Anda di halaman 1dari 28

PJK2102W

2012

GAYA HIDUP SIHAT PENGENALAN Konsep dan Definisi GHS Gaya hidup merupakan tingkah laku seseorang individu dalam masyarakat. Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan yang dilakukan bagi meningkatkan tahap kesihatan. Gaya hidup sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia bagi menjalani cabaran hidup di dunia. Kesihatan merupakan tunjang kepada hidup manusia di muka bumi. Individu yang sihat dapat memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, agama, bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang penyakit. Definisi ini menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia. Hidup yang sihat merangkumi aspek fizikal, mental, rohaniah. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia terlalu kurang yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana mengikut kajian, 2.5 juta rakyat Malaysia yang mengidap penyakit jantung, manakala 19% daripada jumlah penduduk Malaysia diklafikasikan sebagai obes. Setiap hari juga kita mendengar berita tentang gejala sosial. Persoalan yang tidak lekang dari mulut kita masyarakat ialah tentang usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Antara usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah menggalakkan orang ramai untuk bersukan atau beriadah. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chek sendiri mengakui kepentingan sukan untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan bersukan, kita dapat meningkatkan kesihatan diri kita dari aspek fizikal. Menurut laporan satu kajian, sekiranya seseorang itu bersenam selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu, seseorang itu dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik seperti penyakit 1

PJK2102W

2012

hipertensi, sakit jantung atau penyakit tekanan darah tinggi. Amalan gaya hidup sihat seperti bersukan juga dapat meningkatkan ketumpatan biojisim tulang dan

mengurangkan risiko golongan wanita menghidapi penyakit osterioporosis apabila tua kelak. Di samping itu, amalan bersukan juga menjadikan otot kardium atau otot jantung lebih kuat dan memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar. Amalan bersukan juga dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung atau strok kerana kolestrol yang berlebihan akan digunakan untuk menjana tenaga semasa bersukan dan mengelakkan kolestrol tersebut daripada terenap di saluran darah dan menghalang darah mengalir dengan lancar. Menurut majalah Readers Digest, amalan bersukan juga dapat membantu mengatasi masalah kegendutan. Seseorang itu akan dikategorikan sebagai gendut sekiranya dia mempunyai jisim yang melebihi jisim yang sepatutnya untuk ketinggian sebanyak 20%. selain itu, pimpinan negara turut sedar akan kepentingan amalan bersukan telah turun padang untuk mengetuai orang ramai dalam aktiviti senam erobik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bersukan memang dapat membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Dalam pada itu, amalan pemakanan yang betul dan seimbang juga dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap hidangan yang lengkap harus terdiri daripada karbohidrat, protein, lipid, serabut, vitamin, garam mineral dan air. Makanan yang mengandungi lipid dan kolestrol harus merangkumi hanya 5% daripada satu hidangan lengkap. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita dan memastikan metabolism badan berjalan secara lancar. Protein pula akan membantu badan kita membina sel dan tisu badan yang baru. Vitamin dan garam mineral merupakan nutrien yang tidak membawa sebarang nilai tenaga tetapi penting untuk mengekalkan fungsi badan yang optimum. Misalnya, vitamin D penting bagi membantu penyerapan ion kalsium dan ion fosferus serta membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta sihat, manakala garam mineral ferum penting untuk membentuk hemoglobin yang diperlukan untuk pengangkutan oksigen dalam proses respirasi.

