Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM

KERTAS KERJA LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011

12 FEBRUARI 2011 SK ULU TIRAM 8.00 PAGI

__________________________________________
KERTAS KERJA LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011 SEK KEB ULU TIRAM

Perkara Larian Perdana Mahkota 2011 Tarikh pelaksanaan 12 Februari 2011 ( Sabtu ) Tempat Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram Penganjur Jabatan Pelajaran Johor Pengelola Majlis Sukan Sekolah Johor dan Majlis Sukan Sekolah Daerah (Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Johor)

1.0

Pendahuluan Larian Perdana Mahkota 2011 diadakan serentak di setiap sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Johor dengan penglibatan pelajar dan guru tanpa paksaan. Ia terbuka kepada semua ibubapa dan penjaga dengan penglibatan Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah yang ingin turut serta dalam program ini. Tambahan pula, program larian ini akan dipohon untuk didaftarkan dalam Malaysia Book of Records.

2.0

Rasional 2.1 Menampilkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Mencungkil bakat murid-murid terutamanya dalam bidang sukan untuk membangunkan industri sukan negara. Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara murid-murid dan guru-guru bagi mencapai matlamat dalam organisasi. Melahirkan murid-murid yang cergas, cekap dan berkebolehan dalam bidang akademik dan kokurikulum. cerdas serta

2.2

2.3

2.4

3.0

Objektif Larian Perdana Mahkota ini bertujuan : 3.1 Membangunkan usaha penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan murid dan guru yang ghairah untuk bersukan Passion For Sport Melancarkan Program 1 Murid 1 Sukan di sekolah negeri Johor. Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman sebenar murid-murid dalam acara sukan diperingkat sekolah. Menyemai semangat kerjasama dan kesukanan dikalangan murid-murid dalam sesebuah pasukan. Mencari bakat dikalangan murid bagi mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat Zon,Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Memberi peluang kepada murid-murid menyertai acara larian sebagai pendedahan asas diperingkat sekolah rendah.

3.2 3.3

3.4

3.5

3.6

4.0

Jawatankuasa Rujuk Lampiran A

5.0

Penyertaan Semua murid-murid tahun 3, 4, 5, 6 dan Kelas Pendidikan Khas SK Ulu Tiram.

6.0

Tentatif program Rujuk Lampiran B

7.0

Laluan trek Rujuk Lampiran C

8.0

Kos Kos perbelanjaan yang dianggarkan adalah seperti berikut :BIL 1. 2. PERKARA Hadiah Alatan BUTIRAN Hamper Tali JUMLAH RM RM 5.00 x 80 orang RM 400.00 RM 10.00 x 2 RM 20.00 ANGGARAN

Keselamatan Banner RM 50.00 x 3 unit RM 150.00 JUMLAH RM 570.00 Ringgit Malaysia : Lima Ratus Tujuh Puluh Sahaja

9.0

Kecemasan

Jika berlaku sebarang kecemasan/kemalangan pihak sekolah akan berhubung dengan :9.1 9.2 10.0 Pusat Kesihatan Ulu Tiram Klinik atau hospital yang berdekatan

Keselamatan Sebagai langkah keselamatan dan kelancaran aktiviti, pihak sekolah akan memaklumkan dan bekerjasama dengan :10.1 10.2 Balai Polis Ulu Tiram Pusat Kesihatan Ulu Tiram

11.0

Penutup Adalah diharapkan Larian Perdana Mahkota 2011 yang dijangkakan pada 12 Februari 2011 ini dapat dilaksanakan dengan dedikasi dan penuh semangat kesukanan yang tinggi dikalangan murid-murid dan guru-guru serta masyarakat sekitarnya. Adalah menjadi harapan pihak sekolah melihat program ini berjaya bukan sahaja dari segi penganjurannya bahkan dapat melahirkan murid-murid yang berbakat dan berwibawa serta dapat mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara suatu hari nanti.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

...................................................... (MOHD YASIR BIN MD MOKTAR) Setiausaha Ko-Kurikulum, SK Ulu Tiram.

......................................... (SAMIRAH BINTI SIMOH) GPK Ko-Kurikulum, SK Ulu Tiram.

Diluluskan oleh,

......................................................... (NORLILAWATI BINTI MOHAMED) Guru Besar, SK Ulu Tiram.

Lampiran B

TENTATIF LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM 7.30 pagi 7.45 pagi 8.00 pagi 8.20 pagi : : : : Kehadiran Peserta Perhimpunan pagi Senaman/aerobik Taklimat penyelaras Ucapan dan perasmian oleh YDP PIBG Acara dimulakan Rehat

8.45 pagi 10.00 pagi

: :

10.30 pagi

Ucapan Guru Besar Penyampaian hadiah

12.00 tengah hari

Bersurai