pepejal Bubur nasi dikisar Bijirin untuk bayi (jenis beras)

makan) 2 kali dalam sehari dengan ibu yang

diselangi penyusuan kerap.

Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.

7-

8 Mula belajar Makanan lembut


Tingkatkan perlahan-lahan

secara ke 2/3 saiz

Bulan mengunyah Bubur nasi Bijiran untuk bayi Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.

cawan

(cawan

250,l) dan kemudian ke cawan pada setiap hidangan 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.

Makanan mengandungi

yang susu.

- Keju, puding susu, krim keju

Telur dengan

masak. jumlah

Cuba yang

sedikit dahulu.

Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya sejarah terdapat keluarga yang

mempunyai alahan atau

masalah bayi

mempunyai ekzema.

9-11

Makan

Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.


Tingkatkan perlahan-lahan

secara ke 3/4

Bulan sendiri

atau ke 1 cawan pada Nasi Bijiran bayi Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.

setiap hidangan. 3 hidangan makan (sarapan tengahari

utama pagi,makan

dan makan malam) dan Buah Ikan, daging dan ayam Susu dan hasil tenusu keju, puding susu, krim keju.

snek

antara

waktu

makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

Telur,

melainkan

sekiranya ada alahan

Kekacang yang dimasak lembut - kacang panggang dan tauhu

1-2

Makan

Makanan diubahsuai

keluarga

yang

hidangan setiap pagi, dan

makan hari makan makan

Tahun sendiri

utama (sarapan

Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat

tengahari malam) 2 snek

seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.


antara

waktu

hidangan makan utama.

Daging cincang Makanan yang

kurangkan berempah.

Makanan diproses)

segar

(tidak

Kurangkan garam, gula dan lemak.

Teruskan susu ibu.

penyusuan

Pemakanan kanak-kanak petatih dan pra-sekolah (2 hingga 6 tahun)

Pengenalan Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:

Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain

Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan

Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.

Pemakanan berpandukan piramid makanan

Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:


o o

Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental

o o

Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian


Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini. Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.

Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein. Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut

Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari. Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun

Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi 1 Keping roti "whole meal" 1/2 Cawan Nasi 1/2 Capati 1 Cawan bubur 1 Biji sederhana kentang Keping biskut - Krim Krakers masin

6*

8*

* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan. Aras 2: Buah dan sayur

Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini. Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari. Bilangan hidangan sehari 2-3 Tahun 4-6 Tahun

Satu hidangan sayur-sayuran 1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak 1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran

2*

2*

Satu hidangan buah-buahan 1/2 Biji jambu sederhana 1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal) 1 saiz sederhana pisang 1 hiris betik, nenas, tembikai 1* 1*

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan. Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana

Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral

Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan Bilangan hidangan sehari ubi-ubian. 2-3 Tahun 4-6 Tahun

1 Potong sederhana "peha ayam" 1 Ekor ikan kembong sederhana 2 Ketul daging saiz kotak mancis 5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala

Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis = 1 Biji telur sederhana = 1 Keping tempe = 1 Keping tauhu = 2 sudu makan mentega kacang = 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan = 4 Ekor udang bersaiz kecil 2* 2*

Satu hidangan hasil tenusu 1 Gelas susu 1 Cawan dadih 2-3* 1 Keping Keju 3*

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan. Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.

Menggalakkan anak untuk makan Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:

Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.

Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik.. Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.

Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda

Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.

Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang

Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.

Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)

Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.

Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.

Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich

Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

Keengganan untuk makan Pengenalan Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius. Apakah yang dimaksudkan dengan keengganan untuk makan? Keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan. Apakah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak?

Kanak - kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada mereka. Kanak-kanak menjadi lebih memilih dan akan memakan makanan kegemaran mereka sahaja. Masalah yang biasa berlaku ialah kanak-kanak yang enggan makan sayur.

Masalah tidak mahu makan di kalangan bayi merupakan masalah yang serius pada masa kini.

Apakah penyebab masalah ini berlaku? Keengganan untuk makan merupakan sebahagaian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya, kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit. Walau bagaimananpun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:

Mempunyai perasaan benci terhadap makanan Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut) Penyakit "gastro oesphageal reflux" Kegagalan Neuro (otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan

perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh).

Usus kecil tersumbat (Intestinal obstruction) Achalasia - keadaan yang menggangu aktiviti normal otot esofagus(gulet) dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan.

Bagaimana masalah ini boleh berlaku? Bayi anda menunjukkan masalah dengan :

Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai keengganan memakan makanan pejal.

Kanak-kanak mungkin:

Lebih suka memilih makanan - hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja.

Enggan memakanan baru yang diperkenalkan.

Enggan makan apa jua jenis sayur. Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.

Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa. Tanda-tanda bahaya: Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: - sila berjumpa doktor dengan "SEGERA"

Peningkatan berat badan yang perlahan. Perkembangan terbantut. Batuk atau tercekik semasa makan. Muntah yang berulang

Adakah terdapat sebarang komplikasi berlaku disebabkan oleh masalah ini?

Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan anak anda normal.

Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.

Adakah masalah ini boleh dirawat? Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal. Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan, cuba cara berikut:

Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.

Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda. Sediakan pelbagai jenis makanan (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda ) pada setiap waktu makan.

Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik. Elakkkan makanan manis seperti gula-gula diantara waktu makan. Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.

Paling penting - elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan.

Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan..

Jangan memaksa anak anda untuk makan. Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan. Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan. Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.

Bagaimana masalah ini dapat dielakkan? Anda harus:


Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama anak anda. Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan. Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan utama.

Makanan Pelengkap Yang Baik Pengenalan 1. Makanan pelengkap yang baik haruslah mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi terutamanya makanan yang kaya dengan zat seperti protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Ini boleh dilakukan

dengan

merujuk

kepada

Piramid

Panduan

Makanan

Malaysia

yang

menerangkan kepentingan serta keseimbangan kumpulan makanan dalam corak pemakanan harian. Makanan seperti daging, ayam, ikan, telur, susu dan produk tenusu harus diberi dengan kerap. 2. Sumber makanan daripada haiwan seperti daging, ayam, ikan dan telur harus diberi setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan daripada memberi putih telur kepada bayi untuk mengelakkan kemungkinan terjadinya reaksi alahan. 3. Susu dan produk tenusu merupakan sumber makanan yang kaya dengan kalsium serta membekalkan nutrien nutrien penting lain untuk tahun pertama selepas lahir. 4. Tambahkan pelbagai buah-buahan ke dalam diet harian bayi terutamanya buah dan sayur yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Kesediaan bayi untuk mengambil makanan pelengkap Apabila bayi menjangkau umur 6 bulan ke atas, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal jika terdapat tanda-tanda seperti berikut: 1. Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri. 2. Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi. 3. Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut. 4. Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut. 5. Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut. 6. Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu. Walau bagaimanapun, jika bayi yang berumur 4 6 bulan tidak mengalami pertambahan berat badan selepas semua usaha memperbaiki cara penyusuan telah dilakukan, makanan pelengkap haruslah diperkenalkan.

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi awal, iaitu sebelum berumur 6 bulan 1. Bayi mungkin tidak mahu meneruskan penyusuan atau minum susu kerana kenyang. 2. Kerosakan fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan akibat fungsi organ yang tidak matang. 3. Berisiko terhadap sebarang jangkitan, alahan dan cirit birit. Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi lewat daripada umur 6 bulan 1. Bayi susah atau lambat menyesuaikan diri terhadap makanan baru. 2. Proses tumbesaran mungkin terganggu. 3. Boleh menyebabkan kekurangan nutrien. Bagaimana menyediakan makanan pelengkap untuk bayi? 1. Makanan pelengkap disediakan dengan pelbagai cara mengikut umur bayi. Setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan dan kemampuan yang berbeza beza. 2. Sediakan makanan yang berbeza dari segi teksturnya mengikut umur:

Bayi yang berumur 6 8 bulan harus diberi makanan yang berbentuk puri, dilenyek dan makanan separa pepejal. Bayi 9 11 bulan harus diberi makanan yang dipotong halus. Apabila bayi mampu mengawal pergerakan jari-jemarinya sendiri, makanan jejari (ketulan kecil makanan yang boleh dipegang dengan mudah) seperti biskut lembut dan buah, boleh diberikan.

Pada umur 12 bulan, makanan yang dimakan oleh keluarga boleh diberikan.

