Anda di halaman 1dari 11

PENULISAN ESEI Pada peringkat awal prabacaan adalah sangat penting bagi murid-murid untuk mengenal dan menguasai

bentuk dan bunyi huruf. Mengenal dan menguasai bentuk dan bunyi huruf merupakan asas yang penting untuk membaca. Kegagalan untuk menguasai kemahiran asas ini akan mempengaruhi pertuturan serta komunikasi dalam kalangan murid-murid. Peranan guru sangat penting untuk menyediakan bahan pengajaran yang berkesan. Melalui pengajaran menggunakan Power Point guru dapat membantu murid-murid untuk melihat secara konkrit tentang apa yang diajarkan kepada mereka. Selain itu murid-murid mendapat pengalaman baharu melalui kaedah ini kerana murid-murid diberi peluang untuk mengendalikan komputer riba bagi melakukan aktiviti yang telah disediakan oleh guru. Oleh itu kaedah mengajar yang menarik dan berkesan pada tahap prabacaan ini perlu diberi perhatian oleh guru supaya murid-murid tidak menghadapi kesulitan untuk beranjak ke tahap seterusnya iaitu membaca dan menulis. Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan kesediaan murid-murid untuk belajar tidak kira dari segi mental dan fizikal. Hal ini disebabkan, prabacaan dikatakan sebagai peringkat kesediaan murid untuk membaca. Melalui peringkat ini murid-murid diberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti prabacaan yang dapat mendorong mereka untuk mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Kesediaan membaca dalam peringkat prabacaan bukan hanya tertumpu kepada kemahiran-kemahiran sebelum bacaan malahan meliputi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus. Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam prabacaan seperti membezakan bentuk huruf, angka dan sebagainya dapat menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Menurut Syed Abu Bakar aktiviti kesediaan membaca ini dapat dikategorikan kepada dua peringkat iaitu, peringkat prabacaan dan peringkat bacaan (Hasnah Awang,Habibah Mohd Samin, 2010). Pada peringkat prabacaan aktiviti-aktiviti pengajaran meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula merangkumi kemahiran mengenal abjad sehingga membaca ayat. Untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam prabacaan guru perlu memastikan mereka bersedia untuk belajar dan menerima pengajaran tidak kira dari segi mental, emosi dan fizikal.

Salah satu kemahiran dalam prabacaan adalah pengamatan. Pengamatan merupakan proses yang dapat menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman yang lepas dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemikiran kita (Khairuddin Mohamad, 2011). Pengamatan ini bukanlah suatu kemahiran yang kita warisi daripada ibu bapa tetapi boleh dipelajari dan berkait rapat dengan tahap kecerdasan kanak-kanak. Terdapat tiga komponen dan jenis-jenis pengamatan iaitu penglihatan, pendengaran dan sensori motor. Dalam komponen pengamatan penglihatan terdapat tiga belas tahap kesukaran pengamatan yang disenaraikan. Tahap pertama adalah diskriminasi penglihatan. Pada tahap ini, murid-murid dikatakan tidak dapat membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan. Ciri kesukaran kedua adalah ingat kembali, dimana murid tidak dapat mengingat kembali apa yang telah diamati. Yang ketiga adalah orientasi kedudukan. Murid tidak dapat membezakan kedudukan bentuk huruf dan nombor. Ciri kesukaran yang keempat adalah turutan yang bertujuan untuk murid-murid mengingat dan menyusun semula aktiviti-aktiviti yang bersiri. Pada tahap kesukaran ini murid tidak boleh mengingat sesuatu mengikut susunan. Tahap kesukaran yang kelima adalah menyudahkan dan melengkapkan. Melalui aktiviti yang dijalankan didapati murid-murid tidak dapat mengenal sesuatu gambar, benda, objek, perkataan atau ayat. Manakala pada tahap kesukaran yang keenam iaitu menyalin didapati murid tidak boleh menyalin bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat walau pun setiap objek tersebut berada di depan mata mereka. Tahap kesukaran yang ketujuh pula adalah rajah latar belakang yang bertujuan melatih murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak. Koordinasi tangan dan mata merupakan tahap yang kelapan yang dapat melatih murid menyelaraskan pergerakan mata dan tangan. Tahap kesukaran pertalian jarak pula melatih murid untuk mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan sesuatu objek dengan objek lain. Apabila diberi gambar bersiri pula murid tidak boleh mengikuti cerita dari satu babak ke babak lain. Pada tahap kesukaran pembalikan bentuk, murid tidak dapat membezakan bentuk asal

huruf, nombor, perkataaan dan gambar. Tahap yang kedua belas adalah mencari jalan keluar yang melatih murid untuk menyelesaikan masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah ke susah.Tahap kesukaran yang terakhir adalah aktiviti benda tersembunyi yang melatih murid untuk menyelesaikan masalah abstrak.

Untuk mengatasi kesukaran komponen pengamatan penglihatan ini terdapat tiga cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti iaitu penggunaan bahan maujud, mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan. Sebagai contoh pelaksanaan aktiviti menggunakan media elektronik. Kelainan penggunaan bahan bantu mengajar akan menimbulkan minat serta ransangan yang lebih berkesan kepada murid-murid terutamanya murid-murid pemulihan. Dengan ini pembelajaran akan lebih bermakna kepada mereka. Melalui pengajaran menggunakan Power Point guru dapat

mengintegrasikan pelbagai komponen dalam slide Power Point untuk menjadikan slide yang dibina lebih menarik dan memberikan ransangan minda kepada murid-murid untuk lebih memahami dan menguasai sesuatu pembelajaran. Selain melatih kemahiran pengamatan penglihatan, murid-murid dapat melatih kemahiran sensori motor melalui pergerakan tangan dan mata dengan membuat aktiviti mari menulis yang memberikan peluang kepada murid untuk memegang tetikus serta mengendalikan slide Power Point dengan bimbingan guru yang mengajar. Selain itu, murid dapat mengagak saiz abjad kerana setiap abjad tersebut telah disediakan titik panduan yang hanya memerlukan murid-murid meyambungkan titik tersebut untuk membentuk abjad. Melalui pengamatan pendengaran terdapat enam komponen yang dibincangkan. Komponen pertama adalah diskriminasi pendengaran untuk melihat keupayaan muridmurid mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang didengar. Komponen kedua pula adalah penerimaan pendengaran yang bertujuan untuk melihat keupayaan murid-murid memperoh atau mendapat makna daripada apa yang telah didengar dan atau secara lisan. Perkaitan pendengaran merupakan komponen yang ketiga. Aktiviti dalam perkaitan pendengaran ini memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengaitkan beberapa konsep tertentu yang disampaikan secara lisan. Komponen keempat iaitu ingatan pendengaran membolehkan murid-murid mengingati apa jua yang telah didengar dan mengulanginya. Bagi komponen yang kelima iaitu melengkapkan pendengaran, murid-murid diberi peluang untuk mengenali dan menggunakan unit-unit biasa dalam pengalaman pendengaran apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara lisan. Komponen yang terakhir adalah percantuman bunyi dan perkataan. Aktiviti ini memerlukan murid untuk mencantumkan bunyi-bunyi yang telah didengar secara terasing menjadi susunan perkataan atau mencantumkan perkataan menjadi beberapa baris ayat yang lengkap.

Murid-murid

juga

dapat

dilatih

kemahiran

pendengarannya

dengan

menggunakan bahan bantu mengajar menggunakan Power Point selain daripada radio, televisyen dan pemain CD/DVD. Ini kerana melalui perisian power point kita boleh memasukan bunyi bersama-sama dengan gambar yang di paparkan. Melalui aktiviti mari menulis murid-murid juga boleh mendengar bunyi sebutan abjad yang dipaparkan apabila abjad tersebut di klik. Kaedah ini dapat membantu murid-murid pemulihan untuk lebih cepat menguasai apa yang telah mereka pelajari kerana mereka tidak perlu memikirkan sendiri bagaimana bunyi pada abjad yang mereka pilih. Selain itu, guru juga boleh memberikan ruang kepada murid-murid itu sendiri untuk mengetahui bunyi sebutan pada abjad yang lain tanpa bimbingan secara menyeluruh kepada setiap pelajar. Selain melatih kemahiran pengamatan dan pendengaran, pelaksanaan aktiviti sensori motor atau aktiviti pergerakan tangan dan mata juga penting dalam pengamatan kerana aktiviti ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan tangan secara kemas, berpandu dan sistematik. Ada empat kemahiran yang ditekankan untuk melaksanakan aktiviti ini iaitu melakukan latihan pergerakan tangan, menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis denga selesa, melakukan latihan pergerakan mata dan melakukan latihan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti yang sesuai untuk tujuan ini adalah aktiviti meyambung titik dan aktiviti meyalin corak.

MEMBACA

Setelah menguasai kemahiran prabacaan, murid-murid perlu menguasai kemahiran membaca pula. Proses membaca memerlukan murid-murid untuk

menterjemahkan lambang-lambang huruf kepada lambang-lambang bunyi. Kebolehan membaca penting kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai kejayaan dalam semua bidang, terutamanya dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal bersama kemahiran mengira dan menulis. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca juga

dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Pada tahap kemahiran membaca ini murid-murid perlu melalui lima peringkat untuk menguasai kemahiran membaca. Peringkat pertama adalah mengecam dan mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. Peringkat kedua adalah kemahiran murid untuk mengaitkan lambang atau perkataan pada bunyi dan makna. Seterusnya peringkat yang ketiga adalah menterjemah makna perkataan dan mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada. Peringkat keempat pula murid mengumpul dan mencantum idea, perkataan dan ayat menjadi suatu idea yang lengkap. Peringkat terakhir pula murid cuba menghuraikan atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri atau orang lain. Untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca, kesediaan murid untuk membaca dari segi fizikal, mental, emosi dan persekitaran perlu dititikberatkan. Ini kerana tidak semua murid dapat menguasai kemahiran membaca pada umur yang sama. Terdapat empat kategori masalah membaca yang membataskan murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca. Masalah-masalah membaca tersebut adalah murid keliru dengan huruf, mengalami kesukaran dalam pengamatan, sukar membatang suku kata dan kesukaran untuk membaca ayat. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang mampu membantu murid dengan lebih efektif dan berkesan. Dalam kemahiran membaca ini juga sebanyak empat jenis bacaan telah dikenal pasti iaitu bacaan mekanis, bacaan mentalis, bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Bacaan mekanis adalah jenis bacaan yang paling asas dan bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran murid-murid.Dalam konteks pengajaran membaca terdapat tiga kaedah membaca yang digunakan iaitu kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang sebut. Kaedah fonetik merupakan kaedah yang sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Fonetik merupakan kajian terhadap bunyi bahasa yang digunakan dalam pertuturan. Dalam kaedah ini perkaitan antara huruf dan bunyi huruf amat ditekankan. Murid-murid diajar untuk melihat hubungan diantara simbol dan bunyi supaya mereka dapat membaca perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Melalui kaedah fonetik ini murid hanya diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukannya nama huruf tersebut. Maksudnya lambang huruf terus

dikaitkan dengan bunyinya. Kaedah ini tidak terlalu membebankan murid-murid kerana mereka hanya perlu mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa menghafal namanama huruf berkenaan. Selain itu, tidak semua huruf diperkenalkan sekali gus kepada murid. Murid-murid hanya didedahkan kepada huruf yang kerap digunakan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah latihan membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf, latihan membatang suku kata dan perkataan dan seterusnya latihan membaca frasa dan ayat. Kaedah ini merupakan kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini dikatakan lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah abjad dan kaedah pandang sebut. Walau bagaimanapun kaedah ini memerlukan murid untuk menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya dan memerlukan masa yang agak panjang untuk muridmurid mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka dapat membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. Melalui kaedah abjad pula aktiviti menghafal abjad sangat penting. Kaedah menghafal abjad ini bertujuan untuk memudahkan murid untuk mengeja perkataan ketika membaca. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman-cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Konsep bagi kaedah ini adalah murid-murid akan diperkenalkan dengan 26 huruf iaitu huruf a hingga z. Murid-murid perlu menghafal lambang dan bunyi 26 huruf tersebut. Huruf besar akan diperkenalkan terlebih dahulu diikuti dengan huruf kecil. Aktiviti yang dilaksanakan adalah latihan menyebut huruf abjad ini dari huruf a hingga huruf z. Guru perlu membimbing murid untuk meyebut huruf-huruf tersebut secara susunan normal dan seterusnya secara sonsang. Setelah murid-murid dapat menghafal kesemua abjad tersebut mereka akan diberi latihan untuk membentuk dan mengeja suku kata. Bentuk suku kata yang diberikan adalah suku kata V+KV. Aktiviti seterusnya setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran ini mereka akan diberi latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa. Kaedah pandang sebut pula merupakan aktiviti pengajaran membaca seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini mengutamakan dua aktiviti iaitu aktiviti

pandang dan sebut. Dalam kaedah pandang sebut ini, pengajaran tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu tetapi muridmurid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan disertai gambar. Murid-murid didedahkan dengan bahan konkrit untuk membantu mereka memahami apa-apa yang dibaca oleh mereka. Antara aktiviti kaedah pandang sebut adalah menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dilihat. Murid-murid diberikan satu gambar dan diminta menyebut benda dalam gambar tersebut. Kaedah ini dilakukan kerana ramai kanakkanak yang tidak boleh membaca dengan abjad. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilaksanakan adalah latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama dan seterusnya latihan membina dan membaca ayat menggunakan bahan pengajaran yang sesuai seperti lirik lagu dan pantun.

MENULIS Setelah menguasai kemahiran prabacaan dan kemahiran membaca, murid perlu menguasai kemahiran menulis yang merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis ini perlu dikuasai oleh murid-murid supaya mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau apa yang mereka alami. Murid-murid perlu menggunakan kemahiran berfikir kerana kemahiran menulis merupakan kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari untuk menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik. Ada dua tujuan menulis, iaitu sertamerta dan lanjutan. Tujuan menulis serta-merta adalah peringkat mendirikan asas menulis disamping membolehkan murid mengeja dengan pantas serta meyuburkan minat mereka untuk suka menulis atau mengarang. Tujuan menulis lanjutan pula untuk meluaskan pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan matlamat murid menerusi penulisan. Selain itu, memberikan kepuasan jiwa pemikiran dan pengalaman melalui penulisan. Terdapat dua jenis kemahiran menulis yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan iaitu kemahiran menulis mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran atau mental. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk kemahiran menulis mekanis termasuklah latihan menulis berdasarkan bentuk geometri dan garisan yang

mirip bentuk huruf, latihan menulis daripada gambar, latihan menekap huruf mengikut acuan yang diperbuat daripada kad yang berlubang serta latihan menyalin ayat daripada buku teks. Aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menguasai kemahiran menulis untuk pelahiran adalah aktiviti meyalin semula lirik lagu, pantun dan sebagainya, menhasilkan semula bahan yang didengar dalam bentuk tulisan, menggabungkan beberapa altihan serentak, melaksanakan aktiviti tulisan berpandu dan aktiviti penulisan bebas. Peringkat - peringkat kemahiran menulis terdiri daripada aktiviti pratulisan dan tulisan mekanis. Pada peringkat pratulisan murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik gerakan tangan untuk menulis. Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid sudah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis(Khairuddin Mohamad, 2011). Untuk melaksanakan aktiviti pratulisan murid-murid perlu diberi latihan pengamatan penglihatan melalui lakaran-lakaran terkawal dan bebas serta aktiviti pergerakan tangan dan mata. Latihan-latihan yang diberikan ini dapat melatih otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata. Antara latihan yang boleh

dilaksanakan adalah menulis dari kiri ke kanan, aktiviti meyambung titik, aktiviti membentuk huruf, latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta aktiviti membaca ayat. Untuk meningkatkan kemahiran pratulisan dalam kalangan murid-murid terdapat lima kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Guru boleh menggunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras dengan kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid-murid. Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan koordinasi otot motor tangan dan mata murid perlu untuk mengasah kemahiran menulis. Selain itu, guru juga boleh menggunakan carta suku kata yang pelbagai dan tersusun supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah. Pelaksanaan aktiviti penggayaan juga mampu memantapkan dan

memperkembangkan daya intelek murid serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Kaedah memperkenalkan huruf kecil diikuti dengan huruf besar dapat membantu murid dalam penulisan. Hal ini kerana, huruf kecil banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian.

Dalam penulisan mekanis, aspek mekanikal atau kemahiran-kemahiran tertentu diperlukan untuk menghasilkan satu penulisan yang melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya. Penulisan ini dijalankan dengan membimbing muridmurid menguasai kemahiran memegang pensel dengan cara yang betul, kedudukan postur badan yang tepat dan kedudukan kertas, kerusi dan meja semasa menulis. Faktor-faktor ini mempengaruhi tulisan yang dihasilkan oleh murid-murid. Melalui penulisan mekanis murid-murid perlu mengetahui titik kemasukan huruf supaya mereka dapat mengahsilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik. Titik kemasukan huruf ini bermaksud titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam penulisan mekanis adalah menulis huruf dengan titik bernombor. Aktiviti ini boleh dianggap sebagai aktiviti ulang kaji kerana menulis menggunakan urutan nombor dan dalam masa yang sama berjinak-jinak untuk mengenal huruf. Selain itu, aktiviti menulis huruf kecil dan huruf besar diatas kertas kotak, bergaris empat, bergaris tiga dan bergaris satu juga dapat membantu pelajar menghasilkan tulisan yang teratur dan kemas. Kesimpulannya ketiga-tiga aspek dalam senarai kemahiran bahasa ini amat penting dan perlu dikuasai oleh setiap individu. Dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran untuk menguasai kemahiran-kemhiran bahasa ini guru perlu peka terhadap situasi-situasi yang dihadapi oleh murid. Ini kerana tidak semua murid mempunyai darjah kecerdasan yang sama.

PENGENALAN KEPADA BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun bahan yang digunakan oleh guru secara lansung semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Setiap bahan bantu mengajar yang dipilih semasa mengajar merupakan

sumber pembelajaran yang boleh membantu murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, fakta serta kemahiran-kemahiran tertentu untuk membantu proses kognitif mereka. Untuk membina bahan bantu mengajar yang berkesan guru perlu

mengambil kira aspek-aspek penting seperti pemilihan bahan, pengolahan bahan, pembinaan bahan, penggunaan dan penilaian bahan pengajaran. Terdapat dua jenis bahan pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu bahan pengajaran yang berbentuk elektronik dan bukan elektronik. Bahan pengajaran berbentuk elektronik yang boleh digunakan dalam pengajaran adalah peralatan seperti kamera digital, kamera video, komputer riba, pemain CD/DVD, Projector LCD dan sebagainya. Bahan pengajaran bukan elektronik pula adalah buku, kad imbasan, papan hitam, pengajaran yang dirancang, benda-benda wujud, lakonan, projek pameran, boneka, simulasi dan sebagainya yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan aktiviti yang telah kami pilih kami menggunakan bahan pengajaran elektronik iaitu komputer riba dengan perisian Power Point. Kelebihan menggunakan perisian power point adalah kaedah ini lebih menarik dan dapat meransang minda murid-murid. Selain itu, penggunaannya dapat menjimatkan masa serta mudah disimpan dan dibawa. Walau bagaimanapun pembinaan aktiviti menggunakan Power Point melibatkan masa yang lama untuk disediakan kerana fungsi perisian Power Point bukannya mengutamakan aktiviti tetapi sebagai pembentangan. Selain itu, komputer riba juga mudah diserangi virus komputer dan boleh mengakibatkan kehilangan data dan fail.

AKTIVITI 1

Nama Aktiviti : Mari Menulis Hasil Pembelajaran : Murid dapat mengenal abjad a hingga abjad z. : Murid dapat melatih kemahiran motor halus dengan menulis abjad menggunakan tetikus.

: Murid dapat melatih kemahiran koordinasi tangan dan mata dengan menulis abjad mengikut titik. Objektif : Menghafal abjad a hingga abjad z. : Murid : Memperkemaskan cara penulisan abjad. Prosedur :

AKTIVITI 2 Nama aktiviti : Eja saya