Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Pengenalan Masyarakat Peranakan Cina dikenali juga sebagai Baba dan Nyonya dan mereka merupakan kaum menoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik dimana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Antara budaya masyarakat ini ialah mereka fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah kaum ini sebenarnya mempunyai pertalian darah keturunan Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya,sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain berbahasa Melayu, mereka mampu bertutur dalam bahasa Hokkien manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan bangsa Cina. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya berkahwin dengan wanita tempatan dimana anak lelaki yang dilahirkan dipanggil Baba manakala anak perempuan disebut Nyonya. Sejarah Peranakan Cina di Melaka Masyarakat Peranakan Cina atau Baba Nyonya wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun ini Kepulauan Melayu sedang mengeratkan hubungan dengan Negara-negara lain, terutamanya Negara Cina. Kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho bersama Puteri Hang Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik. Seterusnya, Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan. Manakala para pengiring yang datang bersama Puteri hang Li Po yang tinggal di Bukit Cina telah mewujudkan perkahwinan campur dengan orang Melayu, maka dari itu lahirnya peranakan. Oleh disebabkan itu juga, kebanyakan golongan Baba Nyonya banyak terdapat di Melaka. Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosio-budaya

persekitaran mereka, maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan yang dilakukan oleh masyarakat Baba ini. Misalnya, kebanyakan orang Cina yang dating pada ketika
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan bertutur dalam loghat Hokkien, namun setelah lama kekal di kepulauan Melayu maka kebanyakan mereka dapat bertutur dalam loghat Melayu. Masyarakat Baba juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dan

kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan Tahun Baru Cina. Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian. Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan. Bukti berlakunya percampuran gaya hidup masyarakat Baba dengan masyarakat Melayu juga dapat diketahui melalui gaya pakaian yang dipakai oleh generasi Nyonya, iaitu memakai pakaian kebaya dan kain sarong yang tidak ubah seperti wanita-wanita Melayu. Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan masyarakat Baba, tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan asal-usul mereka. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah dan berwarna warni berunsurkan warisan budaya Cina tradisional serta kebanyakan rumah Baba dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina. Seperti masyarakat Cina, masyarakat Baba dalam system keluarga juga lebih memberatkan pihak lelaki atau nasab bapa. Walaupun anak lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak perempuan tetap tidak diabaikan. Bagi masyarakat Baba anak lelaki mahupun anak perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta ibubapa mereka, anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara anak perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi menyara kehidupan seterusnya. Masyarakat Baba dengan masyarakat Cina mempunyai paras rupa yang tidak jauh berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan masyarakat Baba dengan masyarakt Cina berdasarkan nama yang unik, iaitu nama tengan dan nama akhir
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

mereka akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Misalnya seperti nama seorang Nyonya yang mempunyai nama tengah Kim akan berkongsi dengan adik beradik dan sepupu perempuannya. Oleh itu, kebanyakan nama masyarakat Baba akan mempunyai nama yang hampir sama dalam satu keluarga itu, contohnya Kim Ling, Kim Eng, Kim Ping, begitu juga pada nama akhir prinsip yang sama akan digunakan.