3. Gunakan perkakasan yang berasingan untuk penyediaan makanan bayi (contoh: pengisar, penapis). Ini kerana peralatan yang biasa digunakan mungkin tercemar dengan karat dan makanan dewasa yang tidak sesuai untuk bayi. Jika membeli

perkakasan berasingan adalah tidak praktikal, pastikan semua perkakasan telah dicuci dan dikeringkan sebelum digunakan untuk penyediaan makanan bayi. 4. Kebersihan diri, perkakas dapur serta makanan harus dipastikan pada setiap peringkat penyediaan makanan dan sewaktu menyuap bayi. 5. Tangan penjaga hendaklah dicuci dengan bersih sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi juga perlu dicuci dengan bersih sebelum makan. Bagaimana menyediakan puri buah-buahan/sayuran ? 1. Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir. 2. Kupas, buang empulur / biji dan potong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar. 3. Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini. 4. Kisar, lenyek atau parut buah/sayur. 5. Campurkan dengan susu atau susu ibu untuk menjadikannya lembut dan cair. Bagaimana untuk melenyek ? 1. Bersihkan buah / sayur menggunakan air bersih yang mengalir. 2. Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar. 3. Kukus potongan buah hingga lembut. Jika menggunakan buah yang lembut, abaikan langkah ini. 4. Letakkan buah / sayur di dalam mangkuk dan lenyekkan dengan menggunakan alat pelenyek dapur.

(jika tiada alat pelenyek, gunakan garfu sebagai ganti) Nota : Tambahkan pelbagai jenis buah-buahan ke dalam diet bayi. Buah-buahan dan sayuran lain yang boleh dijadikan puri atau dilenyek adalah seperti:

Buah-buahan Epal, pir, betik, pisang, tembikai susu, mangga, tembikai.

Sayuran Ubi kentang, ubi keledek, lobak merah, kacang pis, bunga kubis, labu, kacang buncis.

Bagaimana membuat jus buah ? 1. Bersihkan buah menggunakan air bersih yang mengalir. 2. Kupas, buang empulur / biji dan dipotong menjadi kiub atau ketulan bersaiz sederhana besar. 3. Buah yang mempunyai kulit yang boleh dimakan (contoh epal) tidak perlu dikupas, kerana bahagian kulit mengandungi nutrien berkhasiat. 4. Tambahkan lebih kurang 30ml (1/2 cawan) air dan potongan buah ke dalam mesin pengisar. 5. Jika mengisar buah yang lembut (contoh tembikai), tidak perlu ditambahkan air. 6. Tapis jus menggunakan penapis (tekan hampas buah dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus). 7. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi. Bagaimana membuat jus sayur-sayuran ? 1. Basuh sayur menggunakan air bersih yang mengalir dan letak ke dalam bekas yang bersih. 2. Tambah 150 ml (2/3 cawan) air dan rebus lebih kurang tiga minit atau sehingga sayur menjadi lembut. 3. Tapis jus menggunakan alat tapisan (tekan sayur yang telah direbus dengan sudu untuk mendapatkan lebihan jus) 4. Hidang jus kepada bayi menggunakan cawan bayi. Bagaimana menyediakan stok (untuk digunakan dalam resipi masakan) 1. Buang lemak, kulit dan darah beku pada tulang ayam. Basuh sebersihbersihnya. Rebus tulang ayam di dalam 1 liter (4 cawan) air. Setelah mendidih, perlahankan api dan didihkan untuk 30 minit. Asingkan dan sejukkan stok di dalam peti sejuk untuk semalaman.

2. Buang lapisan lemak yang terdapat pada permukaan stok yang

telah

disejukkan. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu dan dibekukan untuk sebulan. Garis Panduan Pemakanan Bagi Kanak-Kanak Yang Kekurangan Berat Badan Pengenalan Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanakkanak, secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi. Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?

Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanakkanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan samada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.

Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk: 1. Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya. 2. Penyakit seperti jangkitan cacing. 3. Tekanan. 4. Senaman yang berlebihan 5. Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan. 6. Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak. Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

1. Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia. 2. Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan. 3. Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan. 4. Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera. 5. Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan. 6. Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu. 7. Pilih makanan yang digemari oleh anak anda. Apakah yang patut anak saya makan? Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin. Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi: Nasi / bubur Roti Biskut kraker Susu Telur Kentang dilenyek / dibakar Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin Ditambah marjerin / mentega kacang / keju Ditambah marjerin / mentega kacang / keju Ditambah serbuk coklat / aiskrim Ditambah susu / minyak / marjerin / keju Ditambah susu /minyak / marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?

1. Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan. 2. Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari. 3. Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang. 4. Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar. Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?

Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.

Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.

Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positf terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Contoh menu Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang) Bahan-bahan 90g 1 (1/2 sudu cawan) makan beras marjerin

30ml 125ml 125ml 5g 10g 10g 60g 100g 125g (1/2

(2 (1/2

sudu

makan) cawan)

puri jus cawan)

tomato tomato air sayuran ditumbuk dihancurkan

(1/2 (1/2 (2 (2 (1 (2 cawan) biji) biji) daging yang sudu ulas) cm) bawang tomato, empuk ( makan) bawang

minyak putih, halia, besar, dipotong contoh: striploin),

dihiris dadu dihiris nipis

Garam, gula dan lada sulah secukup rasa Cara memasak 1. Di dalam periuk nasi elektrik, tanakkan beras bersama puri tomato, jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin. 2. Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam) 3. Tutup api dan letakkan berasingan. 4. Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengahtengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut. 5. Terlungkupkan nasi tomato beserta daging ke atas pinggan dan hidangkan. Kandungan Kalori Protein Zat Lemak Kalsium (mg) Besi (g) : 25.01 - 3 Tahun nutrisi (kkal) (g) (mg) : setiap : : : hidangan 173.0 10.0 3.5 2.0

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 1 - 3 Tahun

Sarapan 1 1 gelas susu (penuh roti krim) bakar

keping

2 sudu kecil marjerin Minum Pagi 2 potong keping Makan Malam betik 1 cawan mi goreng (tambahkan 1 biskut sudu makan minyak masak / marjerin) 2 1 gelas ketul ayam (saiz kotak mancis) sayur air kosong

1 gelas minuman bersusu

cawan

potong betik Makan Tengahari Makan Lewat Malam

1 cawan nasi (tambah 1 sudu makan 1 gelas susu (penuh krim) minyak 1 1 1 ekor cawan gelas masak ikan sayur air / marjerin) kembong bayam kosong

1 biji pisang Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-Kanak Berusia 4 6 Tahun Sarapan 1 gelas susu (penuh Minum Petang krim) 1 ketul keping karipap roti

1/ 2 cawan nasi goreng (tambahkan 1 1

sudu makan minyak masak / marjerin) 1 gelas minuman bersusu 1 telur goreng cawan sayur

Minum Pagi 2 1 keping sudu biskut makan

Makan Malam kraker 1 cawan nasi (tambahkan 1 sudu marjerin makan 2 1 1 1 biji epal gelas ketul minyak ayam masak (saiz / marjerin) mancis) sayur air kosong

1 gelas minuman bersusu

kotak

cawan

Makan Tengahari 1 cawan nasi (tambahkan 1 sudu makan 1 1 gelas ekor minyak ikan masak bersaiz / marjerin) sederhana sayur air kosong

cawan

1 biji pisang Sumber Rujukan


The Total Child Healthy Food for Babies & Toddlers, Patsy Westcott Healthy Foods, Healthy Kids, Elizabeth M.Ward., R.D Modul Pemakanan, IKU 1992

Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan Pengenalan Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser. Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

Pertumbuhan

adalah

petunjuk

yang

baik

bagi

menggambarkan

status

pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan

standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan? Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk : 1. Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan. 2. Kurangnya aktiviti fizikal. 3. Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini. 4. Masalah kesihatan seperti kalenjar endokrin yang tidak sempurna

memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab. Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan? 1. Berikan sokongan

Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.

Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.

2. Perhatian keluarga
o

Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan

amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.

3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga


o

Aktiviti fizikal yang kerap beserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya,

mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.

Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau

berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.

Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.

Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.

Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.

4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga


o

Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanakkanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan.

Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.

Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara

kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.

Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan? 1. Pengambilan yang dihadkan
o

Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.

Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.

Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.

o o

Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit. Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan. 2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
o

Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan

menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.

Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.

Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.

3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan


o

Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.

4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah


o

Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.

5. Galakkan anak anda makan secara perlahan


o

Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.

6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh


o

Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.

7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan


o

Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.

8. Rancang waktu snek


o

Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.

Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.

9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv


o

Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.

10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
o

Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanakkanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan

mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.

11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang


o o

Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran

12. Tunjukkan teladan yang baik


o

Tunjukkan

teladan

yang

baik

kepada

anak-anak

anda

dengan

menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.


o

Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.