Anda di halaman 1dari 15

BAB 1 : PENGENALAN

Format Pidato Pidato adalah kata-kata yang disampaikan atau suatu ucapan dengan susunan yang baik dan ditujukan kepada orang banyak. Terdapat banyak jenis pidato antaranya ialah pidato sambutan yang disampaikan pada awal sebuah acara atau pidato kenegaraan yang disampaikan oleh presiden. Bagi memastikan pidato yang dilakukan berjalan

dengan lancar, kita hendaklah menyusun naskah pidato terlebih dahulu. Naskah pidato terdiri daripada tiga bahagian iaitu :

1. pembukaan, 2. isi, 3. Penutup Sebelum menyusun naskah pidato, kita hendaklah menulis hal-hal penting mengenai acara, misalnya nama acara, para undangan yang hadir, serta tujuan dari penyelenggaraan acara. Setelah itu, buatlah kerangka naskah pidato dengan memerhatikan bagian-bagian pidato. Hal-hal yang harus ada dalam naskah pidato adalah sebagai berikut :

1. Salam atau sapaan pembuka. 2. Pembuka pidato. 3. Isi pidato. 4. Penutup pidato. 5. Salam penutup.

Tujuan Pidato Pidato umumnya melakukan satu atau beberapa hal berikut ini : 1. Mempengaruhi orang lain agar mahu mengikuti kemahuan kita dengan sendirinya. 2. Memberi suatu pemahaman atau informasi pada orang lain.

3. Membuat orang lain tertarik dengan pidato yang menghibur sehinggakan memberi kesenangan dan kepuasan kepada orang lain dengan ucapan yang kita sampaikan.

Jenis-Jenis Pidato Berdasarkan pada sifat daripada isi pidato, pidato dapat dikategorikan sebagai : 1. Pidato Pembukaan, adalah pidato singkat yang dibawakan oleh pembaca acara. 2. Pidato pengarahan adalah pidato untuk mengarahkan pada suatu pertemuan. 3. Pidato Sambutan, merupakan pidato yang disampaikan pada suatu acara kegiatan atau peristiwa tertentu yang dapat dilakukan oleh beberapa orang dengan waktu yang terbatas secara bergantian. 4. Pidato Perasmian, adalah pidato yang dilakukan oleh orang yang berpengaruh untuk merasmikan sesuatu. 5. Pidato Laporan, iaitu pidato yang isinya adalah melaporkan suatu tugas atau kegiatan.

BAB 2 : GRAFIK PETA MINDA: PENDIDIK BERINTEGRITI : BANGSA BERKUALITI.

Isi

kelima

Penutup : guru asas utama kualiti bangsa.

professional & peka terhadap perkembangan pendidikan

Pendahuluan : Definisi Isi keempat : keadilan guru dalam mendidik. Pendidik berkualiti : bangsa berkualiti Pendidik

berintegriti bangsa berkualiti

Isi pertama : Ikhlas dalam mengajar Isi ketiga : guru berakhlak mulia (role model ) Isi kedua : amanah pembentuk berintegriti guru

RANGKA PIDATO PENDIDIK BERINTEGRITI : BANGSA BERKUALITI PENDAHULUAN Solutasi Maksud pendidik- orang yang mendidik Maksud integriti- himpunan kualiti unggul Maksud integiriti(individu) Maksud integriti(penjawat awam) Definisi bangsa Definisi kualiti Agen pendidik- guru. Isi pertama : ikhlas dalam mengajar Kamus Dewan Edisi - hati suci,tidak menipu atau tidak berpura. Sabda Nabi Muhammad s.a.w segala bermula dengan niat, Guru ikhlas sanggup berkorban masa dan tenaga mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis Isi kedua : amanah pembentuk guru berintegriti. Kamus Dewan- amanah : sesuatu yang dipercayakan kepada orang. Ab. Rasid Yaakop,Tokoh Guru - tugas guru amat besar kerana ia memikul amanah daripada ibu bapa dan masyarakat yang

mengharapkan murid yang dididik menjadi insan cemerlang. guru perlu amanah menjaga nama baik profesion mulia ini. memaksimumkan ruang yang ada bersama generasi pelapis negara untuk memastikan anak harapan negara dan agama terdidik sempurna. akibat nila setitik, habis susu sebelanga. jagalah amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Isi ketiga : guru berakhlak mulia (role-model) Murid-murid dibaratkan kain putih dan gurulah yang mencorakkannya. Uthman Awang mencipta sajaknya yang bertajuk Guru oh Gurusetiap insan yang berjaya dimuka bumi ini adalah hasil tangan seorang guru. guru wajib mempunyai pekerti mulia. Datin Fatimah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri (Borneo Post Online)guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Para pelajar cenderung meniru atau mencontohi tingkah laku mereka. guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni. dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalanamalannya di dalam bilik darjah.

Isi keempat : keadilan guru dalam mendidik. (Kamus Dewan Edisi ketiga) adil - dengan berdasarkan pertimbangan yang wajar atau berpatutan dan tidak memihak kepada mana-mana serta tidak sewenang-wenangnya memutuskan sesuatu. Firman Allah(surah Al-Maidah) - Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang

menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Guru tidak membezakan para pelajar berdasarkan taraf hidup, kaum, dan agama. Konsep 1Malaysia.

Isi kelima : profesional dan peka terhadap perkembangan pendidikan peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik dan memahami Pengetahuan Kandungan Pedagogi. guru perlu rajin mencari, meneliti dan membuat penyelidikan agar sentiasa dalam keadaan siap siaga dengan ilmu, kemahiran serta seni pengajaran dan pengetahuan kandungan pembelajaran. menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat. PENUTUP Guru asas utama pembinaan negara dan bangsa. Pengisian pendidik berintegriti : ikhlas,amanah, berakhlak mulia,peka dan mengikuti perkembangan pendidikan.

BAB 3 : TEKS PIDATO Pendidik Berintegriti Bangsa Berkualiti Cetusan barakah buat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual berkarisma, Sidang hadirin warga dewan berwibawa, Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma. Berdirinya saya di sini bukanlah untuk menyertai akademi fantasia ataupun Mentor musim keenam kerana saya bukanlah Siti Nurhaliza atau Stacy tetapi pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang akan menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Pendidik Berintegriti : Bangsa Berkualiti. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pendidik bermaksud orang yang mendidik. Pendidik yang bertindak sebagai pengajar apa sahaja pelajaran yang baik dan positif samada dalam bentuk formal atau tidak formal umpama sebuah alat yang berfungsi sebagai enjin perubahan kepada cara, bentuk, teknik serta impak sistem pendidikan yang telah sedia ada di negeri atau tanah air. Manakala, integriti pula bermaksud kejujuran.Menurut Datuk Dr Sulaiman Mahhab dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) telah tercatat secara kasarnya maksud integriti iaitu himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Pada peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan kepentingan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang, serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula tepat dan bermutu. Bagi pejawat awam seperti guru, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabatnya sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian, penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kerana pihak lain.

Mengenai frasa bangsa berkualiti, apakah yang tergambar dalam minda saudara-saudari sekalian mengenai bangsa yang berkualiti? Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan. Kualiti pula bermaksud darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi atau bermutu. Justeru, bangsa yang berkualiti ialah kelompok manusia yang mempunyai darjah kecermerlangan yang bermutu. Maka, untuk melahirkan bangsa berkualiti, pendidiklah yang pertamanya mengorak langkah untuk membentuk bangsa yang berkualiti. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Itulah peribahasa yang dapat digambarkan . Besar nilai dan makna pendidikan menjadikan guru atau pendidik golongan penting untuk melahirkan generasi insan berilmu yang akan

menterjemahkan pengetahuan diperoleh dalam bentuk tindakan ke arah masa depan lebih gemilang. Ilmu yang boleh diselaraskan dengan tuntutan syariat pula adalah pemangkin kepada lahir bangsa berkualiti. Guru yang berintegriti pastinya mampu untuk melahirkan bangsa yang berkualiti. Justeru, untuk memastikan kita sebagai bakal guru mampu menjadi guru yang berkualiti, kita seharusnya memastikan diri kita memiliki nilai-nilai dan ciri- ciri yang berintegriti. Sidang penonton yang dikasihi, Bicara saya yang pertama ialah guru berintegriti bersifat ikhlas dalam mengajar. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, hati suci,tidak menipu atau tidak berpura. Oleh itu, ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati yang melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau tujuan-tujuan lain yang bukan kerana Allah SWT. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, setiap perbuatan bermula dengan niat. Maka, niatlah ikhlas mendidik kerana Allah. Guru yang ikhlas sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu sekali gus melahirkan bangsa yang berkualiti. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir

secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. Hadirin-hadirat yang saya muliakan, Bicara saya yang kedua ialah amanah pembentuk guru berintegriti. Kamus Dewan edisi Ketiga mendefinisikan amanah sebagai amanat sesuatu yang dipercayakan kepada orang. Menurut Ab. Rasid Yaakop,Tokoh Guru pada Sambutan Hari Guru 2011 berkata tugas guru amat besar kerana ia memikul amanah daripada ibu bapa dan masyarakat yang mengharapkan murid yang dididik menjadi insan cemerlang. Tambah beliau lagi, jika setiap guru mengingati amanah yang diberikan, mereka tidak akan sukar menyelamat profesion perguruan. Oleh itu, sebagai penggerak utama yang menyumbang kepada kemajuan sesuatu bangsa melalui pendidikan rasmi, guru perlu amanah menjaga nama baik profesion mulia ini. Sikap sebahagian kecil guru menggunakan peluang bersama pelajar untuk berbuat sesuatu yang tidak baik amatlah dikesali.Guru harus memaksimumkan ruang yang ada bersama generasi pelapis negara untuk memastikan anak harapan negara dan agama terdidik sempurna dengan ilmu pendidikan formal, juga adab dan nilai murni.Jangan pula guru yang menjadi orang harapan ibu bapa membantu membina sahsiah anak menjadi pagar yang makan padi. Bayangkan apa akan berlaku jika guru menjadi ancaman kepada pelajar. Sudah pasti ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke sekolah. oleh itu, janganlah kita merosakkan nama baik profesion perguruan ini. Jangan disebabkan seorang guru membuat silap, habis semua guru dipersalahkan. Bak kata pepatah, akibat nila setitik, habis susu sebelanga. Jadi, jagalah amanah yang diberikan sebaik mungkin bagi melahirkan generasi yang berkualiti pada masa akan datang. Warga Dewan yang dirahmati Allah, Bicara saya yang ketiga ialah guru harus berakhlak mulia. Murid-murid dibaratkan kain putih dan gurulah yang mencorakkannya. Sama ada kita sedar aau tidak,gurulah yang menjadikan para pelajar seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara. Jika tidak, masakan Uthman Awang mencipta sajaknya yang bertajuk Guru oh Guru di mana jika ditafsirkan sajak tersebut, setiap insan

yang berjaya dimuka bumi ini adalah hasil tangan seorang guru. Oleh itu,guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Sebagai pendidik, guru wajib mempunyai pekerti mulia yang bukan saja menjamin kecemerlangan pendidikan, juga sebagai modal mentarbiahkan insan. Menurut Menteri Datin Fatimah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri di dalam Borneo Post Online, guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Para pelajar cenderung meniru atau mencontohi tingkah laku mereka. Beliau berkata demikian berikutan insiden seorang guru lelaki bersama isterinya diberkas polis kerana disyaki mengedar dadah kepada pelajar tempat dia bertugas. Hal ini sangat memalukan kerana kita sebagai guru bercakap mengenai keburukan pengambilan dadah terlarang sebaliknya kita melakukan sendiri perkara itu. Oleh itu, tiada siapa mahu mendengar kata orang yang alpa, taat kepada pelaku maksiat, apatah lagi menadah ilmu daripada seseorang tidak berakhlak. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Sifat sifat mulia yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah dan melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia sekali gus melahirkan bangsa yang bertamadun. Sidang penonton yang penuh santun, Bicara saya yang keempat ialah keadilan guru dalam mendidik. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, adil bermaksud yang atau dengan berdasarkan pertimbangan yang wajar atau berpatutan dan tidak memihak kepada mana-mana serta tidak sewenang-wenangnya memutuskan sesuatu. Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah Al-Maidah yang membawa maksud, Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum iaitu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana

sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Sebagai seorang pendidik yang berintegriti, guru haruslah bersikap adil dalam mengajar dan tidak membezakan para pelajarnya dengan memberi layanan yang baik kepada pelajar-pelajar yang mereka suka sahaja. Selain itu juga, guruguru tidak boleh membezakan pelajar berdasarkan taraf hidup, kaum, dan agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang tidak membezakan masyarakat Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Datuk Sri Najib Bin Tun Razak. Keadilan guru menjadikan para pelajar berasa selesa dalam menimba ilmu dan di situlah lahirnya pelapis bangsa yang adil dan berkualiti. Sidang hadirin yang dihormati, Bicara saya yang terakhir ialah guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan. Seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Pada zaman siber kini yang segalanya menggunakan komputer, menjadi cabaran kepada para guru. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik dan memahami Pengetahuan Kandungan Pedagogi. Tambah beliau lagi, konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi seorang guru amat penting untuk mereka cari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Menurut beliau lagi, semua guru perlu rajin mencari, meneliti dan membuat penyelidikan agar sentiasa dalam keadaan siap siaga dengan ilmu, kemahiran serta seni pengajaran dan pengetahuan kandungan pembelajaran. Dalam hal ini, guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid

menggunakan internet sebagai Pengajaran & Pembelajaran. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Ekoran itu, guru yang berintegriti perlu

memastikan diri mereka lengkap dengan segala kemahiran dan pengetahuan untuk mendidik para pelajar mereka. Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa gurulah asas utama kepada kualiti pembinaan negara dan bangsa. Tanpa didikan guru, maka akan pincanglah perjalanan sebuah takbir urus negara dan akan rosaklah bahasa yang dipimpin. Pengisian pendidik yang berintegriti seperti yang dibentangkan iaitu guru perlulah ikhlas, amanah, berakhlak mulia, adil, dan peka dengan segala perkembangan pendidikan untuk melahirkan bangsa yang berkualiti sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

BAB 5 : KESIMPULAN Pendidik yang berintegriti

RUJUKAN Buku Ilmiah Malek Shah Hj. Mohd. Yusoff & Nik Pa Raja Kechik. (2006). Penerapan Budaya Terbilang INTAN. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara. Mazilah Musa, Izal Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin. (2005). Etika Dan Integriti Di Malaysia : Isu Dan Cabaran. Kuala Lumpur : Institut Integriti Malaysia. Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang. (2008). Kompetensi Umum Teras & Profesional. Selangor : Multimedia-es Resources Sdn. Bhd.

Penilaian Tahap Kecekapan(PTK). (2005). MDC Publishers Sdn. Bhd.

Sumber internet De-kill. (2008). Cara Menyusun Naskah Pidato. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di laman sesawang http://de-kill.blogspot.com/2008/11/cara-menyusunnaskah-pidato.html. Eyes News. (2011). Negara perlu guru berkualiti tinggi Muhyiddin Utusan Malaysia. Himpunan Berita. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di laman sesawang http://eyesnews.wordpress.com/2011/03/17/negara-perlu-guruberkualiti-tinggi-muhyiddin-utusan-malaysia/ Home.net. (2011). Didik dengan amanah, ikhlas - Tokoh Guru Melaka. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di laman sesawang http://www.home.net.my/blog/didik-denganamanah-ikhlas-tokoh-guru-melaka

Lokman Mohd Hashim. (2009). Guru Pembina Bangsa Dan Negara. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di laman sesawang http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/19/minda-penerbit-siri-21/ .

Organisasi.Org.(2008). Pengertian Pidato, Tujuan, Sifat, Metode, Susunan Dan Persiapan Pidato Sambutan. Di layari pada 22 Ogos 2011 di laman sesawang

http://organisasi.org/pengertian-pidato-tujuan-sifat-metodesusunan-dan-persiapan-pidato-sambutan.

Patricia Gary.(2010). Guru Harus Berintegriti Tinggi. Borneo Post Online.Dilayari pada 22 Ogos 2011. Di laman sesawang http://www.theborneopost.com/2010/04/28/guru-harus-berintegriti-tinggi/. Usman Awang. (1979). Guru Oh Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia. Dilayari pada 22 Ogos 2011. Di laman sesawang http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm.