Anda di halaman 1dari 7

Definisi Pembangunan Lestari Kehidupan manusia berkait rapat dengan keadaan alam di sekitarnya, dimana ianya menyediakan segala

kemudahan yang pelbagai kepada mereka. Sumber-sumber dari alam sekitar telah dimanfaatkan oleh manusia untuk tujuan pembangunan ekonomi tersebut tanpa memikirkan kesan-kesannya kepada alam sekitar itu sendiri, sehingga masalah alam sekitar dan kepupusan sumber-sumber aslinya nampak begitu ketara. Masalah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan proses pembangunan yang pesat di seluruh dunia. Dalam pengertian yang mudah, pembangunan bererti suatu kebaikan yang membawa kepada kualiti kehidupan yang lebih baik kepada individu dan masyarakat. Ianya merupakan suatu proses menuju kearah pertumbuhan yang dapat mengubah keadaan atau situasi. Pembangunan juga selalunya dilihat sebagai satu fenomena ekonomi namun ianya bukan sahaja terbatas kepada hal-hal ekonomi, tetapi juga meliputi semua bidang kehidupan sosial dan masyarakat. Menurut Maimunah Ismail (1989), pembangunan adalah satu proses perubahan yang berlaku secara berterusan dan menyeluruh, merangkumi unsur-unsur seperti pembangunan ekonomi, sosial dan kemanusiaan. Kegiatan sosio-ekonomi pula dapat ditakrifkan sebagai kegiatan yang melibatkan masyarakat dalam bidang ekonomi meliputi faktor-faktor ekonomi dan kemasyarakatan. Tujuan utama kegiatan sosioekonomi dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan semasa masyarakat juga sebagai sumber pendapatan. Pada dasarnya, kebanyakan kegiatan sosio-ekonomi masyarakat setempat memberi kesan terhadap ekosistem asli tadi. Kegiatan-kegiatan ini mungkin memberikan kesan yang ketara atau kurang ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, akibat daripada pembangunan sosio-ekonomi yang pesat di Malaysia, terutama dalam sektor pertanian menyebabkan banyak kawasan hutan telah ditukar kepada guna tanah pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dan guna tanah lain seperti pertempatan dan perbandaran. Ini mengakibatkan kawasan hutan telah berkurang dari tahun ke tahun (Johari baharuddin & Salleh Md Noor, 1993). Menurut Ismail Sahid (1985) pula, ketika negara inimencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sebahagian besar bumi Malaysia masih lagi diliputi hutan, iaitu dianggarkan seluas kira-kira 75%. Bagaimanapun keadaan ini telah berubah dalam masa yang singkat sahaja. Dalam tahun 1974,

dianggarkan hanya 7.2 juta hektar, iaitu 56% sahaja kawasan Semenanjung Malaysia yang berhutan. Ini bererti bahawa dalam tempoh 17 tahun selepas kemerdekaan, kawasan hutan merosot kira-kira 19%. Di negara ini, kegiatan sosio-ekonomi telah mengalami pelbagai perubahan melalui zaman sebelum dan selepas merdeka. Kehadiran penjajah ke Tanah Melayu telah banyak mempengaruhi kegiatan sosioekonomi masyarakat Malaysia. Antara kegiatan sosio-ekonomi yang wujud sebelum merdeka adalah seperti kegiatan pertanian, perlombongan dan industri ringan secara kecil-kecilan (Jamaluddin Md Jahi, 2001). Kedatangan kolonial British ke Semenanjung Tanah Melayu telah membawa perubahan besar kepada alam sekitar kesatu tahap yang belum pernah dialami oleh kawasan ini sebelumnya. Kolonialisme British yang membawa bersamanya modal dan sistem ekonomi kapitalisme mula meneroka alam sekitar di Tanah Melayu. Penerokaan tersebut bertujuan untuk memperluas penanaman pertanian industri terutama getah. Dari satu segi alam sekitar semula jadi telah berubah dan mewujudkan satu ekosistem baru. Menurut Aiken et al. (1994), pembersihan kawasan hutan yang luas akibat aktiviti pertanian termasuk aktiviti perlombongan telah mengakibatkan habitat haiwan liar berkurangan dan terganggu. Ladangladang pertanian biasanya dibuka melintasi laluan migrasi haiwan. Keadaan ini menyebabkan haiwanhaiwan liar memasuki kawasan ladang dan juga kebun, dan menyebabkan kerosakan terhadap tanaman. Untuk mengawal pokok-pokok getah atau sawit yang masih muda daripada dirosakkan oleh haiwan seperti gajah dan rusa, kesatuan pengawal telah ditubuhkan dan ratusan gajah juga haiwan-haiwan lain telah dibunuh oleh pemilik ladang Perlombongan timah dan emas juga merupakan kegiatan sosio-ekonomi yang banyak memberi kesan kepada ekosistem asli. Sebelum kedatangan penjajah, kegiatan perlombongan dilakukan secara tradisional iaitu dengan kaedah mendulang di sungai dan anak sungai dan kaedah menembak air ke bukit (melampan). Melampan adalah satu kaedah perlombongan yang dilakukan di kawasan berbukit di mana ia menghasilkan tanah terganggu dan berkelar-kelar hasil aktiviti perlombongan yang dijalankan. Setelah pembentukan Negeri-negeri Selat, teknik-teknik perlombongan diperbaiki. Hasil daripada aktiviti perlombongan bijih timah, lereng bukit dibersihkan, pokok-pokok ditebang, kawasan luas untuk membuang tahi lombong dibina dan dan sejumlah besar sisa dibuang ke dalam sungai juga anak sungai untuk dimendapkan yang kemudiannya dibawa ke hilir sungai (Aiken et al., 1994). Pembukaan lombong-

lombong bijih mengakibatkan kerosakan alam sekitar seperti meruntuhkan permukaan bukit dan memusanahkan ekosistem sungai. Pencemaran sungai yang serius berlaku akibat pemendapan kelodak yang semakin bertambah dan dicemari oleh sisa perlombongan. Selain pencemaran sungai, kegiatan perlombongan turut mengakibatkan kejadian hakisan serta banjir. Di samping kemusnahan yang disebabkan secara langsung akibat perlombongan, kawasan yang luas dirosakkan oleh penebangan hutan untuk tujuan pembinaan, untuk bahan bakar dan pengeluaran arang bagi peleburan timah. Selepas merdeka, kegiatan sosio-ekonomi yang sedia ada terus berkembang manakala sektor pertanian serta perlombongan yang telah mempunyai tapak yang kukuh dimajukan dengan lebih pesat lagi, diikuti dengan pembangunan sektor perkhidmatan, infrastruktur dan beberapa industri baru. Pada awal dekad 1950-an pembangunan luar bandar dimulakan dan ianya dipertingkatkan lagi selepas merdeka (Jamaluddin,1996). Di bawah Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua 1956-1965 terdapat beberapa dasar telah dibuat demi untuk pembangunan dan memajukan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar (Jomo, 1988). Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA merupakan salah satu projek pembangunan luar bandar yang melibatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian dan petempatan sekaligus untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat luar bandar. Dalam melaksanakan projek FELDA ini, beberapa kawasan hutan tropika telah diterokai dan dibersihkan melalui pembalakan intensif. Kawasan yang telah dibalak, akan dibakar, dibersih dan ditubuhkan ladang pertanian serta tempat tinggal dan lain-lain kemudahan untuk masyarakat. Hutan-hutan yang telah dibersihkan diganti dengan tanaman getah, kelapa sawit, tebu, koko, kopi dan tanaman lain. Perkembangan projek pembangunan FELDA dan pembalakan terpilih telah mmembesarkan perubahan hidrologi dan penggondolan serta kemerosotan bilangan hidupan liar (Aiken et al., 1994). Selain itu, penggunaan pelbagai bahan kimia seperti pestisid dan herbisid untuk tanaman yang diusahakan turut meningkat. Keadaan ini telah menyebabkan pencemaran berlaku di mana apabila hujan, bahan kimia yang digunakan akan mengalir masuk ke dalam sistem sungai dan mencemarkan air. Hasil penggubalan Dasar Perindustrian pada tahun 1958, kegiatan perindustrian mula memperlihatkan perkembangan. Bermula dengan industri pembuatan yang ringan, pada 1967 mulai wujud pelbagai industri lain seperti pencetakan dan penerbitan, pembuatan minuman, industri tekstil dan pemprosesan kayu-kayan. Industri-industri ini banyak menghasilkan effluen dan pelbagai bentuk bahan pencemar

yang dilepaskan sama ada ke udara, air atau tanah. Bahan pencemar yang dikeluarkan terdiri daripada asid, plumbum, asbestos, logam berat, gris dan petrol. Pencemaran utama yang disebabkan oleh kegiatan industri adalah pencemaran air. Pada 1970-an, industri berasaskan pertanian seperti kelapa sawit dan getah mengeluarkan effluen ke dalam air. Bagaimanapun, pada ketika itu, industri sebegini tidak mempunyai sistem kawalan kumbahan yang baik dan merupakan pencemar yang utama. Dianggarkan bahawa tidak kurang daripada sejuta kilogram efluen daripada industri ini memasuki sungai-sungai Malaysia (Kadaruddin, 2000). Sejak 1980 lagi, sektor pembuatan telah menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar terutama air kesan daripada effluen industri yang dikeluarkan. Industri tekstil umpamanya telah mengeluarkan sisa kumbahan yang mengandungi logam berat seperti nikel, kromium, sianida, sulfur dioksida, hydrogen dan ammonia. Banyak pula dibangunnya kilang-kilang baru, seperti kilang pembuat makanan, dan kilang-kilang industri lainnya. Proses pembangunan yang pantas selalunya dilaksanakan tanpa mengambil kira kemungkinan impaknya terhadap alam sekitar. Pencemaran lebih terasa dikawasan bandar dimana terdapatnya kepadatan penduduk sehingga menimbulkan masalah seperti sampah sarap. Malaysia pula sekarang tengah mempersiapkan diri untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. disini terlihat bahawa proses pembangunan sejak zaman sebelum kemerdekaan hingga lepas kemerdekaan bukan hanya menyebabkan pelbagai masalah pencemaran, tetapi juga menimbulkan kemerosotan alam sekitar yang membimbangkan. Selain pembangunan industri, pertanian dan pembalakan, kegiatan lain yang turut membangun selari dengan dasar pembangunan sosio-ekonomi ialah sektor eko-pelancongan dan rekreasi. Pembinaan rumah tumpangan, chalet dan hotel telah dijalankan dengan giat sekali di kawasan-kawasan yang dapat menarik pelancong datang ke Malaysia. Walau bagaimanapun, kebanyakan industri eko-pelancongan ini dibina di tempat yang sensitif sama ada di kawasan tanah tinggi mahupun di tepian pantai. Pembinaan hotel di Genting Highlands juga Bukit Fraser dapat menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pemendapan tanah di sungai akibat hakisan. Berdasarkan pembangunan sosio-ekonomi sebelum dan selepas merdeka, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan kegiatan sosio-ekonomi lebih banyak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Maka, dapat dikatakan bahawa pembangunan sosio-ekonomi kini tidak lestari. Saat ini semua harus lebih peka dalam menangani permasalahan alam sekitar tanpa harus melupakan pembangunan. Pembangunan

juga bertujuan untuk mewujudkan keragaman dalam kegiatan ekonomi masyarakat seperti pembangunan dalam sektor perkhidmatan, dan lain-lain. Semakin beragam sektor kegiatan ekonomi, semakin besar kemampuan ekonomi negara itu tumbuh pantas dan stabil. Ini semua dapat terwujud apabila dalam proses pembangunan sudah diperkirakan aspek persekitaran dan mengusahakan adanya keseimbangan dan keserasian antara pembangunan dan persekitaran. Kerana itu, pembangunan bukanlah sekadar mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mewujudkan persekitaran yang dapat menjamin kesejahteraan masyarakatnya.

