Anda di halaman 1dari 17

Tema 7 : Penjelajahan dan Penerokaan

Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir. Arab, Graeco-Roman, India, China Melayu,


Barat.

7.1: Konsep

1. Jelaskan pengertian penjelajahan dan penerokaan berasaskan kepada


aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam tamadun awal berkait dengan
penjelajahan dan penerokaan tersebut

2. Jelaskan maksud tujuan-tujuan penjelajahan dan penerokaan yang berlaku


pada zaman tamadun awal seperti tujuan peningkatan ilmu, penyebaran
agama dan kegiatan perdagangan.

3. Berikan latar belakang tokoh-tokoh yang menjelajah dan meneroka iaiatu I


Ching, Marco Polo, Christopher Columbus, Ferdinand Magellan,
Vasco da Gama, Cheng Ho dan jelaskan tujuan penjelajahan dan
penerokaan mereka.

1. Tunjukkan tarikh berlakunya penjelajahan dan penerokaan tersebut.

Sifat ingin tahu adalah salah satu daya penggerak yang terbesar dalam kehidupan
manusia. Dalam tempoh lebih kurang 100,000 tahun yang lalu, manusia telah
berulang kali menanyakan soalan ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’? Pada sepanjang
zaman, sifat ingin tahu tentang dunia sekeliling telah mendorong manusia untuk
menjelajah. Bentuk penjelajahan telah berubah mengikut masa. Manusia awal
keluar mencari kawasan perburuan yang lebih baik dan tempat tinggal yang
selamat. Petani awal mencari lembah subur tempat terdapatnya bekalan air yang
boleh diharap. Persaingan untuk mendapatkan makanan memaksa nenek moyang
kita mengembara ke pelbagai arah bagi meneruskan penghidupan baru. Pedagang
mengembara ke tempat baru untuk mencari pelanggan baru bagi barang-barang
mereka dan untuk mencari bahan dagangan baru untuk dijual di tempat sendiri.
Empayar yang luas dan berkuasa pada zaman tamadun awal seperti yang dilakukan
oleh orang Mino, orang Mesir, orang Phoenik, orang greek dan orang Rom dibina
menerusi perdagangan dan penaklukan.Apabila pembelajaran dan pengetahuan
mula disanjung dalam tamadun purba Mesopotamia, China, Mesir dan Yunani, suatu
penjelajahan baru pun wujud iaitu mencari pengetahuan semata-mata untuk
pengetahuan.

Pengembara akan mengembara untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang


menarik minat mereka. Apakah yang terdapat di sebalik gunung ganang itu? Dari
manakah punca sungai ini? Di manakah sungai itu bertemu dengan laut? Hanya
melalui pengembaraan sahajalah dapat menjawab soalan-soalan tersebut.Golonan
penjelajah ini dikenali sebagai penjelajah amatur yang ingin melihat tempat baru.
Mereka ini termasuklah Ibn Batuta,, Hsuan-tsang dan Richard Burton. Yang lain
All The Best
seperti Alexander Humboldt dan Charles Darwin mengetuai ekspedisi sains dengan
tujuan mempelajari sebanyak mungkin tentang tempat baru yang diterokai.

Agama memainkan peranan penting dalam penjelajahan dunia baru . Seawal abad
ke-5 M, paderi dari Iceland telah mula mengembara untuk mengkristiankan orang
Wales, Cornwall dan Perancis. Walau bagaimanapun, ekspedisi yang terkemudian
banyak mengakibatkan keganasan dan kemusnahan walaupun ekspedisi itu
kononnya atas nama agama.Dengan itu dapatlah dikatakan bahawa penjelajahan
ialah pergi ke satu-satu tempat untuk tujuan-tujuan tertentu seperti ekonomi,
peningkatan ilmu, penyebaran agama dan memenuhi kehendak ingin tahu tempat-
tempat baru, dilakukan sama ada melalui jalan darat atau laut dengan merempuh
berbagai kesukaran . Penerokaan pula merujuk kepada pembukaan sesatu kawasan
baru dengan tujuan untuk mencari sumber ekonomi atau membuat petempatan
baru seperti yang berlaku kepada orang-orang Yunani. Terdapat beberapa orang
tokoh penjelajah dan peneroka yang masyhur seperti Christopher Columbus,
Ferdinand Magellan, Vasco da Gama, Marco Polo, Cheng Ho dan I Ching.

Christopher Columbus

Christopher Columbus atau Cristobal Colon (1451-1506) adalah antara penjelajah


yang terkenal tetapi penemuannya yang terbesar iaitu benua Amerika adalah
secara tidak sengaja. Beliau dilahirkan pada tahun 1451 di Genoa, Itali dan mula
turun ke laut sejak kecil lagi. Beliau menetap di Lisbon pada tahun1479 dan
berkhidmat dengan kerajaan Portugis selama 10 tahun. Beliau telah berkahwin
dengan anak perempuan seorang bangsawan Portugis. Dari Lisbon beliau
melakukan banyak pengembaraan laut dan memperoleh kemahiran yang
cemerlang sebagai ahli pelayaran.

Cita-cita Columbus adalah untuk belayar ke Timur Jauh. Alasannya selalu


diringkaskan dalamungkapan, "Emas, Tuhan dan Cathay". ‘Emas’ yang dimaksudkan
ialah kekayaan yang diperoleh dengan membawa balik rempah ratus dan sutera
dari China dan Jepun. ‘Tuhan’ merujuk kepada keinginan Columbus untuk
menyebarkan agama Kristian di negara bukan Kristian dan menjajah tanah baru
dengan nama Tuhan. Ini merupakan motif biasa di kalangan orang Eropah ketika itu.
‘Cathay’ adalah nama purba bagi China. Columbus begitu tertarik dengan Timur
Jauh dan ingin mengetuai ekspedisi ke sana.

Pada abad ke-15 kebanyakan orang berpendapat bahawa dunia ini rata. Bagi
Columbus pula, dunia ini bulat. Beliau berhasrat untuk membuktikan pendapatnya
dengan belayar ke arah barat merentasi Atlantik untuk pergi ke Timur seperti yang
disarankan oleh peta Ptolemy dan bukan mengikut jalan biasa (dari Eropah ke
selatan menyusuri pantai Afrika yang telah dilakukan oleh orang Portugis dalam
mencari jalan ke Timur Jauh).

All The Best


Columbus mengambil masa bertahun-tahun bagi mengumpulkan wanguntuk
membiayai ekspedisinya kerana ramai tidak yakin dengan kejayaan usahanya.
Beliau gagal mendapat pertolongan Raja Portugis tetapi akhirnya pada tahun 1492
Permaisuri Isabella dan Raja Ferdinand dari Sepanyol memberikan wang yang
diperlukannya.

Columbus meninggalkan Sepanyol pada bulan Ogos 1492 bersama-sama tiga buah
kapal. Pada 6 September mereka belayar dari Pulau Canary ke laut lepas. Pada
masa itu jarang kapal belayar jauh dari daratan sehingga pantai tidak kelihatan.
Selepas belayar beberapa hari tapi pantai masih tidak kelihatan, anak-anak
kapalnya ingin berpatah balik tapi Columbus memujuk mereka supaya meneruskan
pelayaran. Pada 12 Oktober mereka menemui tanah daratan ( Pulau Watling di
Bahamas) berhampiran dengan pantai Amerika.Columbus menyangka beliau telah
sampai ke Timur Jauh dan telah hampir dengan kekayaan India dan China Columbus
menamakan penduduk di pulau itu sebagai ‘Indian’ dan pulau itu dinamakan
‘Indies’( setengah-setengah ahli sejarah menyatakan beliau menamakannya San
Salvador). Penduduknya berminat untuk berdagang tapi Columbus tidak menemui
bukti kekayaan Timur. Walau bagaimanapun Columbus tetap yakin bahawa
sasarannya telah hampir. Melalui panduan penduduk tempatan, beliau mengetuai
rombongan itu untuk terus mencari Cathay dan kekayaannya. Beliau melawat Cuba
yang ketika itu diberi nama La Espanola ( sekarang Hispanola).Selepas itu iaitu pada
bulan Disember beliau kembali ke Sepanyol untuk melaporkan pelayarannya. Belaiu
disambut sebagai wira dan dilantik sebagai gabenor pulau-pulau baru yang beliau
temukan. Namun beliau tidak sesuai dengan tanggungjawab ini. Hal ini jelas apabila
dalam eksepedisi-eksepedisi terkemudian beliau telah melayan peneroka-peneroka
bangsa Sepanyol dengan kejam dan juga memaksa puak Indian menyerahkan emas
mereka dan menghantar ramai orang Indian sebagai hamba ke Sepanyol.

Columbus melancarkan 3 pelayaran lagi pada tahun-tahun 1493-1496, 1498-1500


dan 1502-1504. Beliau melawati dan menamai sebilangan besar pulau di Caribbean
serta juga pantai-pantai Amerika Selatan dan Tengah. Namun beliau gagal menemui
timbunan emas yang diharap-harapkan dan beliau tidak pernah memahami
sepenuhnya bahawa penemuannya itu bukanlah Timur Jauh. Dalam pelayaran
ketiganya pada tahun 1498, beliau ditangkap, dirantai dan dihantar pulang ke
Sepanyol. Dalam pelayaran keempatnya pada tahun 1502 Ratu Isabella
menugaskannya mencari selat yang mungkin menghubungkan Laut Caribbean
dengan Lautan Pasifik. Ekspedisi itu gagal kerana kapal-kapal beliau rosak akibat
cacing marin dan Columbus terpaksa diselamatkan dari Jamaica. Beliau kembali ke
sepanyol dengan kecewa.

Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan (1480-1521) merupakan penjelajah pertama yang mengelilingi


dunia. Beliau merupakan seorang ahli aristokra Portugis dan ahli pelayaran
berpengalaman yang pernah mengiringi Alfonso de Albuquerque ke Asia Tenggara
pada tahun 1511. Beliau telah membuat beberapa pelayaran untuk mencari jalan
All The Best
perdagangan bagi kerajaan Portugis tetapi apabila berselisih faham dengan raja
Portugis, beliau belayar bagi pihak Sepanyol pula. Kerajaan Sepanyol ingin mencari
jalan perdagangan ke timur dan menuntut sebahagian Pulau Maluku (Pulau
Rempah) mengikut Persetiaan Tordesillas (perjanjian antara Portugis dan Sepanyol
pada tahun 1494 untuk mengelak pergaduhan antara kedua-duanya dalam usaha
mencari tanah jajahan). Magellan percaya beliau boleh sampai ke Pulau Maluku
dengan belayar ke arah barat, mengelilingi hujung bahagian selatan Amerika, tanpa
mengikut jalan laut Portugis ke timur yang mengelilingi Afrika. Raja Sepanyol
bersetuju untuk membiayai pelayarannya.

Pada bulan September 1519 Magellan meninggalkan Sepanyol bersama-sama 260


orang dan 5 buah kapal.Kapal ini membawa banyak barang dagangan tetapi tidak
membawa barang makanan yang mencukupi kerana Magellan tidak pandai
menganggar jarak pelayaran. Kapal ini menyeberangi Lautan Atlantik dan berhenti
seketika di Pulau Canary. Kemudian mereka belayar ke Brazil dan menyusur turun
pantai timur Amerika Selatan.

Magellan menghadapi banyak masalah seperti makanan yang tidak mencukupi,


cuaca buruk, dan pemberontakan orang-orangnya. Beliau meneruskan lagi
pelayarannya melalui satu selat yang sempat (kemudian dinamakan Selat Magellan)
di selatan Amerika Selatan . Dari situlah mereka menemui jalan ke Pasifik. Mereka
telah berjaya membuktikan bahawa ada jalan ke Timur melalui Amerika Selatan.

Setelah mengambil bekalan makanan di Pulau Marshall, mereka meneruskan


peyaran ke Filipina. Di situ Magellan terlibat dalam satu pergaduhan dengan ketua
tempatan. Beliau dan 40 orangnya telah terbunuh. Anggota ekspedisi yang
terselamat meneruskan pelayaran di bawah arahan Kaptan Juan Sebastian del
Cano.Dengan anak kapal seramai 115 orang mereka telah sampai ke Pulau Maluku
pada tahun 1521. Di situ mereka membeli rempah ratus yang memang menjadi
matlamat utama mereka. Akhirnya hanya sebuah kapal sahaja dari 5 buah kapal
yang melakukan pelayaran selamat sampai ke Sepanyol melalui Lautan Hindi dan
mengelilingi tanjung di selatan Afrika pada tahun 1522 dengan membawa hanya 18
orang anak kapal setelah mengelilingi dunia selama 3 tahun..

Marco Polo

Marco Polo berasal dari Venice, Itali. Beliau menyertai bapanya, Noccolo Polo dan
bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 ketika berusia 17 tahun.
Ekspedisi keluarga Polo ini berkait rapat dengan keadaan yang berlaku masa itu.
Pada awal abad ke-13, puak Mongol bersatu di bawah pimpinan Genghis Khan
(1167-1227). Mereka cuba menceroboh China dan utara Asia. Menjelang tahun 1241
Genghis Khan menubuhkan empayar yang merentang hingga ke sempadan Eropah (
dari China hingga ke Timur Tengah dan sampai ke Poland dan Hungry). Beberapa
orang duta beberapa buah negara Eropah yang terdiri daripada paderi-paderi diutus
ke Karakorum, ibu kota Monggolia ntuk berbincang dengan ketua Mongol dengan
harapan puak Mongol dapat dipujuk untuk menyertai Eropah Kristian dalam
All The Best
peperangan menentang Empayar Islam di bawah kuasa Turki. Namun usaha mereka
gagal untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Mongol. Jalan laluan mereka
inilah digunakan oleh saudagar-saudagar seperti dua adik beradik dari Venice,
Maffeo dan Niccolo Polo. Dalam perjalanan mereka, mereka telah bertemu dengan
utusan dari Mongol yang menjemput mereka ke China. Mereka sampai ke Beijing
( masa itu dikenali sebagai Khanbalik) menjelang tahun 1265.Mereka dilayan
dengan baik oleh Maharaja China masa itu iaitu Kublai Khan ( cucu Genghis Khan).
Tahun 1269 mereka kembali ke Venice dengan membawa surat persahatan dari
Kublai khan untuk Paus. . Mereka menjadi penghubung hubungan diplomatik antara
Kublai Khan dengan Eropah.

