Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN EKSPERIMEN SCE 3101 SARINA SAARI

LAPORAN EKSPERIMEN TOPIK 2

Tajuk

Ujian Makanan.

Tujuan

Untuk menjalankan ujian makanan terhadap sampel makanan.

Objektif

Untuk menguji kehadiran kanji, gula penurun ,gula bukan penurun, protein, dan lemak dalam sampel makanan.

Radas : 1. Tabung uji 2. Pemegang tabung uji 3. Bikar 4. Penunu Bunsen 5. Penitis 6. Kasadawai 7. Tungku kaki tiga 8. Jubinputih 9. Kertasturas

Bahan-bahan 1. Larutan iodine 2. Larutan Benedict 3. LarutanNatriumHidroksida 4. AsidHidroklorik 5. Sampel makanan.

LAPORAN EKSPERIMEN SCE 3101 SARINA SAARI

Prosedur 1. Enam sampel makanan telah disediakan

2. Ujian makanan telah dijalankan untuk menguji kehadiran kanji, gulapenurun, gula bukan penurun,protein dan lemak dalam sampel makanan tersebut.

3. Pemerhatian telah direkodkan di dalam jadual.

Pemerhatian: Jenis makanan Kanji (Kacang ) Ujian Iodin -titiskan beberapa titik larutan iodine ke atas makanan yang mengandungi kanji. -Catatkan perubahan yang diperhatikan. Gula penurun (Susu & Jus mangga) Ujian Fehling atau Benedict -tambahkan beberapa titik larutan fehling atau larut.an benedict ke atas makanan yang mengandungi gula penurun. -didihkan campuran tersebut beberapa minit. -Catatkan perubahan warna yang diperhatikan -didihkan makanan yang mengandungi gula bukan penurun dengan HCl selama beberapa minit -tambahkan sedikit NaHCO3 sehingga gas berhenti dibebaskan -campurkan larutan Benedict dan didihkan campuran tersebut selama beberapa minit -catatkan pemerhatian anda Ujian Pemerhatian dan kesimpulan

Pemerhatian: Iodin bertukar warna dari perang ke biru tua Kesimpulan : Kacang tanah mengandungi kanji Pemerhatian : Larutan bewarna biru bertukar ke warna hijau kemudian kuning kemudian jingga, dan akhirnya warna merah bata. Kesimpulan : Susu mengandungi gula penurun

Gula bukan penurun (Madu, buah kurma, kismis)

Pemerhatian : Larutan bewarna biru bertukar ke warna hijau kemudian kuning kemudian jingga, dan akhirnya warna merah bata. Kesimpulan : Madu , buah kurma dan kismis mengandungi gula penurun

LAPORAN EKSPERIMEN SCE 3101 SARINA SAARI

Protein (Kacang tanah)

Ujian Buret -campurkan beberapa titik larutan kuprum sulfat dan beberapa titik larutan natrium hidroksida ke atas makanan yang mengandungi protein dalam keadaan cecair dalam sebuah tabung uji -catatkan pemerhatian anda Ujian Millon -campurkan beberapa titik bahan uji millon ke atas makanan berprotein yang berbentuk cecair dalam sebuah tabung uji dan panaskan hingga mendidih. -catatkan pemerhatian anda

Pemerhatian : Berlaku perubahan warna ke warna ungu Kesimpulan: Kacang mengandungi protein

Lemak dan minyak (kacang tanah & mayonis)

Ujian kesan Gris -titiskan setitik minyak ke atas sekeping kertas turas dan keringkan. -catatkan pemerhatian anda

Pemerhatian : Terdapat tompok-tompok minyak pada kertas turas Kesimpulan: Kacang dan mayonis mengandungi lemak

Kesimpulan : 1. Larutan iodin digunakan untuk mengesan kehadiran kanji, 2. Ujian Fehling atau Benedict untuk mengesan kehadiran gula penurun atau gula bukan penurun , 3. Ujian Buret atau ujian Millon digunakan untuk mengesan kehadiran protein 4. Ujian kesan gris digunakan untuk mengesan lemak atau minyak