Anda di halaman 1dari 4

Model Terapi Realiti William Glasser. Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser.

William Glasser merupakan seorang psikiatari dan konsultan pendidikan. Beliau juga telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan disiplin. Buku pertama beliau bertajuk Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry. Pada tahun 1984 pula, beliau telah mengasaskan teori kawalan. Teori kawalan ini membincangkan proses tingkah laku dalaman secara psikologi dan fisiologi yang berkaitan dengan keperluan manusia. Namun begitu, beliau menukarkan teori kawalan kepada teori pilihan kerana merasakan teori itu meragukan dan sukar diterima oleh orang ramai. Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah berlaku akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :
merupakan keperluan asas individu. guru perlu memberi perhatian dan mengambil berat akan pelajar. pandangan murid diambil kira dalam pembentukan bilik darjah. peneguhan diberikan kepada murid yang layak.

Kasih Sayang

Mempunyai kuasa dan kawalan

rasa dipunyai berkait rapat dengan kuasa dan kawalan. murid diberi pilihan untuk memilih aktiviti bilik darjah yang bersesuaian dengan minat mereka. murid mempunyai peluang untuk membuat pilihan dan perlu dibimbing untuk membuat pilihan.

Kebebasan

hal ini berkait rapat dengan kebebasan untuk menentukan matlamat hidup. guru harus membimbing dan beri kebebasan kepada pelajar untuk membuat tugasan.

murid akan lebih fokus apabila mereka berasa seronok. guru perlu memikirkan aktiviti yang akan beri keseronokan kepada pelajar. elakkan aktiviti yang sama dan berulang. Keseronokan guru perlu pelbagaikan kaedah dan strategi p&p.

Berdasarkan konsep terapi pilihan, Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Terapi Realiti merupakan suatu kaedah untuk membantu individu merangka kehidupan sendiri, membuat pilihan yang tepat dan sesuai serta membina kekuatan diri untuk menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Fokus utama model ini ialah individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri. Idea utama dalam Model Terapi ini ialah tidak kira apa yang berlaku pada masa lalu atau sekarang, individu berhak memilih tingkah laku yang boleh memenuhi empat keperluan asas tadi. Pendekatan ini telah dibuktikan berkesan apabila kauseling diberikan kepada individu yang mempunyai masalah tingkah laku dan juga sesuai diaplikasikan di dalam konteks bilik darjah. Melalui terapi realiti, guru dapat membantu murid mengenal pasti akibat yang akan berlaku daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat haruslah realistik dan dipilih oleh murid itu sendiri dan bukannya guru. Murid kemudian mengemukakan pelan rancangan untuk membantu murid menguruskan tingkah laku yang dilakukannya. Guru perlulah bertindak sebagai pembimbing untuk membantu murid melakukan pilihan tersebut dan melaksanakannya. Bagi mewujudkan kurikulum yang berkualiti, Glasser menekankan bahawa kurikulum haruslah bermula dengan perancangan, permulaan pengajaran yang memotivasikan, perbincangan yang berpusatkan murid dan guru seharusnya memberi peluang kepada murid. Glasser juga meyatakan bahawa kurikulum yang

menyeronokkan ialah apabila murid dapat belajar sesuatu yang menyeronokkan dan berguna untuk mereka dalam kehidupan. Guru yang membimbing murid akan faham keadaan murid tersebut, menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan dan sentiasa mengadakan kolaborasi dengan murid. Tambahan lagi, guru akan menggalakkan murid meneroka p&p yang diajarkan kepada mereka serta menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan Akhir sekali, untuk mewujudkan kurikulum yang baik, guru

sepatutnya menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Menurut Glasser (1993), untuk meningkatkan kualiti pengajaran, persekitaran bilik darjah seharusnya berada dalam keadaan yang kondusif dan tenang. Ini boleh dilakukan dengan cara luangkan masa bersama murid untuk menggalakkan proses komunikasi yang baik antara guru dan murid. Di samping itu, guru perlu mempunyai sifat sebagai pembimbing bukan pengarah. Guru seharusnya tidak memaksa dan hanya memberikan arahan kepada murid. Selain itu, tugasan p&p perlulah yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid. Ini akan memudahkan lagi penerimaan murid terhadap sesuatu tugasan itu. Akhir sekali, bagi meningkatkan kualiti pengajaran, guru perlu member peluang dan galakan kepada murid untuk memberikan hasil yang terbaik serta menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya. Glasser turut menekankan tentang bagaimana untuk membina bilik darjah yang berkualiti. Antaranya ialah dengan mengelakkan amalan tabiat buruk dan diganti dengan tabiat yang boleh mengekalkan hubungan baik antara guru dengan pelajar. Seterusnya, guru digalakkan untuk menyampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian guru itu sendiri. Ini akan membantu untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang baik. Selain itu, aspek yang paling penting untuk mewujudkan bilik darjah yang berkualiti ialah dengan cara membina hubungan baik antara guru dan murid. Guru juga perlu menetapkan peraturan bilik darjah setelah membuat perbincangan dengan ahli di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, guru perlu mengelakkan daripada menggunakan kawalan seperti dendaan, mengarah atau mengancam murid apabila sesuatu masalah timbul di dalam bilik darjah. Sebaliknya, guru harus memasukkan unsur humor/kecindan bagi mengelakkan masalah tingkah laku berlaku di dalam kelas. Guru juga perlu memberitahu murid tentang kegunaan ilmu pengetahuan yang dipelajari supaya murid tahu betapa pentingnya ilmu itu kepada mereka. Guru perlu memberitahu bahawa keutamaan yang diperlukan dalam bilik darjah ialah untuk memberikan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik. Tambahan lagi, guru perlu sentiasa memberi galakan kepada murid untuk meningkatkan kualiti kerja mereka dan guru perlu menguji murid secara berterusan untuk memastikan segala pengajaran

yang diajarkan di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan oleh murid. Akhir sekali, bagi mewujudkan bilik darjah yang berkualiti, guru perlu memberi peluang kepada murid bagi menunjukkan kefahaman mereka tentang topic yang diajarkan oleh guru masingmasing. Beri mereka peluang untuk berkongsi pendapat dan idea. Sekiranya ini dapat dijalankan, bilik darjah yang berkualiti akan dapat diwujudkan. Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang berkualiti serta untuk mengelak masalah disiplin dalam kalangan murid berlaku dalam bilik darjah, guru perlu sentiasa berkolaborasi dengan murid. Ini kerana, dengan cara pelajar akan dapat menerima guru dengan baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai