Anda di halaman 1dari 33

KIFAYATUL MUHTAJ FIL ISRA WAL MIRAJ

( Kisah Isra & Miraj )



Ku mulai kitab ini dengan nama Allah yang amat murah lagi amat mengasihani akan hambanya yang
mukmin di dalam negeri akhirat ( ) Segala puji bagi Allah yang memberi atas hambanya dengan
beberapa nikmat Allah yang tiada berhingga ( ) Dan rahmat Allah dan salamnya atas mereka yang
dijalankan pada malam dengan dia daripada masjid Al-Haram kepada mesjid Al-Aqsho ( ) Dan atas segala
keluarganya dan segala sahabatnya yang mempunyai beberapa kelebihan yang tiada dapat di hingga ( )
Adapun kemudian daripada itu maka inilah suatu taliq yang sedikit pada menyatakan tiap-tiap daripada
Isra wal Miraj ( ) Dan kunamai akan dia Kifayatul Muhtaj Fil Isra Wal Miraj ( ) Telah menjadikan dia
Allah Taala semata-mata bagi Zat-Nya yang Maha Mulia ( ) lagi memberi manfaat bagi yang menuntut
akan dia pada hari kembali kapada Allah Taala. Firman Allah Taala

=}E:c -Og~-.- O4O
jglE) 1E^O ;g)` gOE^-
g-4OE^- O) gOE^-
=^~- Og~-.- E4^4O4
+OOEO +O4C)ON6g ;}g`
.E4g-4C-47 _ +O^^) 4O-
71gOO- +OO4l^- ^

1. Maha suci Allah yang menjalankan dengan hambaNya Muhammad S.A.W pada malam daripada Masjid Al-
Haram (di Makkah) kepada Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkatkan kelilingnya, supaya kami perlihatkan
dia beberapa tanda ajaib Qudrat Kami. Bahawasanya iaitu amat Mendengar, amat Melihat.

Kelebihan Membaca Tasbih, Takbir dan Tahlil
(Faedah) Tersebut di dalam Syarah Miraj Ghythi bagi Syeikh Qalyubi tersebut di dalam hadis sabda Nabi
saw ( ) Barangsiapa membaca Subhaanallah seribu kali pada tiap-tiap hari maka sungguhnya telah
menebuskan dirinya daripada Allah, yani dimerdekakan dia daripada api neraka; Lagi sabda Nabi saw ( )
Barangsiapa membaca Subhaanallah wabihamdih seratus kali pada tiap-tiap hari diampunkan dosanya
dan jikalau ada ia seumpama buih di laut sekalipun; Dan lagi sabda Nabi saw ( ) Barangsiapa mengucap
Tasbih akan Allah Taala seratus kali pada pagi-pagi dan seratus kali pada petang-petang adalah seperti
mereka yang mengerjakan seratus kali haji dan barangsiapa yang mengucap Alhamdulillah seperti
demikian itu adalah ia seperti mereka yang perang sabilillah seratus perang dan barangsiapa mengucap
Tahlil seperti demikian itu adalah seperti mereka yang memerdekakan seratus sahaya dan barangsiapa
mengucap Takbir seperti demikian itu tiada didatangkan seorang pada hari kiamat dengan seumpama
barang yang didatangkan dengan dia melainkan mereka yang mengucap seumpamanya atau lebih
atasnya; dan lagi sabda Nabi saw ( ) Barangsiapa mengucap Laailaahaillallah tujuh puluh ribu kali, maka
sungguhnya telah menebuskan dirinya daripada Allah. Maka nyatalah daripada beberapa hadis ini
bahawa sayugianya dikerjakan segala perkara yang tersebut itu, kerana adalah hikayat daripada seorang
muda daripada ahlil kasyaf mati ibunya maka ia kerjakan panggilan bagi kematiannya dan dihimpunkan
beberapa manusia yang banyak dan adalah pada mereka itu seorang Syeikh ahli sufi, maka tatatkala
berhimpun mereka itu maka hasillah bagi orang muda itu berubah warnanya dan berteriak dan
menyesal, maka ditanya oleh orang yang hasil daripada demikian itu, maka katanya aku lihat ibuku
sanya telah dibawa ke neraka dan ia disiksa di dalam neraka dan adalah Syeikh Sufi itu mendengar ia
akan perkataannya itu dan adalah baginya zikir yang sudah disediakan bagi dirinya tujuh puluh ribu,
maka berkata ia pada dirinya hai Tuhanku bahawasanya telah aku sediakan zikir tujuh puluh ribu bagi
diriku dan aku saksi akan Dikau bahawasanya aku berikan zikir itu bagi ibu orang muda ini, maka tiada
selesai cita hati Syeikh itu dengan demikian hingga berdirilah orang muda itu tertawa-tawa, maka
ditanya orang baginya akan dia, maka berkata ia telah aku lihat ibuku itu dikeluarkan daripada api
neraka dibawa ke syurga, maka berkata Syeikh itu maka hasillah bagiku dari pada dua faedah: satu
soheh kasyafnya orang muda itu, keduanya soheh hadis.

Dalil Miraj Nabi ke Sidratul Muntaha
Dan lagi firman Allah Taala ( ) Demi bintang ketika apabila mengeram lagi hilang, tiada sesat taulan
kamu itu daripada jalan yang sebenarnya dan tiada jahil dan tertipu daya dan tiada berkata ia dengan
barang yang didatangkan kamu itu daripada nafsunya tiada ia melainkan wahyu yang diwahyukan Allah
kepadanya. Telah mengajarkan dia oleh Malaikat yang sangat kuat yakni mahir ilmunya atau hafaznya
yang mempunyai keras dan kuat iaitu Jibril as, maka tetap ia dan iaitu pada tepi langit yang tinggi iaitu
tempat terbit matahari padahal atas rupanya yang asli yang dijadikan Allah Taala akan dia iaitu enam
ratus sayapnya satu sayapnya itu kira-kira memenuhi antara masyriq dan maghrib, maka melihat Nabi
saw dan adalah Nabi itu di bukit Jabal Nur, maka lalu pengsan Nabi saw maka lalu rebah maka turun
Jibril kepada Nabi padahal ia kembalikan rupanya seperti rupa manusia kemudian maka firmannya ( )
Kemudian maka hampir ia Jibril itu kepada Nabi maka bertambah hampirnya maka adalah kiranya
hampir busuran dan panah atau terlebih hampir lagi, maka mewahyu Allah Taala kepada hambanya
Jibril barang yang diwahyukan ia kepada Muhammad saw ( ) Tiada ia mendustakan oleh hati
Muhammad itu barang yang dilihatnya dengan matanya akan rupa Jibril yang asal. Maka adakah kamu
bantahi hai musyrikin atas barang yang dilihatnya itu ( ) Dan sungguhnya telah melihat Nabi pula akan
Jibril atas rupanya yang asli itu pada kali yang lain tatatkala pada Sidratul Muntaha ketika Miraj pada
Kayu Bidara yang Muntaha pada kanan Arasy padanyalah syurga yang bernama Jannatul Mawa ( )
Tatatkala berbalat-balat oleh sidrah itu barang rupa yang berbalat-balat daripada rupa burung dan
lainnya barang yang menghairankan dia akal tiada berpaling oleh matanya dan tiada melalui pula ia
daripada memandangkan barang yang tiada diizinkan dia ( ) Sesungguhnya telah melihat ia daripada
beberapa tanda Tuhannya yang amat besar daripada beberapa ajaib Malakut seperti rupa dua rof-rof
yang hijau keduanya yang memenuhi langit dan Jibril enam ratus sayapnya.

Ijma Ulama Isra Miraj adalah dengan Jasad dan Roh
(Faedah) : Telah ijma segala ulama bahawasanya Isra dan Miraj itu adalah keduanya itu dengan dia
Ruh dan Jasad dan adalah keduanya itu pada malam yang satu daripada Mekah dahulu daripada hijrah
dengan setahun, kata setengah kemudian daripada mati Abu Thalib dan Siti Khadijah pada malam Isnin
pada tujuh likur hari Bulan Rajab dan tiada jatuh seseorang daripada Anbiya yang dahulu-dahulu kata
Muallif Afallaahuanhu.

Dada Nabi dibedah oleh Malaikat
Antara Nabi saw pada Baitullah di dalam hijir berguling di atas lambungnya yang kanan antara dua kaki
bapa muda dan anak bapa muda dan iaitu Hamzah dan Jaafar anak Abu Tholib tiba-tiba datang akan dia
Jibril dan Mikail dan satu Malaikat, maka menanggung mereka itu akan dia hingga didatangkan kepada
zam-zam maka menelentangkan mereka itu akan Nabi saw atas belakangnya, maka adalah yang
memerintahkan segala perkara itu Jibril, maka membelahkan dadanya dari pada lebih(dada) hingga ke
bawah perutnya kemudian maka berkata Jibrail bagi Mikail bawa olehmu dengan satu batil daripada air
zam-zam supaya aku sucikan hatinya dan supaya luas dadanya kemudian maka dikeluarkan jantungnya
dan dibelahnya kemudian dibasuhnya akan dia tiga kali dengan tiga batil daripada air zam-zam dan
dikeluarkan barang yang di dalamnya daripada darah yang hitam maka berkata ia : Inilah bahagian
Syaitan dan berulang-ulang Mikail kepada Jibrail dengan tiga batil air zam-zam kemudian maka
didatangkan Jibrail dengan sesuatu batil yang lain pula daripada emas penuh di dalamnya hikmah dan
iman, maka menuangkan Jibril ke dalam dada Nabi saw maka penuhlah dengan Hikmah dan Ilmu dan
Yaqin dan Islam kemudian maka ditutupnya dan jahitnya dengan ketiadaan pedih dan sakit, kemudian
maka dimeterikan antara dua belikatnya dengan Khotimun-Nubuwwah.

Nabi di Israkan ke Baitul Maqdis dengan menaiki Buraq
Kemudian maka didatangkan dengan Buraq daripada Syurga yang berpelana lagi berkekang maka iaitu
suatu binatang yang putih lagi besar daripada himar dan kecil daripada baghal empat kakinya yang amat
pantas perjalanannya, maka adalah antara satu langkah pada satu langkah kira-kira seperlihatan mata,
lagi bergerak-gerak dua telinganya apabila naik kepada bukit maka panjang dua kakinya yang di
belakang dan apabila turun bukit maka panjang dua kaki hadapannya lagi ada baginya dua sayapnya
pada asal dua pahanya menterbangkan dengan keduanya itu akan kakinya, maka tatatkala hendak
menunggang Nabi saw akan dia maka meliyarkan dan mempayahkan tunggangnya maka menghantar
Jibril akan tangannya pada lehernya serta berkata Jibril akan dia : Tiadakah engkau malu hai Buraq, Demi
Allah tiada seorang menunggang akan dikau yang terlebih mulia pada Allah Taala daripadanya, maka
tatatkala mendengar buraq itu akan perkataan Jibril, maka penuh tubuhnya dengan peluh dan tetap ia
serta merendahkan dirinya hingga naik Rasulullah saw akan dia, Kata Abu Said bin Almusib
Rahimahullah iaitu Buraq yang ditunggang oleh Nabi Ibrahim as tatatkala datang ke Baitullah Al-Haram
ziarah anaknya Ismail dan Siti Hajar Maka berjalan ia padahal Jibril pada pihak kanan serta memegang
belakangnya dan Israfil pada pihak kirinya serta memegang kekangnya maka sentiasa berjalan hingga
sampai kepada satu dusun yang banyak nakhl yani pohon kurma maka berkata Jibril turun Ya
Muhammad di sini, maka sembahyang dua rakaat maka turun ia dan sembahyang dua rakaat kemudian
maka menunggang ia akan Buraq maka berkata Jibril baginya, adakah tuan hamba tahu tempat
sembahyang itu? maka sabdanya tiada maka katanya itulah Thaibah yakni Madinatul Munawwarah
dan keduanya tuan hamba berpindah dan sentiasa berjalan Buraq itu serta melangkahkan satu kaki
kepada satu kaki sekira-kira sepenglihatan mata maka berkata Jibril turun Ya Muhammad sembahyang
dua rakaat maka turun ia maka sembahyang Nabi dua rakaat seperti yang disuruhnya kemudian maka
menunggang ia maka katanya adakah tuan hamba tahu apa tempat ini maka sabdanya tiada katanya
itulah Madyan pada pohon kayu yang didengar Nabi Musa Kalamullah dan Khitabnya maka sentiasa
berjalan ia kemudian berkata Jibril turun Ya Muhammad maka sembahyang dua rakaat maka
memperbuat Nabi saw seperti yang disuruhnya kemudian maka menunggang ia maka berkata Jibril
baginya adakah tuan hamba ketahui apa tempat sembahyang itu maka sabdanya tiada maka katanya
itulah tuan hamba sembahyang pada Baitul Laham tempat diperanakkan Nabi Allah Isa as dan antara
adalah Nabi saw berjalan tiba-tiba melihat akan Iftrit daripada jin menuntut akan dia dengan cambung
api dan jadilah Nabi saw tiap-tiap berpaling melihat akan dia maka berkata Jibril adakah hamba ajar akan
tuan hamba beberapa kalimah apabila membaca akan dia nescaya padam cambungnya dan rebah ia
atas mukanya maka bersabda ia bahkan maka berkata Jibril ucap olehmu : (Auudzu biwajhil kariim wabi
kalimaatit taammaatil latii laa yujaa wizuhunna birru walaa faajir min syarrimaa yunazzilu minas samaai
wamaa yaruju fiihaa wamin syarri maa zaroa fil ardli wamaa yakhruju minhaa wamin syarri fitanul laili
wannahaari wamin syarri thawaariqil laili wannahaari illaa thooriqai yathriqu bikhoiri yaa Rohmaan)
Maka mengucap Nabi saw maka tersungkur ia dan padam cambungnya kemudian senantiasa berjalan ia
hingga berdapat atas beberapa kaum yang berhuma pada tiap-tiap hari dan mengetam pula pada tiap-
tiap hari, tiap diketamnya kembali ia seperti barang yang dahulunya maka sabdanya apa ini Ya Jibril ?
maka katanya inilah beberapa kaum yang berperang sabilillah digandakan Allah Taala bagi mereka itu
kebajikannya yang satu kepada tujuh ratus ganda dan lebih yang amat banyak seperti firman Allah
(Surah As-Saba:39 ) Dan barang yang kamu nafkahkannya daripada sesuatu maka iaitu digantinya dan
iaitu sebaik-baik yang memberi rezeki.
Kisah Masyitah dan Ahli Keluarganya
Dan sentiasa berjalan ia hingga berdapat dengan bau yang harum, maka sabda Nabi saw Ya Jibril apa
bau yang harum ini ? maka katanya inilah bau Masyithah yakni perempuan yang menyisir akan anak
Firaun dan bau anaknya dan suaminya antara adalah ia tiap-tiap menyisir akan dia apabila jatuh sisir
pada tangannya maka berkata ia Bismillaahi Tasa Firaun (Dengan Nama Allah Binasa Firaun) maka
berkata anak Firaun adakah bagi kamu Tuhan yang lain daripada bapaku maka berkata Masyithah
bahkan tetapi Ia Tuhan engkau dan Tuhan bapa engkau maka berkata anak Firaun itu adakah redha
engkau bahawa aku khabarkan bapaku ? maka katanya bahkan maka pergilah ia mengkhabarkan
bapanya Firaun maka diserunya akan dia maka tatatkala datang ia maka kata Firaun baginya adakah
bagimu Tuhan yang lain daripada aku ? maka kata Masyithah itu bahkan tetapi Tuhanku dan Tuhan
kamu itu Allah swt maka tatakala mendengar Firaun akan dia sangat marah ia maka adalah bagi
Masyithah itu suaminya dan dua anaknya satu besar dan satu kecil, lagi menyusu maka diseru pula akan
suaminya dan menyuruh ia akan keduanya kembali kepada agamanya dan mengulangi ia akan
keduanya, maka enggan keduanya itu daripada mengikut, kemudian berkata Firaun bahawasanya aku
hendak bunuh akan kedua kamu jikalau tiada kedua kamu kembali kepada agama kamu, maka berkata
Masyithah kebajikan kamu bagi kami jika engkau bunuh akan kami bahawa engkau jadikan kami pada
kubur yang satu, maka engkau tanam akan kami sekalian padanya, maka berkata Firaun bagimu yang
kamu tuntut itu sebab ada kebajikan kamu bagi kami, maka menyuruh Firaun mendatangkan dengan
satu kawah tembaga, maka dipanaskan di atas api padahal penuh air didalamnya, kemudian menyuruh
menjatuhkan Masyithah dan suaminya dan anaknya ke dalam kawah itu, maka dijatuhkan mula-mulanya
akan suaminya dan anaknya yang besar, maka tatkala hendak dijatuhkan pula anaknya yang kecil lagi
menyusu maka mengambil Masyithah syafaqah kasih sayang akan anaknya kerana kecil bahawa mencita
ia atas kembali kepada barang yang dituntut Firaun ibadat yang lain daripada Allah Taala bahawa jangan
ia jatuhkan anaknya yang kecil ke dalam kawah, maka menutur akan dia Allah swt akan anak yang kecil
itu dengan katanya, hai ibuku jatuhkan dirimu ke dalam kawah dan jangan tertangguh daripada
menjatuh maka bahawasanya engkau atas agama yang sebenarnya maka menjatuh ia akan dirinya
kemudian daripada jatuhkan anaknya yang kecil itu.
Anak-anak yang berkata Ketika Kecil
(Faedah): Bermula segala anak yang berkata-berkata didalam bumi itu sepuluh orang seperti yang
tersebut didalam Nazhom yang dinazhomkan oleh Jalal Assuyuthi Rahimahullah Taala dengan kata
syairnya : ( ) Berkata didalam bumi itu Nabi Muhammad dan Nabi Yahya dan Nabi Isa dan Nabi Ibrahim
Al-Khalil dan Siti Maryam dan yang melepaskan bagi Juraij kemudian maka yang menaik saksi bagi Yusuf
dan kanak-kanak pada Ukhdud yakni anak yang menyuruh akan ibunya menjatuhkan dirinya didalam
lubang didalamnya api yang sangat nyala yang diriwayat pada kitab Muslim dan Masyithah pada zaman
Firaun anaknya dan pada zaman Nabi yang Hadi Muhammad saw namanya Mubarak yang
menyempurnakan sepuluh orang (Maka kisah) Nabi saw itu tatatkala keluar dari perut ibunya bersin ia
maka mengucap ia Alhamdulillah maka menyahut segala Malaikat dengan katanya Yarhamukallah (Dan)
pada satu riwayat awal perkataan Nabi tatatkala keluarnya itu ( Allaahuakbar kabirau walhamdulillaahi
katsiirau wasubhaanallaahi bukratau waashiila ) (Dan kisah) Nabi Yahya bahawa ia menaik saksi bagi
Nabi Isa padahal umurnya setahun dan sebulan dengan katanya (Asyhaduannaka Abdullah
Warasuuluhu) (dan kisah) Nabi Isa seperti yang tersebut didalam Quran tatatkala keluar daripada perut
ibunya kemudian daripada saat jua dengan katanya: ( Inni Abdullah Ataanil Kitaabi Wajalnii Nabiiya )
hingga akhir ayat (dan kisah) Nabi Ibrahim tatkala keluar ia dari pada perut ibunya bangun berdiri ia atas
dua kakinya berkata ia: (Laailaahaillallah Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Lillaahil
Ladzii Hadaana) maka sampai suaranya pada segala bumi dan mendengar segala binatang (dan kisah)
Siti Maryam itu seperti yang tersebut dalam Quran dengan katanya menjawab bagi pertanyaan Nabi
Zakaria dengan katanya: dari mana buah kayu yang bukan musimnya ? maka jawab Siti Maryam padahal
umurnya tengah dua tahun katanya ( ) (dan kisah) yang melepaskan Juraij tatkala dituduh orang akan
berzina dan anak ini ia empunya anak, maka bertanya Juraij itu akan kanak-kanak itu maka sahut ia aku
anak sianu gembala kambing. (Dan kisah) Syahid Yusuf itu seperti yang tersebut didalam Quran dengan
firmannya ( ) hingga akhir ayat (dan kisah) Thiflu ukhdud itu adalah seorang raja yang zalim ia menyala-
nyalakan api didalam lubang yang besar memasukkan segala manusia yang tiada mengikut agamanya
kafir itu ke dalam api itu, maka ada satu perempuan ada baginya anak yang kecil umurnya tujuh bulan
padahal benci ia akan dijatuhkan kedalam api itu, maka berkata anak itu: Hai ibuku jangan engkau
terkejut maka bahawasanya engkau atas jalan yang betul (dan kisah) anak Masyithah itu telah terdahulu
sebutnya (dan kisah) Mubarak itu yaitu bahwasanya satu perempuan datang kepada Nabi saw dengan
satu anaknya yang kecil maka mengambil Nabi ia akan anaknya didudukkan pada ribanya maka bersabda
Nabi saw dengan sabdanya: Hai ghulam siapa aku ini maka sembah ghulam itu dengan katanya
engkaulah Rasulullah yang sebenarnya maka dapat kemenangan bagi mereka yang mengikut akan dikau
dan binasa bagi mereka yang menyalahi akan dikau, maka dinamakan dia anak itu Mubarak Yamamah
Wallaahu alam bissadaad
Perkara-perkara yang digambarkan kepada Nabi Ketika Isra
1. Perbuatan orang yang meninggalkan Solat
Maka sentiasa berjalan Nabi dan Jibrail hingga datang atas beberapa kaum yang memecahkan kepala
mereka itu tiap-tiap dipecahnya maka kembali pula seperti dahulu kalanya dan tiada lumpuh mereka itu
dari padanya sekali-kali, maka sabdanya: siapa ini ya Jibrail ? maka mereka itulah yang memberatkan
kepala mereka itu daripada sembahyang.
2. Keadaan orang yang tidak mengeluarkan Zakat
kemudian maka datang pula diatas beberapa kaum pada hadapan mereka itu satu perca dan pada
belakang mereka itu satu perca menutup akan dua bimamanya dihalaukan mereka itu seperti
dihalaukan binatang kepada memakan mereka itu akan zakum yaitu bara api jahannam dan batunya.
Maka sabdanya siapa ini ya Jibrail ? maka katanya itulah mereka yang tiada memberi zakat harta mereka
itu seperti firman Allah Taala ( ) Dan tiada zalim Kami akan mereka itu dan tetapi adalah mereka itu
menzalim akan dirinya.
3. Perbuatan Lelaki dan Perempuan Muhsan yang berzina
kemudian maka datang pula atas beberapa kaum yang adalah pada hadapan mereka itu daging yang
masak lagi baik di dalam periuk dan lagi ada pula daging yang mentah lagi busuk maka memakan mereka
itu akan daging yang mentah lagi busuk itu dan ditinggalkan daging yang masak yang baik (Maka)
sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah laki-laki daripada umat tuan hamba ada perempuannya
yang halal yang baik maka ditinggalkan bermalam padanya dan mendatang ia akan perempuan yang
zaniah maka bermalam padanya dan mendatang ia sertanya hingga subuh dan perempuan daripada
umat tuan hamba keluar dari pada suaminya maka datang kepada laki-laki yang zani maka bermalam
sertanya hingga subuh.



