Anda di halaman 1dari 2

Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM, memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru. Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demi mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian kompleks, canggih serta kian mencabar. Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai

kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai