Anda di halaman 1dari 19

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan

ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Penghargaan... Tajuk... Pengenalan.. Definisi Konsep Gagasan Satu Malaysia Matlamat Gagasan Satu Malaysia. Prinsip Teras Gagasan Satu Malaysia Nilai Utama Gagasan Satu Malaysia.. Peranan kerajaan dan NGO.....

10 Konsep Satu Malaysia dari Aspek Hubungan Pelbagai Etnik 11 Kesimpulan................. 12 Rujukan...

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


1.0 TAJUK Setakat mana konsep Satu Malaysia dapat membawa Malysia ke arah yang betul dalam hubungan pelbagai etnik di negara kita

2.0

PENGENALAN Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap Negara menyusun strategi masing-masing agar tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak kea rah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Pada 3 April 2009, Perdana Menteri Malaysia ke enam, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia yang berpaksikan kepada prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep ini diperkenalkan bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Konsep ini menepati cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Konsep Satu Malysia ini membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Konsep ini juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan untuk mencapai kemajuan bagi negara. Apabila perpaduan dicapai, maka

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Dalam pada itu, konsep Satu Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing sebagai satu Bangsa Malaysia. Konsep ini juga menyarankan pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan dan memenuhi keperluan serta hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

3.0

DEFINISI Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Tun Abdul Razak adalah: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai

Bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan kehendak tindakanberdasarkan semua

kumpulan etnik di negara kita; Ini bukan bererti kita dasar untuk

mengetepikan afirmatif, dasar

menolong kaum dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu

pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia memberi maksud rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama perlulah berfikir melepasi tembok sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Setiap tindakan yang ingin diambil perlulah memikirkan kepentingan kaum lain agar tidak menguris atau menyinggung sensitiviti mana-mana pihak. Sebagai contoh, bangsa Melayu tidak sewajarnya berfikir dalam skop bangsa orang-orang Melayu sahaja. Mereka juga tidak digalakkan untuk membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang hanya akan mendatangkan keuntungan kepada pihak mereka sahaja. Begitu juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama. Sementara ayat Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Dimana kepimpinan Negara akan memenuhi dan melayan segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira batas kaum dan agama di Malaysia.

4.0

KONSEP GAGASAN SATU MALAYSIA Konsep Satu Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran yang baru. Sebaliknya satu konsep yang merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 mengatakan bahawa: Satu Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir Satu Malaysia iaitu perpaduan nasional yang juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan jelmaan sepanjang lima dekad kita merdeka.

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Ini bermakna konsep Satu Malaysia ini adalah satu kesinambungan daripada pemimpin terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi Negara yang maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses Negara maju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang di perjuangkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Malaysia Ke Lima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Konsep Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpinpemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah, bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Konsep Satu Malysia ini menjadikan prinsip keadilan untuk semua kaum sebagai satu asas. Ini bermaksud nasib semua kaum akan terbela dan tidak aka nada mana-mana pihak sekali pun terpinggir atau dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya akan tetap dilaksanakan.

Gagasan satu Malysia adalah penerus agenda membina Negara. Untuk mencapai kemajuan bagi sesebuah Negara rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan Negara akan berjalan dengan lebih lancar.

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


5.0 MATLAMAT GAGASAN SATU MALAYSIA

Matlamat utama gagasan Satu Malaysia adalah untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia rakyatnya dan kelebihan ini haruslah dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran atau ancaman. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan lagi nilai perpaduan telah membentuk teras utama dalam hala tuju Negara dalam menuju ke arah kecemerlangan. Selain mengekal dan memelihara perpaduan, gagasan Satu Malaysia juga diasaskan bagi menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Gagasan Satu Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormatmenghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada Negara bagi mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah Negara untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah Bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya.

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan

Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan nagara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integrity, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Jesteru itu pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati nilai Satu Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

6.0

TIGA PRINSIP TERAS KONSEP GAGASAN SATU MALAYSIA

Konsep Satu Malaysia disandarkan kepada tiga prinsip teras iaitu penerimaa, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial.

Prisip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, etapi kita dapat menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Selain itu menerima keunikan kaum lain seadanya agar hidup bersama dalam keadaan yang saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Di samping itu, konsep perpaduan, semangat nasiolisme dan cintakan negara telah diterapkan semanjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnyan dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T. Sambanthan yang berasal dari kaum yang berbeza berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Melayu. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun Hussein Onn pula yang terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan.