PJK2102W

2012

Selain itu, serabut yang diperoleh daripada sayur-sayuran penting untuk memastikan proses penyejatan berlaku dengan lancar dan masalah sembelit dan penyakit kolon dapat dielakkan. Badan kita terdiri daripada 75% air. Oleh itu, air merupakan suatu komponen penting dalam badan dan seseorang itu seharusnya meminum sebanyak dua liter air sehari. Air berfungsi sebagai medium untuk tindak balas biokimia dalam badan serta membantu mengekalkan suhu badan pada suhu 31darjah selsius., iaitu suhu yang optimum untuk enzim badan. Amalan pemakanan yang betul juga termasuk mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam atau kandungan gula yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan seseorang itu menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi, manakala kandungan gula yang tinggi akan mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit kencing manis atau penyakit diabetis melitus, iaitu keadaan apabila hati seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan glukosa menjadi glikogen. Oleh itu, amalan pemakanan yang betul akan membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu harus menghindari amalan merokok atau meminum arak. Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap hisapan rokok boleh memendekkan tempoh hayat seseorang itu sebanyak lima saat. Setiap batang rokok pula mengandungi kira-kira 4000 jenis racun, termasuklah prestisid, nikotin, formaldehid dan insektisid. Bahan-bahan kimia sedemikian yang disedut ke dalam badan seseorang perokok akan mengakibatkan mutasi sel berlaku. Seseorang perokok besar kemungkinan akan menghidapi penyakit kanser. Paru-paru seseorang perokok akan mengalami pembahagian sel secara tidak terkawal sehingga mengakibatkan seseorang itu menghidap kanser peparu. Trakea seseorang perokok pula akan melecur dan mengakibatkan kesakitan yang kronik. Apabila kempen Tak menyedari Nak! hakikat rokok tersebut, kerana pihak setiap kerajaan sedutan telah melancarkan akan membawa

terhadap

padah!. Kempen ini bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kesan negatif merokok sekali gus menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan menghindari amalan tersebut. begitu juga jika seseorang itu meminum arak secara berlebihan, mereka akan mengalami gangguan emosi dan kehilangan keupayaan untuk 3

PJK2102W

2012

berfikir secara logik dan rasional. Selain itu, seseorang yang kerap meminum arak juga akan merosakkan hatinya dan kehilangan keseimbangan badan. Kerap kali, seseorang yang mabuk akan memandu dan seterusnya mengakibatkan nahas jalan raya berlaku. Untuk menggalakkan orang ramai supaya menghindari amalan negatif sebegitu, pihak kerajaan telah mengenakan peningkatan duti eksais untuk rokok dan arak dalam Belanjawan 2005. Jelas sekali, bahawa amalan tidak merokok dan tidak meminum arak, juga merupakan gaya hidup sihat. Di samping itu, untuk mengamalkan gaya hidup sihat dari segi mental dan rohaniah,seseorang itu harus mempunyai didikan agama atau moral sejak kecil lagi bak kata pepatah, Melentur buluh,biarlah daripada rebungnya. Dengan menyemai nilai-nilai murni, seseorang itu pasti akan bersikap bertanggungjawab dan menjauhi gejala sosial seperti merompak, merogol atau membunuh. Selain itu, seseorang itu juga harus bergaul dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh positif dan menjauhi rakan celaka yang akan mengakibatkan seseorang itu terjebak ke dalam kancah maksiat. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak serta bersikap prihatin terhadap anak-anak untuk memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang kondusif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebagai natijahnya, untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya berusaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat pasti akan dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, lalu impian untuk mewujudkan negara Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat Satu Malaysia menjadi realiti. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

PJK2102W

2012

Tips Gaya Hidup Sihat 1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari. 3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. 4. Pastikan tidur anda benar-benar berkualiti. 5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas. 6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. 7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun di rumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. 8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

PJK2102W

2012

A. PEMAKANAN YANG SEIMBANG Elakkan makan terlalu banyak. Contohi sifat Rasulullah, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Masalah kegemukan berpunca daripada lebihan kalori dan kurangnya bersenam (input > output), maka ia akan tersimpan dalam bentuk lebihan lemak yang memberatkan badan. Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak mungkin. Ikuti kempen yang telah lama dilancarkan oleh kerajaan Australia, 2+5 yang bermakna makan 2 hidangan buah dan 5 hidangan sayur sehari. Ia boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit (constipation) dan mengurangkan risiko kanser usus! Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Protien Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon. Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Karbohirat Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.