4. Perbuatan orang yang merampas di jalanan
(kemudian) maka lalu pula atas suatu kayu yang mempunyai beberapa durinya dan cawangnya tiada lalu
yakni tiada bersentuh kain dan sesuatu melainkan dicariknya, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka
katanya inilah umpama beberapa kaum daripada umat tuan hamba duduk ia pada jalan mengintai-
ngintai orang lalu dirampasnya, kemudian maka membaca Jibril akan firman Allah Taala ( ) Dan jangan
kamu duduk dengan tiap-tiap jalan kamu menakuti akan orang.
5. Keadaan laki-laki Pemakan Riba
kemudian maka melihat akan seorang laki-laki yang berenang di dalam sungai daripada darah
dilontarkan di dalam mulutnya dengan beberapa batu, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya
inilah laki-laki yang memakan riba .
6. Keadaan Laki-Laki yang tidak mampu menanggung amanah
kemudian maka datang pula atas laki-laki sungguhnya telah menghimpunkan beberapa bekas kayu yang
tiada kuasa membawa dia, tiap-tiap tiada kuasa ditambahi lagi, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka
katanya inilah laki-laki daripada umat tuan hamba ada padanya beberapa amanah manusia tiada kuasa
ia menunaikan dia dan ditambahi lagi.
7. Keadaan Orang mengajar sesuatu yang tidak benar
kemudian maka datang pula atas beberapa kaum yang menggunting akan lidahnya dan bibirnya dengan
penggunting besi, tiap-tiap diguntingnya kembali pula seperti dahulunya tiada lemah mereka itu sekali-
kali, maka sabdanya siapa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah Khutaba Alfitnah, yakni orang yang
mengajarkan manusia dengan tiada sebenarnya daripada umat tuan hamba dan tiada ia kerjakan bagi
dirinya.
8. Keadaan Pengumpat dan menjatuhkan Maruah orang lain
kemudian maka datang pula akan beberapa kaum adalah kuku mereka itu daripada tembaga, menggaru-
menggaru mereka itu akan mukanya dan dadanya hingga keluar daging dan darah, tiap-tiap digarunya
kembali pula sepertinya, maka sabdanya siapa mereka itu ya Jibrail ? maka katanya inilah mereka yang
memakan daging manusia dengan mengumpat-mengumpat dan menjatuh pada kemaluan manusia.
9. Keadaan orang yang bercakap sesuatu yang dimurkai Allah
kemudian maka datang pula atas satu lubang yang sempit mulutnya, maka tiba-tiba keluar daripadanya
lembu jantan yang besar, maka jadilah ia berkehendak kembali masuk kepada lubang itu tiada dapat
lagi, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah seumpama seorang laki-laki daripada umat
tuan hamba berkata-kata dengan satu kalimah yang amat besar daripada yang dimurkai Allah Taala,
kemudian maka menyesal ia maka tiada kuasa mengkembalikan lagi.

10. Seruan Yahudi
Maka antara adalah berjalan tiba-tiba diseru oleh yang menyeru pada pihak kanannya dengan katanya (
) yakni hai Muhammad nanti akan daku aku berkehendak bertanya akan dikau, tiada menjawab Nabi
saw kemudian maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah seru Yahudi, adapun jika tuan
hamba jawab akan dia nescaya banyak umat tuan hamba jadi Yahudi.
11. Seruan Nasrani
Dan antara berjalan pula tiba-tiba diseru oleh yang menyeru dari pihak kiri dengan katanya : ( ) Yakni hai
Muhammad nanti akan daku aku berkehendak bertanya akan dikau, maka tiada menjawab akan
panggilan itu, maka sabdanya apa ini ya Jibrail ? maka katanya inilah seru Nashara, adapun jikalau tuan
hamba jawab akan dia nescaya banyak umat tuan hamba jadi Nasrani.
12. Perempuan yang diumpamakan dengan Dunia
Dan antara berjalan Nabi saw tiba-tiba dengan satu perempuan hal keadaannya membuka dua
lengannya dan adalah atasnya daripada tiap-tiap perhiasan yang dijadikan Allah Taala, maka menyeru ia
dengan katanya ( ) yakni hai Muhammad nanti akan daku aku berkehendak bertanya akan dikau, maka
tiada berpaling Nabi saw kepadanya, maka sabdanya apa perempuan ini ya Jibrail ? maka katanya inilah
dunia, adapun jikalau tuan hamba jawab akan dia niscaya memilih oleh umat tuan hamba akan dunia
atas akhirat.
13. Panggilan Iblis
Dan antara berjalan Nabi saw tiba-tiba berdapat akan satu orang tua duduk jauh daripada jalan menyeru
dengan katanya ( ) artinya hadir olehmu hai Muhammad, maka berkata Jibrail berjalan hai Muhammad,
maka sabdanya siapa orang tua ini ? maka katanya inilah Aduwallah Iblis berkehendak ia bahawa
mencenderungkan kepadanya.
14. Perempuan tua yang diibaratkan dengan Umur Dunia
Kemudian maka berjalan ia tiba-tiba berdapat satu perempuan yan tua ditepi jalan, maka berkata ia ( )
yakni hai Muhammad nanti olehmu akan daku aku hendak bertanya akan dikau , maka sabdanya apa
perempuan ini ya Jibrai ? maka katanya inilah umur dunia tiada tinggal lagi melainkan selama umur
perempuan yang tua ini jua.
Nabi Tiba di Baitul Maqdis dan bertemu dengan Para Nabi, Malaikat dan Bidadari
Kemudian maka berjalan ia hingga sampai kepada Madinah Baitul Maqdis (maka) masuk Nabi saw pada
pintu kanan hingga sampai kepada Masjid (maka) turun ia daripada Buraq maka mengambil Jibrail akan
buraq menuntun akan dia hingga sampai kepada Shokhroh satu batu yang terhampar, maka dicucukkan
dia dengan tangannya, maka tabak batu itu dan ditambatnya akan Buraq, maka masuk Nabi saw dan
jibrail ke dalam Masjid daripada pintu yang cenderung matahari dan bulan, kemudian maka sembahyang
ia dan Jibrail dua rakaat Tahiyyatul Masjid (maka) tatatkala selesai keduanya tiada ada berhenti
melainkan sedikit hingga dilihatnya akan manusia yang amat banyak penuh Masjid, maka mengenal Nabi
saw akan segala Nabi dan lainnya antara yang berdiri dan rukuk dan sujudnya kemudian maka bang Jibril
maka qomat pula ia, maka berdiri sekalian mereka itu menanti akan siapa yang akan jadi imamnya,
maka mengambil Jibril dengan tangannya Nabi saw, maka didahulukan dia pada mihrab maka
sembahyang ia dengan segala manusia itu dua rakaat. (kata Kaab Al-Ahbar) maka tatatkala bang Jibril,
maka turun beberapa Malaikat daripada langit dan berhimpun pula sekalian Anbiya dan Mursalin
kerana sembahyang mereka itu di belakang Nabi saw (maka) tatatkala berpaling yakni selesai daripada
memberi salam, maka kata Jibril baginya adakah tuan hamba tahu siapa yang sembahyang di belakang
tuan hamba ini ? maka sabdanya tiada, maka katanya iaitulah arwah segala Nabi dan Mursalin yang
diwahyukan Allah Taala, kemudian maka memuji mereka itu akan Tuhan mereka itu dengan beberapa
puji yang elok, maka bersabda Nabi saw tiap-tiap kamu memuji akan Tuhannya maka bahawasanya aku
memuji pula atas Tuhanku dengan katanya ( ) Segala puji bagi Allah Tuhan yang menyuruh akan daku hal
keadaanNya memberi rahmat bagi sekalian alam lagi lengkap bagi segala manusia menyukakan,
menakutkan ( ) Dan menurunkan atasku Quran padanya itu menyatakan bagi tiap-tiap sesuatu ( ) Dan
menjadikan umatku itu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi segala manusia ( ) Dan menjadikan
umatku itu umat yang dipilih dan menjadikan umatku itu mereka itu umat yang permulaan taqdirnya
dan mereka itu yang kesudahan pada wujudnya ( ) Dan meluaskan bagiku dadaku dan membuangkan
daripadaku dosaku dan diangkatkan bagiku sebutanku dan menjadikan daku permulan dan kesudahan,
(maka) tatatkala selesai Nabi saw daripada memuji, maka bersabda Nabi Ibrahim dengan inilah
kelebihan kamu Ya Muhammad (Maka hasillah) Nabi dahaga akan sangat dahaga, maka mendatangkan
Jibril dengan tiga bejana satu daripada laban dan satu daripada khamar dan daripada asal (madu) (dan
satu) riwayat air tawar, maka memilih Nabi saw akan laban, maka dibenar oleh Jibril maka berkata ia
telah telah tuan hamba pilih akan asal kejadian dan jika tuan hamba minum akan khamar ini nescaya
banyak sesat umat tuan hamba dan tiada yang mengikut melainkan sedikit jua, Maka melihat Rasulullah
saw akan Bidadari, maka memohon segala mereka itu kepada Allah Taala akan ziarah Nabi saw, maka
diizinkan dia, maka turun mereka itu daripada syurga bersama-sama dengan Malaikat dan sembahyang
mereka itu di belakang Nabi saw, maka duduk ia pada sisi sokhroh Baitul Maqdis, maka memberi salam
Nabi saw akan mereka itu, maka menjawab akan salam dan bertanya pula Nabi akan mereka itu siapa ini
? maka sahutnya adalah kami yang baik lagi amat elok beberapa isteri kaum yang suci mereka itu
daripada dosa lagi tetap mereka itu tiada musafir dan tiada pergi datang lagi kekal tiada fana.
Asal Kejadian Bidadari
(Faedah) warid daripada hadis adalah Bidadari dijadikan Allah Taala daripada zafaron dan pada satu
riwayat dari pada tasbih Malaikat atau daripada titik air sayap Jibril tatkala keluar ia daripada sungai
syurga.
Nabi di Mirajkan ke Sidratul Muntaha
Kemudian didatangkan dengan Miraj, iaitu tangga yang sangat eloknya tiada melihat segala makhluk
yang terlebih elok daripadanya adalah baginya beberapa anak tangga satu daripada emas dan satu dari
pada perak iaitu dikeluarkan dari pada syurga yang bernama Firdaus, ditatahkan dengan beberapa
permata yang indah-indah dan pada kanannya beberapa Malaikat dan pada kirinya demikian pula dan
tiap-tiap satu tangga kepada satu tangga itu lima ratus tahun seperti antara langit dan bumi dan satu
langit kepada satu langit yang diatas lima ratus tahun juga (maka) tangga yang pertama daripada
Sokhroh diangkat kepada langit yang pertama, maka datang tangga yang kedua pula pada langit yang
kedua diangkatkan dia hingga langit yang ketiga.
Sokhrah ingin mengikut Nabi Miraj ke Sidratul Muntaha
Demikianlah dan tebal tiap-tiap langit itu lima ratus tahun, demikian pula maka mendirikan tangga itu
Jibril, maka naiklah ia serta Jibril atas tangga yang pertama, maka terangkat naik, maka mengikut pula
Sokhroh, maka berkata Jibril berhenti olehmu, maka berhenti ia demikianlah tergantung antara langit
dan bumi dengan tiada bertali hingga hari kiamat, maka adalah demikian itu beberapa lama hingga lalu
di bawahnya perempuan yang hamil maka melihat ia akan batu itu, maka terkejut lalu gugur anaknya
dalam perut, maka dibina di bawahnya supaya jangan terkejut orang yang lalu di bawahnya. Maka
adalah antara langit dunia ini satu laut yang makfuf yakni yang tertegah daripada titik airnya ke bawah,
maka adalah besarnya jikalau dinisbahkan dengan segala laut dunia ini seumpama setitiknya jua.
Nabi Naik ke Langit Dunia
Maka naiklah keduanya itu hingga sampai kepada langit dunia pada pintu yang dinamakan Baabul
hafazhoh dan yang menunggu dia malaikat namanya Ismail tiada ia naik ke atas dan tiada ia turun ke
bawah sekali-kali hari wafat Nabi saw jua dan adalah sertanya tujuh puluh ribu malaikat di bawah
khadamnya, (kata ulama Al-hikmah) bahawasanya adalah langit dunia itu dijadikan dari pada mauj yang
makfuf yakni dari pada ombak yang tertegah adalah ia terlebih putih daripada laban dan nyata hijau itu
daripada hijau Bukit Qaf kerana ia dijadikan daripada zamrud yang hijau, (dan langit) yang kedua
daripada batu yang putih (dan langit) yang ketiga dijadikan daripada besi (dan langit) yang keempat
daripada tembaga (dan langit) yang kelima dijadikan daripada perak (dan langit) yang keenam dijadikan
daripada emas (dan langit) yang ketujuh dijadikan daripada yaqut yang putih (dan Arasy) dijadikan
daripada yaqut yang hijau. (Kata) Kaab Al-ahbar telah menjadikan Allah Taala akan Arasy daripada
jauhar yang hijau baginya seribu-ribu dan enam ratus ribu kepala dan tiap-tiap satu kepala seribu-ribu
dan enam ratus ribu mukanya dan tiap-tiap satu mukanya itu seribu-ribu dan enam ratus ribu lidah dan
tiap-tiap satu lidah seribu-ribu dan enam ratus ribu lughah dan satu lughah itu mengucap tasbih akan
Allah Taala dengan berlain-lainan bangsanya, maka menuntut buka Jibril, maka berkata yang menunggu
pintu langit dunia itu siapa ini, maka sahut ia aku Jibril dan katanya pula siapa serta kamu ? katanya
Muhammad, katanya telah dibangkitkan padanya, maka sahut Jibril telah dibangkit kepadanya, maka
dibukanya, maka katanya ( ) Telah engkau dapat keluasan dan engkaulah ahlinya telah memanjang Allah
daripada saudara dan daripada Khalifah Allah maka sebaik-baik saudara dan sebaik-baik Khalifah dan
sebaik-baik yang datang itu datangnya. Maka masuk keduanya, maka lalu daripadanya tiba-tiba padanya
itu Nabi Adam A.S seperti kelakuan yang dijadikan Allah Taala dilentangkan atasnya segala arwah
zuriatnya, apabila melihat ia akan zuriatnya yang mukminin maka berkata ia inilah ruh yang baik dan
nafsu yang baik dijadikan akan dia pada Illiyyin, (dan) apabila melihat atas ruh zuriatnya yang kafirin
maka katanya inilah ruh yang jahat dan nafsu yang jahat dijadikan akan dia pada Sijjiin, (dan melihat)
pula akan dia pada kanannya beberapa manusia dan lagi ada padanya satu pintu yang keluar
daripadanya bau yang harum dan pada pihak kirinya beberapa manusia dan ada padanya satu pintu pula
yang keluar daripadanya bau yang busuk (maka) apabila melihat pihak kanan tertawa ia dan suka ia dan
apabila melihat pihak kirinya dukacitanya dan menangis ia, (maka) memberi salam Nabi saw, maka
menjawab salam (kemudian) berkata ia ( ) telah dapat keluasan dengan anak yang soleh dan Nabi yang
soleh (maka) sabda Nabi saw ya Jibril apa laki-laki ini dan apa manusia yang banyak-banyak dan apa
pintu ini, maka kata Jibril inilah bapa tuan hamba Adam dan yang di kanan dan yang di kirinya itu
daripada beberapa manusia zuriatnya, yang pihak kanan itu ahli syurga dan yang pihak kirinya itu ahli
neraka, maka apabila melihat pihak kanannya tertawa-tawa dan apabila melihat pihak kirinya menangis
dan pintu yang pihak kanan itu pintu syurga dan bau yang keluar daripadanya itu bau syurga dan pintu
yang pihak kiri itu pintu neraka dan baunya itu bau neraka, (maka apabila) melihat zuriatnya yang masuk
syurga tertawa-tawa ia dan apabila melihat akan zuriatnya yang masuk neraka menangis ia.
Kelakuan Mereka yang makan riba, harta anak yatim dan berzina
Kemudian maka berjalan pula ia maka didapatnya akan mereka yang memakan akan riba dan memakan
harta anak yatim dan dapat pula akan mereka yang berzina atas kelakuan yang terlebih jahat dan keji,
kemudian melihat akan orang yang berzina itu bergantung dengan susu mereka itu.
Nabi Naik ke Langit Kedua
Kemudian maka naik Nabi saw serta Jibril kepada langit yang kedua maka telah terdahulu bahawasa
adalah ia daripada batu yang putih, (maka) menuntut buka Jibril, maka berkata yang menunggu pintu itu
siapa ini ? maka kata Jibril, katanya dan siapa serta kamu ? katanya Muhammad, katanya telah
dibangkitkan kepadanya, katanya bahkan, maka dibukakannya maka berkata ia seperti kata yang
menunggu langit dunia, demikianlah pada tiap-tiap langit hingga ketujuhnya (dan) masuk keduanya
maka tiba-tiba ada padanya dua anak saudara ibunya iaitu Isa dan Yahya anak Zakariya hal keadaannya
menyerupa salah seorang bagi taulannya pada pakaiannya dan rambutnya dan ada serta keduanya
beberapa kaum keduanya dan tiba-tiba ada Isa bulat tubuhnya lagi sederhana dan warna tubuhnya
antara merah dan putih dan terhulur rambutnya seolah-olah ia keluar dari pada tempat mandi dengan
air panas, (maka) memberi salam Nabi saw akan keduanya maka menjawab keduanya akan salam dan
berkata keduanya ( ) Telah dapat tempat keluasan dengan saudara yang soleh dan Nabi yang soleh dan
mendoa keduanya dengan kebajikan.
Nabi Naik Ke Langit Ketiga
Kemudian maka naik pula keduanya kepada langit yang ketiga telah terdahulu bahawa ada ia daripada
besi maka menuntut buka Jibril, maka dikatakan baginya seperti dahulu jua, demikian lagi pada tiap-tiap
langit hingga ketujuhnya, maka dibukakan maka masuk ia tiba-tiba didapat padanya Nabi Yusuf as dan
sertanya beberapa daripada kaumnya, maka memberi salam Nabi saw maka menjawab ia akan salam,
maka berkata ia ( ) Telah berdapat tempat keluasan dengan saudara yang soleh dan Nabi yang soleh dan
mendoa ia dengan kebajikan, maka tiba-tiba adalah ia terlebih elok barang yang dijadikan Allah Taala
telah dilebihi daripada segala manusia dengan keelokan seperti bulan atas segala bintang, maka
sabdanya ya Jibril siapa ini ? maka katanya inilah saudara tuan hamba Yusuf.

