Anda di halaman 1dari 20

Nama:Aisyah Maisarah Bt.

Ismail Kelas:5 Sarjana Nama Guru: Puan Goo Chin Lee

Isi Kandungan
1. Penghargaan 2. Tarian kuda kepang 3. Tarian Zapin 4. Tarian Mak Yong 5. Tarian Singa 6. Tarian Kipas 7. Tarian Naga 8. TARIAN BHARATA NATYAM 9. TARIAN KATHAK 10. Tarian Ngajat 11. TARIAN SUMAZAU 12. TARIAN LIMBAI 13. TARIAN SUMAYAU 14. TARIAN MAGUNATIP 15. Tarian Daling-Daling

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa,rakan-rakan ahli keluarga yang lain dan ramai lagi. Terima kasih kerana menolong saya untuk menyiapkan folio ini

Tarian Kuda Kepang

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penaripenari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar 4ating beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka

yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Tarian Zapin

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Tarian Mak Yong

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

Tarian Singa

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)] dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.

Tarian Kipas

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Tarian Naga

Tarian naga (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: w lng) ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: lng de chun rn) sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga. Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan

peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina. Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau. Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina.

TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari.Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan.Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.

TARIAN KATHAK

Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" .

Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung, atau baju burung serta topi yang dihias dengan bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,penari akan melompat bersama iringan lagu dimana setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu ditangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan tangannya ke kiri dan ke kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian ini adalah seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

TARIAN SUMAZAU

Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan

TARIAN LIMBAI

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

TARIAN SUMAYAU

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya. Persembahan tarian diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam.Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar) untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu, Di samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Ia cuma bergerak berinsutinsut yang amat perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

TARIAN MAGUNATIP

Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.

TARIAN DALING-DALING

Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

Anda mungkin juga menyukai