Pada tahun 1271 Marco Polo menyertai bapa dan bapa saudaranya ke China. Inilah
salah satu pelayaran penjelajahan yang teragung pada sepanjang zaman yang
memakan masa selama 24 tahun. Marco Polo membawa cerita tentang kekayaan,
keindahan dan perkara-perkara ganjil pada penglihatannya sepanjang
penjelajahannya itu tetapi tidak dipercayai orang. Marco Polo menemui banyak
perkara di China yang belum diketahui oleh orang Eropah. Umpamanya, orang
China telah mencipta serbuk letupan yang digunakan untuk membuat bunga api,
membuat buku bercetak dengan menggunakan blok kayu berukir, mereka membuat
wang kertas ( idea yang tidak masuk akal bagi orang Eropah). Marco Polo juga
melaporkan tentang batu hitam misteri yang dikorek dan dibakar seperti kayu api
( batu arang). Marco Polo juga mencatatkan perkara pelik yang dilihatnya seperti
mata air yang mengeluarkan minyak yang panas, kambing biri-biri besar yang
mempunyai tanduk bergulung. Catatannya juga menyentuh tentang pertanian,
pertukangan di tempat yang berlainan, penduduk, agama dan adat resam
( termasuklah tentang sutera, halia sebagai bahan rempah yang pedas, kunyit
sebagai perasa makanan dan pencelup asli, tanah yang digunakan untuk membuat
tembikar). Hanya beberapa abad kemudian barulah barangan ini sampai ke Barat.

Kublai Khan tertarik dengan Marco Polo lalu mengambilnya menjadi wakil istana.
Marco membuat misi diplomasi ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Ceylon bagi
pihak Kublai Khan. Beliau juga melawat India dan Burma dan membuat catatan
tentang negara-negara tersebut. Ketika beliau berada di Sumatera Marco Polo telah
membuat beberapa catatan. Beliau sampai di Pasai pada tahun 1292. Pasai pada
masa itu diperintah oleh raja Pasai yang ke-12 iaitu Sultan Abdul Jalil al-Malikul
Saleh (1276-1300). Selain singgah di Pasai, beliau juga melawat Perlak. Beliau
mencatatkan bahawa ‘penduduk bandarnya mengamalkan ajaran Muhammad,
sedangkan mereka yang hidup di kawasan bukit (hillside) masih hidup sebagai
haiwan (liar, gemar makan daging manusia dan pelbagai jenis daging lain, halal
atau haram)’. Kemudian beliau mengunjungi Basman yang penduduknya dianggap
tidak mengenal undang-undang kecuali undang-undang rimba dan mereka
mengaku berada di bawah pemerintahan Kublai Khan, tetapi tidak pernah
menghantar ufti kepadanya oleh kerana mereka tinggal jauh dan tidak mungkin
All The Best
orang Mongol akan datang ke negeri mereka. Di bandar Samara pula, Marco Polo
sempat tinggal selama enam bulan untuk menanti putaran angin. Di sana beliau
menikmati sejenis minuman ‘tuak’ yang dibuat dari pokok anau. Kononnya selama
di Samara itu dia dan rombongannya ditempatkan dalam sebuah kem dan dikawal
ketat supaya mereka terselamat daripada gangguan penduduk yang gemar makan
daging manusia. Selepas itu beliau melawat bandar Dagroin (Pedir sekarang) yang
menurutnya pernah dilihatnya upacara ‘cannibalistic’ (makan daging sesama
manusia) di bandar itu. Kemudiannya dia tiba di Lambri, sebuah bandar pelabuhan
yang katanya mempunyai rakyat yang amat aneh iaitu mereka mempunyai ekor.
Akhirnya beliau mengunjungi bandar Fansur, sebuah bandar yang terkenal dengan
kapur barusnya yang bermutu tinggi.

Sebagai seorang Kristian yang hidup pada Zaman Pertengahan dan lebih-lebih lagi
pada zaman-zaman akhir Perang Salib (1097-1292), pandangannya yang begitu
buruk terhadap penduduk Sumatera tersebut tidaklah menghairankan sangat.
Rupa-rupanya dari catatan-catatan Marco Polo lah yang telah membuka mata bagi
orang-orang Barat untuk menjelajah Nusantara.

Keluarga Polo berkhidmat untuk Kublai Khan selama 17 tahun. Pada tahun 1292
mereka kembali ke Venice melalui Parsi dengan menaiki jong China. Dari Hormus
mereka mengikut jalan darat ke Trebizond dan kemudian belayar ke Venice melalui
Konstantinople. Perjalanan pulang ini memakan masaselama 3 tahun dan semasa
sampai di Venice mereka telah mengembara selama 24 tahun. Marco telah berumur
39 tahun ketika itu.Bila berlaku peperangan antara Venice dan Genoa, Marco Polo
ditawan semasa mempertahankan bandarnya. Semasa dipenjara, Marco Polo
menceritakan pengalamannya kepada Rustichello yang kemudian menerbitkan buku
bertajuk ‘The Travels or Marco Polo’.Buku ini banyak mempengaruhi penjelajah
kemudian seperti Christopher Columbus.

Pada tahun 1368 orang China memberontak melawan pemerintah Mongol dan
melantik maharaja sendiri dan menghalang kemasukan pelawat Eropah. Jauh di
bahagian Barat orang Mongol telah memeluk Islam dan tidak menyambut baik
kedatangan orang Kristian. Dengan itu jalan darat ke Timur terhalang semula.

Meskipun wujud laporan Marco Polo, namun tindakan tidak diambil sehinggalah
abad ke-15 apabila orang Portugis mula gigih berusaha untuk mencari punca
kekayaan di Timur yang menjadi legenda terutamanya rempah.

Vasco da Gama

Vasco da Gama ( 1460-1524) adalah seorang kapten tentera laut Portugis . Beliau
ditugaskan oleh raja Portugis untuk menyiasat sama ada wujud laluan ke India
dengan mengelilingi hujung selatan Afrika yang ditemuiBartholomeu Dias pada
tahun 1487. Sebenarnya berikutan sampainya Pedro da Covinha di India pada tahun
1487dengan menyeberangi Laut Mediterranean dan melayari Laut Merah orang
Portugis menanam tekad untuk mencari jalan ke timur (selepas membaca laporan

All The Best


da Cavinha yang menceritakan bagaimana beberapa buah negara kecil yang
ditemuinya telah menjadi kaya hasil perdagangan mereka negara-negara tersebut
dengan dunia Arab).

Vasco da Gama bertolak dari Lisbon dengan 4 buah kapal dan 170 orang anak
kapal. Beliau belayar ke Malindi di pantai timur Afrika . Melalui pertolongan
beberapa orang Arab sebagai pemandu, mereka sampai ke pelabuhan Kalikat di
pantai barat daya India pada bulan Mei 1498. Malangnya pedagang Islam tidak
tertarik dengan barang dagangan da Gama dan tidak suka orang Eropah Kristian
campur tangan dalam perdagangan mereka. Vasco da Gama hanya dapat membeli
sedikit rempah dan barangan lain untuk dijadikan sebagai bukti yang beliau telah
menemui jalan ke timur. Selepas 3 bulan berada di India, beliau kembali ke Portugal
dengan 55 orang anak kapal dan disambut sebagai wira. Perjalanan pulangnya ke
Portugas mengambil masa 3 bulan lebih lama dari pelayaran semasa pergi. Vasco
da Gama melancarkan satu lagi ekspedisi perdagangan ke India pada tahun 1502 .
Pada tahun 1524 beliau kembali ke India sebagai wizurai untuk memerintah koloni
Portugal yang baru tetapi malangnya beliau meninggal dunia sejurus sampai ke
situ.

