Anda di halaman 1dari 16

Pengucapan Awam Pengenalan Pengucapan awam adalah satu proses bercakap kepada sekumpulan orang dengan cara yang

berstruktur, dengan tujuan untuk memberitahu, mempengaruhi, atau menghiburkan pendengar. Ia berkait rapat dengan maksud "menyampaikan", walaupun maksud yang kedua itu mempunyai lebih banyak konotasi komersil. Ianya juga melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Dalam pengucapan awam, seperti dalam apa juga bentuk komunikasi, terdapat lima elemen asas dan dinyatakan sebagai "siapa yang berkata, apa yang dikatakan, kepada siapa, menggunakan apa dan apa kesannya? Tujuan pengucapan awam boleh berkisar dari hanya sekadar menghantar maklumat, memotivasi orang ramai untuk bertindak, hinggalah kepada sekadar bercerita. Pengucap yang baik harus mampu untuk menukar emosi pendengar mereka, dan bukan hanya memberitahu sahaja. Pengucapan awam juga boleh dianggap

sebagai suatu komuniti wacana. Komunikasi interpersonal dan pengucapan awam mempunyai beberapa komponen yang meliputi perkara-perkara seperti memberi motivasi, kepimpinan/perkembangan peribadi, perniagaan, perkhidmatan pelanggan, komunikasi kumpulan yang besar dan komunikasi massa. Pengucapan awam boleh menjadi alat yang berkuasa untuk digunakan bagi tujuan seperti motivasi, pengaruh, pujukan,, memberitahu, penterjemahan, atau sekadar menghiburkan. Pengucapan awam yang baik semestinya boleh menarik perhatian. Di samping itu, ianya mampu membolehkan berlakunya perpindahan idea dan perasaan daripada si pengucap kepada pendengar. Kebolehan komunikasi sevbegini merupakan suatu kekuatan

kepada pemilknya kerana ia berupaya mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar. Tujuan Pengucapan Awam Pengucapan awam mempunyai empat tujuan utama, iaitu: 1. Makluman Pengucap ingin memberitahu pendengar mengenai suatu fakta, sesuatu yang baru, menarik atau bagaimana untuk melaksanakan sesuatu. 2. Pengaruh Pengaruh boleh dibahagkan kepada uda: i. Mempengaruhi fikiran atau pendirian. Conthnya mempengaruhi pendegnar untuk membenci rasuah ii. Pengaruh untuk menggerakkan pendengar supaya bertindak. Contoh, pengaruh kepada pendengar untuk bersedekah. 3. Inspirasi Selalu diadakan pada majlis-majlis rasmi seperti majlis penganugerahan, perpisahan dan sebagainya. Ia mempunyai matlamat untuk memberi inspirasi kepada pendengar mengenai pencapaian, kebaikan atau kejayaan seseorang. 4. Menghibur Ucaapan yang tidak memerlukan pendengar berfikir secara mendalam untuk memahaminya. Cukup sekadar sebagai halwa telinga. Ucapan menghibur tidak

semestinya melucukan. Ianya boleh diukur dari segi kandungannya atau mesej yang menarik.

Pengucapan awam sepatutnya mempunyai hanya satu tujuan sahaj agar matlamat pengucapan itu lebih fokus. Proses Komunikasi dalam Pengucapan Awam Pengucapan merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan dan dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu mengikut tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Menurut Abdul Mua'ti Ahmad, (1994) dalam bukunya; Panduan Pengucapan Awam, menyatakan bahawa pengucapan umum adalah suatu bentuk komunikasi menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal. Dengan memberi tumpuan kepada proses komunikasi dan keadaan retorik, pengucap/penceramah boleh memaksimumkan keberkesanan mesej. Ini bermakna bahawa seorang penceramah yang berkesan tidak "Menulis" ucapan secara berasingan dan kemudian hanya berdiri dan menyampaikan. Sebaliknya, pengucap yang berkesan membangunkan mesej berhubung situasi, penonton, dan matlamat komunikasi. Proses komunikasi boleh gagal sekiranya pengucap tidak mengendahkan mesej yang perlu disampaikan kepada pendengar. Seorang pengucap yang berkesan member focus kepada komunikasi yang berkualiti dan bukannya kuantiti semata-mata. Proses ini terdiri daripada: i. Perucap Individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak dengan tujuan tertentu

ii. Bahan Ucapan/Skrip Kandungan isi bicara yang diluahkan iii. Audien Kumpulan manusia yang mendengar bicara dan seterusnya bertindak balas terhadap bicara tersebut iv. Persembahan Ucapan/Situasi Gaya ucapan disampaikan atau keadaan sesuatu ucapan diadakan

Berikut pula adalah kepentingan proses komunikasi dlaam pengucapan awam 1. Memudahkan penerimaan idea dan meluaskan pengaruh seseorang 2. Membantu meningkatkan kerjaya seseorang di alam pekerjaan. 3. Mempromosikan bisnes. 4. Memudahkan idea disampaikan kepada ramai orang dalam jangka masa yang pendek. 5. Membantu sesuatu keputusan dibuat dengan lebih mudah dan tepat. 6. Memberi semangat kepada pihak audien dalam melakukan sesuatu tindakan. 7. Membantu seseorang berfikir secara tepat, cekap, imaginatif, dan kritis. 8. Meningkatkan keupayaan daya ingatan. 9. Meningkatkan keyakinan, keterampilan dan kepimpinan diri seseorang.

Jenis-jenis Ucapan Pengucapan awam boleh dikelaskan kepada yang berikut: 1. Berdasarkan Ucapan

i.

Informatif/Pemberitahuan - Untuk memberi maklumat - Matlamat perucap adalah untuk memaklumkan atau menerangkan kepada

audiens tentang sesuatu konsep, fenomena, perkara, proses, idea dan sebagainya. Contohnya, Ceramah Motivasi

ii. -

Pemujukan Untuk memujuk Menerusi ucapan, perucap cuba mempengaruhi fikiran audiens untuk

menghasilkan perubahan dari segi citarasa, sikap, kepercayaan, fahaman atau tindakan. Contohnya; jurujual, hakim, peguam, ahli politik dan pegawai motivasi

iii. -

Menghibur Tujuan untuk membangkitkan suasana ceria dan menyeronokkan. Di majlis keraian. Tetamu khas yang diminta berucap menyentuh hal-hal

yang melucukan dan menarik minat audien.

iv.

Majlis Khas Ucapan berlangsung dalam sesuatu majlis yang bersifat rasmi. Teks ucapan akan disediakan oleh AJK untuk tetamu yang berucap.

2. Berdasarkan Cara i. Impromptu - Disampaikan secara spontan. Perucap hanya membicarakan isu-isu ringan yang menyentuh hal-hal yang telah berlalu, isu semasa, harapan dan ramalan masa hadapan. - Isi ucapan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. ii. Menghafal - Ucapan disediakan dengan lengkap - Pengucap hafal teks - Contohnya, perbahasan dan pidato iii. Membaca Teks - Membaca sebuah skrip atau teks - Ucapan ini dilakukan sekiranya terdapat fakta-fakta yang penting, setiap perkataan tercatat perlu dibaca. - Contohnya; Pembentangan Belanjawan Tahunan oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan 3. Extemporaneous (ucapan yang cukup persediaan) - Menggabungkan ketiga-tiga jenis ucapan - Perucap hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu - Contoh seorang penceramah agama i. Impromptu - berucap berdasarkan pengalaman dan kemahiran. ii. Hafal - hafal petikan dan contoh-contoh iii. Baca teks - menyediakan isi-isi utama

