Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN BIL .

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA 2. DEFINISI UMUM PENDIDIK DAN KETUA PENDIDIK

02

3. CIRI-CIRI PENDIDIK TASKA PERMATA NEGARA

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK TASKA PERMATA NEGARA

5. PENGAMBILAN PENDIDIK TASKA PERMATA

6. TUGASAN AHLI-AHLI PENJAWAT DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN TASKA PERMATA NEGARA

7. KEPENTINGAN RAKAN KONGSI DALAM PENGURUSAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERLANDASKAN KURIKULUM PERMATA 8. RUJUKAN

9. LAMPIRAN

PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA Mengikut akta pendidikan 1956, peraturan-peraturan pendidikan kurikulum kebangsaan 1997 kurikulum bermaksud satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum PERMATA telah dirancang untuk mengambil kira semua aspek perkembangan yang tersebut di dalam definisi di atas dan ianya berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanakkanak berumur 0 hingga 4 tahun.

Kurikulum PERMATA menyediakan garis panduan kepada pendidik dan pengurus taska atau Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) mengenai asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak berasaskan falsafah pendidikan kebangsaan. Kurikulum ini mencakupi aspek keadah berinteraksi dengan kanak-kanak, pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah asuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanakkanak, dan mengadakan kerjasama erat dengan ibu bapa serta ahli keluarga dan masyarakat.

Kurikulum PERMATA merangkumi asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun, manakala pendidikan prasekolah dari umur 4 hingga 6 tahun.

Kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak PERMATA Negara diperkaya dengan tematema yang bercirikan kebudayaan dan persekitaran tempatan. Kurikulum ini mempunyai enam bidang pembelajaran.

Perkembangan sahsiah, Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik


sosioemosi dan kerohaniaan

Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal

Bidang Pembelajaran Kurikulum PERMATA


Perkembangan kreativiti dan estetika Perkembangan fizikal dan urus diri

Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran

Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat menyediakan program asuhan dan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak berumur 0 hingga 4tahun ke arah perkembangan holistik dan mengambil kira kepelbagaian potensi kanak-kanak berasaskan kaedah belajar melalui bermain.

PENDIDIK

SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

KANAK-KANAK MODAL INSAN NEGARA


DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN

KREATIF DAN ESTETIKA FIZIKAL

IBU BAPA

KOMUNITI

Model diatas menunjukkan bahawa kurikulum PERMATA Negara digubal berasaskan lima prinsip utama iaitu : Setiap anak permata Negara. Setiap anak amat berharga. Setiap anak adalah modal insan Negara. Berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dan falsafah PERMATA Negara (FPN) Kerjasama antara pendidik, ibu bapa dan komuniti.

Pendidikan Taska PERMATA yang berkualiti akan dapat memastikan program pendidikan dan asuhan berdasarkan kurikulum PERMATA yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar secara berkesan.

1.0

DEFINISI UMUM PENDIDIK DAN KETUA PENDIDIK

Pendidik ataupun dikenali juga sebagai guru, cikgu atau pengajar merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah, tadika, tuisyen (kelas bimbingan dan sebagainya.Diperingkat university pendidik diberi gelaran sebagai tutor atau pensyarah.Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta perlu diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Ketua pendidik atau dikenali juag sebagai pengetua, guru besar atau kepala sekolah adalah guru yang memimpin sesebuah pentadbiran institusi pendidikan seperti tadika, dan sekolah. Ketua guru juga merupakan guru yang menjadi ketua kepada guru-guru yang lain. Kebiasaannya seseorang ketua pendidik harus terdiri dapipada guru yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, mempunyai pengatahuan dalam hal ehwal pengurusan sebuah institusi pendidikan.

2.0

CIRI-CIRI PENDIDIK TASKA PERMATA NEGARA Menurut Prof. Dato Dr. Aminah Ayob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA, pendidik adalah faktor yang paling penting yang menyumbang kepada kejayaan projek perintis ini. Pendidik yang berkualiti akan memastikan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna, berkesan dan bermakna.

Antara ciri-ciri yang dimaksudkan adalah seperti berikut: a) Berpengetahuan dalam bidang pendidikan serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

b) Berpengetahuan dalam bidang asuhan dan perkembangan kanak-kanak agar dapat membantu perkembangan kanak-kanak sebagai manuasia yang menyeluruh.

c) Kreatif dalam rancangan aktiviti kanak-kanak membentuk kaedah yang dapat membantu dalam keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran kanakkanak.

d) Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak bagi mengelakan kanakkanak merasa cemas, takut, bimbang dan gusar sepanjang berada di TASKA PERMATA agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan untuk membantu perkembangan kanak-kanak yang holistik.

e) Berkemahiran mengurus, melayan dan mengendali kanak-kanak seperti kemahiran memujuk, berjenaka dan mengambil hati kanak-kanak yang sentiasa ingin dihargai dan diberi perhatian.

f) Berkemahiran dalam pentaksiran perkembangan kanak-kanak yang berbeza keperluan, tingkah laku dan peringkat umur.

g) Mempunyai sahsiah diri yang mulia kerana pendidik boleh mempengaruhi dan membentuk kanak-kanak. Sehubungan dengan itu seorang pendidik perlu mempunyai sifat-sifat seperti : Jujur dan amanah dengan kanak-kanak, ibu bapa kanak-kanak, masyarakat dan negara serta rakan sejawat, tugas dan jabatan. Sopan santun. Adil dan saksama dengan semua kanak-kanak tanpa sifat prejudis dan menjalinkan hubungan mesra dengan setiap kanak-kanak tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, agama dan keturunan. Bersesuaian dengan kurikulum PERMATA yang menekankan bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapatkan hak asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang sama dan berkualiti. Telus dan bertanggungjawab dalam tugas sebagai pendidik di TASKA PERMATA. Beriltizam. Emosi yang stabil. Yakin diri. Ceria dan kecindan. Mesra dan penyayang terhadap kanak-kanak. Prihatin. Fleksibel di mana boleh menyesuaikan diri dengan keadaan atau sesuatu situasi di TASKA yang melibatkan murid. Kreatif dan inovatif. Suka belajar perkara-perkara baru dan melakukan refleksi. Menerima perbezaan individu dan menyediakan pelbagai sumber bagi memenuhi perbezaan individu. Sabar dan berminat terhadap kanak-kanak. Mempunyai hubungan mesra sesama guru, ibu bapa dan komuniti.

Sifat- sifat di atas adalah penting dalam pendidikan kanak-kanak di peringkat awal kerana pendidik mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak oleh kerana proses peniruan secara langsung atau tidak langsung berlaku sepanjang kanak-kanak berada di TASKA PERMATA. Oleh itu para pendidik TASKA PERMATA haruslah menggunakan peluang yang didapati di TASKA PERMATA untuk menjadi contoh atau role model yang terbaik untuk kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang baik serat menerapkan nilai-nilai positif kanak-kanak.

3.0

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK TASKA PERMATA Antara peranan dan tanggungjawab yang diamanatkan kepada pendidik TASKA PERMATA adalah seperti yang berikut : Membina hubungan yang baik sesama pendidik, kanak-kanak, ibubapa dan komuniti agar perkembangan kanak-kanak mempunyai kesinambungannya agar tidak berlaku di TASKA sahaja bahkan diteruskan di rumah dan kawasan luar dari TASKAPERMATA. Membantu kanak-kanak memahami dan menghadapi pelbagai situasi di TASKA. Menjadi pembimbing, pendorong, pendengar, perangsang, pencetus semangat, pemudah cara, role model atau contoh yang terbaik kepada kanak-kanak dan sebagainya.

Sebagai perancang yang menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran melalui bermain sama ada secara berstruktur atau bebas, menyeronok dan mengembirakan kanak-kanak . Sebagai penganti ibu bapa, boleh memujuk kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah emosi, atau sedih kerana berpisah dengan ibu bapa semasa dihantar ke TASKA. Menjalankan pentafsiran kanak-kanak melalui pemerhatian dan kaedah-kaedah yang disarankan (mendokumen, merekod, menguji, menganalisis dan melapor serta melakukan tindakan susulan). Berusaha meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak dengan menhadiri kursus, bengkel, seminar, persidangan dan membaca bahan-bahan rujukan yang berkaitan.

4.0

PENGAMBILAN PENDIDIK TASKA PERMATA Pihak Permata Negara telah menetapkan beberapa syarat pengambilan pendidik TASKA PERMATA, antaranya ialah :

Memiliki Ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau bidang social yang berkaitan sahaja. Memiliki Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas sahaja. Memiliki kecenderungan untuk mengasuh dan memiliki jiwa yang menyayangi dan menyukai kanak-kanak.

Individu yang terpilih untuk menjadi Pendidik PERMATA adalah dikategorikan dalam gred DG 41 dan akan dihantar untuk mengikuti kursus pendidik PERMATA selama 6 minggu, di mana selama 4 minggu kursus teori di sebuah institusi yang dikira bersesuaian dan 2 minggu kursus praktikal di salah sebuah Pusat Anak Permata Negara diseluruh negara. Kursus ini akan memberikan markah kepada pendidik.