Keunikan Masyarakat Peranakan Cina

Adat Perkahwinan Dalam Masyarakat Cina Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati di dalam perkahwinan mereka iaitu tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu.Adat lain termasuklah mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu.Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja. Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta.Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka. Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan dihantar oleh Pak Chindek. Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi kueh ih yang terletak elok di dalam bakul nyonya iaitu bakul Siah. Untuk hari kueh ih ianya juga dipanggil sang ih yang bermaksud untuk memperkenalkan. Ih pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari Sang Ih, tanglung, kain merah atau chye kee akan diletakkan di pintu utama. Persiapan bilik pengantin juga perlu dan ia dipasangkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut diharumkan dengan Stangee iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan potpouri yang dipenuhi dengan wangian daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai dikalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari KhuihThiah iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga hari kupas bawang. Hari tersebut adalah dibuka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh hari menyambal. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan nasi lemak pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Dua hari sebelum perkahwinan, hari tumbuk tepung dan Sang Jit diuruskan dahulu. Tepung ini akan digunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu disediakan ialah putu tekan berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. Sang Jit ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan pengantin wanita. Antara barangan yang sering ditukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain. Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan serunee atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan dihias dan diandam oleh Sang Kheh Umm atau mak andam. Peranan mak andam adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan dibantu oleh Pak Chindek iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan dipersembahkan ditempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya dipanggil Sam Kai atau Sang Kuan Tai Tay yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari tersebut, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara Chim Pang. Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-dua ibubapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin diketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang disediakan yang berhadapan di antara satu sama lain. Upacara Choon Tok ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari sah jit (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka. Upacara Chian Sia ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari tersebut pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan ditenun dengan benang perak dan emas. Pada hari tersebut jugalah nyanyian Dondang Sayang akan dinyanyikan dan diselang selikan dengan lawak jenaka, pujian dan rangsangan. Dua Belas Hari pula merupakan hari di mana tetamu akan dihidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini dikukus dengan kukusan kayu yang ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak dipanggil Bibi Nasi Lemak. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih. Chian Ching Kay, Che Umm merupakan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun, di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat Baba Nyonya, mereka

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika diteliti seakan-akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini adalah sesuatu yang menarik dan unik. Agama dan Anutan Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular dikalangan remaja.

Pakaian Pakaian ialah sesuatu yang diperbuat daripada kain. Pakaian masyarakat Baba berbeza dari masyarakat Cina, malah lebih mirip dengan masyarakat Melayu, ini dapat dilihat pada beberapa jenis pakaian kaum Nyonya. Pakaian berikut adalah seperti baju cekak musang antara pakaian yang hampir serupa dengan baju kurung namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk badan pemakai. Warna yang sering menjadi pilihan kaum Nyonya adalah seperti warna-warna yang terang dan berbunga kecil seperti warna kelabu, putih, merah hati adalah menjadi kegemaran utama. Baju cekak musang ini akan dipadankan dengan kain sarong atau kain pelikat. Kadangkala, ada juga kaum wanita masyarakat Baba yang meletakkkan kain batik di bahu untuk dijadikan selendang ketika memakai baju cekak musang. Wanita masyarakat Baba juga gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya labuh ini akan dihiasi dengan pelbagai jenis kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong, manakala rambut pula akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik. Warna yang menjadi kegemaran untuk dipilih antaranya ialah biru muda, merah jambu dan putih, dan pada kebiasaannya sulam bunga dibaju kebaya mempunyai warna yang
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

sama dan amat menarik. Baju kebaya labuh ini kelihatan lebih lembut dan nipis. Oleh itu, ianya amat sesuai dipakai oleh golongan wanita muda masyarakat Baba supaya kelihatan sopan. Masyarakat Baba juga mempunyai baju khas yang perlu dipakai ketika hari pertama dalam perkahwinan iaitu baju Koon. Baju Koon berukuran panjang dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain baldu. Ketika memakai baju ini, rambut akan dihiasi berbentuk sanggul bunga yang dihiasi dengan ikatan dipanggil buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya berbentuk lintang bulat. Manakala, pakaian yang selalu dipakai oleh lelaki masyarakat Baba ialah teng sah beh kuah iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan berseluar kilat kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju ini dinamakan teng sah yang bermaksud baju labuh panjang, beh kuah pula membawa maksud baju pendek yang dipakai diluar teng sah. Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat baba ialah kasut manek. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari jalinan manic kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manek tradisional ini sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarong batik. Kini kasut manek diberi rekaan moden serta ditambah tumit.

Bahasa Bahasa Baba ialah sejenis dialek Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Baba di Malaysia. Pada dasarnya,bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara antara perbezaan ini adalah bahasa Baba telah menyerapkan banyak perkataan Cina, umpamanya lai untuk datang dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien khususnya bagi idea-idea yang abstrak yang tidak difahami oleh masyarakat Melayu.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Masyarakat Baba tidak mengetahui akan kebanyakan perkataan dan sintaksis Bahasa Melayu. Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan Bahasa Melayu termasuk juga bahasa Hokkien. Masyarakat Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas berbanding peribahasa Melayu. Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, Ibubapanya sedang makan di meja disebut Dia punya mak bapa ada dudok makan do sblah punya mejah. Selain itu, mereka menggunakan kata ganti ini dan itu mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Perkataan-perkataan Kata Ganti Nama yang selalu digunakan adalah seperti saya untuk goa, anda untuk lu, dia untuk i dan kita wa lang. Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara

semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik dan abang. Contohnya, ayah untuk ntia, datuk untuk ngkong, kakak untuk tachi, bapa saudara untuk impek, adik bapa untuk nchek dan suami kakak untuk chau. Perkataan-perkataan yang berkaitan rumah pula seperti ibu rumah untuk tian, kawasan tengah tanpa bumbung untuk chimci, tingkat atas untuk loteng, serambi dalam untuk pangkeng, serambi luar tanpa bumbung untuk la-pen, lampu untuk teng atau tanglung, meja untuk toh, permaidani untuk tanak dan cat untuk chat. Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu kecuali barangan jenis Cina seperti teko untuk tekuan, sudu sup untuk tngsi dan cerek untuk teko. Terdapat satu pengecualian iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, sepit iaitu penyepit. Masyarakat Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak kecuali mengukus yang dipanggil tim. Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina. Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan agama menunjukkan satu lagi aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba contohnya tokong disebut bio, tokong besar atau dewa cina disebut tokong iaitu mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong, membakar colok disebut sio-hio dan melutut disebut kui.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

Masakan Baba dan Nyonya Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba. Antaranya seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antara masyarakat Melayu dan Cina. Bagi masyarakat Baba, mereka akan makan menggunakan tangan seperti masyarakat Melayu tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Mereka juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Masakan masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyonya kerana jenis masakan mereka adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu. Misalnya seperti ayam kapitan iaitu sejenis makanan yang dimasak sehingga kering tanpa berkuah. Masakan ini kebiasaannya dimasak pada waktu makan tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan. Selain itu, makanan yang menjadi kegemaraan adalah seperti inci kabin iaitu ayam goreng cara Nyonya, pindang bandeng iaitu kuah ikan, itik tim iaitu itik yang dimasak dengan sayur jeruk, itik sioh iaitu itik yang disalut rempah, pang-teh bak-wan kepiting iaitu babi cincang yang dicampur dengan sup ketam, nasi lemak dan banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun ianya akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut sebarang perayaan. Selain itu, masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan hanya akan dihidangkan pada majlis-majlis tertentu misalnya, seperti masakan mi sua tau, ia dibuat dengan menggunakan mi khas. Mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan umur. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang. Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada masyarakat Baba secara keseluruhannya, bahkan kuih muih masyarakat Cina dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum Baba misalnya, kuih muih Cina iaitu kuih bakul, pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah adalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. Buktinya seperti kuih bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara yang diamalkan oleh masyarakat Baba. Kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey yang diperbuat

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

10

daripada tepung yang dimasak dengan gula. Kuih bakul ini adalah salah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang. Kuih muih masyarakat Melayu yang digemari dan lazat ketika mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol, wajik, tapai dan bahulu. Segelintir masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih muih masyarakat Melayu kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat dengan masyarakat Melayu. Namun begitu, bagi masyarakat Baba, dodol yang dibuat dengan menggunakan beras ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran. Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu. Manakala kuih bahulu yang dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan masyarakat Melayu kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik berbeza dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam. Namun begitu, ianya tetap menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Cara pembakaran bahulu pula agak unik kerana bahan api perlu diletakkan dibahagian bawah dan atas acuan untuk memastikan bahulu masak dengan sempurna.

Kepercayaan Dan Pantang Larang Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa dengan bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka disampuk oleh jin atau hantu. Tujuan mereka berjumpa dengan pawang tersebut adalah untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Demikian juga, ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox,
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

11

masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Kebiasaan pantang larang yang diamalkan lagi iaitu bapa kepada bayi dalam kandungan tidak boleh melakukan pekerjaan yang keras seperti menyembelih ayam atau membunuh binatang terutamanya ular, monyet dan anjing kerana dipercayai badi binatang tersebut akan terkena pada anaknya. Pantang larang ini bertujuan untuk menjaga keselamatan ibu dan anak dalam kandungan. Kandungan anak pertama dianggap sebagai penentu bagi kandungan yang seterusnya. Sekiranya kandungan pertama bermasalah berkemungkinan kandungan selepasnya juga akan menghadapi masalah. Selain mematuhi pantang larang ibu yang hamil juga dikehendaki menjalani beberapa ritual yang lain, antaranya adat melenggang perut apabila ibu tersebut mencapai kandungan 6 bulan.

Hari-hari Perayaan Baba dan Nyonya

Masyarakat Baba dan Nyonya meraikan beberapa perayaan antaranya Tahun Baru Cina, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan, Ong Yah, Tung Chek dan Perayaan Bulan Mei. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut dengan meriah dan secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Tarikh masyarakat Cina disambut berdasarkan pengiraan takwim orang Cina. Tarikh perayaan Tahun Baru Cina disambut berdasarkan pengiraan takwim orang Cina yang berdasarkan sistem lunar iaitu pengiraan mengikut peredaran bulan. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan pertama takwim orang Cina. Perayaan ini dikatakan lebih menyerupai perayaan musim menuai padi pada zaman kuno dahulu. Mengikut beberapa lagenda pada zaman purba dahulu masyarakat Cina bermastautin dan bertani disebidang dataran yang subur dan hidup aman dan damai. Malangnya seekor raksasa ghaib akan datang menyerang membunuh penduduk serta membinasakan harta benda mereka pada malam musim sejuk dan akan mengulangi serangannya setelah matahari terbit 365 hari. Akhirnya, seorang yang bijaksana mendapati bahawa raksasa itu Cuma takut terhadap tiga perkara di bumi iaitu bunyi, cahaya dan warna merah. Raksasa itu dinamakan Nian.
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

12

Oleh sebab itu, masyarakat Cina akan membakar mercun untuk mengeluarkan bunyi, pelita dan dian dinyalakan dan warna merah dijadikan pilihan utama. Namun begitu, pada masa kini, lagenda itu telah diluputkan dan masyarakat Baba akan membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih muih dan pelbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum Tahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis makanan akan disajikan di atas meja yang besar. Selepas itu, mercun akan dibakar sebagai tanda kemeriahan. Pada keesokan paginya masyarakat Baba akan bersembahyang untuk mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut. Selepas itu, sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai juadah serta buah limau mandarin yang menjadi lambing Tahun Baru Cina. Kepada mereka yang telah berkeluarga adalah diwajibkan untuk memberi angpau kepada mereka yang masih bujang. Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek Kong juga diraikan oleh masyarakat Baba. Masyarakat baba akan melakukan perayaan ini pada hari keempat perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian pintu rumah akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan warna putih dan merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba akan menghidangkan peralatan sembahyang datok pauh iaitu tiga cawan air the, dua batang lilin dan 12 batang colok. Ketika ini masyarakat Baba akan berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat Cina. Upacara Sembahyang Bulan juga adalah salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Baba. Upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran bulan. Menurut dalam kepercayaan masyarakat Baba, perayaan ini akan disambut pada 15 haribulan lapan dalam kalendar Cina. Sembahyang Bulan dilakukan di dalam rumah akhay-akhay iaitu rumah kecil di halaman rumah yang dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan, berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

13

jenis makanan yang lazat dihidangkan. Kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi oleh makanan yang lain seperti kuih wajik, dodol, kuih dodol, the cina dan sebagainya. Ketika itu masyarakat Baba akan berdoa semoga bulan sentiasa memberi cahaya kepada mereka. Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kalender Cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa helai kertas Perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutama nenek moyang mereka.