Prinsip Keadilan social untuk semua kaum membawa maksud bahawa setiap kaum di Malaysia tanpa mengira latarbelakang atau agam diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek social yang penting. Melalui Konsep Satu Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu Konsep Satu Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan social bukanlah satu platform bagi manamana pihak untuk membuat tututan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


7.0 LAPAN NILAI UTAMA KONSEP GAGASAN SATU MALAYSIA

Terdapat lapan Nilai utama yang diterapkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dalam konsep Satu Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan Nilai tersebut adalah:

Budaya Kecemerlangan Pengalaman budaya cemerlang dan berprestasi tinggii akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Buadaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. Untuk perkara ini, Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Ketabahan Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya yang tabah menghadapisegala rintangan dan dugaan. Pemggemblengan semangat berkerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerah kepada takdir perlu dikikis jika mahu maju dan berjaya. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. Semanagt juang yang tinggi dan pendirian yang teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

Rendah Hati Dalam ajaran Islam sifat merendah diri amat digalakkan, begitu juga bagi budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Kita perlu mengamalkan sifat berhemah dan berbudi bahasa dalam hidup kita. Merendah diri bukan bermaksud kita mudah tunduk, mengalah atau diperkotakkatikkan oleh orang lain. Namun setiap kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjukkan dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari oleh masyarakat Malaysia. Apabila seseorang itu terlalu riak atau menunjuk-nunjukkan kebolehan mereka dan seolah-olah memperlekehkan kelemahan orang lain secara tidak langsung hal ini akan menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara masyarakat, bahkan dapat menjejaskan nilai perpaduan yang terjalin selama ini. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. Maksudnya di sini sikap merendah diri ini perlu disesuaikan dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berdiri. Oleh itu seseorang itu harus bijak mengadapasikan diri mereka dengan keadaan sekeliling. Namun begitu sekiranya berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan bagi mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan sehingga mendatangkan perspektif yang negative terhadap negara.

10

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Penerimaan Banyak pihak yang meletakkan bahawa konsep penerimaan dan toleransi adalah perkara yang sama. Kenyataan ini sememangnya tidak benar kerana kedua-duanya adalah perkara yang berbeza sama ada dari segi ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan lebih memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sesuatu perkara dengan sepenuhnya dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsure paksaaan. Toleransi pula berlaku apabila seseorang itu tidak mempunyai pilihan lain atau memilih kerana terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tidak mempunyai pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapt ersetujuan secara bersama. Sebarang keputusan yang tidak mendapat sokongan atau persetujuan dari mana-mana pihak sentiasa dielakkan dan dibawa ke meja rundingan bagi mendapatkan kata putus atau kata sepakat dari semua pihak. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima akai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara Malaysia. Selain itu dengan penerimaan semua pihak, nilai perpaduan rakyat Mlaysia dapat di tngkatkan dan dalam masa yang sama persengketaan yang boleh membawa kepada kepincangan negara dapat dielakkan dari peringkat awal lagi.

Kesetiaan Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum atau kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlanagn. kesetiaan ini seterusnya akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian ndan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

11

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Meritokrasi Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi criteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Meritokrasi menekankan

persaingan secara terbuka berdasarkan criteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi criteria-kretiria tersebut berhak dipilih. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumklan potensi Malaysia dalam semua bidang. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi atau liberalisasi.

Pendidikan Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Sesebuah negara memerlukan masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Sebagai contoh, budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tingg. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Integriti Nilai integriti amat penting bagi sesebuah negara atau lebih tepat lagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam mengemudi pentadbiran negara. Nilai ini perlu di amalkan oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan. Maksud nya di sini nilai integriti ini perlu di amalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedududkan dan status individu terbabit. Masyarakat perlu bercakap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan dan sentiasa berusaha dalam memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Nilai ini menekankan bahawa kelayakan dan kemampuan perlu diberikan keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran yang tidak sah. Budaya berprestasi

12

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


tinggi adalah asas utama integrity dalam semua aspek dan perkhidmatan yang diberi.

8.0

PERANAN KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA Bagi memastikan semua matlamat yang telah dinyatakan dalam matlamat pembentukan gagasan Satu Malaysia kerjasama dan peranan kerajaan dan badan badan bukan kerajaan (NGO) amat penting bagi menyampaikan mesej mengenai konsep gagasan Satu Malaysia. Mesej yang disampaikan itu diharapkan dalam membentuk kesepaduan dan perpaduan pelbagai etnik di negara kita.