PETUA PENGUCAPAN AWAM Petua petua tersebut disusun mengikut proses penyediaan awam,iaitu peringkat persediaan,peringkat penyampaian dan peringkat refleksi PERINGKAT PERSEDIAAN a. Menetapkan tujuan Tujuan sesebuah pengucapan awam sangat penting dihalusi sebelum sesuatu ucapan disampaikan dalam sesebuah majlis yang dianjurkan.Misalnya, dalam majlis perasmian,jenis pengucap awam yang sesuai ialah ucapan. b. Analisis diri pada peringkat perancangan,pengucap perlu melakukan analisis diri supaya akan lebih kenal kekuatan dan kelemahan dirinya. c. Analisis audiens Pengucap perlu mengetahui latar belakang audiens, Audiens yang berbeza perlukan pendekatan,pilihan kata dan penampilan yang berbeza. d. Analisis majlis Pengucap perlu mengetahui jenis majlis,tujuan majlis itu diadakan,tempat majlis itu berlangsung,masa yang diperuntukkan untuk pengucap menyampaikan pengucapan awam dan audiens yang akan hadir dalam majlis tersebut. Semua ini membantu kita menyampaikan pengucapan awam dengan berkesan. e. Menulis teks ucapan

Setelah semua yang di atas dilaksanakan, Pengucap perlu menyediakan teks yang akan disampaikan dalam majlis nanti. Tindakan pertama yang perlu diambil oleh pengucap ialah mengumpulkan bahan yang releven daripada pelbagai sumber yang ada,Teks ucapan yang bermutu hanya dapat disediakan jika pengucap memperoleh bahan yang bermutu. Dale dan Wolf ( 2000) menyarankan bahawa sesebuah teks ucapan informasi harus mengandungi komponen-komponen yang berikut: Badan ucapan,iaitu bahagian yang sarat dengan informasi. Untuk menulis

ucapan ,pengucap perlu mahir dengan struktur ucapan. Kahn (1991 : 497) mencadangkan beberapa contoh bagaimana sesebuah ucapan distrukturkan. Tajuk demi tajuk : struktur teks jenis ini memerlukan penulis teks mengenal pasti tajuk-tajuk kecil yang berkaitan untuk membangunkan sebuah wacana yang bersifat koheren. Secara geografi : struktur teks ini memerlukan penulis mengetahui perkara yang berlaku di negara lain. Kaedah ini sangat sesuai jika penulis bertujuan

membuat perbandingan daripada segi pencapaian, pandangan, bidang dan sebagainya. Kaedah kronogi : Stuktur ini menekankan penghuraian peristiwa yang berlaku mengikut masa. taklimat. Kaedah struktur masalah dan penyelesaian : Struktur ini memerlukan penulis mengenal pasti atau mencipta masalah dan mencadangkan penyelesaiannya. Kaedah ini sangat sesuai untuk menghasilkan teks jenis pujukan.
8

Kaedah ini sangat sesuai digunakan dalam laporan dan

Penutup, iaitu bahagian yang mengandungi ringkasan butiran utama dan kata kata penutup yang boleh dikenang. Kata-kata penutup boleh dalam bentuk soalan retorikal,cerita pendek, fakta yang mengejutkan atau kata-kata pujangga.

Pengenalan ucapan harus disediakan selepas pengucap menyiapkan penulisan badan dan penutup ucapan. Pengenalan harus mempunyai pembukaan yang menarik dan prebiu. Pembukaan yang baik ialah pengucapan yang boleh menarik perhatian audiens. Prebiu terletak di bahagian awal ucapan,iaitu selepas pengucap memberikan kata alualuan kepada audiens. Bahagian ini bertujuan memaklumkan kepada audiens tentang objektif pengucapan diadakan pada hari tersebut, tajuk ucapan dan struktur ucapan yang akan disampaikan.

f. Latihan Setelah teks siap ditulis,langkah seterus ialah melakukan latihan berucap. Md Izuddin & Zetty Zahureen (2005) mengesyorkan 11 strategi latihan untuk memastikan pengucapan awam dapat dijalankan dengan baik. 1. membaca ucapan yang telah ditulis secara kuat beberapa kali 2. berucap kepada satu titik pada dinding 3. Rakamkan latihan ucapan 4. Berlatih cara penyampaian di hadapan cermin 5. Berlatih di hadapan kawan atau ahli keluarga 6. Berlatih berseorangan 7. Menghafal beberapa ayat atau ungkapan yang menarik