Sekiranya gagal dalam kursus, pendidik boleh ditamatkan terus dari perkhidmatan tanpa notis. Sekiranya pendidik lulus dalam kursus, pendidikan akan mula bekerja dalam tempoh percubaan dan sekiranya prestasi tidak memuaskan pendidik tidak akan dihantar untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan perkhidmatan pendidik boleh ditamatkan pada bila-bila masa tanpa notis. Hanya pendidik yang dipilih untuk mengikuti KPLI sahaja yang akan diserapkan ke jawatan tetap.

Berdasarkan kenyataan di atas dapat disimpulkan bahawa pihak PERMATA mementingkan kualiti pendidik dalam pengasuhan dan pembelajaran kanak-kanak yang terbaik di bawah program ini. Bagi pihak PERMATA kecemerlangan dalam pelajaran tidak menjamin yang seseorang itu boleh melaksanakan tugas sebagai pendidik kanakkanak 0 hingga 4 tahun dengan baik. Seseorang pendidik PERMATA haruslah benarbenar berminat untuk mengasuh dan menyayangi kanak-kanak kerana tugas untuk mendidik adalah amanah dan seharusnya dilakukan dengan baik oleh kerana para pendidik ini akan mendidik permata negara yang amat berharga.

5.0

TUGASAN AHLI-AHLI PENJAWAT DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN TASKA PERMATA

4.1

Ketua Pendidik Memastikan pelaksanaan pengurusan pentadbiran TASKA dijalankan secara sistematik dan teratur. Memastikan pelaksanaan asuhan, pengajaran dan pembelajaran mengikut kurikulum yang ditetapkan. Mengurus perancangan kewangan TASKA. Memastikan pengurusan penjagaan hal ehwal kanak-kanak berjalan dengan lancar.

10

Menyelaras tatcara pengurusan aset dilaksanakan seperti yang dikehendaki mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mengurus perancangan dan pelaksanaan aktiviti luar agar berjalan dengan lancar. Memastikan Pendidik dan Pembantu Pengurusan Kanak-Kanak (PPKK) melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan. Melibatkan diri dalam Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik (PIBP)

4.2

Pendidik Melaksanakan asuhan dan pembelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Mengurus pengajaan hal ehwal kanak-kanak.

11

Membantu memastikan tatacara pengurusan aset dilaksanakan seperti dikehendaki mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Merancang dan melaksanakan aktiviti luar di TASKA. Membantu ketua pendidik memastikan PPKK melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan.

4.3

Pembantu Pendidik Membantu pengurusan asuhan dan pembelajaran kanak-kanak. Membantu urusan penjagaan hal ehwal kanak-kanak.

Membantu melaksanakan aktiviti luar di TASKA. Mengurus penyediaan makanan, mengemas dan membersih seluruh ruang di TASKA.

12

6.0

RAKAN KONGSI DALAM PENGURUSAN PENJAGAAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Asuhan, didikan dan pembelajaran kanak-kanak dilaksanakan oleh beberapa pihak utama iaitu TASKA (pendidik) dan rakan kongsi. Rakan kongsi yang dimaksudkan di sini adalah pihak ibu bapa dan komuniti atau masyarakat sekeliling.

IBU BAPA (KELUARGA) TASKA (PENDIDIK) KOMUNITI

(MASYARAKAT SEKELILING)

KANAK-KANAK

Ketiga-tiga pihak di atas perlulah berkerjasama dalam membantu kanak-kanak mencapai perkembangan holistic sepanjang mereka berada di TASKA. Segala usaha ini haruslah berpusatkan terhadap kanak-kanak.

a) Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pengurusan penjagaan, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantumembantu antara satu sama dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibubapa dalam pengurusan penjagaan, pengajaran dan pembelajaran kanakkanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.

13

Penglibatan ibu bapa memberikan kebaikan bukan sahaja untuk ibu bapa itu sendiri bahkan kepada kanak-kanak dan pendidik itu sendiri. Kerjasama daripada ibu bapa memainkan peranan yang amat penting agar proses perkembangan dan pembelajaran agar tidak terhenti sekadar di TASKA sematamata. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pengasuhan dan pembelajaran di TASKA kerana penglibatan yang berterusan serta komitmen daripada mereka akan menghasilkan pulangan yang memberangsangkan bukan sahaja terhadap anakanak, malah kepada ibu bapa itu sendiri.