Nabi Naik Ke Langit Keempat
Kemudian maka naik pula Nabi saw serta Jibril kepada langit yang keempat telah terdahulu ia daripada
tembaga, (maka) menuntut buka Jibril maka dikatanya seperti dahulu jua, maka dibukanya, maka masuk
keduanya, maka tiba-tiba didapatnya Nabi Idris sungguhnya telah ditentukan Allah dengan
bahawasanya diangkatkan dia akan tempat yang tinggi maka memberi salam Nabi saw atasnya maka
menjawab ia akan salam maka kata ia ( ) Telah dapat tempat keluasan dengan anak yang soleh dan Nabi
yang soleh dan mendoakan ia dengan kebajikan.
Nabi bertemu dengan Nabi Idris dan Isa secara Jasad dan Roh
(Faedah) adalah Nabi Idris itu hidup berjumpa dengan Nabi dengan ruh dan jasad tiada ia mati pada tiup
sangkakala kemudian kerana ia sudah mati dahulu dikembali hidup pula maka adalah ia tiada
dibinasakan seperti jur dan waladan dan arasy dan kursi dan luh dan qalam dan jannah dan neraka dan
ruh, maka adalah segala perkara itu istisna daripada firman Allah Taala ( ) dan ( ). Dan demikian lagi nabi
Isa itupun berjumpa dengan ruh dan jasad belum ia mati lagi akan turun pada akhir zaman ke dunia
kemudian mati dikuburkan di Madinah serta nabi saw dan yang lain daripada keduanya itu berjumpa
dengan arwah hanya wallahu alam.
Nabi Naik Ke Langit Kelima
Kemudian maka naik pula keduanya kepada langit yang kelima telah terdahulu ia daripada perak maka
menuntut buka Jibril maka dikatakan baginya seperti dahulu jua maka dibukakan bagi keduanya maka
masuk keduanya maka tiba-tiba ada di dalamya Nabi Harun dan adalah setengah janggutnya putih dan
setengahnya hitam dan bahwasanya hampir sampai kepada pusatnya daripada panjangnya dan
kelilingnya beberapa kaum daripada Bani Israil dan ia menceritakan beberapa khabar-khabar yang
dahulu akan segala umatnya (maka) tatatkala memberi salam Nabi saw atasnya maka menjawab ia akan
salam maka sabdanya siapa ini ya Jibril ? maka katanya inilah Harun yang dikasihani oleh segala
kaumnya.
Nabi Naik Ke Langit Keenam
Kemudian maka naik pula keduanya kepada langit yang keenam dan telah terdahulu ia daripada emas
maka menuntut buka Jibril maka dikatakan seperti dahulu jua maka dibukanya maka melihat Nabi saw di
dalamnya beberapa Anbiya pada pihak kanan jalan dan kirinya maka jadilah berjalan Nabi saw dengan
satu Nabi kepada satu Nabi dan seorang sendirinya dan satu yang lain beberapa kaum sertanya
demikianlah didapatnya beberapa banyak kemudian maka lalu pula ia dengan beberapa manusia yang
amat banyak maka sabda Nabi saw siapa ini ya Jibril ? maka katanya inilah Musa dan sertanya segala
kaumnya dan tetapi angkat kepala tuan hamba maka mengangkat Nabi saw akan kepalanya maka tiba-
tiba didapatnya akan hitam yang amat banyak dan sungguhnya telah memenuhi tepi langit daripada
pihak ini dan pihak ini maka kata baginya inilah umat tuan hamba dan lain daripada ini tujuh puluh ribu
masuk mereka itu ke dalam syurga dengan tiada hisap dan lagi aku pinta tambah maka ditambahi pula
tiap-tiap satu daripadanya tujuh puluh ribu yang lain pula maka tatkala lalu Nabi saw daripadanya maka
tiba-tiba didapatnya dengan Nabi Musa iaitu seorang laki-laki yang merah kulitnya lagi tinggi lagi banyak
bulunya lagi berdiri bulunya sekira-kira jikalau dipakai dua baju nescaya terasa keluarnya maka tatatkala
hampir Nabi saw memberi salam Nabi atasnya maka menjawab ia akan salam kemudian maka berkata ia
( ) telah dapat tempat keluasan dengan saudara yang soleh dan Nabi yang Soleh mendoa ia baginya
dengan kebajikan kemudian berkata ia telah menyangka oleh manusia iaitu Bani Israil bahawasanya aku
terlebih mulia atas Allah Taala daripada ini yakni daripada Muhammad saw tetapi ia terlebih mulia atas
Allah Taala daripada aku maka lalu Nabi saw akan dia maka menangis Nabi Musa maka dikata orang
baginya apa yang menangiskan tuan hamba maka sabdanya menangis akan daku barang yang
meluputkan akan daku daripada pahala sebab luput umatku daripada beriman akan daku dan tiada yang
beriman melainkan sedikit jua dan adalah anak ini dibangkitkan kemudian dariku masuk umatnya
kedalam syurga terlebih banyak daripada umatku dan menyangka oleh Bani Israil bahawasanya aku
terlebih mulia kepada Allah Taala daripada segala anak Adam dan ini satu laki-laki daripada anak Adam
kemudian daripadaku ia di dalam dunia dan aku pada akhirat dan ikutannya terlebih banyak daripada
yang mengikut akan daku maka jikalau adalah ia kemuliaanku pada dirinya tiada yang mengikut akan dia
tiada aku hiraukan dan tetapi yang mengikut akan dia daripada umatnya terlebih banyak daripada
umatku.
Nabi Naik Ke Langit Ketujuh
Kemudian maka naik keduanya kepada langit yang ketujuh iaitu telah terdahulu dari pada yaqut yang
merah maka menuntut buka Jibril maka katanya seperti dahulu jua maka tatatkala dibukanya maka
masuk keduanya maka tiba-tiba dengan Nabi Ibrahim as hal keadaannya bersandar ia belakangnya
kepada Baitul Makmur dan sertanya beberapa orang daripada kaumnya maka memberi salam Nabi
atasnya maka menjawab ia akan salamnya (dan) berkata ia baginya ( ) telah berdapat tempat keluasan
dengan anak yang soleh dan Nabi yang soleh dan mendoa ia baginya dengan kebajikan kemudian
berkata hai anakku bahawasanya engkau berjumpa dengan Tuhan engkau pada malam ini dan
bahawasanya umat engkau terlebih dipilihi lagi akhir umat dan terlebih doif umat maka jika kuasa
engkau bahawa engkau minta hajat pada Tuhanmu pada umat kamu maka perbuat
Nabi Ibrahim Berpesan supaya Umat Nabi Muhammad bertanam di Syurga
Kemudian maka bersabda pula ia Ya Muhammad suruh umatmu membanyakkan bertanam di dalam
syurga maka bahawasanya tanahnya sangat baik lagi sangat luas maka sabda Nabi saw dan apa tanaman
syurga itu (maka) sabdanya iaitu (Laa haula walaa quwwata illaa billaah) dan pada satu riwayat yang lain
khabarkan olehmu Ya Muhammad akan mereka itu bahawasanya syurga itu sangat baik tanahnya dan
sangat tawar airnya dan tanamannya itu dengan lima kalimah, ditanamkan tiap-tiap satu kalimah bagi
orang yang mengucap akan satu pohon kayu di dalam syurga dan iaitu (Subhaanallah Walhamdulillah
Walaailaahaillallaah Wallaahuakbar Walaahaulawalaaquwwataillaabillaah) dan lagi adalah padanya
beberapa kaum duduk sertanya adalah muka mereka itu seumpama kertas dan lagi ada pula beberapa
kaum yang lain muka mereka itu warnanya itu putih tetapi berubah sedikit maka berdiri segala mereka
itu yang warna berubah itu masuk ia pada satu sungai maka mandi mereka itu di dalamnya kemudian
maka keluar ia dan keluar ia daripada warnanya suatu yakni bersih ia sedikit kemudian maka masuk pula
ia pada sungai yang lain maka mandi ia di dalamnya dan keluar ia daripadanya maka bertambah bersih
pula daripada dahulu kemudian maka masuk pula ia pada sungai yang ketiga maka mandi di dalamnya
maka jadilah mereka itu seumpama taulannya maka datang mereka itu duduk pada taulannya maka
sabda Nabi saw siapa itu ya Jibril yang putih muka mereka itu dan siapa yang ada pada warna muka
mereka itu sesuatu dan apa sungai ini maka katanya adapun segala mereka yang putih muka mereka itu
maka iaitulah kaum yang tiada memakaikan yakni tiada menyempurnakan iman mereka itu dengan
zalim yakni dengan maksiat (dan) adapun segala mereka yang ada pada muka mereka itu sesuatu itu
maka mereka itu yang menyempurnakan amalnya yang soleh dan yang lainnya kejahatan maka taubat ia
maka diterima oleh Allah Taala akan taubatnya (dan) adapun sungai ini maka yang pertamanya Afwallah
(dan) kedua Nikmatallah (dan) ketiganya ( Wasaqoohum Rabbuhum Syarooban Thohuuran ) kemudian
dikatanya akan baginya inilah tempat tuan hamba dan tempat umat tuan hamba maka tiba-tiba
terbahagi dua bahagi dan pada satu riwayat maka tiba-tiba terbahagi dengan umatku dua bahagi
satunya atas mereka itu kain yang putih dan satu bahagi kain mereka itu kelabu.
Nabi Masuk ke Baitul Makmur
Kemudian maka masuk Nabi saw akan Baitul Makmur maka masuk sertanya mereka yang atas mereka
itu kain yang putih dan didindingkan akan yang lain iaitu yang atasnya kain kelabu dan mereka itu atas
kebajikan yakni Agama Islam maka sembahyang Nabi saw dan sembahyang sertanya segala mukminin
maka tiba-tiba masuk ke dalam Baitul Makmur itu tiap-tiap hari tujuh puluh ribu Malaikat dan tiada ia
keluar lagi hingga hari kiamat dan bahawasanya adalah Baitul Makmur itu pada langit yang ketujuh di
bawah syurga dan berbetulan dengan Kabatullah jikalau dijatuhkan daripadanya batu nescaya jatuh di
atas Kabatullah.
Nabi Naik ke Sidratul Muntaha
Kemudian maka keluar ia dan keluar sertanya segala mereka itu yang mukmin itu kemudian dibawa pula
bagi Nabi saw bejana yang tiga itu dan memilih ia akan laban maka membenarkan dia Jibril dengan
katanya telah tuan hamba pilih akan asal kejadian bagi tuan hamba dan umat tuan hamba kemudian
maka diangkatkan keduanya kepada Sidratul Muntaha dan kepadanya kesudahan barang yang naik
daripada pihak bumi maka diterima daripadanya dan kepadanya kesudahan barang yang turun daripada
pihak atas maka diambil daripadanya.
Nabi Melihat Beberapa Sungai dan Rupa Pohon Bidara
Maka tiba-tiba aku lihat pohon kayu baginya batang maka keluar daripada asal pohonnya itu empat
sungai, suatu sungai daripadanya air yang tiada berubah (dan) yang keduanya daripada laban yang tiada
berubah rasanya (dan ketiga) daripada arak yang lazat bagi orang yang meminum (dan keempat) sungai
daripada air madu yang suci daripada labalan (maka adalah) naungan sekira-kira diperlari kuda pada
bayang-bayangnya itu tujuh puluh tahun tiada memutuskan dia dan adalah buahnya seperti qorbah air
dan daunnya adalah seperti telinga gajah pada rupanya hampirlah satu daunnya itu bahawa menutup
akan segala umat ini dan pada satu riwayat satu daunnya menutup-nutup akan segala makhluk dan tiap-
tiap daun dua Malaikat yang mengucap tasbih akan Allah Taala (maka) berbalat-balat ia warnanya yang
bersalah-salahan api ia maka tatkala berbalat-balat daripada pekerjaan Allah Taala yang turun barang
yang berbalat-balat dan berubah-rubah dan berpaling-paling maka jadi yaqut dan zabarud dan lain
daripada keduanya maka tiada kuasa seseorang bahawa merupakan dan menghinggakan sifatnya
daripada eloknya dan adalah pada cawangnya beberapa belalang daripada emas dan tiba-tiba adalah
pada asalnya empat sungai pula dua sungai tersembunyi dan dua sungai yang nyata (maka) sabda Nabi
apa sungai ini ya Jibril maka katanya adapun dua sungai yang tersembunyi itu maka iaitu dua sungai di
dalam syurga satu Salsabil dan satu Zanjabil (maka) dua sungai yang zahir itu yaitu Nil dan Firat (dan)
melihat pula Nabi saw akan Jibril pada Sidratul Muntaha akan rupanya yang asli dan adalah baginya
enam ratus sayapnya dan satu-satu sayapnya memenuhi akan alam ini (dan) bertaburan daripada
sayapnya barang yang menghairankan daripada dar dan uaqut (kemudian) maka masuk pula Nabi saw
dan Jibril ke dalam syurga maka melihat di dalamnya barang yang tiada pernah dilihat oleh mata dan
tiada didengar oleh telinga dan tiada terlintas oleh hati manusia.
Nabi Melihat Keindahan Syurga
Maka adalah syurga itu delapan (pertama) lagi yang terlebih afdol lagi terlebih tinggi Jannatul Firdaus
yaitu tempat ketetapan segala anbiya dan segala syuhada dan solihin (kedua) Jannatul Adn (ketiga)
Jannatul Huldi (keempat) Jannatul Naim (kelima) Jannatul Salam (keenam) Jannatul Mawa (ketujuh)
Jannatul Jalal (kedelapan) Jannatul Maqom wal Qoror maka adalah Jannatul Firdaus itu daripada emas
dan Jannatu Adn itu daripada Qishobul Jannah dan Jannatul Huldi itu daripada Marjan dan Jannatul
Naim itu daripada perak dan Jannatul Mawa itu daripada Zabarzuj yang hijau dan jannatul Salam itu
daripada Yaqut yang merah dan Jannatul Jalal itu daripada lulu yang putih dan Jannatul Maqom wal
Qoror itu daripada Kasturi yang harum, maka tiba-tiba adalah di dalamnya beberapa qubah lulu yang
berongga maka tiba-tiba aku lihat bersurat pada pintu syurga itu Sodaqoh dengan sepuluh gandanya
dan hutang itu dengan delapan gandanya maka sabdanya betapa kelakuan ini ya Jibril memberi hutang
terlebih afdol daripada memberi shodaqah maka katanya kerana yang meminta itu terkadang meminta
ia padahal ada ia mempunyai dan yang berhutang itu tiada ada ia berhutang melainkan kerana hajatnya
maka tiba-tiba adalah sungainya daripada laban yang tiada berubah rasanya dan sungai daripada arak
yang lazat bagi yang meminum dan sungai daripada madu yang jernih dan tiba-tiba adalah buah delima
seumpama nimba dan demikian lagi segala buah-buah kayunya maka keluar daripada buah kayu itu
segala pakaian isi syurga dan tiba-tiba pula burungnya seumpama unta maka sembah Saidina Abu Bakar
Siddiq ya Rasulallah bahawasanya demikian burung itu baik rasanya maka sabdanya dimakan akan dia
itu terlebih lazat rasanya dan bahawasanya aku harap bahawa engkau memakan daripadanya kemudian
maka melihat pula Nabi saw akan Sungai Al- Kausar maka adalah di dalamnya tujuh puluh ribu farsakh
mengalir ia di atas batu yaqut zabarjud dan pada tepinya lulu yang besar lagi berongga dan adalah
mengalir ia kepada haudh nabi saw dengan di saluran dan adalah bejananya yakni giwangnya seperti
bintang di langit daripada emas dan perak dan tanahnya daripada kasturi yang amat harum kemudian
maka keluar nabi saw daripada syurga.
Nabi Melihat Neraka
Maka melihat pula akan neraka maka tiba-tiba ada di dalamnya Ghodhoballah atas seterunya dan
naqomahnya jikalau dijatuhkan padanya batu dan besi nescaya dimakannya dan tiba-tiba ada padanya
beberapa kaum yang memakan bangkai maka sabdanya siapa ini ya Jibril maka katanya inilah mereka
yang memakan daging manusia dengan mengumpat-ngumpat dan melihat pula akan Malik yang
menunggu neraka iaitu seorang malaikat yang sangat masam mukanya diketahui akan marahnya pada
mukanya maka memberi salam ia akan nabi saw maka menjawab nabi akan salamnya (maka) adalah
neraka itu tujuh pangkat yang pertama Jahanam dan keduanya Ladho dan ketiga Huthomah dan
keempat Sair dan kelima Saqor dan keenam Jahim dan ketujuh Hawiyah (dan) tiap-tiap pintu satu
daripadanya di dalam yang lainnya dan dalam satu-satunya itu dari atas ke bawahnya tujuh ratus lima
puluh tahun dan kayunya dan baranya anak adam dan batu yang disembahnya nauzubillaahi minha
(maka adalah) melihat nabi saw itu muhtamal akan rupanya atau dijadikan Allah ketika itu kerana adalah
warid daripada cerita hadis neraka itu di bawah tujuh petala bumi kemudian diangkatkan nabi saw ke
atas Sidratil Muntaha.
Nabi diangkat Ke Atas Sidratul Muntaha Hingga ke Mustawa
Maka menutup akan dia oleh awan maka terkemudian Jibril daripadanya serta berhenti ia dan
memasukkan Jibril akan nabi ke dalam nur maka berkata ia baginya (Anta warobbuka) artinya engkau
dan Tuhan engkau dan pada satu riwayat bersabda nabi akan Jibril disinikah meninggalkan taulan akan
taulannya maka berkata Jibril inilah tempatku jikalau lalu aku nescaya terbakar aku dengan nur maka
lalu nabi saw akan tujuh puluh ribu hijab daripada nur hingga sampai kepada Mustawa tempat
mendengar shoriful Qolam yakni qolam menyurat pada louh mahfuz maka melihat nabi saw di sana
akan seorang laki-laki yang ghoib ia di dalam nur arasy maka sabda nabi saw siapa ini? iakah malaikat
maka katanya tiada dan iakah nabi maka katanya tiada maka sungguhnya ia seorang laki-laki adalah ia
pada dunia lidahnya itu basah daripada menyebutkan zikrullah dan hatinya dengan masjid dan tiada
memaki akan dua ibu bapanya sekali-kali (dan) pada satu riwayat bahawasanya tatatkala sampai pada
tempat itu maka hasillah bagi nabi saw liar hati maka mendengar ia akan suara seperti suara Abu Bakar
As-Siddiq berkata ia berhenti ya Muhammad maka bahawasanya Tuhan lagi sembahyang maka hairan
nabi daripada mendahului saidina Abu Bakar kepada demikian maqom ini dan daripada sembahyang
Tuhanku maka aku bertanya tatatkala munajat akan demikian itu maka firmannya tatatkala adalah Abu
Bakar itu taulan kamu dan jinak dengan dia aku jadikan suatu malaikat yang menyerupa ia dengan rupa
suara Abu Bakar supaya hilang kamu daripada liar hati (dan) adapun sembahyangku itu yaitu kataku
(Innallooha wamalaa ikatihi yusolluuna alannabii yaa ayyuhalladziina aamanuu sholluu alaihi wasallimuu
tasliimaa).
Nabi Muhammad Melihat Zat Allah S.W.T
Kemudian maka diangkatkan nabi saw kepada Hadratulqudsi maka melihat ia akan Tuhannya
Subhanahuwataala dengan barang yang patutnya dengan dia dan dengan tiada berkaifiat dengan mata
kepala quat yang dijadikan Allah Taala pada keduanya maka tiada jatuh bagi seorang segala nabi dan
mursalin melihat dengan mata kepala sebelum mati itu yang lain daripada nabi saw maka iapun lalu
sujud kepada hadratnya dan sembah (maka) firmannya subhaanahuwataala Ya muhammad maka
sembahnya (labbaik) maka firmannya angkatkan kepalamu dan pohonkan barang yang engkau kehendak
aku berikan maka angkat nabi saw kepalanya maka bersembah dengan katanya ( ) bahawasanya hai
Tuhanku telah engkau jadi akan Ibrahim kholiilan dan engkau beri akan dia kerajaan yang amat besar ( )
dan engkau berkata-kata akan Musa akan beberapa perkataan ( ) dan engkau berikan Daud kerajaan
yang amat besar dan engkau lembutkan baginya besi dan engkau mudahkan baginya segala bukit ( ) dan
engkau beri hai Tuhanku akan Sulaiman kerajaan yang amat besar dan engkau mudahkan baginya jin
dan manusia dan syaitan yang berkerja baginya barang yang dikehendakinya dan engkau mudahkan
angin dan engkau beri akan dia kerajaan yang tiada patut bagi seorang yang kemudiannya ( ) dan engkau
ajarkan hai Tuhanku akan Isa Taurat dan Injil dan engkau jadikan akan dia menghilangkan buta dan
sopak dan mehidupkan yang mati dengan izin engkau dan engkau pelihara akan dia dan ibunya daripada
syaitoonurrajiim maka tiada bagi syaitan atas keduanya jalan maka firman Allah Taala ( ) maka
sungguhnya telah aku jadikan akan dikau kekasih dan kusuruhkan akan dikau bagi segala manusia
sekaliannya menyukakan dan menakutkan mereka itu ( ) dan aku luaskan bagi kamu dada kamu dan aku
buangkan daripada kamu dosa kamu dan aku angkat bagi kamu sebutan kamu ( ) dan aku jadikan umat
kamu itu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi segala manusia dan aku jadikan umat kamu itu yang
pertengahan ( ) dan aku jadikan umat kamu itu mereka itu yang permulaan dan kesudahan dan aku
jadikan umat kamu itu tiada melalui bagi mereka itu kejahatan dan sembahyang hingga naik saksi
mereka itu bahawasanya engkau hambaku dan pesuruhku ( ) dan aku jadikan daripada umat kamu
beberapa kuat hati mereka itu pengajaran di dalam hati mereka itu ( ) dan aku jadikan akan dikau awal
nabi kejadian dan akhir nabi bangkitnya ( ) dan aku jadikan dikau awal mereka itu yang dihukumkan
pada hari kiamat ( ) dan aku berikan dikau akan tujuh ayat yang diulang-ulangi akan dia di dalam
sembahyang iaitu fatihah tiada aku beri akan dia akan satu nabi yang dahulu-dahulu daripada kamu ( )
dan aku berikan dikau kesudahan Suratul Baqoroh daripada perbendaharaan di bawah arasy tiada ku
beri akan dia seorang nabi dahulu-dahulu daripada kamu ( ) dan aku berikan dikau delapan kelebihan
iaitu (Islam) dan berpindah (dan) sodaqoh dan menyuruh dengan maruf dan menegah daripada munkar
(dan) aku jadikan akan dikau permulaan dan kesudahan dan aku berikan dikau panji-panji kepujian maka
Adam dan lainnya di bawah panji-panji engkau ( )
Pentaklifan Solat 50 waktu
Dan bahawasanya aku pada hari aku jadikan tujuh petala langit dan bumi sungguhnya telah aku
fardukan atas kamu dan atas umat kamu lima puluh sembahyang maka dirikan dengan dia kamu dan
umat kamu (kemudian) maka tatkala selesailah dari pada munajah akan Tuhannya kembali ia hingga
terbukalah awan yang dahulu yang dinamakan dia rofrof hijau dan yang hijab al-nur itu telah mengambil
Jibril dengan tangannya nur hingga datang ia kepada Nabi Ibrahim as maka tiada berkata baginya suatu
(kemudian) maka datang kepada nabi Musa as maka sabda nabi saw sebaik2 sahabat itu Musa adalah ia
menolong kami maka katanya apa diperbuat akan kamu oleh Tuhan kamu Ya Muhammad dan apa yang
difardukan kamu dan umat kamu (maka) sabda nabi saw iaitu memfardukan Allah Taala akan daku dan
akan umatku lima puluh sembahyang pada tiap-tiap sehari semalam maka berkata Nabi Musa kembali
engkau Ya Muhammad kepada Tuhan kamu dan pohonkan ringan daripada kamu dan daripada umat
kamu maka bahawasanya umat kamu itu tiada kuasa demikian itu maka bahwasanya aku cubakan
manusia yang dahulu-dahulu daripada kamu dan aku cubakan dia Bani Israil terlebih sangat keras
sungguhnya pada yang kurang daripada ini maka lemah mereka itu dan tinggal mereka itu akan dia dan
bahawasanya umat kamu terlebih doif tubuhnya dan hatinya dan pelihatnya dan pendengarnya (maka)
tatatkala mendengar nabi saw demikian itu berpaling ia kepada Jibril maka mengisyarat kepadanya Jibril
dengan kembali maka kembali ia hingga sampai kepada sidratul muntaha (maka) menutup pula oleh
awan yang dahulu maka tatkala melalui hingga sampai kepada hadratul qudsi lalu sujud ia serta
bersembah ia hai Tuhanku ringankan olehmu daripada umatku maka bahwasanya terlebih doif umat
maka firman-Nya subhanahuwataala sungguhnya telah Ku ringankan daripada mereka itu lima
sembahyang (kemudian) maka turun nabi saw dan terbuka awan dan kembali pula kepada Musa maka
katanya baginya telah dikurangkan daripada aku lima sembahyang (maka) kata nabi Musa kembali
olehmu kepada Tuhan kamu maka pohonkan ringan maka bahwasanya umat kamu tiada kuasa demikian
itu maka kembali pula nabi saw maka dikurangkan pula lima sembahyang (dan) sentiasa kembali pergi
datang oleh nabi saw antara Musa dan Tuhannya dikurangkan lima-lima sembahyang hingga tinggal lima
sembahyang pada sehari semalam (maka) firman-Nya telah Ku jadikan lima sembahyang itu pahala lima
puluh sembahyang gandanya tiap-tiap satu sepuluh tiada menukar perkataan yang pada Ku dan tiada
menghilangkan suratan-Ku lagi (dan barang siapa) mencita2 akan berbuat kebajikan maka tiada
dikerjakannya nescaya disuratkan baginya sesuatu kebajikan maka jika ia mengerjakan dia nescaya
disuratkan baginya sepuluh kebajikan (dan) barang siapa citanya dengan berbuat kejahatan maka tiada
dikerjakannya akan dia maka tiada disuratkan baginya suatu kejahatan dan jika dikerjakannya akan dia
disuratkan suatu kejahatan jua (kemudian) maka turun ia hingga sampai kepada Musa mekhabarka ndia
dengan dikurangkan lima-lima tinggal lima maka berkata baginya kembali olehmu ya Muhammad
kepada Tuhan kamu maka pohonkan ringan maka bahwasanya umat kamu tiada kuasa demikian itu
maka sabdanya nabi saw sungguhnya telah aku pergi datang kepada Tuhanku beberapa kali hingga
malulah aku akan Tuhanku dan tetapi kusuruhkan pekerjaanku ini baginya (maka) tatkala itu menyeru
oleh yang menyeru sungguhnya telah aku lalukan yang Ku fardu dan Ku ringankan daripada hambaku
(maka) berkata nabi Musa turun olehmu ya Muhammad Bismillah maka turunlah nabi saw dan Jibril dan
tiada lalu dengan beberapa jamaah daripada malaikat melainkan berkata mereka itu baginya ( ) lazimkan
olehmu Ya Muhammad dengan berbekam dan suruh olehmu umat kamu dengan berbekam.
Kelebihan Berbekam
(faedah) adapun berbekam itu terlebih afdol daripada berpetiq dan sunat berbekam pada syara dan
pada thabib jikalau ada suatu yang berkehendak kepadanya atau sebab banyak darah atau berat
tubuhnya atau lainnya istimewa pula pada negeri yang panas seperti Negeri Hijaz seperti sabda Nabi
S.A.W ( ) bermula berbekam pada Hari Selasa pada Dua Belas hari bulan daripada tiap-tiap bulan ubat
setahun riwayat Thabrani (dan) lagi sabda nabi saw ( ) bermula berbekam pada kepala itu ubat
daripada tujuh penyakit apabila meniatkan empunyanya (Pertama) daripada gila (dan) Kedua daripada
penyakit (dan) Ketiga daripada penyakit budak (dan) Keempat daripada sopak (dan) Kelima daripada
penyakit mengantuk (dan) Keenam daripada penyakit gusi (dan) Ketujuh daripada penyakit kelam yang
didapat akan dia daripada dua matanya riwayat Thabrani (dan) lagi sabda nabi saw ( ) bermula
berbekam sebelum lagi makan itu terlebih patut dan padanya berkat dan bertambah akal maka
berbekam olehmu atas berkat Allah Taala pada Hari Khamis dan JAUHKAN berbekam pada Hari Jumat
dan Sabtu dan Hari Ahad dan berbekam olehmu pada Hari Isnin dan Selasa maka bahawasanya ia hari
yang disembuhkan Allah Taala padanya Nabi Ayub daripada bala dan jauhkan olehmu berbekam pada
Hari Rabu maka bahwasanya ia hari yang dibala padanya Nabi Ayub dan tiada dinyata penyakit budak
dan sopak melainkan pada Hari Rabu atau pada Malam Rabu riwayat Ibnu Majah dan Hakim ( ) bermula
berbekam itu makruh pada awal bulan dan tiada harap manfaatnya hingga kurang bulan riwayat Ibnu
Habib maka adalah hadits yang tersebut pilih berbekam ini tersebut di dalam Jamiusshogir bagi
Allamah Jalaluddin Suyuti rahmatullaahu Taala alaihi (maka) difaham dari beberapa hadits ini
berbekam itu dituntut tetapi Hari Selasa Tujuh Belas haribulan tiap-tiap bulan itu terlebih utama dan
jikalau tiada pada Hari Isnin pada Nisful Akhir pada tiap-tiap bulan dan yang witir daripadanya itu aula
apabila tiada sangat hajatnya maka jika sangat mudorat maka ketika mudorat itu dikerjakan tiada