PJK2102W

2012

Karbohidrat

diperlukan

untuk

membekalkan

tenaga

bagi

kegunaan

badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes. Karbohidrat mempunyai tiga bahagian iaitu Monosakarida, Oligosakarida dan Polisakarida.

Monosakarida Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan

Oligosakarida Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

Polisakarida Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).

Lemak Lemak ialah sejenis lipid, yang boleh dibezakan antara lipid-lipid lain berdasarkan struktur kimia. Kategori molekul ini penting untuk banyak bentuk hidupan yang lepas, terutama pada kedua-dua fungsi struktur dan metabolik. Lemak merupakan sebahagian diet bagi kebanyakan heterotrof (termasuk manusia). Lemak biasanya larut dalam sebatian organik tetapi tidak bersama air. Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak ikan, dan buter atau ghee. Ia biasanya didapati dari lemak dalam susu dan daging, juga dari bawah kulit, dari haiwan. 7

PJK2102W

2012

Contoh lemak tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari, bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Margarine dan "vegetable shortening", yang boleh dihasilkan dari minyak di atas, kebanyakannya digunakan bagi memasak. Contoh lemak sedemikian boleh dikelaskan sebagai lemak tepu dan minyak tidak tepu.

Vitamin

Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian untuk manusia. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien. Namun unutk mengurangkannya boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi. Mineral

Mineral atau galian adalah sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Perkataan "mineral" merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga struktur mineral. Komposisi mineral berbeza daripada unsur tulen dan garam mudah kepada silikat yang amat kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui (sebatian organik biasanya tidak dikira). Kajian ke atas mineral ini dikenali sebagai mineralogi.

PJK2102W

2012

Untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai mineral yang sebenar, sesuatu bahan itu mesti berada dalam bentuk pepejal dan mempunyai struktur kekristalan.Ia juga mesti juga bukan dari bahan organik,terjadi secara semulajadi,dan mempunyai komposisi kimia yang tersendiri. Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang seperti kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi, kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan, kumpulan susu dan hasil tenusu, kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang, kumpulan minyak, lemak dan gula. Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai yang berasaskan kepada piramid makanan.

Kesan Pemakanan Kanak-Kanak Prasekolah

Status pemakanan akan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Kanak-kanak yang sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan kelihatan lebih cergas, dapat memberi tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan aktiviti fizikal. Sebaliknya kanak-kanak yang tidak diberi makanan yang berzat akan menjadi seorang yang pendiam, sentiasa menarik diri atau menjadi terlalu aktif sehingga tidak dapat dikawal oleh guru. Kanak-kanak tersebut akan cepat dijangkiti penyakit serta menurunkan daya melawan sesuatu penyakit. Kanak-kanak yang tidak dapat nutrien dan kalori yang sewajarnya yang dikehendaki oleh tubuh badan secara berterusan akan mendapat masalah, terutamanya bayi dan kanak-kanak kecil. Pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial akan terbantut. Pemilihan makanan yang silap oleh ibu bapa, seperti kerap makan makanan segera, tabiat makan makanan ringan, terlalu memikirkan berat badan dan kerap makan dengan tidak menentu masa.

PJK2102W

2012

Masalah obesiti adalah berkaitan dengan pemakanan. Sekiranya kanak-kanak makan berlebihan makanan yang member tenaga seperti makanan yang mengandungi tinggi kalori, mereka akan mengalami peningkatan berat badan yang akan membahayakan diri. Amalan tersebut jika ditambah pula dengan kekurangan aktiviti fizikal, kerap menonton TV dan permainan video (golongan sedentari) lebih tinggi mendapat risiko penyakit kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kronik lain. Kesan pemakanan yang tidak bersih dan tidak berkhasiat terhadap kanak-kanak seperti keracunan makanan dan mudah mendapat penyakit kerana antibodi kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa.

Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak

Ibu bapa dan pengasuh perlu merancang pemakanan kanak-kanak mengikut piramid makanan bermula sarapan pagi, snek pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum sebelum tidur. Mengambil kira pemakanan seimbang, nutrien dan fungsinya.

Mewujudkan Suasana Sihat Dalam Keluarga

Suasana yang sihat dalam keluarga adalah merupakan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa harus memastikan setiap ahli keluarga makan bersama-sama dan mengikut pada masa yang ditetapkan. Ibu juga harus memastikan masakkannya itu tidak mengandungi terlalu banyak lemak, tinggi kaloridan gula. Ibu bapa juga perlu menghadkan pengambilan makanan ringan yang tidak lebih dari seminggu.

10

PJK2102W

2012

Amalan Dan Kesan Pengambilan Makanan Secara Berlebihan

Menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti Obesiti meningkatkan risiko penyakit yang serius seperti jantung koronari, hipertensi, diabetes, strok dan penurunan fungsi organ. Obesiti juga menghadkan keupayaan kita dalam aktiviti fizikal. Pergerakan kita menjadi kurang tangkas dan pantas kerana terpaksa menanggung berat badan. Kita juga menghadapi peningkatan risiko kecederaan di bahagian sendi lutut sekiranya tubuh tidak bersedia dengan penambahan berat badan yang berlebihan

Cara Mengatasi Masalah Obesiti Amalkan cara hidup aktif berdasarkan piramid aktiviti untuk. Meningkatkan penggunaan kalori dan mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Selain itu perlu mengurangkan pengambilan kuantiti makanan mengikut keperluan kalori dan hadkan saiz hidangan yang dimakan. Untuk mengatasi obesiti disiplinkan diri supaya makan mengikut masa, rancang masa makan dan jenis makanan yang diambil dan mengamalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

11

PJK2102W

2012

B. KEBERSIHAN DIRI

Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu, sampah, dan bau. Di zaman moden, setelah Louis Pasteur menemukan proses penularan penyakit atau infeksi disebabkan oleh mikroba, kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteri patogen, dan bahan kimia berbahaya. Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak bau, tidak malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri maupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menyikat gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan. Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Kebersihan diri dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial seseorang.

I. Penjagaan kulit kanak-kanak Kanak-kanak perlu dididik cara-cara mandi dengan sabun untuk mengelakkan penyakit kulit dan badan berbau. Kanak-kanak perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa. Mereka perlu menggosok badan dengan kain lembut supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan. Bahagian celah-celah jari kaki perlu diberi perhatian supaya bersih.

II. Bau badan Kanak-kanak yang sihat dan aktif akan sentiasa berpeluh tetapi kadang-kadang badannya berbau akibat peluh, terutama di bahagian ketiak, pastikan dibersihkan dengan mandi bersabun. Menyalin pakaian bersih dan kering selepas mandi, memakai losyen supaya wangi.

12

PJK2102W

2012

III. Kebersihan gigi Menggalakkan kanak-kanak menjaga gigi dari peringkat awal dengan menggosok gigi dua kali sehari dengan baik dan berkesan untuk menghindarkan dari plak. Ibu bapa mengawal kanak-kanak dalam pengambilan gula semasa menyediakan makanan dan minuman.

Kebersihan adalah meliputi beberapa aspek berikut seperti tubuh badan, pakaian, tempat tinggal. Selain itu juga, kita perlu menitik beratkan aspek penyediaan makanan yang bersih dan sempurna. Kebersihan menjaga penyediaan makanan adalah bertunjangkan kepada beberapa faktor iaitu mengelakkan keracunan makanan, kesedaran untuk menghasilkan makanan yang selamat, mengurangkan risiko

menghasiikan makanan yang tercemar, mengelakkan infentasi haiwan perosak, menarik perhatian pelanggan, dan mengelakkan keracunan makanan.

13

PJK2102W

2012

C. PENYALAHGUNAAN BAHAN Penyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah. Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral. Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara tiruan atau sintetik. Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kokain Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol. Punca penyalahgunaan bahan ialah terpengaruh dengan iklan, pengaruh internet, cabaran daripada rakan sebaya, terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah, keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya, ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya dan ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Individu dan Negara Kesan pertama ialah keruntuhan akhlak. Penagih terdorong untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri, mengugut ibu bapa dan ahli keluarga, merosakkan harta awam dan berkelakuan sumbang. Kesan kedua ialah gagal dalam pelajaran. Dadah menyebabkan khayal dan boleh merosakkan minda seseorang. Akibatnya individu tersebut tidak dapat belajar dengan sempurna. Kesan ketiga ialah prestasi kerja terjejas. Dadah menyebabkan tumpuan terhadap tugas semakin berkurangan, tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Majikan mungkin akan memecat individu tersebut. Kesan keempat ialah

14

PJK2102W

2012

tersisih daripada masyarakat. Penagih dadah sering menjauhkan diri dari masyarakat, mereka suka bergaul sesama mereka. Kesan kelima ialah keruntuhan institusi keluarga. Masalah penagihan dadah boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar-kacir dan berlakunya penceraian antara suami isteri. Kesan keenam ialah terdedah kepada jangkitan HIV. Jangkitan HIV melalui jarum suntikan yang digunakan. Jangkitan ini membawa penyakit AIDS yang membawa maut. Kesan ketujuh ialah penyalahgunaan dadah member kesan negatif kepada negara seperti peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial, menanggung kos tinggi untuk pengurusan penagih, menjatuhkan martabat negara, kehilangan bakal pemimpin negara, dan kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda. Rokok

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung. Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk 15

PJK2102W

2012

kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam. Kesan Penyalahgunaan Bahan Terhadap Individu I. Rokok 90% kes barah paru-paru 75% kes jantung 25% kes penyakit saluran pernafasan 85% kes remaja menjadi perokok tetap. Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Individu dan Negara Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta

Lain-lain bahan

Ramai

di

kalangan

kita

terutamanya

ibubapa

sering

bimbang

mengenai

penyalahgunaan dadah seperti ecstasy, ganja, syabu dan lain-lain di kalangan anakanak kita terutamanya yang berusia remaja. Akan tetapi kita biasanya terlupa malah tidak menyedari, atau mengabaikan kemungkinan terdapat penyalahgunaan produk16

PJK2102W

2012

produk yang biasa digunakan di rumah dengan cara menghidu atau menyedut wapnya. Produk-produk ini kebiasaannya dianggap sebagai tidak merbahaya akan tetapi sebenarnya produk-produk ini mengandungi bahan pelarut organik beracun, yang apabila dihidu atau disedut wapnya akan menyebabkan ketagihan, atau berpotensi mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.

Kegiatan menghidu bahan-bahan ini, kebanyakannya gam, sering melibatkan golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun, demikian menurut pihak polis yang telah dapat mengesan kegiatan ini di Perak. Pada pertengahan tahun 2001, masyarakat Malaysia dikejutkan pula dengan berita kematian beberapa orang pelatih Pusat Serenti Sungai Ruan, Raub, Pahang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, penyakit yang menyerang pelatih tersebut berpunca daripada perbuatan mereka menghidu bahan kimia seperti gam, thinner dan petrol secara berterusan untuk menghilangkan ketagih.

Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas.

Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat

17

PJK2102W

2012

kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.

Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.

Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paruparu, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.

Kesan

Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah. Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk. Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung.Kematian akibat kurang

oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas. Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang. Kematian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas.

18

PJK2102W

2012

Langkah Pencegahan

Menghidu atau menyedut inhalan boleh mmbunuh walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakanrakan anda. Selain itu,pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan. Selain itu, elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada. Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut. Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka. Elakkan sikap tidak apa ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang.