Antara faedah yang diperoleh pendidik TASKA PERMATA menerusi penglibatan ibu bapa adalah: Memberi para pendidik buah fikiran dan maklum balas secara berterusan daripada ibubapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Mendapat peluang untuk berkongsi masalah dan bersoal jawab dengan ibu bapa bagi meningkatkan perkembangan anak mereka. Para pendidik juga dapat belajar dan dapat meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan. Mendapat sokongan dala setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

Bagi kanak-kanak pula, penglibatan ibu bapa mereka akan dapat : Mengelakkan kanak-kanak menjadi keliru denganarahan dan harapan yang tidak selari dengan tahap perkembangan merea berikutan tunjuk ajar dan bimbingan pendidik di TASKA dan didikan ibu bapa yang tidak konsisten dan selari. Membantu meningkatkan keyakinan dan harga diri kanak-kanak

14

Berkenal mesra, bersoal jawab denganorang dewasa berkaitan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa yang datang dari pelbagai latar belakang.

Kesinambungan aktiviti dan pengalaman pembelajaran di TASKA dengan pengalaman pembelajaran di rumah amat penting dalam membentuk pemantapan pemikiran dan keperibadian kanak-kanak. Ibu bapa adalah orang pertama bagi kanak-kanak mendapatkan kasih sayang dan kemesraan apabila dilahirkan. Belaian, perhatian dan didikan ibu bapa yang sempurna dapat membina perasaan selamat, disayangi dan ketenteraman dalam jiwa anak-anak. Oleh itu, penglibatan ibu bapa di TASKA adalah amat penting dan memberi makna.

b) Kepentingan penglibatan komuniti dalam pengurusan penjagaan, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak Komuniti merujuk kepada orang yang ada kaitan rapat dengan kanak-kanak. Antaranya adalah ibu bapa, saudara mara, semua ahli keluarga yang tinggal serumah dengan mereka, guru jiran, rakan sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang yang bertanggungjawab dengan kebajukan mereka. Segala aktiviti yang dapat dijalankan untuk komuniti dengan kerjasama pelbagai pihak, sama ada yang terlatih ataupun yang mempunyai kemahiran tertentu.

Penglibatan komuniti atau masyarakat sekeliling sangat penting dalam melahirkan anak-anak yang positif dan berkembang secara holistik atau menyeluruh. Komuniti yang di maksudkan terdiri dari pelbagai ahli masyarakat yang bekerja dalam pelbagai bidang sebagai contoh guru, peguam, jurutera,

15

doktor, petani, peneroka, dan sebagainya. Kumpulan ini mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh menyumbang berbagai perkara untuk kepentingan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.

Komuniti perlu peka dan memahami keperluan kanak-kanak agar dapat membantu mengoptimumkan potensi yang ada pada mereka. Penglibatan komuniti boleh dilaksanakan melalui gabungan kepakaran yang terdapat dalam masyarakat seperti perubatan, pakar psikologi, pekerja sosial dan ahli professional dalam pelbagai bidang. Mereka boleh memberi sumbangan dengan cara memberi ceramah, mengajar kemahiran tertentu seperti kemahiran mengurut bayi ataupun menyediakan makanan seimbang, atau memberi peluang kanak-kanak melawat tempat kerja mereka.

Perkembangan sahsiah seseorang kanak-kanak dan pemahamannya tentang dunia sekitar dan tatacara kehidupan pada dasarnya adalah dipengaruhi oleh persekitaran masyakat. Persekitaran tersebut melibatkan kombinasi keadaan fizikal dan interpersonal seperti sikap, nilai dan tingkah laku ahli masyarakat.

Jesteru, usaha sama dan kesepaduan hubungan antara TASKA dan komuniti adalah sangat penting dan memberi makna kerana :

Kepelbagaian profesion atau kerjaya menjadikan komuniti satu sumber yang boleh memberi pelbagai sumbangan bermakna kepada TASKA.

Kepakaran ahli masyarakat dalam satu-satu bidang menjadi suatu unsur penambahbaikan kepada kurikulum agar lebih bermakna.

16

Penglibatan komuniti di TASKA mendedahkan pelbagai kerjaya yang boleh memberi perangsang kepada kanak-kanak untuk masa hadapan.

Kumpulan professional dan organisasi bukan kerajaan dapat membantu pendidik TASKA memahami persoalan berhubung hak asasi kanak-kanak, keselamatan, kesihatan, penderaan kanakkanak dan sebagainya.

17

RUJUKAN Prof. Dato Dr. Aminah Ayob, Prof Madya Dr. Mastura Badzis, Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Dr. Azizah Lebai Nordin (2008). Kurikulum PERMATA Negara. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri, Selangor. Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon, Mohd Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Batu Caves, Selangor : PTS Professional Publishing SDN. BHD.

LAMAN WEB Portal Rasmi PERMATA Negara : http://www.permata.jpm.my Blog Rasmi PERMATA http://permata-negara.blogspot.com Laman Facebook PERMATA http://www.facebook.com/pages/Bahagian-Pendidikan-Awal-Kanak-kanak-Jabatan-PerdanaMenteri/147910978589391

18

LAMPIRAN

19