makruh lagi dan berpetiq itu makruh jika tiada takut dan jika takut mudoratnya maka haram pula.
Nabi Turun Dari Sidratul Muntaha
Kemudian maka turun nabi saw beserta dengan Jibril kepada langit dunia maka bersabda nabi saw ya
Jibril tiada hamba lalu akan isi langit dan memberi salam akan mereka itu melainkan menjawab ia dan
memuliakan dan tertawa-tawa melainkan satu orang tiada tertawa-tawa maka katanya Ya Muhammad
itulah Malik yang menunggu neraka dan kelakuannya tiada tertawa-tawa ia masa dijadikan Allah Taala
dan tiada tertawa-tawa bagi seorang jikalau tertawa-tawa bagi seorang niscaya tertawa-tawa ia bagi
tuan hamba maka tatkala adalah ia sampai kepada langit dunia maka menilik ia kebawah maka tiba-tiba
melihat ia akan debu dan asap dan suara yang mersik maka sabdanya apa ini Jibril maka katanya inilah
syaitan yang menutup atas mata manusia anak adam hingga tiada berfikir mereka itu kepada barang
yang dimalakutussama wal-ardi dan jikalau tiada demikian itu nescaya melihat mereka itu akan
beberapa ajaib (kemudian) maka turun ia kepada Baitul Maqdis maka menunggang akan Buraq dahulu
itu dan berjalan menghadap ke Mekah maka lalu pada beberapa unta bagi kaum Quraiy yang datang ia
daripada Syam pada tempat bagian-bagian (dan) ada padanya suatu unta atasnya dua karung satu hitam
dan satu putih maka tatatkala berbetulan aku dengan dia terkejut ia dan berkeliling maka jatuh unta itu
maka patah ia dan ditinggalkan unta itu (kemudian) lalu pula aku dengan beberapa unta yang lain pula
sesungguhnya telah sesat bagi mereka itu satu unta (kemudian) didapatnya dan dihimpunkan satu maka
memberi salam nabi saw atas mereka itu maka berkata mereka itu ini suara Muhammad dan
menginkarkan setengahnya dan berdapat nabi saw akan satu qedah yakni mangkuk kayu yang besar
berisi air maka meminum nabi saw (dan) berkekalan nabi saw berjalan hingga hampir Mekah maka
sabdanya hai Jibril bahwasanya kaumku tiada membenarkan daku maka kata Jibril membenarkan hamba
Abu Bakar maka sampai ke Mekah dan kepada segala sahabatnya dahulu sedikit dari pada waktu subuh
maka turun nabi saw dari pada Buraq terangkat Buraq itu ke langit ke dalam syurga dan berkekalan
duduk nabi saw pada rumahnya maka tatatkala subuh maka keluar ia daripada rumahnya hal
keadaannya berfikir pada pekerjaannya dan memutuskan ia lagi ketahuinya bahawasanya segala
manusia itu mendustakan dia karena adalah pekerjaan itu menjarakkan adat maka duduk nabi saw hal
keadaannya dukacita maka lalu dengan dia adullah dan adurrasulnya Abu Jahal maka melihat akan dia
dukacita maka datang ia hingga duduk kepadanya maka berkata ia bagi nabi saw dengan bersenda-
senda baginya adakah ada bagimu sesuatu khabar maka menjawab nabi saw bahkan maka katanya apa
ia maka sabdanya sungguhnya telah dijalankan daku pada malam ini maka katanya ke mana dijalan
kamu ? (maka) sabda nabi saw kepada Baitul maqdis maka katanya dijalan kamu kepada Baitul Maqdis
berpagi-pagi kamu antara kami (maka) sabda nabi saw bahkan (maka) tiada melihat Abu Jahal bahawa
mendustakan nabi kerana takut ia pada sangkanya akan nabi menginkarkan katanya dahulu itu maka ia
menyeru segala kaumnya (maka) berkata Abu Jahal bagi nabi saw adakah engkau lihat jika aku serukan
kaum mu kepada kami engkau khabarkan mereka itu barang yang kamu datangkan dengan dia seperti
kamu khabarkan daku (maka) sabdanya bahkan aku khabarkan mereka itu maka menyeru oleh Abu jahal
alaihi lanatullah dengan suara yang keras dengan katanya hai segala bani kaab hai bani luai
berhimpunlah kamu sekalian kepadaku maka bersegera segala kaum itu daripada kedudukan mereka itu
datang kepada nabi saw dan kepada Abu Jahal alaihi lanatullah maka berkata Abu jahal itu khabarkan
olehmu Ya Muhammad kepada segala kaum mu dengan barang yang kamu khabarkan daku (maka)
sabda nabi saw bahwasanya aku sungguhnya telah dijalan akandaku pada malam ini maka berkata
mereka itu kemana dijalankan dikau maka sabdanya kepada Baitul Maqdis maka berkata pula mereka
itu (maka) berpagi-pagi kamu antara kami maka sabdanya bahkan maka tatatkala mendengar mereka itu
maka gempa mereka itu dan bersalah-salahan hal mereka itu dan perkataan mereka itu (maka)
setengahnya yang bertempak tangannya dan setengah yang mehantarkan tangannya pada kepalanya
(maka) tatkala sangat gempa mereka itu maka datang beberapa orang daripada musyrikin kepada
Saidina Abu Bakar padahal ia di rumahnya dan berkata mereka itu baginya bahawasanya sahabat engkau
mangata ia bahawasanya ia datang daripada Baitul Maqdis pada malam ini maka kata Saidina Abu Bakar
adakah ia berkata demikian itu maka sahut mereka itu bahkan maka berkata Saidina Abu Bakar ia yang
sebenarnya (maka) datang Saidina Abu Bakar kepada nabi saw maka didapat akan dia sertanya
beberapa kaum Quraisy (maka) berkata Mutham Ibnu Adi alaihi lanatullah katanya Ya Muhammad tiap-
tiap pekerjaan kamu dahulu daripada hari ini adalah mudah lain daripada kata kamu hari ini
bahawasanya aku naik saksi bahawa perkataan kamu ini dusta dan kami berjalan pelari unta
mempatutkan dia kepada Baitul Maqdis hal keadaannya pergi sebulan demikian pula (maka) kamu
sangka bahwa engkau datang akan dia pergi datang pada satu malam jua demi lata dan uza tiada aku
percaya akandi kau maka menjawab Saidina Abu bakar As-siddiq sangat marah (maka) berkata ia hai
mutham sejahat-jahat perkataan itu barang yang kamu berkata bagi anak saudara kamu sungguhnya
telah engkau tuduh kandia dengan dusta demi Allah bahwasanya aku naik saksi akan dia ia sebenarnya
(maka) dengan sebab itulah dinamakan dia Abu bakar As-siddiq ra dan namanya Abdullah bin Abi
Quhafah dan laqobnya Atiiq (kemudian) maka berkata mereka itu (Ya Muhammad) sifatkan olehmu
akan kami rupa Baitul Maqdis betapa binanya daripada batu atau betapa dan betapa kelakuannya
daripada panjangnya dan pendeknya dan betapa hampirnya dengan bukit (maka) adalah hadir di sana
beberapa orang yang tahu ia akan sifat Baitul Maqdis maka mensifatkan oleh nabi saw bagi mereka itu
dengan katanya (adapun) binanya bagian-bagian dan kalakuannya bagian-bagian dan hampir bukitnya
bagian-bagian maka sentiasa nabi mensifatkan bagi mereka itu maka kesamaran atas nabi setengah
sifatnya (maka) hasil bagi nabi kesusahan akan sebagai susah yang sangat tiada seumpamanya dahulu-
dahulu maka didatangkan Baitul Maqdis oleh Jibril ke Mekah dihantar akan dia terlebih hampir kepada
nabi daripada kempang aqil (kata Qil) bahawasanya telah memukul Saidina Jibril dengan sayapnya maka
hilang dinding antara nabi dan Baitul Maqdis hingga melihat nabi saw akan dia (dan) kata Qil dirupakan
Allah Taala rupa Baitul Maqdis dihadapan nabi saw maka mensifatkan nabi akan mereka itu tiap-tiap
ditanyainya akandia hingga berhenti daripada tanyanya kemudian maka kembali bertanya akan pintunya
maka berkata mereka itu Ya Muhammad berapa pintu masjid itu maka jadilah nabi saw melihat dan
membilang akan dia satu-satu dan mengkhabarkan bagi mereka itu dengan dia akan segala rupanya
hingga habis (maka) adalah Saidina Abu Bakar ra berkata ia baginya tiap-tiap berkata nabi (sodaqta)
hingga selesai dan berkata pula ia (anaa asyhaduannaka soodaqo anaa asyhaduannaka rasuulullah)
maka sebab itulah dinamakan dia Abu Bakar As-siddiq seperti yang telah tersebut dahulu (maka) berkata
kaum setengah akan setengahnya adapun sifatnya maka demi Allah sesungguhnya telah kena
daripadanya (kemudian) maka berkata mereka itu bagi Saidina Abu Bakar adakah engkau benarkan dia
bahawasanya ia pergi ke Baitul Maqdis pada malam ini maka kembali kepada kamu dahulu daripada
subuh (maka) berkata Saidina Abu Bakar ra bahkan dan bahawasanya demi Allah aku benarkan dia pada
barang yang terlebih jauh daripada itu dan bahawasanya aku benarkan dia dengan segala khabar di
dalam tujuh petala langit pada satu pagi dan satu petang (dan) adalah ia bersahabat dengan nabi saw
padahal umur nabi delapan belas tahun adalah dahulu daripada ini saidina Abu Bakar itu sekali persetua
pergi berniaga kepada syam atau ke yaman maka mimpi ia begini-begini maka dikhabarkan Buhaira Ar-
rahib maka berkata ia jikalau sungguh mimpi engkau ini maka bahawasanya lagi akan dibangkitkan satu
nabi dari pada kaum mu dan lagi adalah engkau wazirnya pada hidupnya dan kholifahnya pada ketika
matinya maka sembunyi ia akan dia maka tatkala dibangkitkan Rasulullah saw risalah maka duduk
rasulullah pada masjid menyeru manusia kepada tauhid (maka) berkata segala musyrikin hai Abu Bakar
sahabat kamu telah gila maka berkata ia baginya dan apa kelakuannya (maka) berkata mereka itu ia
duduk di masjid mendawa akan nabi dan menyeru manusia kepada agamanya maka datang saidina Abu
Bakar kepada nabi saw maka sembah ia Ya Muhammad telah sampai kepada hamba daripada tuan
hamba begini-begini maka sabdanya bahkan maka katanya demi Allah tiada hamba dapat pada tuan
hamba dusta tetapi apa tanda yang tuan hamba dawa itu (maka) sabda nabi saw mimpi kamu dahulu
itu maka katanya berikan tangan tuan hamba supaya hamba ambil janji maka mengucap ia maka adalah
ia awal-awal islam daripada laki-laki dan Siti Khadijah awal islam daripada perempuan (maka) berkata
pula segala musyrikin Ya Muhammad ceritakan kami daripada beberapa unta kami yang membawa
dagangan dari syam itu dari mana mereka itu (maka) sabdanya sungguhnya telah datang aku atas
beberapa unta bani fulan pada ruhasat dusun kira-kira delapan marhalah dari Mekah sungguhnya telah
hilang bagi mereka itu satu unta maka pergi mereka itu menuntut akan dia kemudian didapatnya dan
lagi aku dapat satu qedah ada air di dalamnya maka aku minum akan dia kemudian maka sampai aku
kepada beberapa unta bani fulan di tempat begini-begini ada padanya satu Jamal yang merah atas dua
karung satu putih dan satu hitam maka tatatkala berbetulan aku dengan dia lari ia terkejut dan
berkeliling-keliling maka rebah ia lalu patah kakinya kemudian sampai aku kepada beberapa unta bani
fulan pada tanim didahulukan dia satu Jamal yang waraq yang kelabu dan pelapatnya hitam dan
diatasnya dua karung yang hitam keduanya maka berkata mereka itu manakala datangnya maka
sabdanya pada hari Rabu maka tatkala adalah hari Rabu keluar segala quraisy kepada zohir Mekah dan
menantilah mereka itu akan datangnya maka terkemudian datangnya hingga hampir jatuh matahari
maka nabi pun minta doa kepada Allah Taala maka dilebihkan baginya dengan saat dan dihabiskan
baginya matahari hingga datang dan tatatkala datang berhadaplah segala quraisy bertanya akan mereka
itu yang datang itu dengan katanya adalah hilang bagimu satu unta kemudian kamu dapat akan dia
maka sahut mereka itu bahkan dan bertanya pula akan yang lainnya adakah bagimu patah kaki unta
yang merah maka sahut mereka itu bahkan dan katanya pula adakah pada kamu satu qedah di dalamnya
air diminumkan orang akan airnya tiada kamu tahu maka sahut seorang daripada mereka itu demi Allah
kami taruh didalamnya air dengan tanganku maka tiada seorang dari pada kami meminum akan dia dan
tiada menumpahkan dia maka tiba-tiba tiada ada padanya air maka tatatkala adalah segala pekerjaan
yang dikhabarkan itu sekaliannya benar maka tiada ada baginya jalan pada mendustakan nabi saw maka
kembali mereka itu inad dan munkar dan dolal dan kufur maka dituduh akan dia dengan sihir dan
kihanah (dan) berkata mereka itu telah benar walid perkataannya itu (maka) adalah setengah mereka itu
yang murtad daripada Islamnya dan setengahnya yang munafiq pada perkataannya dan setengahnya
yang mencercakan dan mendustakan (dan) setengahnya yang membenarkan dan membetulkan (dan)
setengahnya yang terhenti pada kelakuannya dan pekerjaannya (dan) setengahnya yang terdedap di
hatinya (maka) diturunkan Allah Taala firman-Nya ( ) dan tiada Kami jadikan akan pelihat yang Kami
perlihatkan kamu Ya Muhammad melainkan fitnah bagi segala manusia (kata) Ibnu Abbas ra dan adalah
nyata pada ayat ini bahawasanya Isra dan Miraj itu adalah keduanya dengan ruh dan jasadnya (kata)
Anas ra adalah nabi saw kemudian daripada masa Isra itu adalah baunya amat harum seperti bau
pengantin selama-lamanyanya (inilah) akhir barang menyahaja faqir yang muhtaj kepada rahmat Allah
Daud bin Abdullah Fathoni pada metaswidkan bicara isra dan miraj daripada bahasa Arab kepada
bahasa Jawi risalah Tajmuddin Alguyuthi setengah syarahnya bagi Ahmad Syihab Ad-din Alqalyubi pada
hari selasa antara zuhur dan asar didalam Makkatul musyarrafah pada dua puluh tujuh hari bulan
Almuharramulharam pada hijrah nabi saw seribu dua ratus dua puluh empat



Catatan: Tanda ( ) adalah ayat2,hadis2 dan hikmah2 dan doa2, tanda ( ) tidak bisa dibaca lihat pada
aslinya !
Kepada pembaca supaya merujuk pada Kitab Aslinya karena salinan ini belum sempurna.








KIFAYATUL MUHTAJ
( Pinggir )

(Faedah) Bermula fadilah Bismillaahirrahmaanirrahiim amat banyak sabda Nabi saw Barang siapa
membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim disuratkan Allah Taala baginya dengan tiap2 huruf empat ribu
kebajikan dan dihapuskan daripadanya empat ribu kejahatan dan diangkatkan baginya empat ribu
derajat riwayat daripada Ibnu Masud ra dan tersebut didalam ceritera pula bahwasanya barang siapa
membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim berkata malaikat Labaika wasadiika wal khairu kulluhu ladaika
dan barang siapa didoa baginya malaikat diampun Allah baginya dosanya dan ceritera daripada khabar
barang siapa membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim empat puluh esa kemudian dihadiahkan bagi
empunya tubuh dan berkata ia hai ahlit tubuh aku didalam peliharaan kamu niscaya sentosa ia daripada
tiap2 kejahatan dan adalah ia terpelihara daripada mara bahaya dan datang ceritera daripada saidina Ali
ra bahwasanya adalah didalam sorga suatu qubah daripada nur dan ia tergantung pada hawa maka
apabila melihatkandia ahli sorga dan berkehendak sampai kepadanya disuruh membaca
Bismillaahirrahmaanirrahiim maka apabila membaca akandia maka terbang ia kepada demikian qubah
itu dan lagi adalah huruf Bismillah itu sembilan belas huruf sebilang2 Zabaniyah Jahannam maka barang
siapa membaca akandia kemudian daripada tiap2 sembahyang fardu dihapuskan Allah Taala kejahatan
Zabaniah Jahannam dan lagi pula kalimah nya empat kalimah dan dosa manusia itupun empat dosa pada
malam dan dosa pada siang dan dosa tersembunyi dan yang tiada maka barang siapa membaca akandia
diampu Allah Taala baginya dosa yang empat itu hasyiayat syinwaani alal maraaj (faedah) Bertanya Nabi
saw akan Jibril daripada air kautsar maka berkata ia baginya bahwasanya sungai yan empat itu
dituangkan padanya maka sabda Nabi saw dimana permulaan nya makasembah Jibril akan Tuhan bahwa
dilihatkan tuan hamba maka mohon Nabi saw akan Tuhan bahwa dilihatkan dia maka datang kepadanya
satu malaikat dan berkata ia ya Rasulullah angkat akan kepala tuan hamba tilik keatas maka mengangkat
Nabi saw akan kepalanya maka melihat ia akan qubah yang putih dari pada darat yang putih disisi pohon
kayu sidratul muntaha yaitu pohon kayu yang amat besar dan pada demikian qubah itu pintu daripada
emas dan anak kuncinya daripada emas maka berpaling Nabi saw maka bersembah baginya malaikat itu
kemana tuan hamba hendak perginya dan masuk kepadanya maka sabda Nabi saw betapa hamba
masuk dan atasnya itu anak kunci daripada emas dan tiada ada anak kuncinya maka sembah malaikat itu
bermula anak kuncinya serta tuan hamba dan yaitu mengucap Bismillaahirrahmaanirrahiim maka datang
Nabi kepada pintunya dan dibaca demikian itu maka terbuka anak kuncinya maka masuk Nabi saw maka
didapatnya tersurat Bismillaahirrahmaanirrahiim pada penjuru yang empat maka kembali keluar Nabi
saw maka bersembah malaikat itu kembali masuk akan dia maka kembali ia maka melihat akan sungai
air tawar yang tiada berubah rasanya itu keluar daripada mim Bismillah dan sungai yang daripada susu
yang tiada berobah rasanya itu keluar daripada Jalaalah dan sungai daripada arak yang sangat lezat bagi
oarang yang meminum itu keluar miim Rahmaan dan sungai yang daripada asal yang jernih itu keluar
daripada miim Rahiim maka melihat Nabi saw demikian itu tiba2 seru yang menyeru daripada pihak Aza
Wajalla dan firman Nya hai Muhammad tiada seorang dari pada umatmu membaca akan nama Ku ini
melainkan aku minumkan dia daripada sungai yang empat ini intahi alal-iithi (faedah) awal orang yang
meluaskan Masjidil haram Saidina Umar kemudian Saidina Usman kemudian Abdul Malik anak Marwan
kemudian Jafar Almansur kemudian Mahdi dan anaknya Alhadi hingga sekarang dan yang lain membaiki
atau membaharu2kan jua dan bersalahan pada permulaan orang yang membuat Kabatullah dan pada
kali membuatnya dan qaul yang ashih adalah oarang yang membina Kabatullah itu Malaikat dahulu
daripada Adam dengan suruh Allah Taala kemudian membina pula Adam kemudian anaknya Sis
kemudian Nabi Ibrahim kemudian Amaalaqot kemudian Jirham dan keduanya itu daripada anak Ismail
kemudian Qushai nenek Nabi Allah saw kemudian Quraisy pada zaman Nabi saw adalah umarnya dua
puluh lima tahun kemudian Ibnu Zubair kemudian Hijaj kemudian pada tahun seribu tiga puluh sembilan
maka datang air sesak dirobohkan pada satu pihak maka menyuruh Abdul Malik membaiki akan dia
maka ini sekalian perhimpunannya sebelas kali intahi qalyubi (faedah) dikehendaki dengan Masjidil
Haram pada ayat ini haqiqat Mesjid itu keliling Kabah Allah dan lain sekaliannya Tanah Haram karena
haram berburu dan mengeratkan kayunya dan memindah tanahnya dan lainnya dan dikehendaki
dengan ayat (Fawalli Wajhaka Syathrol Masjidil Haroom) yaitu Kabah Allah jua hanya bermula Kabah
itu awal rumah yang ada pada muka bumi dan pertama2nya suatu yang ada padanya dam dipancang
sekalian bumi itu dari padanya dan negerinya itu afdol dari pada segala negerinya atas qaul yang ashih
pada mazhab Syafiimelainkan bumi yang mengandung akan Nabi saw itu maka yaitu terlebih afdol
daripada sekaliannya hingga daripada Arasy dan Kursi kata Ibnu hajar dan demikian lagi yang tinggal
daripada sekalian Ambiya demikian jua atas qadar martabat mereka itu intahi Qalyubi (dan pertama2)
orang yang membina Masjidil Aqsho Malaikat atau Nabi Adam atau Nabi Ibrahim dan yang terlebih
hampir itu Nabi Ibrahim dan adapun Sulaiman maka ia membaharukan jua maka adalah perjalanan Nabi
saw pergi datang kira2 empat saat atau kurang daripada demikian itu dan pada satu riwayat
bahwasanya bersabda ia dijalankan dengan daku dan kembali aku dan Khodijah tiada berpaling daripada
lambung yang ia tidur atasnya (dan) hikmah keadaan Isar pada malam karena malam itu tempat
berhimpun kekasih dengan kekasih dan tempat mengambil lezat pada berjaga pada pada malam dan
padanya diturun Quran. Bermula malam yang terlebih afdol itu empat belas yaitu malam Nabi Ibrahim
melihat malakutussamaawati wal ardi dan malam Nabi Lut tatkala dilepaskan dia dan dibinasakan segala
kaumnya dan malam Nabi Musa Mukhotobatullah pada syajaroh dan malam Isra dan malam Baiatul
aqobah dan malam Nabi masukdidalam gua Jabal Nur dan malam hijrah dan malam Lailatul Qodar dan
dua malam hari Raya dan malam Tarwiyah dan Arofah dan malam Nisfu Saban dan malam Jumat intahi
Qalyubi dan bertanya Nabi saw akan Jibril bahwasanya Allah Subhanahuwataala mensifatkan tuan
hamba dengan kuat dan amanah maka apa kuatmu dan amanhmu maka katanya adapun kuat hamba
maka sungguhnya tatkala disuruh membinasakan kaum Lut dan adalah padanya itu empat dusun kata
Qurtubi lima dusun tetapi kata Muqotil bahwasanya sentosan satu2 dusun orangnya empat ratus ribu
orang berperangai lain daripada perempuan dan kanak2 dan segala binatangnya dan segala pekakasnya
dan rumahnya maka ditenggangkan oleh Jibril akan segala dusun itu daripada bumi yang dibawah
ketujuh lapis diatas satu bulu sayapnya maka diangkatkan hingga kedengar ia isi langit akan kokok ayam
dan berteriak himarnya dan tiada bergerak segala bejana dan tiada pecah tepayannya kemudian aku
balikkan dari atas ke bawah dan adapun amanahku maka bahwasanya aku tiada melalui akan barang
yang disuruh akan daku intahi Qalyubi maka satu riwayat kemudian maka bertanya Nabi saw maka
adakah pada kejadian dari pada Allah terlebih besar kejadian daripada kamu maka kata ia ya
Muhammad adalah bagiku enam ratus sayap dan saudaraku enam ratus sayapnya yaitu Israfil dan satu2
sayapnya seperti sekaliannya sayapku maka jikalau aku terbang dengan sekaliannya sayapku antara
beberapa mulutnya kepada hidungnya tiga ratus tahun tiada sampai kepadanya dan diberi akan dia
kuat tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan sekalian bukit dan angin dan sekalian binatang dan jin
dan manusia maka diberinya sekalian itu dan bahwasanya manakala takut akan Allah jadi kecil ia seperti
burung cik intahi Qalyubi dan anak Abu Tholib empat orang laki2 yaitu Saidina Ali dan Saidina Jafar dan
Tholib dan Aqil dan daripada perempuan Ummu Haniislam ia pada hari futuh Mekah intahi Uthbah
Syinwani (maka adalah) pelananya dari pada lulu yang putih dan kekang nya daripada yaqut yang
merah dan rekapnya daripada zamrud yang hijau dan adalah Buraq itu harum baunya daripada kasturi
dan bersurat pada dahinya dua baris satu barisnya Laailaahaillallah dan barisnya yang keduanya
Muhammadarrasulullah intahi Bili Syinwani (dan riwayat) daripada Bazar kata Jibril hai Buraq jangan
engkau liarkan dirimu daripada Nabi saw maka demi Allah tiada menunggangkan kamu Malaikat yang
muqarrabun dan tiada Nabi yang Mursal yang terlebih afdol daripada Muhammad dan yang terlebih
mulya pada Allah daripadanya maka berkata Buraq sungguhnya telah aku ketahui bahwasanya ia
mempunyai safaat dan bahwasanya aku kasih bahwa aku didalam safaatnya maka sabda Nabi saw
engkau hai buraq didalam safaatku insyaa Allahu Taala intahi Syinwani (dan hikayat) daripada Ibnu
Abbas ra telah berkata telah mendatangkan Nabi Ibrahim dengan anaknya Ismail padahal lagi menyusu
hingga ditaruh akan dia dan ibunya pada Baitullah dan tiada pada Mekah ketika itu seorang dan tiada air
dan ditaruh sertanya keduanya serta haraf tamarrah dan satu bekas air dan kembali Nabi Ibrahim
berjalan kembali maka mengikut ibu Ismail dan berkata ia hai Ibrahim kemana engkau hendak pergi dan
engkau tinggal akan kami pada dusun yang tiada manusia dan tiada jin dan berkata ia beberapa kali
padahal ia tiada berpaling kepadanya maka berkata umu Ismail Allah swt menyuruh akan dikau dengan
demikian ini maka jawab bahkan maka berkata umu Ismail bahkan tiba2 Allah taala itu tiada
menyatakan kami kemudian kembali ia maka berjalan pulang ke Syam Nabi Ibrahim hingga sampai
kepada titah maka mehadapkan ke Baitullah dengan mukanya maka mintak doa dengan doa yang
disebutkan pada Quran yaitu (... ) hingga akhirbayat serta mengangkat dua
tangannya maka jadilah umu Ismail memakan akan tamar dan minum akan air itu hingga habis maka
dahagalah ia dan anaknya dan jadilah melihat ia kepada anaknya duduk berlipat2 maka lari ia sebab seji
melihat akan kesakitan anaknya itu hendak mati sampai ia ke Shofa maka berdiri ia padanya kemudian
berhadap pula ke Marwah mudah2an berdapat akan seorang hingga dikerjakan demikian pergi datang
tujuh kali karena inilah dituntut kita Sai tujuh kali maka kali yang ke tujuh ia di Marwah tiba2 dengar
dengar suara maka melihat ia Malaikat pada zam2 menggali dengan buminya atau dengan sayapnya
hingga keluar air maka iapun datang maka dilihat ia akan air memancar2 keluar ia maka dinamakan
zam2 itu akan zam2 karena ia mengalir kekanan dan kekiri maka ditahan oleh umu Ismail daripada
mengalir dan berkata ia zami2 intahi Syinwani (maka tatkala) dibunuh sekaliannya telah mendatangkan
Jibril satu talam daripada sorga talam emas padanya itu itu buah2an kayu sorga dihantarkan pada
kuburan maka mereka itu memakan akan buah2 kayu itu hingga hari kiamat pagi2 dan petang2 maka
atas riwayat ini adalah dapat Nabi saw bau yang harum lain bau buah2 kayu sorga atau bau mereka itu
dua ihtimal wallohu alam intahi Syinwani dan sebut Syeh Syinwani tatkala beranak Siti Maryam pada
Baitu Lahmi maka menyeru Nabi Isa akan ibunya dengan katanya ( ) kemudian
maka membawa akandia Yusuf Annajar serta anaknya Isa dan dimasukkan pada gua maka berhenti ia
padanya empat puluh hari hingga selesai nafasnya kemudian maka kembali ia kepada kaumnya maka
berkata pula Nabi Isa pada tengah jalan dan sabdanya : hai ibuku suka olehmu maka bahwasanya aku ini
hamba Allah dab masihnya ( ) maka tatkala masuk dengan dia atas segala
keluarganya menangis dan dukacita mereka itu dan adalah mereka itu daripada segala isi rumah orang
soleh2 dan berkata mereka itu bagi Siti Maryam sungguhnya engkau mendatangkan suatu pekerjaan
yang amat besar lagi amat mungkar hai saudara Harun tiada bapak kamu yaitu Imron lagi yang jahat
yaitu zina dan tiada pula ibu2 kamu hinat baghi yakni zaniah maka dari mana bagimu anak ini dan jadilah
mereka itu menuduh akan dia dan melotar dengan batu maka isyarat ia kepada mereka itu bahwa
berkata akan Isa supaya ia menjawab akan tanya kamu maka marah segala mereka itu dan berkata
mereka itu batapa kamu berkhabar akan kanak2 yang didalam buai maka datang Nabi Zakaria kepada
Siti Maryam dan berkata ia berkata olehmu hai Maryam dengan hujah kamu jika ada kamu disuruh akan
dikau dengan dia maka sahut Nabi Isa didalam buainya bahwasanya aku ini Abdullah anaanil kitaabi
hingga akhir ayat maka tatkala mendengar mereka itu kata Nabi Isa maka tinggal mereka itu akan dia
maka iapun tiada berkata2 kemudian hingga sampai kepada masa berkata2 kanak2 maka berkata ia
intahi Syinwani (maka) diperanakkan dia ibunya dalam gua Nur sebab takut akan Kanan membunuh
akan kanak2 karena mimpi melihat akan suatu bintang keluar menghilang akan cahaya matahari maka
menghabarkan kihanah maka berkata mereka itu suatu anak diperanakkan mengalahkan kerajaan kamu
maka disuruh membunuh kanak2 maka adalah ibunya tatkala melihat akan dia mengisap satu ibu
tangannya air dan satunya madu maka duduk didalam gua itu lima belas hari seperti sebulan kanak2
yang lain maka berkata ia bagi ibunya keluarkan olehmu akan daku maka dikeluarkan pada waktu Isya
maka menilik ia dan memfikir akan malakut assamawati wal-ardi dan berkata ia Tuhan yang menjadikan
akandaku dan merezekikan daku ialah waliku yaitu Laailaha Ghairuhu intahi Syinwani (katanya inilah)
duniya dan dikehendaki dengan dunia disini yaitu barang yang berbetulan dengan akhirat dan pada
hadits bahwasanya dunia itu melintang dunia bagi rasulullah saw maka sabda ia baginya aku tiada
berkehendak akan dikau maka berkata ia baginya bahwasanya setengah daripada umat tuan hamba
berkehendak kepada hamba dan datang setengah daripada khabar bahwasanya dunia didatangkan dia
pada hari kiamat pada rupa perempuan yang tua yang sangat jahat maka dikata bagi oarang yang kasih