8. Berpakaian secara selesa 9. Bersedia sepenuhnya 10. Berlatih menggunakan alat bantu 11. Berdoa

Peringkat Penyampaian Peringkat penyampaian terbahagi kepada beberapa aspek. Persedian awal merupakan salah satu daripada usaha kita untuk memastikan perlaksanaan pengucapan awam dapat berlansung dengan lancar dan berkesan. Antara aspek berikut ialah: Bersedia secara mental dan fizikal Bercakap perkara yang ada mengikut pengetahuan kita. hendaklah berdoa sebelum memulakan ucapan dan memohon restu daripada Yang Maha Kuasa agar memberi kesan yang positif daripada segi psikologi. Tunjukkan keyakinan semasa berdiri untuk berucap Sentiasa dalam keadaan rileks untuk menghadapi situasi kegugupan, gelisah, gopoh, dan kelam kabut. Jangan memulakan pengucapan dengan melihat nota sebaliknya memandang kepada audien terutamanya pada permulaan pengucapan. Berucap dengan audien bukan kepada audien. Jangan terlalu bergantung

dengan bahasa teks kerana untuk mengelakkan pengucapan menjadi kaku kerana lenggok bahasa yang digunakan dalam teks ialah bahasa surat. Sebaik-baiknya dalam menyampaikan maklumat tersebut pengucap menggunakan kaedah berbual

10

dengan audiens. Pada tempat-tempat yang sesuai, gunakan bahasa badan bagi menyokong sesuatu maksud yang kabur. Kekalkan konteks mata dengan audiens kerana konteks mata memainkan

peranan yang sangat penting dalam komunikasi. Pengucap boleh merujuk nota sekali sekala sambil berucap dengan audiens.

Selain itu, pengucap yang berpengalaman hanya menggunakan nota kecil bagi mencatat isi penting yang hendak disampaikan. Pengucap perlu mengawal bahasa dan nada suara ketika berucap. Pengucap

juga digalakan menggunakan peribahasa yang menggunakan gaya bahasa yang sopan, mudah difahami dan menarik. Pengucap yang mahir pandai mengayakan intonasi marah apabila membaca teks beremosi marah dan menggayakan intonasi sedih apabila membaca teks beremosi sedih atau sayu. Gunakan bahasa badan yang sesuai mengikut masa dan tempat ketika

berucap. Gunakanlah bahasa badan pada tempat-tempat yang penting dalam ucapan

sperti untuk memberi penekanan kepada sesuatu isu, mengulang ungkapan penting atau membuat peralihan isi. Di samping itu, berjenaka merupakan senjata yang ampuh untuk menarik

perhatian audien. Namun, pengucap perlu berhati-hati supaya jenaka yang dilakukan tidak sampai menjatuhkan meruah seseorang. Ramai pengucap awam menyelitkan jenaka dalam ucapan mereka untuk menghidupkan majlis. Tapi awas, penggunaan jenka yang tidak terancang juga boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang.

11

Selepas habis berucap. Pengucapan hendaklah beredar dengan sopan.

Perkara yang kerap dilakukan oleh pengucap sebelum meninggalkan majlis ialah dengan mengucapkan terima kasih kepada audien kerana sudi mendengar dengan sabar serta memohon maaf atas agala kesilapan yang telah disengajakan. Serentak dengan itu, pengucap hendaklah menunjukkan muka yang manis.

GANGGUAN EMOSI Bagi setip pengucap pasti mengalami masalah ketika permulaan pengucapan. Perkara yang sering menjadi masalah ialah gangguan emosi yang sering menghantui mereka ketika hendak berucap. Antara tanda-tanda sesorang yang berada dalam gangguan emosi, iaitu Berpeluh Terasa tertekan Tidak berupaya bercakap dengan jelas Sesak nafas Sukar untuk membuat lawak Mata suka memandang ke bawah Nafas agak kencang Terasa hendak membuang air kencing Sukar hendak berdiri tegap Lutut menggeletar Muka kemerah-merahan