Kesenian Dan Peralatan Masyarakat Baba dan Nyonya

Kesenian masyarakat Baba kebanyakannya mempunyai motif yang berasal dari Negara China. Namun begitu, corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Perhiasan masyarakat Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan ukirannya timbul. Misalnya kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul. Peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran menarik ialah pada porselin. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya. Porselin ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin ini merupakan peralatan khas digunakan untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong di Negara China. Oleh itu, peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga serta bunga botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba. Ini adalah kerana porselin kaum Nyonya kebiasaannya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

14

Masyarakat

Baba

mempunyai

peralatan

khas

yang

digunakan

untuk

menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang the tembikar berenamel warni-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan dan biasanya akan digunakan ketika minum the pada hari perkahwinan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit di dalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya.

Penutup Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak semakin dipinggirkan. Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu. Hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka disebabkan oleh akulturasi inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik. Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah Negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapat diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asimilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

15

KESIMPULAN Berdasarkan huraian di atas, ternyata bahawa apa yang dikatakan budaya Baba adalah budaya sekelompok Cina di Melaka yang telah menerima dan menerapkan beberapa aspek budaya Melayu ke dalam cara hidup mereka, disamping terus mengekalkan bahagian-bahagian tertentu seperti kepercayaan Cina. Baba lebih bersifat kecinaan berbanding dengan orang Cina jati. Keadaan demikian juga memungkinkan unsure kebabaan itu telah mengalami proses kecairan dan telah bergerak kembali ke pangkuan budaya Cina. Sejarah Baba sendiri memperlihatkan bahawa mereka adalah kaum yang sentiasa cair dari segi budaya. Kaum imigran sering bersifat pragmatik untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Salah satu sifat pragmatik ialah bersedia mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran baru baik persekitaran tempat mahupun waktu. Ketika terpaksa berhijrah sendirian, mereka memilih pasangan tempatan. Hidup dalam lingkungan masyarakat Melayu, mereka perlu menjadi Melayu, setidak-tidak dari sudut luaran. Mereka belajar dan bercakap menggunakan bahasa Melayu kerana ia menjadi lingua franca.Mereka menerima kesenian dan adab Melayu supaya boleh diterima oleh masyarakat Melayu. Berikutan dengan perubahan yang berlaku itu, boleh dikatakan kesemua ciri-ciri budaya Baba seperti bahasa, kesusasteraan, kesenian dan beberapa tabiat halus tidak berguna lagi. Untuk mereka menjadi Melayu boleh dikatakan tidak mungkin kerana mereka perlu memeluk islam. Untuk menjadi orang Islam agak payah kerana sudah sekian lama mereka berpegang teguh kepada kepercayaan oleh kaum Cina. Jalan yang paling terbuka ialah kembali membina semula jatidiri Cina. Dari segi kepercayaan dan adat istiadat, dari awal lagi kaum Baba tidak mengubah tradisi asal Cina. Kepercayaan dan adat tersebut terus menerus di amalkan sehinggalah sekarang. Unsur budaya Melayu yang diterapkan dalam cara hidup mereka ialah hal-hal luaran seperti bahasa, pakaian dan makanan.

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)

SEJARAH PEMBENTUKAN DAN KEUNIKAN BUDAYA MASYARAKAT PERANAKAN CINA DI MELAKA

16

Budaya Baba masih wujud tetapi pada lapisan dalam. Kalau menggunakan istilah antropologi atau linguistik, budaya Baba itu berada pada struktur dalamannya. Masih ada kaum Baba yang bangga

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551)