Antara peranan kerajaan dalam gagasan Satu Malaysia adalah : menjamin keadilan bagi setiap warganegara tanpa mengambil kira faktor etnik, budaya, bahasa, warna kulit dan sebagainya selaras dengan konsep Satu Malaysia yang tidak mebezakan mana-mana pihak dengan pihak yang lain. mengekalkan keamanan. memastikan hak rakyat terbela mengutamakan keluhuran perlembangan selaras dengan prinsip rukun negara.

Pihak badan bukan kerajaan pula memainkan peranan sebagai penyokong kuat bagi melaksanakan setiap objektif yang terdapat dalam gagasan satu Malaysia. Setiap program yang dijalankan oleh pihak kerajaan haruslah mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak NGO bagi memastikan objektif program terbabit dapat dilaksanakan dengan jayanya.

13

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan

9.0

KONSEP

GAGASAN

SATU

MALAYSIA

DARI

ASPEK

HUBUNGAN

PELBAGAI ETNIK

Gagasan Satu Malaysia memberi impak yang positif kepada negara apabila suasana perpaduan dalam negara ketika ini kelihatan semakin bertambah positif, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Beliau berkata laporan mengenai kes perkauman yang boleh menggugat kestabilan di kalangan masyarakat majmuk dalam negara juga didapati berkurangan pada tahun 2010. Katanya perkara ini dapat dibuktikan menerusi petunjuk seperti Indeks Ketegangan Masyarakat atau Societal Stress Index (SSI) yang dibangunkan atas inisiatif Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), yang menunjukkan penurunan pada tahun 2010 iaitu bagi suku ketiga tahun 2010 kepada 17 kes berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya 22 kes dan masing-masing sebanyak 20 dan 28 kes pada tahun 2007 dan 2008. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi soalan wakil rakyat Wee Choo Keong di parlimen berhubung pelaksanaan Gagasan Satu Malaysia di kalangan masyarakat majmuk dalam negara. Koh berkata peningkatan positif itu turut mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam Global Peace Index (GPI) yang dipantau oleh Institute For Economic and Peace, apabila ia menunjukkan peningkatan positif iaitu daripada kedudukan ke 37 pada tahun 2008 dan tempat ke 26 pada tahun 2009 kepada kedudukan ke 22 dalam laporan tahun 2010. Menurutnya usaha gigih kerajaan bagi menangani isu perkauman perlu diperhebatkan lagi dan sewajarnya masayarakat dan pemimpinpemimpin politik memberikan komitmen untuk mencapai matlamatnya.

Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, namun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi di Mlaysia tetapi berdasarkan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, setiap orang di negara ini berhak untuk menganuti agama masing-masing.

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menepati hak kebebasan beragama yang ditetapkan oleh Perlembagaan persekutuan. Prinsip penerimaan di bawah konsep Satu Malaysia juga menjelaskan agar setiap rakyat

14

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Malaysia tanpa mengira agama mesti menerima agama, amalan, budaya dan cara hidup kaum lain demi memperkukuhkan perpaduan nasional. Dari pada penyataan ini dapat dikenal pasti bahawa konsep Satu Malaysia menganjurkan prinsip di mana setiap rakyat perlu menghargai dan menghormati identiti, agama dan budaya yang berbeza untuk setiap etnik Malaysia dan menganggapnya sebagai satu asset atau kelebihan yang seharudnya dibanggakan. Apabila kaum di Malaysia menerima agama kaum lain, ia secar tidak langsung akan menerima budaya dan cara hidup kaum yang lain. Ini adalah kerana agama merupakan salah satu faktor yang akan mempengaruhi budaya dan cara hidup sesuatu kaum.

Nilai rendah diri berkait rapat dengan prinsip penerimaan. Nilai rendah diri amat digalakkan dalam masyarakat negara yang berbilang kaum terutamanya dalam ajaran agama masing-masing. Sifa rendah diri yang berhemah dan berbudi bahasa perlu menjadi amalan hidup rakyat Malaysia. Apabila kaum-kaum di negara ini mengamalkan nilai rendah diri, mereka akan secara ikhlas menerima agama, budaya dan cara hidup kaum yang lain.

Prinsip kenegaraan dalam konsep Satu Malaysia pula memupuk konsep perpaduan, semangat nasiolisme dan cinta akan tanah air iaitu Malaysia. Nilai kesetiaan sering kali dikaitkan dengan prinsip Rukun Negara yan kedua iaitu prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Prinsip tersebut wajib dipegang erat oleh setiap rakyat di negara ini agar dapat mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Di samping itu, kesetiaan kepada pemimpin juga merupakan salah satu aspek dalam nilai kesetiaan.