EMPAT OBJEKTIF UTAMA DALAMPEMBANGUNAN LESTARI Kemajuan sosial yang mengiktirafkeperluan semua orang. Perlindungan berkesan ke ataspersekitaran. Penggunaan sumber-sumber semula jadi secara berhemat. Pengekalan tahap pertumbuhanekonomi dan pekerjaan yang tinggi danstabil.

KEMAJUAN SOSIAL YANG MENGIKTIRAF KEPERLUAN SEMUA ORANG Setiap orang seharusnya menimati faedah-faedah dari kemewahan dan persekitaran yangselamat dan bersih. Kita seharusnya mempertingkatkanperkhidmatan-perkhidmatan, menanaganipeminggiran sosial, mengurangkan masalahkesihatan yang berpunca dari kemiskinan,pengangguran dan pencemaran.

PENGEKALAN TAHAP PERTUMBUHAN EKONOMIDAN PEKERJAAN YANG TINGGI DAN STABIL Memastikan setiap orang menikmatikualiti hidup yang tinggi dan peluangpekerjaan yang luas. Menghasilkan barangan danperkhidmatan yang berkualiti yangdiperlukan oleh pengguna. Menghasilkan tenaga kerja yangberdaya saing, berpengetahuan sertaberkemahiran.

PERANAN TEKNOKRAT DALAM MEWUJUDKANPEMBANGUNAN LESTARI Mempertingkatkan kemudahan, keperluan sertakeselamatan manusia dalam merangka pembangunanatau mencipta teknologi baru. Menghormati batasan-batasan persekitaran dalammerencanakan strategi pembangunan. Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawapersekitaran dan alam semula jadi sp hutan, sungai,udara merupakan khazanan alam yang perlu dipeliharadengan sebaik mungkin bagi mengekalkan kualiti alamsekitar yang sihat.

Teknokrat harus mempertimbangkan saoal nilaimasyarakat, kos, faedah, risiko dan implikasiyang harus ditanggung sebelum melaksanakansebarang projek. Menasihati para pengusaha supaya mematuhisyarat-syarat yang dikenakan dalammelaksanakan projekprojek pembangunan. Memastikan barangan dan perkhidmatandkeluarkan bermutu tinggi. Menerokai alternatif-alternatif baru bagi sumber-sumber semula jadi.

Definisi IBS: Sistem Binaan Berindustri ( Industrialised Building Systems ) Bermaksud: Satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan dalam keadaan terkawal (di kilang / di tapak bina), di angkut , dipasang dalam kerja pembinaan dengan menggunakan tenaga kerja yang minima. IBS juga dikenali sebagai:

Off-Site Construction (OSC) Modern Method of Construction (MMC) Off-site Manufacturing (OSM) Off-site Production (OSP) Prefabrication Modularization IBS telah digunakan secara meluas oleh negara negara maju seperti Jepun , Sweeden , Jerman dan Singapura di dalam sektor pembinaan . Di malaysia IBS ( Industrialised Building Systems ) telah diperkenalkan pada awal tahun1960 semasa lawatan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia melawat ke negara Eropah . Pada 29 Ogos 2003 pihak kerajaan Malaysia telah bersetuju supaya Roadmap Industrialised Building System 2003-2010 dijadikan blueprint sektor pembinaan Malaysia serta sumber rujukan sepenuhnya untuk semua pihak di dalam sektor pembinaan Malaysia menjelang tahun 2010. Objektif perlaksanaan kaedah IBS ialah:-

Meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan Menyeragamkan reka bentuk Mempercepatkan tempoh pembinaan Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing ke tahap 15% pada 2010

Anda mungkin juga menyukai