Anda di halaman 1dari 2

A.

PENGENALAN Bidang pemprosesan makanan sejuk beku menawarkan berbagai kerjaya serta sumber pendapatan yang agak lumayan kepada sesiapa yang berminat dan menceburi diri dalam sektor ini secara langsung atau tidak langsung. Antaranya adalah Pengusaha Produk Sejuk Beku, Pengilang Produk Sejuk Beku, Tenaga Pengajar / Jurulatih Produk Sejuk Beku Dan Pembekal Produk Sejuk Beku. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pemprosesan makanan sejuk beku. Ia diharapkan dapat menjadi sumber pendapatan kepada golongan ini.

B. KUMPULAN SASARAN Program ini melibatkan golongan kumpulan sasaran seperti: Pengusaha/Peniaga kuih-muih basah Penganggur Lepasan Graduan Surirumah Ibu tunggal

C. LOKASI Kursus dilaksanakan di Kolej Komuniti Arau Perlis.

D. RASIONAL Produk makanan sejuk beku adalah merupakan teknologi yang kian popular dan terkini dalam industri pemprosesan makanan. Namun, produk-produk yang terdapat di pasaran adalah lebih kepada makanan-makanan komersial seperti nugget, jejari kentang dan sebagainya. Oleh sebab itu, kursus pemprosesan makanan sejuk beku ini adalah memberi fokus kepada kuih-muih tradisional, roti canai dan murtabak. Adalah menjadi harapan agar peserta-peserta ini akan mempelbagaikan produk sejuk beku di pasaran terutamanya yang halal.

E. TEMPOH PELAKSANAAN 30 hari Kursus dijalankan 2 hari seminggu (Sabtu & Ahad).

F. KANDUNGAN KURSUS Rujuk Lampiran 1

G. KAEDAH PERLAKSANAAN Kursus / Latihan amali Latihan Keusahawanan Pemantauan oleh Unit Pembangunan Keusahawanan KKAP selepas tamat kursus.

H. ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran 2

I. JADUAL KURSUS Rujuk Lampiran 3

J. KESIMPULAN Melalui program yang dirancang diharap KKAP akan dapat melahirkan usahawan yang berjaya sekaligus membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat.

Anda mungkin juga menyukai