Prinsip keadilan sosial yang merupakan prinsip teras yang terakhir dalam konsep Satu Malaysia menuntut bahawa setiap kaum di negara ini harus diberi keadilan yang sebaik mungkin tanpa mengira latar belakang ataupun agama. semua kaum harus menganggap bahawa mereka adalah Bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati bersama. Nasib semua kaum harus di bela dan tiada mana-mana pihak harus dipinggirkan. Prinsip keadilan social juga menyarankan kerajaan supaya melaksanakan dasar kerajaan dan peruntukan Perlembagaan untuk membela golongan yang memerlukan.

15

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Nilai meritokrasi dalam konsep Satu Malaysia menekankan persaingan terbuka berasaskan criteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi criteria tersebut berhak memilih. Ia juga adalah sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Berdasarkan penyataan Perdana Menteri, dasar afimatif dan dasar menolong kaum bumuputera masih dikekalkan asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Konsep Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah Bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep Satu Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai intgriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

16

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama Satu Malaysia iaitu kebersamaan dan kekitaan bagi menjayakan konsep ini.

10.0 KESIMPULAN (PENDAPAT DAN PANDANGAN)

Saya berpendapat pada peringkat yang paling asas, konsep Satu Malaysia menuntut warganegara ini mengenali dirinya sebagai satu bangsa Malaysia yang bebas dari belenggu perbezaan semulajadi seperti etnik, agama, budaya, bahasa, loghat, asalusul dan apa kuga kepelbagaian. Lebih luas lagi, gagasan Satu Malaysia melambangkan kesatuan dalam kepelbagaian, unity in diversity. Gagasan Satu Malaysia membuka ruang untuk kita mempunyai impian yang sama dengan hasrat untuk memperoleh yang terbaik bagi setiap warga Malaysia. Gagasan satu maalaysia menjajnjikan peluang yang terbuka untuk setiap warganegara Malaysia tanpa mengenal batasan sekiranya mereka berbakat dan gigih berusaha. Satu Malaysia mencadangkan rakyat yang amat selesa dengan nilai-nilai murni sejagat dengan menitik beratkan kepentingan hal ehwal kemanusian.

Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, konsep Satu Malaysia menuntut kita melihat negara ini bergerak sebagai satu pasukan tanpa dibebani dengan masalah yang boleh timbul dari perbezaan kaum, bangsa, budaya dan bahasa. Jesteru, gagasan Satu Malaysia semestinya memaparkan perubahan dalam cara rakyat Malaysia berhubung di antara kaum. Gagasan Satu Malaysia menuntut kita merombak apa juga tembok dan alasan yang ada untuk memisahkan kita untuk bergerak sebagai sebagai rakyat Malaysia yang bersatu-padu. Terlalu banyak yang boleh memisahkan kita bangsa, agama, bahasa, kedaerahan, loghat, sosioekonomi, asal usul, darjat dan gelaran. Malah apa juga perbezaan, sekecil manapun, tanpa disedari boleh dijadikan alasan untuk memisahkan kita.

Gagasan Satu Malaysia memerlukan pemikiran baharu diikuti dengan anjakan paradigma. Ia melewati Malaysian Malaysia. Ia melewati perpaduan, toleransi and

17

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


harmoni. 1 Malaysia merangkumi saling menghormati. 1 Malaysia ialah acceptance and convergent. Satu identiti Malaysia.

Kalau Martin Luther King pernah mengatakan yang beliau mempunyai impian melalui laungannya I Have A Dream, 1 Malaysia adalah impian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia untuk membawa negara kita ke era baharu. Era yang mana gagasan Satu Malysia membawa Malaysia ke arah yang betul dalam hubungan pelbagai etnik di negara kita.

18

LNP 2012: Kenegaraan dan Ketamadunan


RUJUKAN Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Marof Rezduan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid (2001), Pengajian Malaysia Kenegaraan Dan Kewarganegaraan. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Mohd Syariefudin Abdullah, Mohammad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim,(2009), Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor: Vivar Printing Sdn. Bhd. Mokh Tar Petah,(2010),Falsafah Gagasan 1Malaysia.Selangor: Amnas Enterprise Abdul Rahman Embong (2000), Negara Bangsa, Proses dan Perbahasan ,Bangi :Penerbit UKM Abdullah Zakaria Ghazali Basri(1979), Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur ,Penerbit Abadi Sdn. Bhd.

Laman web
Http:// www. btn.gov. my Http:// www. pmr.gov.my Http://www. kpkk. gov.my

19