ChengHo

Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah China yang


sangat masyhur. Kemasyhurannya sering dikaitkan dengan armadanya yang
dianggap terbesar yang pernah dilancarkan atas nama penjelajahan. Beliau
mengetuai 27,000 orang anak kapal dan 317 buah kapal (sebenarnya dipanggil jong
)dan ekspedisi beliau mengandungi sehingga 63 buah kapal yang belayar

bersama-sama. Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira 2 tahun


setiap satu. Penjelajahannya dilakukan antara tahun 1405 hingga tahun 1433.
Armada ini belayar ke sebahagian besar Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera,
Siam, Tanah Melayu, dan Borneo. Eksepedisi lain telah ke India, Kepulauan Maldives,
Teluk Pars, negara Arabi dan pantai timur Afrika (1415). Ada kemungkinan mereka
juga telah mengelilingi Tanjung Harapan pada kira-kira 70 tahun sebelum orang
Eropah melakukannya. Ini dikaitkan dengan adanya satu peta China pada tahun
1420 dengan jelas menunjukkan sebahagian pantai barat Afrika. Tujuan mereka
ialah untuk berdagang, mengutip cukai daripada koloni China dan mengumpul
maklumat.Beberapa buah kapal telah dihantar untuk meninjau eksepedisi di Lautan
Pasifik dan ada kemungkinan mereka sampai di pantai utara Australia.

Selepas kemangkatan Maharaja Cheng Tsu, kemasyhuran Cheng Ho mulai merosot.


Beliau dibenarkan membuat satu sahaja lagi pelayaran iaitu pada tahun 1433 iaitu
sebelum China membuat dasar tutup pintu kepada dunia luar. Seratus tahun
kemudian orang Eropah telah tiba ke sebahagian besar dunia yang sebelum ini

All The Best


pernah dijelajahi Cheng Ho. Sekiranya pencapaian Cheng Ho telah diteruskan, maka
sejarah penjelajahan mungkin amat berbeza sekali.

I Ching

Beliau merupakan seorang lagi penjelajah China yang masyhur pada abad ke-7 M.
Beliau merupakan seorang sami Buddha.Antara tempat-tempat yang pernah
dilawatinya ialah Tanah Melayu dan India. Semasa melawat Tanah Melayu iaitu
ketika singgah di Kedah pada tahun 671 beliau mendapati kerajaan Kedah Tua
merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dan makmur. Dalam catatannya semasa
singgal ke Kedah sekambalinya dari India menyebut bahawa Kedah masa itu dijajah
Srivijaya. I Ching juga telah melawat Srivijaya sebanyak dua kali untuk mempelajari
bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab suci agama Buddha.

7.2 Asal usul

Susur galurkan sejarah penjelajahan dan penerokaan yang berlaku dalam tamadun
awal.

Tamadun Mesopotamia

Mesopotamia merupakan tamadun awal yang terkenal dengan penggunaan roda


sebagai alat pengangkutan. Melalui sistem pengangkutan yang ada di tamadun ini
mereka menjalin hubungan perdagangan dengan kawasan-kawasan jiran.Selama
beribu-ribu tahun saudagar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang
merentasi Asia. Sebab itulah banyak barang dari negara luar boleh ada di
Mesopotamia, begitu juga barang-barang dari Mesopotamia dijual ke negara-
negaraluar.

Tamadun Mesir

Tamadun Mesir Purba yang berkembang kira-kira 5000 tahun dahulu di lembah
Sungai Nil yang subur telah menjalin hubungan dengan kerajaan dan penduduk lain
di Timur Tengah. Namun begitu, ekspedisi ke bahagian Afrika yang lain di selatan
nampaknya amat jarang sekali. Ekspedisi yang pernah dilakukan dicatat secara
terperinci dalam inskripsi di dinding sebuah kuil di barat Thebes. Satu contoh yang
masyhur ialah ekspedisi besar yang dilancarkan ketika Mesir di bawah
pemerintahan Ratu Hatshepsut (ratu ini memerintah antara tahun 1501 SM – 1479
SM) pada tahun 1492 SM ke ‘Tanah Punt’ yang dipercayai terletak di kawasan
Somalia moden. Ekspedisi ini bermatlamatkan perdagangan. Catatan mengisahkan
tentang banyak barang dagangan seperti dupa, eboni, gading, emas, perak dan
monyet hidup dibawa balik oleh kapal-kapal ekspedisi. Ekspedisi itu mungkin telah
menggunakan jalan darat dari Thebes untuk menaiki kapal-kapal di Laut Mereah.
Kapal-kapal itu kemudian belayar kira-kira 2000 km dari Laut Merah ke Punt

All The Best


Phonecia pernah menjadi wilayah Empayar Mesir pada masa-masa yang berbeza.
Pada kira-kira tahun 600 SM, Firaun Necho II mengasaskan armada Phonecia untuk
mencari jalan dari Laut Merah ke Mediterranean.Ekspedisi berani Firaun Necho
mengelilingi Afrika adalah didorong oleh keinginan baginda untuk mencari jalan
perdagangan yang boleh menghubungkan Laut Merah dengan Delta Nil. Mereka
nampaknya berjaya mencapai tujuan ini dengan belayar mengelilingi Tanjung
Harapan. Mereka melaporkan kedudukan matahari yang berada di sebelah kanan
sambil mereka belayar dari timur ke barat mengelilingi hujung selatan Afrika .
Malangnya ramai dari penduduk di sebelah utara yang tidak pernah mengalami
keadaan ini tidak percaya dengan laporan tersebut. Orang Phonecia merupakan
pelaut yang pakar pada zaman itu. Menjelang abad ke-7 SM, mereka telah belayar
melepasi Selat Gibraltar ke Madeira dan Kepulauan Canary. Di situlah mereka telah
berdagang bahan pencelup. Pada tahun 470 SM, Jeneral Hanno dari Carthage
mengetui satu angkatan armada besar menuju arah ini dan meneruskan pelayaran
di sepanjang pantai barat Afrika. Dalam tempoh seribu tahun, penjelajahan orang
Mesir berkembang dengan perlahan dan tumpuan terutamanya pada patai Afrika
atas tujuan perdagangan. Juga dikatakan bahawa ekspedisi itu tidak diulang oleh
sesiapa pun selama 2000 tahun selepas itu.

Pada kira-kira pada tahun 2300 SM, seorang pegawai bernama Harkhuf telah
dihantar untuk membawa ekspedisi ke Yam, Nubia. Tatkala melepasi Riam Pertama
di Sungai Nil, beliau pun melintasi sempadan terjauh dalam dunia yang diketahui
orang Mesir Purba. Catatan perjalanan beliau dapat dilihat pada inskripsi di makam
beliau di Pulau Elephantine, Sungai Nil. Sejarah Mesir juga mencatatkan bahawa
ketika Mesir di bawah pemerintahan Kerajaan Pertengahan iaitu di permulaan abad
ke-20 SM, Amenemhet III telah menghantar kapal-kapal jauh ke luar negari untuk
mencari barang dagangan. Mereka membuat perhubungan dengan Crete, Syam,
Babylon dan kawasan-kawasan selatan. Tidak hairanlah orang Mesir dengan mudah
memperolehi bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet mumia seperti myrrh
dan kemenyan dari luar negeri kerana telah wujud penjelajahan waktu itu.