akandia dan membimbangkan dengan dia daripada ibadat akan Allah Taala adakah kamu ketahui
perempuan yang tua ini maka berkata mereka itu nauzubillaahi minha maka dikatakan bagi mereka itu
inilah dunia yang kamu berdengki atasnya kemudian diambil akan dia dan dilontar kedalam neraka maka
berkata ia dimana hai Tuhanku mana orang yang mengikut akan daku maka firman Nya lontar segala
yang mengikut akan dikau kedalam neraka intahi Syinwani dan mana Iblis itu yang putus asa daripada
rahmat Allah adalah bagi Iblis lanatullah itu delapan namanya pada langit dunia namanya Abid karena ia
mengerjaka ibadat serta Malaikat delapan puluh ribu tahun dan namanya pada langit yang kedua Zahid
dan pada langit yang ketiga namanya Arif dan pada langit yang keempat Wali dan pada langit yag kelima
Taqi dan pada langi yang keenam Khozan sebab duduk serta Ridwan empat puluh ribu tahun dan pada
langit yang ketujuh Aziz (dan kata) Syaih Biili adalah ia mengerjakan ibadat pada langit yang ketujuh
seratus ribu tahun dan tujuh puluh ribu tahun dan lima ribu tahun dan melihat Iblis surat atas halaqoh
pintu sorga bahwasanya firman Nya adalah bagiku hamba apabila aku suruh akan dia tiada
menjunjungkan ia akan suruh Ku dan menyalahi ia maka lanat olehmu akan dia dan halau olehmu akan
dia daripada pintu Ku maka tuntut Iblis itu daripada Allah bahwa ia hendak melanatkan dia akan hamba
itu maka disuruh Allah bahwa melanat akan dia maka melanat ia akan dirinya seribu tahun padahal ia
tiada mengetahui akan dirinya maka tatkala ashi ia diubahkan namanya sanya maka adalah Iblis itu
rupanya sebelum ia masiat adalah baginya dua sayap daripada zamrud yang hijau kemudian maka
tatkala masiat diubahkan tubuhnya seperti tubuh babi dan mukanya seperti muka kera intahi Syinwani
dan satu riwayat adalah Nabi saw menambatkan Buraq pada halaqoh mengikut segala saudaranya
ambiya maka mehuraikan Jibril dan memasukkan didalam mesjid dan dicucukkan pada batu Shokhroh
dengan trangannya dan diikatnya akan dia maka demikian Shokhroh itu diturunkan daripada Jannatul
Firdaus dan ialah yang ada tempat Nabi Daud as kemudian adalah nabi Sulaiman duduk atasnya as intahi
Biili Syinwani (maka diketahuinya) itu dengan ilham dari pada Allah atau dengan khabar Jibril dan adalah
mereka itu pada demikian malam itu hidup mereka itu dengan jasad mereka itu dan ruh mereka itu
karena telah malum bahwasanya segala ambiya as hidup mereka itu didalam kubur dan haji mereka itu
dan telah berkata Syaikhona Biili telah mehimpunkan Allah akan Ambiya artinya segala arwah mereka
itu berupa seperti rupa tubuh mereka itu karena ruh seorang itu berupa seperti rupa tubuhnya berbaris
dan adalah segala Mursalin tiga baris dan Ambiya empat baris dan manusia dan jin dan malaikat
beberapa baris yang tiada dihingga banyaknya dan diluaskan Allah Taala akan mesjid itu pada malam itu
karena memulyakan baginya saw dan kata Qil bermula segala sufuf tujuh sufuf dan ambiya dan
mursalin dua sof dan yang tinggal yang ... ribu kata Qil dua ratus ribu dan dua puluh empat ribu dan yang
rasul tiga ratus tiga belas atau empat belas atau lima belas dan sekalian itu dikeluarkan daripada nama
Nabi kita Muhammad maka yaitu mim mim mim karena Muhammad tiga mim nya jadi tiga kali sembilan
puluh dua ratus tujuh puluh dan ha dualapannya dan alif satu jadi sembilan dan dal itu empat dan alif
satu dan lam tiga puluh dan jumlahnya tiga ratus empat belas dan kitab yang diturun daripada langit
seratus empat buah kitab atau empat belas kitab pada nabi Sis lima puluh kitab dan nabi Idris tiga puluh
kitab dan nabi Ibrahim sepuluh kitab dan bersalah2an pada sepuluh atas satu riwayat seratus empat
belas dan kata Qil sepuluh kepada Musa dahulu daripada Taurat dan katanya Taurat kepada nabi Musa
dan Injil kepada nabi Isa dan Zabur kepada nabi Dawud dan Quran kepada nabi kita Muhammad saw
(maka diketahui) itu dengan ilham daripada Allah atau dengan khabar Jibril dan adalah mereka itu pada
demikian malam itu hidup mereka itu dengan jasad mereka itu dan ruh mereka itu karena telah malum
bahwasanya segala Ambiya alaihimus salam hidup mereka itu didalam kubur dan haji mereka itu dan
telah berkata syaikhoni Bili telah hantar Allah akan Ambiya artinya segala arwah mereka itu berupa
seperti rupa tubuh mereka itu karena ruh seorang itu berupa seperti rupa tubuhnya (maka memuji)
mereka itu akan Tiuhan Nya maka adalah puji nabi Ibrahim ( ) dan puji Nabi Musa ( ) dan puji Nabi Daud
( ) dan puji Nabi Sulaiman ( ) ( kata Kaab Al-Akhbar ) riwayat dari Nabi Sulaiman as bahwasanya berkata
burung nuri dalam taringnya ( ) dan kata Marfani ( ) dan kata burung qito ( ) dan kata bekutuq ( ) dan
kata gagaq ( ) dan kata himar ( ) dan berkata kelelawar ( ) dan kata burung lang ( ) dan kata iqob sadah
bagi daripada lang ( ) dan berkata burung tekukur sbhaana robbiyal ala dan puji nabi Isa ( ) (faedah)
warid daripada hadits adalah bagi oarang yang membaca Quran itu bagi tiap2 huruf satu bidadari
adalah jumlah huruf Quran itu seribu ribu huruf dan dua puluh tujuh ribu huruf seperti yang di sebut
didalam nazhom Saidi Ajhuri ( ) ( ) ( ) artinya kemudian adalah huruf Quran itu seribu ribu dan tujuh dan
dua puluh ribu pula daripada huruf dan yang membaca baginya artinya sabar ia lagi mengira2kan
pahalanya niscaya mencapai ia bagi tiap2 huruf itu satu Bidadari yang suci lagi bersih lagi amat putih
intahi Syinwani (maka) tatkala selesai daripada Isra maka berkehendak menyatakan Miraj pula dan
mendahulukan Isra daripada Miraj karena bergantung ia dengan bumi yang terlebih mulya daripada
langit karena segala Ambiya padanya dan Ambiya itu terlebih afdol daripada Malikat dan lagi adalah
bumi itu kejadian Ambiya bermula yang diatasnya itu terlebih afdol daripada yang dibawah hingga
kebawah atas jalan turun seperti bahwa adalah langit diatasnya afdol daripada yang mengiring hingga
atasnya jalan naik dan yang dijalan oleh Ibnu Abas bahwasanya langit yang ketujuh itu afdol daripada
langit yang dibawahnya atas jalan turun kata Qil adalah miraj nabi saw itu diatas buraq maka ia
teringkan dengan tujuh langkah tiap2 satu langkah satu langit kata Qil bahwasanya adalah bagi nabi saw
lima kendaraan pertama dari pada Mekah kepada baitul maqdis diatas Buraq dan yang keduanya
daripada baitul maqdis kepada langit dunia diatas buraq pula dan kendaraan yang ketiga diatas sayap
Malaikat hingga kepada langit yang ketujuh dan kendaraan yang keempat diatas sayap Jibril hingga
sampai kepada Sidratul Muntaha dan kendaraan yang kelima diatas Raf2 yang Ala daripada Sidratul
Muntaha hingga keatas barang yang dikehendaki Allah intahi Syinwani dan pada suatu riwayat
sungguhnya ditanya akan Rasulullah saw daripada apa kejadian Bidadari maka sabdanya sebelah
bawahnya daripada kasturi yang sangat harum dan pertengahannya daripada anbar dan atasnya
daripada kapur yang putih dan ceritera pula adalah putih jernih batas seorang daripada mereka itu
dilihat daripada tujuhpuluh pakaiannya daripada sutera dan disebut pada hadits bahwasanya itu tiap2
seorang laki2 daripada isi sorga delapan puluh ribu bikr dan empat ribu jariayah dan baginya pula
daripada anak waladan amat banyak yang tiada terhingga dan diberi kuat jima tiap2 seorang seratus
laki2 dan berjima ia selama2nya maka didapat bikr selama2nya yang tiap2 jimanya dan pada satu
riwayat hadits pula adalah dijadikan Allah akan Bidadari daripada anak jari kakinya hingga kepada
lututnya daripada jafaron dan daripada lututnya hingga kepada susunya daripada kasturi yang sangat
harum dan daripada susunya hingga kepada tengkuknya daripada anbar yang asyhab dan daripaqda
tengkuknya hingga kepada kepalanya daripada kapur yang putih diatasnya yakni pakaian seribu haliyah
maka apabila berhadap bercahaya cemerlang menyambar seperti cemerlang matahari bagi ahli dunia
dan apabila berhadap dilihat warnanya diluar pakaiannya dan kulitnya dan kepala padanya tujuh puluh
ribu jalin rambutnya daripada kasturi dan bagi tiap2 satu jalin rambutnya itu seorang dayang2 yang
mengangkatkan dia padahal ia menyeru dengan katanya inilah balasan pahala Auliya Allah Taala dengan
barang yang adalah mereka itumengerjakan taat intahi Syinwani (dikatakan) langit dunia dijadikan dari
zamrud yang hijau dan anak kuncinya daripada Ismul Adhom dan langit yang keduanya daripada mar2
yakni batu yang putih kata Qil dijadikan daripada timah kata Qil daripada perak dan langit yang ketiga
daripada besi kata Qil daripada tembaga dan kata Sulaiman daripada yaqut yang merah dan langit yang
keempat dari pada tembaga kata Qil daripada mutiara yang putih dan langit yang kelima daripada perak
kata Qil daripada emas dan langit yang keenam daripada emas dan kata Qil daripada yaqut yang kuning
dan langit yang ketujuh daripada yaqut yang merah dan tiap2 langit jernih dilihat zahirnya daripada
batinnya dan akasnya dan hikmah Allah dijadikan langit itu dengan tiada tiang karena bahwasanya Allah
Taala menjadikan atap dahulu kemudian dibawahnya dan diangkatkan dia supaya menunjuk demikian
itu atas Qudratnya yang keras dan dijadikan bulan padanya seperti yang diriwayat daripada Sulaiman itu
Qadar dunia delapan puluh kata Sulaiman bahwasanya dijadikan Allah akan bulan daripada nur hijab
yang mengiring dan adalah mukanya kepada langit dan belakangnya kebumi menerangi bumi seperti
menerangi pada langit intahi Syinwani (Faedah) pada menyatakan peri kejadian kilat dan lintar dan
guruh kata Ibnu Abas ra sekali peristiwa berdatang sembah seorang yahudi kepada nabi saw demikian
bunyinya ya Muhammad tuan hamba ceritera ia kiranya akan guruh itu maka sabdanya saw yaitu suara
Malaikat yang memalu dan dari pada tangannya beberapa cemeti dari pada api maka dipalunya akan
awan dengan cemeti itu maka sembahnya ya Rasulullah apa yang bernyanyi itu maka sabdanya yaitu
suara tasbih seorang Malaikat yang bernama Malik Arradu ialah memalu awan kata baginda Ali
karomalloohu wajhah yang kilat itu palu Malaikat akan awan dengan beberapa cemeti daripada besi dan
guruh itu suara tasbih Malaikat Arradu tatkala dipalukan awan itu seperti orang memalu ... mengucap
tasbih ia apabila bersalahan awan itu maka lalu berampaklah ia dengan suara yang amat sangat apabila
sangatlah keras Malaikat itu akan dia maka lalu berdampak padanya inilah jadi kilat dan halintar
tersebut dalam karangan Syeh Nuruddin Afalloohuanhu intahi dan adalah pada batu yang tergantung itu
bekas tapak kaki nabi saw dan lubang yang dicucuk dengan anak jari Jibril intahi dan kinayah Adam itu
Abu Muhammad dan dijadikan pada hari jumat dan dikeluarkan pula pada hari jumat dan dimasukkan
akan sorga pada hari jumat dan matinya pada hari jumat dan umurnya seribu tahun dan dikehendaki
pada hadits maka adalah Adam pada rupa kejadiannya yani kejadian nabi Adam yang dijadikan Allah
atasnya daripada tanah yang diulaikan dengan air sorga dan adalah kejadian panjangnya enam puluh
hasta dengan hasta dirinya dan kata Qil hasta kita inilah yang terlebih nyata pula dan lebarnya tujuh
hasta kata Qil sepuluh hasta intahi Syinwani (Faedah) bermula malaikat yang menunggu pintu langit
dunia namanya Ismail dan adalah malaikat itu dikeluar daripada langit seperti oarang yang menunggu
pintu dan adalah tentaranya tujuh puluh ribu malaikat karena berhitmat baginya dan bagi tiap2 satu
malaikat daripadanya seratus ribu malaikat intahi Syinwani (Faedah) katanya dijadikan pada Illiyin maka
mananya tempat yang didalam sorga yani tempat yang tinggi didalam sorga kata Ibnu Abbas illiyin itu
loh daripada zabarjud yang hijau bergantung pada Arasy padanya itu segala surat amal anak Adam intahi
(Faedah) bermula malaikat maut berkata demi allah jikalau ku berkehendak mengambil akan ruh
nyamuk tiada kuasa hingga disuruh Allah taala akandaku dan yang mengambil akan nyawa Izrail itu Allah
berkata Qil ia mengambil sendirinya dan adalah bagi Malikalmaut itu tentara empat orang seorang
ditanggalnya daripada kaki yang kanan dan yang keduanya daripada kaki kiri dan yang ketiganya
daripada tangannya yang kanan dan yang keempatnya ditanggalnya dikirinya maka apabila sampai
kepada hulkumnya maka mengambil Izrail sendirinya dan tiap2 seorang dari pada seratus itu jikalau
disuruh telan tujuh petala langit dan bumi niscaya ditelannya maka apabila ditanggal akan ruh daripada
sendirinya kepada sendirinya adalah terlebih sangat daripada pukul dengan pedang seribu kali dan jikalu
dihantarkan sakit seurat romanya itu atas tujuh petala langit dan bumi niscaya hancur dan apabila
mengambil ia akan nyawa orang yang mumin ditaruh didalam sutra yang hijau didalam kasturi yang
sangat harum dan apabila mengambil ruh orang kafir ditaruhnya didalam sutra yang hitam didalam
tembikar neraka dan adalah pada hadits adalah huru hara hari kiamat seribu huru hara sekurang2nya
sakratul maut dan bahwasanya bagi maut itu sembilan puluh sembilan helanya ... kemudian daripada
sembahyang maka sembah sahabatnya apa kalimah itu ya Rasulullah maka sabdanya yaitu ( ) (ketahui)
olehmu hai saudaraku bahwasanya datang daripada hadits adalah Malikalmaut itu beberapa
pesuruhnya dahulu daripada wafatnya riwayat bahwasanya setengah daripada Ambiya
alaihimusolatuwassalam kata bagi Malikalmaut adakah bagimu pesuruh yang didahulu akan daripadamu
supaya adalah manusia atasnya takut dari padamu katanya bahkan bagiku demi allah beberapa suruh
yang amat banyak setengah dari padanya penyakit dan uban dan tua dan kurang pendengaran dan
penglihatan maka apabila tiada mengingatkan segala perkara yang datang dengan dia demikian itu dan
tiada ia taubat dan tiada hasil bekalnya aku seru akandia tatkala mengambil nyawanya tiadakah aku
suruh dan aku dahulukan bagimu pesuruhnya satu kemudian daripada satu dan menakut akan kamu
satu kemudian daripada satu akulah yang menakut yang tiada kemudian daripada aku yang menakut
yang lain dan datang daripada hadits pula bahwasanya tiada daripada suatu hari yang naik mata hari dan
tiada jatuh mata hari melainkan menyeru Malikalmaut katanya hai anak empat puluh tahun inilah waktu
mengambil zihin kamu hadir yakni hati kamu dan segala anggota kamu kuat lagi keras hai anak lima
puluh tahun sanya telah hampir ajalmu dan mengatamu hai anak enam puluh tahun lupakah kamu akan
saksi dan lagi kamu daripada kembali dan diriwayatkan ... tulangmu dan hampirlah ajalmu maka malu
olehmu daripadaku seperti barang yang malu Aku dari pada bahwasanya aku malu bahwa aku siksa
orang yang mempunyai uban intahi kasyful ghimah (Faedah) tersebut pada hadits yang marfu
bahwasanya Malaikat meliputi akan hamba yang hendak mati itu dan dipenjaranya dan jikalau tiada ada
yang demikian itu niscaya berlari mereka itu kepada padang dan diketahuinya sangat keras mabuk mati
itu ditanggalkan nyawa dirinya dan adalah ia diam dan anak adam menggagahi daripada gigit semut
maka katanya bahwasanya Malaikat mengikat akandia dan disebut pada hadits jikalu bahwasanya pada
satu roma yang seurat daripada orang yang mati itu dihantarkan atas isi tujuh petala langit dan bumi
niscaya mati sekaliannya dan riwayat daripada Abi Saniyah bahwasanya Saidina Umar ra berkata ia mati
itu yaitu seumpama satu pohon kayu yang banyak durinya didalam rongga anak adam maka tiada dari
padanya satu urat dan tiada satu sendi melainkan ialah duri itu yakni dimasukkan didalam diri anak
adampadanya dan seorang lagi yang sangat kuat dua tangan maka ia bersungguh2 mencabut dan
menanggalkandia daripadanya dan satu riwayat mengambil barang yang mengambil dan tanggal barang
yang tanggal intahi kitab kasyful ghimah (Faedah) telah sabda nabi saw tiada berhimpun keduanya yakni
harap dan takut itu didalam hati seorang hamba pada seumpama tempat ini yakni tatkala hendak mati
melaikan diberi Allah Taala akandia barang yang diharapnya dan diamankandia daripada barang yang
ditakutinya riwayat Tirmizi daripada Hasan katanya sampai akan kami hadits daripada nabi saw
bahwasanya ia berkata sabda nabi saw firman Tuhan kamu ( ) tiada Aku himpunkan atas hamba Ku dua
takut dan tiada Aku himpunkan baginya dua aman maka barang siapa takut akandaku didalam dunia Aku
amankan dia pada akhirat dan barang siapa aman akandaku didalam dunia aku aman akandia didalam
akhirat (Faedah) dan adalah Umar bin abdul Ajiz ra berkata ia telah sampai kepadaku wallohualam
bahwasanya Malikalmaut memandang pada tiap2 hari tiga ratus enam puluh kali akan muka manusia
dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut memandang pada tiap2 hari dibawah langit enam
ratus kali telah sampai akan kami bahwasanya malikalmaut itu berdiri pada tengah dunia maka
memandang akan dunia sekaliannya di darat dan di laut adalah dunia itu di hadapannya sepert telur
antara dua kaki seorang kamu dan telah sampai akan kami bahwasanya bagi Malikalmaut itu beberapa
tentaranya Allah jua yang terlebih tahu dengan mereka itu tiada seorang mereka itu melainkan jikalau
diizinkan baginya oleh hak Subhanahuwataala bahwa menelan tujuh petala langit dan bumi didalam satu
suap niscaya dikerjakannya dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut itu mengejutkan
akandia daripadanya segala Malaikat terlebih sangat terkejut seorang kamu daripada binatang yang
memberi mudorat dan telah sampai akan kami bahwasanya malaikat yang menanggung Arasy itu
apabila hampir Malikalmaut daripada mereka ituhancurlah mereka itu jaidi seorang daripada mereka itu
seumpama rambut daripada terkejut dan telah sampai akan kami bahwasanya Malikalmaut
menanggalkan ruh anak adam dan daripada bawah tiap2 anggotanya dan dibawah kukunya dan uratnya
dan bulunya dan tiada sampai arwah itu daripada sendi kepada sendi melainkan adalah ia atasnya itu
terlebih daripada seribu pukul dengan pedang dan tikam dengan mata tomabak dan telah sampai akan
kami bahwa jikalau mehantarkan sakit seurat roma daripada orang yang mati itu atas isi tujuh petala
langit dan bumi niscaya mati sekalian mereka itu dan hancur mereka itu hingga apabila sampai ruh
kepada hulkum memerintahlah mengambil nyawanya malikalmaut dan telah sampai akan kami
bahwasanya Malikalmaut apabila mengambil nyawa orang yang mukmin dijadikan didalam harir yani
kain yang sutra putih yang sangat harum daripada kasturi sangat harumnya dan apabila mengambil
nyawa orang yang kafir dijadikandia didalam perca yang hitam dalam tembikar daripada api neraka yang
terlebih sangat busuknya dari pada bangkai intahi kata ulama ra dan sungguhnya dikeraskan Allah Taala
sakratulmaut atas Ambiya dan Auliya nya tatkala keluar nyawa mereka itu supaya mengangkatkan
derajat mereka itu dan dikeraskan Allah Taala akan sakratul maut atas orang yang lain daripada
muslimin supaya jadi kifarat bagi dosa mereka itu atau siksa atas diri mereka itu seperti barang yang
telah dahulu atasnya Ilmu Allah Taala dan jikalau tiada maka hak subhanahuwataala adakah kuasa
bahwa memberi akan mereka itu demikian martabat dengan tiada bala bagi mereka itu intahi Kasyful
ghimah bermula qaul yang sohih bumi itu terlebih afdol daripada langit kata qil langit afdol daripada
bumi karena ada padanya Malaikat tiada mengerjakan masiat akan Allah Taala sekali2 dan tempat khilaf
itu bumi yang lain daripada menunggang akan anggota nabi saw maka bahwasanya ia afdol daripada
Arasy dan kursi dan loauh dan qolam (dan) antara bumi dan langit itu lima ratus tahun dan tingginya pun
lima ratus tahun dan antara langit kepada langit lima ratus tahun maka antara bumi kepada langit yang
ketujuhnya dan kepada Arasy seperti antara langit yang ketujuh kepada bumi dan dijadikan Allah swt
delapan kijang yani malaikat rupa kijang maka adalah serta satu2 antara lututnya dan kakinya seperti
antara langit yang ketujuh kepada bumi dan antara kaki kepada kakinya lima ratus tahun maka
menyuruh ia menanggung akan Arasy maka tiada kuasa mereka itu menanggung akandia maka dijadikan
pula tiap2 seorang tentaranya seumpama yang membuat tujuh petala langit dan menyuruh
menanggung sekalian maka tiada kuasa dijadikan tentaranya pula seperti seumpama mereka itu yang
dijadikan daripada bumi maka disuruh menanggung maka tiada kuasa mereka itu menanggung maka
diizinkan suruh berkata Laa haulawala quuwata illaa billaahil aliiyil azhim maka berkata mereka itu maka
kuasa ia menanggung delapan orang kakinya diatasnya shohkroh dan empat orang kakinya pada huwah
yani hawa diatas shokhroh dan yang shihah yang menanggung Arasy itu empat Malaikat jua dan pada
hari kiamat delapan orang intahi Syinwani (Faedah) pada menyatakan peri kejadian mata hari dan bulan
dan bintang kata Wahab Ibnu Minbah bahwa dijadikan Allah Taala mata hari itu dari pada cahaya Arasy
yaitu suatu suku daripada tujuh puluh ribu suku cahaya Arasy dan pada suatu riwayat bahwa mata hari
itu dijadikan daripada jenis manikam dan bulan itu dijadikan daripada cahaya hijab Arasy kata Ibnu Abas
ra adapun bulan besarnya empat puluh farsakh dan mata hari itu tiga ratus enam puluh farsakh dan
pada suatu riwayat bahwa mata hari itu besarnya seperti besar dunia ini dan bulan pun demikian jua jika
tiada besarnya seperti demikian itu niscaya tiadalah kelihatan didalam segala tempat ini kata ahlil
mufassirin bahwa mata hari itu pada langit yang keempat dan bulan itu pada langit yang pertamanya
dan adalah muka keduanya itu keatas dan belakangnya kepada dunia dan adalah besar mata hari itu tiga
ratus kali dunia ini dan bulan itu adalah besarnya dua puluh enam kali dunia ini adapun bintang itu
dijadikan Allah Taala daripada jenis manikam tergantung dilangit seperti kendil dan adalah besarnya
seperti bukit yang habis didalam dunia ini adalah pada suatu riwayat besarnya tujuh dunia ini intahi
demikianlah disebut di dalam kitab karangan Syeh Nuruddin ra (adapun) sebab dinamakan Baitul
Makmur sebab berbuat ibadat didalamnya tiap2 hari tujuh puluh ribu Malaikat sekalian mereka itu
sembahyang didalamnya tiada kembali mereka itu hingga datang kepada hari Qiamat adapun hikmah
Allah Taala pada menjadikan Baitul mamur itu supaya akan Qiblat segala Malaikat yang meng diami
langit itu intahi demikianlah tersebut didalam kitab karangan Syeh Nuruddin ra intahi (Fashol) ini pada
menyatakan segala laut dan sungai adapun laut yang besar didalam dunia ini tujuh laut pertama laut
benua Thobar istan kedua laut benua Keramat ketiga laut benua Aman keempat laut Qalzum kelima laut
Hindustan keenam laut benua Rum ketujuh laut benua Maghribi adapun sungai yang besar dalam dunia
itu empat sungai ialah yang bertemu daripada segala sungai yang turun didalam sorga pertama Nil yaitu
di negeri Mesir kedua sungai Furat yaitu dinegeri yang dekat setengah negeri kufah ketiga sungai Sihun
yaitu dinegeri Mawara Annahar keempat sungai Jihun yaitu dinegeri Hindi demikianlah tersebut
didalam kitab karangan syeh Nuruddin Arrozi ra intahi adapun yang terlebih tinggi daripada sorga itu
yaitu meminum yaitu yang bernama wasilah yaitu tertentu bagi nabi kita Muhammad saw demikianlah
tersebut didalam kitab Tanbihul Ghofilin.Adapun Jannatul Firdaus itu yaitu tempat segala hamba yang
rido akan qodo Allah Taala dan Jannatu Adn itu tempat segala hamba Allah yang arifin dan Jannatul
Huldi itu yaitu tempat segala hamba Allah yang Muttaqin dan Jannatun Naim itu tempat segala hamba
allah yang kasih akan Allah Taala dan Jannatus Salam itu yaitu tempat segala hamba Allah yang sabar
dan Jannatul Mawa itu yaitu tempat segala hamba Allah yang sangat takut akan Allah Taala dan
Jannatul Jalal itu yaitu tempat segala hamba Allah yang taubat akan allah Taala dan Jannatul Qoror itu
yatu tempat segala hamba Allah sangat mengasihi akan Allah Taala dan kata Ibnu Abas ra adapun pintu
sorga itu delapan dijadikan Allah Taala daripada emas bertatahkan dengan mutiara manikam dan
tesurat atas pintu yang pertama itu ( ( yaitu pintu segala ambiya dan segala nabi
yang mursal dan segala syahid dan segala auliya dan pintu yang kedua masuk kedalamnya segala
hambanya yang sembahyang dengan memeliharakan segala rukun dan syaratnya dan pintu yang ketiga
masuk kedalamnya yang memberi zakat dengan suka hatinya dan pintu yang keempat masuk
kedalamnya segala yang mengerjakan amar bilmaruf wanaha anil munkar dan pintu yang kelima masuk
kedalamnya segala yang tiada berbuat aniaya dan manahani dirinya daripada hawa nafsunya dan pintu
yang keenam masuk kedalamnya segal yang naik haji dan umrah dan pintu yang ketujuh masuk
kedalamnya segala yang perang sabillah dan pintu yang kedelapan masuk kedalamnya segala orang yang
memeliharakan penglihatan daripada yang haram dan berbuat segala yang kebajikan dan berbuat bakti
kepda ibu bapak dan berkasihnya dengan segala keluarganya demikianlah tersebut didalam kitab
Tanbihul Ghafilin (Tatkala) itu maka melihat rasulullah saw dibawah Arasy yaitu seorang Malaikat dan
sayapnya itu memenuh antara maghrib dan masyriq dan bulunya itu yaitu terlebih putih daripada qirtas
maka sabda rasulullah siapa Malaikat ini maka jawab akandia inilah Malaikat yang dijadikan akandia oleh
Allah swt seperti rupa ayam maka apabila adalah pada sepertiga malam yang akhir maka
mengangkatkan ia akan sayapnya serta ia berkata demikian bunyinya ya ghofilun uzkurullah artinya hai
segala orang yang lalai sebut oleh kamu akan Allah Taala maka tatkala itu berkokoklah segala ayam yang
didalam dunia ini intahi demikianlah tersebut didalam miraj karangan Syeh Abdusshomad Palimbani
intahi (Fashol) pada menyatakan peri kejadian Luul hamdi adapun Luul hamdi itu dijadikan Allah Taala
atas langit yang ketujuh tatkala ditanyai segala sahabat akan Rasulullah saw daripada peri panjang Luul
hamdi dan lebarnya maka sabdanya Rasulullah saw bahwa adalah panjang Luul hamdi itu seribu tahun
perjalanan jauhnya dan lebarnya pun demikian jua dan batangnya itu dari pada perak dan zabarjud dan
ada mata pada batangnya yang merah dan ada baginya tiga lidah suatu lidahnya sampai ke masyriq
kedua lidahnya sampai ke maghrib ketiga lidahnya sampai antara dunia ini dan lagi bahwa adalah
tersurat pada lidahnya yang pertama ( ) dan tersurat pada lidahnya yang kedua itu (
) dan tersurat pada lidahnya yang ketiga itu ( ) dan tiap2 surat setirnya
yang tersurat itu sekira2 seribu tahun perjalanan jauhnya dan adalah dibawah Luul hamdi itu tujuh
puluh ribu panji2 dan dibawah tiap panji2 itu tujuh puluh ribu shaf daripada Malaikat dan pada tiap2
suatu shaf itu lima ratus Malaikat sekalian itu mengucap tasbih dan taqdis mereka itu akan Allah Taala
seperti sabda nabi saw artinya aku penghulu segala anak Adam dan tiada aku berbesarkan diriku dan
adalah Luul hamdu itu pada tanganku dan tiada aku besarkan diriku daripada sekalian anak Adam dan
tiada seorang juapun daripada sekalian anak Adam dan lain melainkan adalah mereka itu dibawah
panji2 ku dan adalah Luul hamdu itu dicucukkan pada padang mahsayar maka segala muminin anak
Adam berkeliling dibawahnya selama2 dikira2 ia akan mereka itu dan adalah segala kafir beroleh
sentosa daripada segala azab neraka selama ada Luul hamdi itu maka dahulukanlah segala kafir itu
kedalam neraka dan pada suatu riwayat hadits dijadikan Allah Taala akan baginda Abu Bakar ra suatu
panji2 bernama Luussidiq maka berdirilah segala hamba Allah yang sodiq bawahnya itu dan dijadikan
Allah Taala akan baginda Umar ra pada suatu panji2 bernama Luul adli maka berdirilah segala hamba
Allah yang adil dibawahnya itu dan dijadikan Allah akan baginda Usman ra suatu panji2 bernama Luul
sikhi maka berdirilah segala hamba2 Allah yang sikhi dibawahnya itu dan dijadikan Allah Taala akan
baginda Ali ra suatu panji2 bernama Luussyuhada maka berdirilah segala hamba Allah yang syuhada
dibawahnya itu intahi. Demikianlah tersebut dalam kitab karangan syeh Nuruddin intahi (Kata setengah)
ulama yang arifin adapun mata hari itu sentiasa bentar tiada berlebih tiada kurang karena ia sentiasa
sujud dibawah Arasy Allah Taala pada tiap2 malam maka dengan karena yang demikian itulah jadi
sentiasa sebentar yang sempurna tiada terlebih tiada kurang. Adapun bulan itu sebab ia jadi lebih dan
kurang karena tiada diberi Allah swt izin akandia sujud melainkan pada malam empat belas hari jua
daripada sebulan maka apabila sehari bulan maka bertambah cahayanya pada tiap2 malam karena
bahwasanya dianugerahi Allah Taala akan dia sujud pada malam empat belas itu kemudian daripada itu
berkuranglah ia karena duka citanya kepada kesudahan bulan intahi. Kata Kaab Al Ahbar bahwasanya
hari kiamat dibawa oleh Malaikat akan mata hari dan bulan itu maka dibuangkan keduanya kedalam
neraka dengan izin Allah Taala. Demikianlah tersebut didalam kitab karangan Syeh Nuruddin intahi.
( )

Anda mungkin juga menyukai