Anda di halaman 1dari 5

Laporan Lawatan Sambil Belajar Prasekolah.

Nama program Masa Tempat

: Lawatan Sambil Belajar ke Tugu Negara, Aquaria dan Petrosains. : 8.00 pagi hingga 5.00 petang : Tugu Negara, Aquaria KLCC, Petrosains, KLCC

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Murid-murid diberi peluang untuk melihat dan mengenali sesuatu yang

dipelajari dengan lebih dekat lagi. Menyedari hakikat ini, maka satu rombongan lawatan sambil belajar dianjurkan oleh Unit Prasekolah murid-murid untuk memberi peluang dan pendedahan kepada

2.0 MATLAMAT

Dengan adanya lawatan sambil belajar ini, diharap dapat memberi peluang dan pendedahan yang mendalam kepada murid-murid sejajar dengan objektif prasekolah yang memberi penekanan terhadap belajar melalui bermain. Juga bermatlamat agar program lawatan sambil belajar ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengalaman baru kepada murid-murid tentang sejarah, hidupan di air juga sains dan teknologi.

3.0 OBJEKTIF

3.1 3.2 3.3

Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai alam semulajadi. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sains dan teknologi. Memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat mengenai apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

3.4

Melatih murid tentang semangat bekerjasama, bertolak ansur dan cintakan alam kehidupan di sekitar dengan diri.

4.0 SASARAN Murid-murid Prasekolah Universiti dan Prasekolah Kolej.

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN Pada 25. April .2012, seramai 50 orang murid dan 6 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut. Pada pukul 7.30 pagi peserta berkumpul di sekolah untuk sarapan pagi dan pada jam 8.00 pagi bertolak ke Tugu Negara. Setelah ke Tugu Negara kami pergi ke KLCC dan masuk ke Aquaria. Tempat terakhir lawatan kami adalah Petrosains yang juga terletak di KLCC.

5.0 IMPAK Lawatan ke Tugu Negara, Aquaria dan Petrosains berjalan dengan lancar. Semua murid dapat pelbagai pengetahuan dah pengalaman semasa lawatan tersebut di jalankan. Muridmurid berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan mereka dan dengan ini menjadikan inspirasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

6.0 PENAMBAHBAIKAN 6.1 Guru pengiring perlu memastikan murid berada dalam barisan ketika berjalan dalam Aquaria. 6.2 Makanan yang di tempah perlu dipastikan siap seperti waktu yang ditetapkan.

7.0 PENUTUP. Walaupun terdapat sedikit kekurangan di sepanjang perjalanan lawatan, secara umumnya program ini berjalan dengan jayanya. Sambutan dan maklum balas dari murid dan ibu bapa amat menggalakkan. Dalam pemerhatian yang dijalankan, murid berasa gembira dengan lawatan yang mereka sertai.

Disediakan oleh :

.. (NORHAFIZAH BINTI RAHMAN) GURU PRASEKOLAH

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan

2.0 Matlamat

3.0 Objektif

4.0 Sasaran

5.0 Impak

6.0 Penambahbaikan

7.0 Penutup

8.0 Laporan bergambar

9.0 LAPORAN BERGAMBAR

LAWATAN DI TUGU NEGARA

LAWATAN DI AQUARIA

LAWATAN KE PETROSAINS. `