Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

Memperkembangkan

Lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


Mewujudkan insan yang

Seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan


Jasmani berdasarkan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah


Bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan berketerampilan, berakhlak Mulia,


bertanggungjawab

Dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi


Sumbangan terhadap

Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Mempastikan perkembangan murid secara menyeluruh.Perkembangan
ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,
nilai-nilai estetika dan sosial.

Melahirkan golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan


berdisiplin bagi membina insan (pelajar) supaya dapat memainkan
Peranan yang lebih positif.

Membolehkan murid-murid:-

 Menguasai Bahasa Tamil, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris


dengan memuaskan.

 Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan


menulis di dalam Bahasa Tamil, Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.

 Menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran


asas.

 Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira.


 Melahirkan golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin
bagi membentuk pelajar yang berkarisma tinggi selaras dengan
wawasan pendidikan negara.

 Mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah berasaskan sistem


pendidikan kebangsaan.

 Menerapkan daya kepimpinan dan keyakinan diri golongan


pendidik untuk meluaskan dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

 Meningkatkan prestasi pelajar dalam PKSR dan UPSR kepada


tahap yang cemerlang.

 Meningkatkan peratus kelulusan setiap mata pelajaran dalam

P
KSR
dan

UPSR kepada tahap yang cemerlang.


PKSR bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi membolehkan guru:-
 Mengesan perkembangan dan penguasaan murid secara menyeluruhdalam
aspek-aspek pengetahuan , intelek, jasmani, nilai-nilai estetika dan sosial
selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.
 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.
 Mengenalpasti keberkesanan pengajarannya.
 Merancang pengajarannya dengan lebih berkesan agar mutu pengajaran dan
pembelajaran dapat dipertingkatkan lagi dan
 Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan dan
memperkukuhkan lagi kemahiran serta pengetahuan yang telah diperolehi
murid.

CIRI-CIRI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

 Boleh Mengesan Perkembangan Individu Secara Menyeluruh.


PKSR boleh mengesan penguasaan kemahiran, pengetahuan, perkembangan
intelek, amalan, penghayatan nilai-nilai murni, sikap, minat, bakat dan potensi setiap
murid.

 Bersifat Formatif Dan Mengesan Perkembangan Murid.


Penilaian bersifat formatif adalah penilaian yang berterusan dengan tujuan untuk
memajukan dan mengembangkan murid mengikut kemampuannya. Proses
penilaian ini dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk
seseorang murid itu sedikit demi sedikit dari satu tahap pencapain kepada satu
tahap pencapaian yang lebih tinggilagi. Melaui penilaian ini kelemahan dan
kekuatan murid dari segi penguasaan kemahiran dan pemerolehan pengetahuan
dapat dikesan secara semerta.

 Bersistem
PKSR adalah satu proses yang tersusun. Ia meliputi langkah merancang,
menyediakan alat, mentadbir, merekod, melapor dan mengambil tindakan susulan.
Walaupun begitu, pda masa-masa tertentu tidak semua langkah-langkah tersebut
perlu diikuti.

 Pelbagai Kaedah
PKSR menggunakan kaedah pemerhatian, lisan, penulisan hasil kerja, penilaian
kendiri, penilaian oleh pihak lain dan ujian. Kaedah-kaedah ini boleh menilai
kesemua aktiviti dan aspek perkembangan murid termasuk tugasan, latihan, hasil
kerja, laporan lisan dan tingkahlaku murid sama ada di dalam dan di luar bilik darjah.
Kaedah-kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan objektif pengajaran
dan pembelajaran yang hendak dinilai dan boleh juaga digabungkan untuk menilai
sesuatu objektif.

 Dikendaliakn Oleh Guru Sendiri


PKSR hendaklah dijalankan oleh guru terhadap kumpulan murid yang diajarnya
sendiri. Guru harus juga menyimpan rekod kemajuan murid. Sebagai pendidik,
setiap guru perlu mengawasi perkembangan muridnya semasa mengajar di dalam
atau di luar bilik darjah.

 Menilai Setiap Objektif


PKSR mengesan perkembangan dan pencapaian seseprag murid untuk
menunjukkan kemajuannya sendiri tanpa membuat perbandingan dengan
pencapaian murid lain.

 Tidak Menekan Konsep Lulus Atau Gagal


Dalam PKSR seseoarang murid itu tidak boleh dikatakan telah gagal dalam sesuatu
bidang kemhiran sekiranya tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Sebenarnya
murid tersebut belum mencapai apa yang sepatutnya dikuasai walaupun mungkin
ada rakan sedarjahnya telah mencapai tahap itu. Ini adalah kerana kadar
pembelajaran adalah berbeza antara seorang murid dengan murid yang lain. Oleh
yang demikian tindakan susulan yang sesuai perlu diambil agar semua murid akan
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

 Membolehkan Tindakan susulan Dijalankan


Dengan PKSR kekuatan dan kelemahan pembelajran murid dapat dikenalpasti.
Oleh itu guru dapat menjalankan tindakan susulan yang bertujuan ntuk mengatasi
kelemahan murid yang belum menguasai pelajaran tersebut dan mempertingkatkan
lagi pencapaian murid yang cerdas. Guru juga boleh mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan pengajarannya . Dengan itu ia boleh merancang dan memperbaiki
strategipengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

Anda mungkin juga menyukai