ETIKET DALAM PENGUCAPAN AWAM


12

Etiket bermaksud melakukan sesuatu dengan betul, kena masa dan tempatnya. Untuk menjadi pengucapan awam yang sering menjadi tumpuan orang ramai kita harus menjaga tutur kata dan gerak laku. Seandainya kita tidak mempraktikkan hal tersebut kita akan ditempelak dan dikenang sampai bila-bila. Antara etiket yang perlu ada dalam seorang pengucap awam ialah: i. Pengucap hendaklah datang tepat pada masanya ii. Sebagai seorang pengucap, kita hendaklah berucap dalam masa yang ditentukan kerana ia akan menjejaskan perjalanan yang telah diatur. iii. Selain itu, seorang pengucap perlulah menjaga penampilan diri baik dari segi aspek pakaian. Pakaian yang digunakan haruslah bersesuai dengan majlis yang dihadiri.

ETIKA PENGUCAPAN AWAM Etika dalam komunikasi berkait rapat dengan darjah betul atau salahnya sesuatu perlakuan manusia. Dalam pengucapan awam, terdapat beberapa perkara yang diberi perhatian dalam menjaga etika yang betul antaranya ialah: Kejujuran Sikap jujur yang ditunjukkan oleh pengucap terhadap penjelasan fakta yang disampaikan. Segala fakta yang dibawa perlu dijelaskan sumbernya dan jangan pula menjelaskan hasil kajian orang lain sebagai hasil kajian diri sendiri. Menyimpan Maklumat

Untuk tidak menimbulkan keraguan kepada audien, seorang pengucap awam tidak harus menyorokkan maklumat yang sebenar kepada audiens walaupun ia dapat menyokong hujahnya. Ini bertujuan bagi mengelakkan pengucap akan dicap sebagai
13

berat sebelah dalam pengucapannya dan mesej yang hendak disampaikan kepada audiens akan disalah tafsir. Kepuasan Pendengar

Pengucap perlu menyampaikan dan menjelaskan idea berasaskan topik yang ucapan yang telah ditetapkan. Namun begitu, kadangkala apa yang disediakan tidak dapat diterima oleh audiens walupun perkara yang disampaikan itu adalah perkara yang benar. Akibatnya, pengucap perlu menyorokkan maklumat yang sebenar dan bercakap mengikut lenggok audiens. Melalui cara tersebut mungkin pengucap tersebut akan menjadi popular dalam masa yang singkat namun daripada segi etika pengucapan awam kita tidak boleh melakukan kesalahan. Ketepatan

Aspek ketepatan ini selari dengan aspek kejujuran.Maklumat yang diberi mesti tepat dan tidak boleh sengaja menukar sesuatu kenyataan tujuan tertentu.Hal ini bercanggah daripada segi etika pengucapan awam .Perbuatan ini berlaku kerana pengucap awam tersebut mempunyai kepentingan diri dan lambat-laun tembelang beliau akan diketahui juga.Oleh itu,janganlah kita menyalahgunakan keistimewaan yang kita peroleh.

Penutup Pengucapan awam merupakan kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih. Walaupun terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa semacam ada pertalian antara baka dengan kemahiran pengucapan awam ,itu hanya persepsi.Barangkali dalam proses

14

membina kemahiran

tersebut,seseorang

pengucapan

awam meniru

orang

yang

berpengalaman , dan diikuti dengan sesi latihan secara individu.Hakikatnya,meniru dan berlatih merupakan proses belajar . Kedua-duanya penting dalam pengucapan awam.

BIBLIOGRAFI Supyan Hussin, Azhar Jaluddin (2003).Kecemerlangan dalam Pengucapan Awam. Kuala Lumpur:Utusan Publications Sdn. Bhd. Sallehudin Md. Nor, et.al (2003).Pengucapan Awam.Kuala Lumpur:Thomson Learning.

15

Eddie Rosyadie (2007).Juara Pentas; Panduan Praktikal Pengucapan Awam. Klang:PTS Litera Utama. Samsudin Wahab (2006).Belajar Berucap.Kuala Lumpur:PTS Publishing Sdn. Bhd. Md. Izudin Ali, et.al (2006).Berucap dengan Yakin.Kuala Lumpur:PTS Litera Utama.

16