Tamadun Graeco-Roman

Orang-orang Greek melakukan penjelajahan dan penerokaan kerana tanah Greek


tidak subur untuk menampung penduduk yang kian bertambah. Bagi mengelakkan
daripada berlakunya pembahagian tanah milik mereka, pemerintahnya telah
menghantar penduduknya ke negara lain terutama ke kawasan selatan Greek. Inilah
punca penerokaan secara besar-besaran yang telah merobah bentuk dunia
Mediterranean dalam beberapa generasi.

Tanah jajahan Greek dibuka untuk perdagangan dan sebagai tempat pertemuan
perniagaan antara kota-kota. Kawasan-kawasan itu terletak di pesisiran laut
Mediterranean dan Laut hitam. Berita tentangnya dibawa pulang oleh pengembara
yang menjelajah secara perseorangan sebagai pedagang atau perompak laut.
Mereka menemui lombong-lombong emas di Tartessus.

All The Best


Ekoran dari penjelajahan dan penerokaan orang-orang Greek itu, petempatan-
petempatan Greek ditubuhkan di Pulau Sicily, Pulau Cyprus, Corsica dan pesisiran
Laut Mediterranean, Laut Aegeann dan Laut Hitam. Mereka seterusnya telah
menyebarkan kebudayaan dan pemikiran Greek. Antara faktor-faktor pemilihan
sesatu tanah jajahan itu ialah pelabuhan yang baik, terdapat air untuk minuman
dan tanah yang subur.

Menjelang kira-kira tahun 750 SM, bangsa-bangsa Yunani dan Phoenicia telah
menjelajah sebahagian besar kawasan Mediterranean dan mewujudkan koloni
perdagangan. Orang Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang amat arif
di Mediterranean.Orang Rom telah mempelajari cara membuat kapal berpandukan
rangka kapal orang Phoenicia. Menjelang tahun 702 SM orang Phoenicia telah
menubuhkan koloni di seluruh Mediterranean. Tamadun Yunani Purba merupakan
yang pertama di Eropah yang cuba menganalisis dunia dari sudut sains. Antara
tahun 310-306 SM penjelajah Yunani yang bernama Pytheas telah menyusuri pantai
–-Atlantik ( Portugal) dan dikatakan telah mengelilingi Britain sebelum belayar
pulang. Pelayaran Pytheas bukanlah atas dorongan perdagangan tetapi atas minat
sains yang sebenar. Ahli geografi dan astronomi pula menggunakan pencerapan
serta maklumat daripada penjelajah untuk membuat peta kawasan Mediterranean
dan peta dunia. Ptolemy (seorang ahli astronomi Mesir-Yunani ) telah menghasilkan
peta dunia yang terbaik sehingga abad ke-15 hasil dari maklumat yang diperolehi
dari ahli geografi yang diperolehi penjelajah.

Iskandar Zulkarnain Agung (356-323 SM) yang berasal dari Makedonia pernah
menjadi penguasa Greek yang diwarisi dari ayahnya, Philip II merupakan seorang
penjelajah dan peneroka yang hebat sekali. Baginda telah menjelajah dan menawan
wilayah Parsi, Mesir, Mesopotamia. Dalam proses penjelajahannya, baginda telah
mengumpulkan maklumat tentang geografi kawasan yang jatuh ke tangan baginda.
Tenteranya diiringi sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli
astronomi. Ahli geografinya memetakan wilayah taklukan yang merentang dari
Sungai Indus ke timur Mediterranean. Orang Rom terus mengembangkan
pengetahuan dunia yang diasaskan oleh orang Yunani. Namun tujuan mereka agak
berbeza. Pada dasarnya, pembuat peta dan juruukur Rom berperanan untuk
mewujudkan dan mengekalkan Empayar Rom.

Semasa Rom sebuk meluaskan penjajahannya, Empayar Rom merangkumi kesemua


kawasan yang bersempadan dengan Mediterranean dan menuju ke timur hingga
Mesopotamia dan meliputi keseluruhan barat Eropah hingga ke utara (Britain).
Dengan itu, penjajahan Rom menjadikan bangsanya menjelajah jauh sekali ke
negara-negara lain.

Orang Rom juga mengetahui tentang India melalui kempen penjajahan Iskandar
Zulkarnain dan mereka juga mengetahu serba sedikit tentang Timur Jauh ekoran
barang dagangan yang tiba dari China ke dunia Rom melalui Jalan Sutera. Namun
orang Rom jarang mengembara melepasi sempadan mereka. Mereka banyak
mengembara di dalam kawasan empayar mereka. Orang Yunani Purba dan Rom
All The Best
telah menerbitkan buku serta panduan pelancongan untuk pelancong. Salah sebuah
buku yang masyhur ialah ‘Hellados Periegesis" ( Panduan Melawat Yunani) yang
ditulis pada abad ke-2 M oleh penulis Yunani yang bernama Pausanias.

Bagi melicinkan perjalanan, orang Rom telah membina jalan-jalan bagi


menghubungkan antara bandar-bandar di dalam empayarnya. Orang Rom memang
terkenal sebagai pembina jalan raya dan jalan raya yang dibina itu sangat lurus
dengan jarak yang begitu jauh. Jalan-jalan lurus ini bertujuan mempercepatkan
penghantaran bekalan dan utusan serta askar jika berlaku kekacauan.

Bagi mempercepatkan perjalanan melalui laut, orang Rom telah mempelajari cara-
cara membuat kapal berdasarkan rangka kapal orang Phonecia. Dengan itu
penjelajahan melalui jalan laut di sekitar Laut Mediterranean itu membawa kepada
kegiatan menjajah, telah memunculkan Rom sebagai perampas perdagangan di
seluruh Laut Mediterranean dan menjadi kuasa besar di situ.

Menjelang abad ke- 5 M, Empayar Rom mula merosot akibat serangan tentera gasar
dari Eropah Timur ( German). Menjelang tahun 476 M Empayar Rom runtuh. Walau
bagaimanapun, maharaja Kristian Rom yang pertama iaitu Constantine 1 ( 306-337
M) telah mengasaskan Constantinople ( Istanbul, Turki). Constantinople menjadi
pusat Empayar Byzantine Kristian (Rom) yang wujud hingga abad ke-15.Melalui
penjelajahnya yang juga mubaligh, agama Kristian disebarkan ke kawasan-kawasan
yang dijelajahi. Penjelajahan dan pejajahan Rom ke bumi Arab ( Arab Utara dan
Selatan) juga menampakkan motif perdagangan dan penyebaran agama Kristian.

Tamadun China

Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM, namun China mengambil
masa kira-kira 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap dengan tamadun Asia
Barat dan Asia Selatan. Pada tahun 138 SM Chang Chien telah diutus ke Asia Tengah
oleh Maharaja Han Wu Ti untuk cuba membuat perjanjian dengan penduduk di
sempadan barat China bagi menentang puak Hun yang menceroboh. Dalam tempoh
12 tahun beliau mengembara , 10 tahun dihabiskan sebagai tawanan Hun. Selepas
berjaya melepaskan diri, beliau cuba kembali ke China melalui Tibet tetapi ditawan
semula. Walau bagaimanapun akhirnya beliau berjaya kembali ke China dengan 2
orang sahaja daripada 100 orang yang mengikutnya dahulu. Misi beliau gagal tetapi
beliau berjaya membawa balik berita tentang peluang perdagangan dengan Asia
Barat. Hasilnya, tidak lama kemudian ( kira-kira pada tahun 105 SM) jalan
perdagangan baru dibuka untuk membawa barangan seperti rempah ratus, batu
permata, mutiara, sutera, kulit penyu melintasi Gurun Gobi dan gunung ganang
tinggi di Asia Tengah ke Timur Tengah dan Eropah. Mereka mengembara melalui
Asia ke Antioch dan kemudian menaiki kepal ke Rom. Terdapat beberapa batang
jalan yang secara amanya dikenali sebagai ‘ Jalan Sutera’ iaitu laluan perdagangan
antara China dan Barat .

All The Best


Ramai pengembara China yang awal ke Asia Tengah dan Selatan adalah penganut
agama Buddha yang sedang mencari pengetahuan agama di dalam dan di sekitar
India Utara iaitu tempat asalnya agama Buddha. Pengembara yang termasyhur
ialah Hsuan- tsang (596-664M). Beliau mengembara selama 16 tahun bermula pada
tahun 629 SM tanpa menghiraukan larangan Maharaja atas tujuan medalami bidang
agama. Beliau merentasi Asia Tengah melalui Gurun Gobi, melalui jalan yang
berbahaya dan gaung yang gelap ke Bactria, mendaki Hindu Kush dan mendaki ke
timur untuk ke Kashmir dan India. Beliau belajar selama 2 tahun di India, melawat
perpustakaan di biara yang terdapat di Lembah Sungai Ganges. Beliau melawat
Allahabad dan di situ beliau ditangkap lanun tapi dapat melepaskan diri. Dalam
perjalanan pulang ke China, beliau terpaska meredah pelbagai bahaya dan selepas
meninggalkan China selama 16 tahun, akhirnya beliau tiba di Chang-an dengan
membawa 700 buah buku agama, patung dan peninggalan Buddha. Ekspedisinya
dianggap sangat penting hinggakan hukuman ke atasnya telah ditarik balik malah
beliau dihujani penghormatan termasuk dari Maharaja.. Ini agak luar biasa kerana
pengembaraan di luar sempadan China tidak digalakkan manakala bangsa asing
tidak dibenarkan masuk. Atas sebab itu kemajuan tamadun China langsung tidak
diketahui dunia Barat sehinggalah pengembaraan Marco Polo pada abad ke-13.

Saudagar China telah sampai ke Zanzibar ( salah sebuah pelabuhan perdagangan


yang kaya di pantai Afrika Timur, tempat pedagang Arab menetap dan
menyebarkan agama Islam) dan Madagascar menjelang tahun 1180-an ( mereka
sebenarnya telahpun melawat Timur Tengah melalui jalan laut sejak tahun 360 M
lagi). Sebenarnya orang China hanya dibenarkan keluar dari negara China dalam
tahun-tahun tertentu sahaja dalam sejarah China. Salah satu zaman yang
membenarkan ialah pada masa China di bawah pemerintahan Maharaja Cheng Tsu
pada awal Dinasti Ming (1368-1644). Baginda menugaskan seorang pembesar Islam
yang bernama Laksamana Cheng Ho (1371-1435) untuk mengetuai seangkatan
armada besar yang telah melancarkan satu siri tujuh pelayaran penjelajahan yang
bermula pada tahun 1405 hingga tahun 1433. Mereka sampai di Afrika tahun 1415

Pada awal abad ke-13 puak Mongol bersatu di bawah Genghis Khan (1167-1227).
Mereka menceroboh China dari Utara Asia. Menjelang tahun 1241 Genghis Khan
berjaya mewujudkan empayarnya merentang hingga ke sempadan Eropah.Pada
masa ini mereka enggan melayan lawatan diplomatik dari wakil-wakil Eropah
hinggalah kedatangan keluarga Polo. Marco Polo diambil sebagai wakil China ke
Tanah Melayu, Sumatera, Ceylon dan Tibet. Pada tahun 1368 pemberontakan orang
China terhadap pemerintah Mongol berlaku. Kejatuhan kerajaan Mongol di China
membuka lembaran baru dalam sejarah China apabila China menjalankan dasar
menutup pintunya kepada pelawat-pelawat Eropah.

Tamadun Barat

All The Best


Barat atau Eropah selepas kejatuhan Rom pada menjelang abad ke-5 M
menyaksikan peranan gereja dalam usaha mengembangkan agama Kristian. Pada
ketika itu sebilangan pengembara yang agung adalah mubaligh Kristian yang
mengembara untuk menyebarkan Gospel kepada penduduk di sebahagian besar
Empayar Rom Lama. Walau pun Ireland tidak pernah dijajah Rom namun telah
menjadi negara Krisitian selepas kira-kira tahun 440 M. Ramai mubaligh
mengembara dari Ireland untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk
benua Eropah. Malah St Brendan pernah sampai ke Amerika.

Orang Eropah mula menunjukkan minat terhadap Afrika pada Zaman Pertengahan.
Mereka mula menggemari benda mewah dari Timur seperti rempah ratus, sutera,
gula, mutiara dan batu berharga. Namun pada masa itu jalan perdagangan darat
dikuasai oleh orang Turki yang ketika itu sedang berperang dengan orang Eropah.
Keadaan ini menjadikan barangan ini sangat sukar diperolehi dan mahal harganya
sedangkan orang Eropah ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.
Mereka bertekad untuk mencari jalan laut yang mengelilingi Afrika untuk
membolehkan mereka berdagang secara terus dengan India, China dan Pulau
Rempah (Pulau Maluku) di Lautan Pasifik tanpa bertembung dengan orang Turki.

Sebenarnya Eropah menyaksikan banyak penjelajahan dan penerokaan


terutamanya untuk mencari jalan ke Timur Jauh bagi mendapatkan rempah ratus.
Salah sebuah negara Eropah yang giat melakukan penjelajahan dan penerokaan
ialah Portugal. Pada awal abad ke-15 orang Portugis memulakan suatu siri
pelayaran ke selatan pantai barat Afrika untuk mencari jalan laut ke Timur Jauh.
Salah seorang yang sangat berminat dalam penerokaan ini ialah Putera Henry
(1394-1460). Beliau dikenali sebagai ‘Henry Pelayar’ walaupun sepanjang hayatnya
beliau tidak pernah belayar! Beliau terkenal sebagai penjelajah yang duduk diam di
rumah sahaja. Beliau tertarik dengan kekayaan di timur dan mendapat inspirasi
daripada cerita tentang paderi raja agama Kristian iaitu Prestor John yang
dipercayai tinggal di suatu tempat di Afrika. Henry membina sebuah sekolah untuk
melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping membina limbungan kapal. Beliau
mengambil cendikiawan, ahli geografi, ahli astronomi dan pelaut. Beliau mendorong
orangnya mengetuai ekspedisi . Selama 12 tahun beliau telah menghantar
sebanyak 14 ekspedisi tetapi apabila sampai di Tanjung Bojadur, ekspedisinya
berpatah balik kerana dihantui oleh kepercayaan bahawa di Khatulistiwa , suatu
kawasan yang dikenali sebagai ‘Laut Hijau Yang Gelap’, matahari berada sangat
hampir dengan bumi sehingga kulit manusia terbakar hitam, laut menggelegak dan
terdapat kolam berpusar dan kabus hijau yang tebal, tempat tinggal raksaksa yang
menunggu untuk membaham mereka. Salah satu ekspedisi yang dihantar Henry
ialah yang diketuai oleh Gil Eannes. Pada tahun 1434, Gil Eannes menjadi ahli
pelayaran yang pertama berani belayar ke selatan iaitu ke Tanjung Bojadur. Lima
puluh tahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 1487 Maharaja John II menghantar
satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal diketuai oleh Bartolomeu Dias
atas tujuan membuka jalan laut di hujung Afrika Selatan. Maharaja John II percaya
bahawa jalan ke Timur akan menjadi mudah jika Lautan Hindi dapat diterokai.
All The Best
Pada tahun 1487 juga Pedro da Covilha bersama-sama Alfonso de Paiva membuat
satu misi rahsia. Covilha diarahkan mencari maklumat sebanyak mungkin tentang
jalan ke India sementara Paiva pula diarahkan mencari kerajaan Prestor John di
Afrika. Mereka menyeberangi Laut Mediterranean dan belayar ke selatan Laut
Merah. Paiva telah hilang, sementara Covilha sampai ke India dan kemudiannya
menetap di Habsyah (Abyssinia/Ethiopia) Covilha telah melaporkan pelayarannya ke
India kepada kerajaan Portugal.

Vasco da Gama (1460-1524) pula dihantar oleh Raja Manuel, raja Portugal untuk
memastikan sama ada jalan ke India dengan mengelilingi Afrika seperti yang
dilaporkan sebelum ini benar-benar wujud. Pada tahun 1497 Vasco da Gama telah
menyusuri bahagian atas pantai timur Afrika dan akhirnya menemui jalan laut ke
India yang selama ini cuba dicari-cari oleh pengembara Eropah.. Angkatannya
meredah Lautan Hindi selama 23 hari dan setelah 10 bulan belayar barulah beliau
sampai di Calicut, India. Dalam perjalanan mereka ke Timur, orang Portugis telah
bertemu dengan peluang perdagangan yang lumayan di Afrika Barat terutama
sekali emas, gading dam hamba. Perdagangan hamba berkembang pesat antara
abad ke-16 hingga 19. Orang Portugis kemudiannya melancarkan ekspedisi tentera
laut secara agresif . Mereka menubuhkan kubu di Ceylon pada tahun 1505 dan
menawan Goa pada tahun 1510. Namun mereka masih belum menemui sumber
rempah ratus. Dengan itu mereka pun terus belayar ke arah timur. Pada tahun 1511
satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal di bawah pimpinan Antonio de
Abreu telah belayar dari Melaka (masa itu Portugis telah pun menawan Melaka).
Pada tahun 1512 mereka telah sampai ke Pulau Banda. Ini membuka jalan ke
Kepulauan Maluku yang merupakan satu-satunya sumber buah pala dan bunga
cengkih di dunia pada masa itu. Akhirnya orang Portugis berjaya sampai di
Kepulauan rempah yang selama ini menjadi legenda itu. Selepas itu .mereka
menuju ke utara iaitu ke China dan menjelang tahun 1540-an menjadi orang Eropah
pertama sampai di Jepun.

Sepanyol juga tidak ketinggalan dalam usaha mencari jalan ke Timur. Melalui
Christopher Columbus, Sepanyol cuba mencari jalan ke Timur Jauh melalui arah
Barat iaitu arah yang bertentangan dengan jalan sebelum ini (menyusuri pantai
Afrika) tetapi gagal menemui negara China. Sebaliknya, diluar tujuan sebenar, atau
tanpa sengaja dia menemui benua Amerika!.Pada tahun 1511 pula Sepanyol
membiayai pelayaran Magellan untuk mencari jalan perdagangan ke timur dan
menuntut Pulau Maluku. Dia hanya sampai di Filipina setelah menyusuri Amerika
Selatan. Kematiannya di Filipina menyebebkan rakannya yang bernama Sebastian
del Cano mengambilalih mengetuai pelayaran kembali ke Sepanyol.

Seperti orang Sepanyol, orang Inggeris dan Perancis juga ingin mencari kekayaan di
Timur dengan cara belayar ke arah Barat. Mereka tidak mengikut jalan orang
Sepanyol mengelilingi Amerika Selatan, sebaliknya mereka mencari jalan baru
mengelilingi Amerika Utara. Mereka berkeyakinan menemui selat yang boleh dilalui
oleh kapal mereka. Jalan ini dikenali sebagai Laluan Barat Laut.Satu ekspedisi yang
All The Best
diketuai oleh Martin Frobisher bersama 3 buah kapal bertolak dari London pada
tahun 1576 tetapi gagal menemui Laluan Barat Laut. Beberapa ekspedisi lain yang
dihantar seperti yang diketuai oleh John Davis ( antara tahun 1585 hingga
1587),Henry Hudson (1610), William Baffin dan Robert Bylot (1616) semuanya gagal
menemui Laluan Barat Laut. Sejak itu hingga berabad-abad lamanya orang Inggeris
masih gagal menemui Laluan Barat Laut hinggalah pada abad ke-20 nanti.

Seorang lagi ahli pelayaran Inggeris yang terkenal ialah Francis Drake (1545-1596).
Dia dianggap sebagai penjelajah kedua yang mengelilingi dunia. Penjelajahannya
dilakukan 50 tahun selepas pelayaran Magellan.. Orang Sepanyol menganggapnya
sebagai lanun kerana beliau banyak kali menyerang petempatan orang Sepanyol di
Caribbean dan Amerika Tengah. Pelayarannya berlangsung antara tahun 1577
hingga 1580.Pada tahun 1577 beliau dihantar oleh Ratu Elizabeth I ke Selat
Magellan (menjelajah laut-laut selatan) atas tujuan untuk mengaut kekayaan dan
rempah dengan membawa lima buah kapal. Setelah mengelilingi dunia selama 3
tahun, akhirnya beliau pulang ke England dengan sebuah kapal sahaja.

Perancis turut cuba mencari laluan terus ke Timur. Pada tahun 1534 Raja Francois I
mengarahkan Jacques Cartier mencari jalan barat ke Pasifik dan mendapatkan
kawasn baru bagi Perancis tapi usaha-usahanya gagal. Usaha itu diteruskan oleh
orang-orang Perancis yang lain yang akhirnya menemukan mereka dengan Amerika
dan membina empayar Perancis di Amerika.

Orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark yang sering dikenali
sebagai penyerang itu juga merupakan penjelajah dan pedagang. Mereka mula
belayar ke Barat pada abad ke-9 untuk mencari kawasan baru. Menjelang tahun 860
ada di kalangan mereka telah sampai ke Iceland dan menetap di situ. Dalam
perjalanan yang kerap ke Barat, mereka telah menjadi orang Eropah pertama yang
menemui Amerika. Menjelang abad ke-11 terdapat petempatan Viking merentasi
utara Eropah dari Rusia ke Ireland. Ekspedisi perdagangan membawa mereka jauh
hingga ke Laut Mediterranean dan menghilir Sungai Volga ke Laut Kaspia.

Tamadun Arab

Penjelajahan orang Arab lebih bermotifkan perdagangan. Zaman sebelum


kedatangan Islam lagi iaitu zaman jahiliah telah ada bukti-bukti yang menunjukkan
bahawa mereka telah menjelajah sampai ke India, Asia Tenggara dan China (jalan
laut). Ketika Yaman terkenal sebagai pusat perdagangan utama di semenanjung
Tanah Arab, pelabuhan di Yaman telah menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dari
Timur dan tempat memulakan pelayaran ke Timur. Orang-orang Arab bukan sahaja
terkenal sebagai pelayar bahkan pengembara padang pasir melalui sistem kafilah.
Mereka telah memonopoli perdagangan Timur dan menjadikan saudagar-saudagar
Venice dan Genoa sebagai orang tengah mereka dalam memasarkan barang-barang
ke Eropah. Hal ini berterusan sehingglah mereka memeluk agama Islam. Inilah

All The Best


antara sebab orang-orang Eropah ingin sangat mencari jalan ke timur iaitu ingin
memecahkan monopoli perdagangan orang Arab.

Tamadun Melayu

Alam Melayu tidak banyak menyaksikan penjelajah dan peneroka tetapi sering
dijelajah dan diteroka. Namun begitu ketika Srivijaya muncul sebagai pusat agama
Buddha di Nusantara, Srivijaya telah menghantar penuntut-penuntutnya ke
Nalanda, India Selatan bagi menyambung pengajian agama Buddha di situ. Dengan
itu mereka juga dianggap sebagai penjelajah atas motif menuntut ilmu. Berkaitan
dengan menuntut ilmu ini, kerajaan Srivijaya telah membina sebuah kuil di
Nagapatnam, India Selatan pada tahun 1005M. Selain dari itu Srivijaya juga
menghantar banyak rombongannya ke China untuk mengeratkan perhubungan
diplimatik dan perdagangannya dengan China. Dengan itu dapat didkatakan
bahawa penjelajahan orang Srivijaya lebih kepada motif perdagangan dan menimba
ilmu.

Tamadun India

Penjelajahan orang India dalam tamadun awal kurang didedahkan oleh ahli-ahli
sejarah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud penjelajahan orang-
orang India terutamanya atas motif perdagangan dan agama. Orang-orang India
telah menjelajah ke bahagian timut tengah dan Asia Tenggara sebelum penjelajahan
orang-orang Barat lagi atas tujuan perdagangan. Ini terbukti dengan adanya kapal-
kapal orang India di pelabuhan Yaman. Mereka juga menjelajah ke Asia Tenggara
untuk memperluaskan perdagangan dan menyebarkan agama Hindu sejak sebelum
abad pertama Masihi lagi. Penjelajahan atas tujuan perdagangan ini kemudiannya
telah mewujudkan penjajahan. Ini dapat dibuktikan dengan penjajahan Raja
Rajendra I (Raja Chola dari India Selatan) ke atas kerajaan-kerajaan Srivijaya di
Semenanjung Tanah Melayu (seperti Kedah dan Ligor) dan di Sumatera (seperti
Palembang) pada sekitar tahun 1025M.

7.3. Pencapaian dan Sumbangan

1. Jelaskan bagaimana ilmu pelayaran dan geografi berkembang akibat


daripada aktiviti penjelajahan dan penerokaan

2. Susur galurkan asal usul dan perkembangan dalam ilmu pelayaran dan
geografi

Penjelajahan dan penerokaan telah mengembangkan ilmu pelayaran dan geografi.


Zaman Hellenistik (percampuran budaya Yunani dan bukan Yunani khususnya Parsi)
dalam sejarah Greek telah menggalakkan penyelidikan sains. Ekspedisi-ekspedisi
Iskandar Zulkarnain merentasi Asia telah membuka bidang-bidang pengetahuan

All The Best


baru kepada orang Greek dan telah membangunkan minat terhadap penyelidikan
saintifik.Semasa Iskandar Zulkarnain membuat penjelajahan ke Asia, tenteranya
diiringi oleh sekumpulan juruukur, ahli geografi, ahli matematik dan ahli astronomi.
Pakar-pakar tersebut telah memetakan wilayah taklukan yang merentang dari
Sungai Indus ke timur Mediterranean. Peta Eropah yang dibuat pada lebih 1500
tahun selepas penjelajahan Iskandar telah menggunakan maklumat tentang Asia
yang diperolehi dari Iskandar. Orang Rom mengembangkan pengetahuan mereka
tentang dunia melalui orang Yunani dan pengetahuan tentang India melalui
penjelajahan Iskandar Zulkarnain. Ahli kaji bintang telah membuat penyelidikan
melalui perjumpaan-perjumpaan zaman dahulu di Babylon; mereka belajar mengira
sukatan dunia. Ada di kalangan mereka mengemukakan teori-teori peredaran dunia
mengelilingi matahari. Ahli geografi yang terkenal iaitu Erotosthenes (275 – 200 SM)
adalah orang yang mula-mula mengajar tentang lautan di dunia dan memulakan
lukisan peta dengan menggunakan garis bujur dan garis lintang. Ptolemy, seorang
ahli astronomi Mesir-Yunani yang bertugas di Perpustakaan Iskandariah, Mesir dari
tahun 127 hingga 150M telah mengumpulkan pelbagai ilmu Yunani tentang Geografi
bagi menghasilkan peta dunia yang terbaik sehingga abad ke-15. Selepas pelayaran
Kapten Cook (1780) ke Hawaii barulah peta dunia yang lebih sempurna dihasilkan
( pada abad ke-18).

Penjelajahan dan penerokaan juga telah mengembangkan ilmu pelayaran. Orang


Rom belajar membuat kapal berdasarkan bangkai kapal orang Phoenicia. Orang
Phoenicia adalah pembuat kapal dan pedagang yang terpakar di Mediterranean dan
telah menubuhkan koloni di seluruh kawasan Mediterranean pada abad ke-8.SM.
Pada abad ke-15, Putera Henry (1394-1460)yang terkenal dengan jolokan ‘Henry
Pelayar’ ( Henry the Navigator) telah menubuhkan sebuah sekolah pelayaran yang
masyhur di Sagres, Portugal. Di akademi tersebut beliau mengumpulkan kemahiran
ahli pelayaran, ahli geografi, pembuat peta, ahli astronomi dan pembina bot. Beliau
menganjurkan beberapa ekspedisi Portugis ke timur walaupun beliau sendiri tidak
pernah menyertai pelayaran-pelayaran yang dianjurkannya itu. Ekoran usaha
beliau, sekolah-sekolah pelayaran telah ditubuhkan di tempat-tempatlain di
Eropah.Berkait dengan penjelajahan dan penerokaan melalui laut, pelbagai jenis
alat pandu arah digunakan dengan luasnya pada abad ke-15 seperti kompas, alat
bahagi, jam pasir, carta bintang dan jadual. Sesiku laut pula digunakan untuk
mengukur sudut matahari bagi mengira latitud kapal.

All The Best