19

PJK2102W

2012

D. KESENGGANGAN, REHAT, ISTIREHAT DAN TIDUR

Kesenggangan bermaksud waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak

membebankan badan dan otak seperti melukis, menyiram pokok bunga, menggubah lagu dan sebagainya. Rehat bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contohnya waktu rehat di sekolah, di tempat kerja. Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Bagi merehatkan badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain catur atau permainan dalaman. Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dan bersiar-siar. Istirahat bermaksud satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak.Semasa istirahat, kita dapat melegakan ketegangan dan stres. Ramai antara kita yang mengorbankan waktu tidur semata-mata untuk menyiapkan kerja, namun tidak ramai yang menyedari bahawa banyak lagi masa lain yang boleh dikorbankan seperti masa melayari facebook, chatting, bersembang dan sebagainya. Tidur yang cukup diperlukan agar badan kita mendapat rehat yang berkualiti supaya kita mampu untuk bekerja esok hari. Allah telah menjadikan malam untuk tidur dan berehat, jadi ikutilah sunnatullah ini! Tidur adalah satu jangka masa dimana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur mendalam berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen.

20

PJK2102W

2012

Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan menakjubkan iaitu membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang,

menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi.. Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur berkualiti baik yang diinginkan.

Kepentingan tidur

Kepentingan pertama ialah pertumbuhan sihat. Pertumbuhan fizikal juga berlaku semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur mendalam berkualiti baikberlaku dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Jadi ia membantu anda untuk bersedia belajar keesokannya Memperbaiki memori Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi, otak menguruskan maklumat yang tersimpan. Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan memori. Jadi ia berfungsi meningkatkan daya ingatan Meningkatkan Kesejahteraan Emosi Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi berlaku, ia menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran Jadi ia berfungsi menghilangkan tekanan Selain itu tidur membantu tubuh sembuh dari penyakit dan luka Di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan.

21

PJK2102W

2012

Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam.[8] Satu lagi kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil sedemikian. Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihi 7 hingga 8 jam sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat sosio-ekonomi Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi bayi baru lahir, dan masa tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu membesar. Seorang bayi baru lahir menghabiskan hampir separuh masa tidur dalam keadaan normal. Apabila mencecah usia kira-kira lima tahun, cuma dua jam lebih dihabiskan dalam keadaan normal Usia Jumlah tidur purata seharian Baru lahir sebanyak 18 jam 1-12 bulan 1418 jam 1-3 tahun 12-15 jam 3-5 tahun 11-13 jam 5-12 tahun 9-11 jam Remaja 9-10 jam Dewasa, termasuk golongan tua 7-8 (+) jam Wanita hamil 8 (+) jam Faedah-Faedah Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan supaya badan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum. Menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang dan badan menjadi segar agar tugas harian dapat dijalankan dengan lebih efisien. Menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan. Fungsi-fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat dalam sistem saraf dapat disusun semula.

22

PJK2102W

2012

E. SENAMAN Senaman ialah satu kumpulan pergerakan fizikal secara terancang dengan

tujuan meningkatkan tahap kecergasan untuk kesihatan yang optimum. Senaman adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepada kemampuan dan keinginan anda. Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar. Faedah bersenam ialah elakkan penyakit obesiti, kurangkan risiko penyakit

kardiovaskular ( berkaitan jantung), meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri, dan otak anda lebih cerdas. . Cuba untuk amalkan senaman selama 20 minit, sekurang-kurangnya 3 kali

seminggu. Kumpul rakan-rakan yang lain untuk bermain bola, netball, futsal, badminton dan sebagainya.

Penemuan terbaru menyatakan, kita juga boleh menikmati faedah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti : (a) Melakukan kerja-kerja rumah (b) Berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti, sebanyak 3 kali sehari dan dilakukan 5 kali seminggu. (c) Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah memenuhi kehendak senaman.

Nasihat Perubatan Kita perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman anda, terutamanya jika anda: Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas. Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas. Tidak jelas kedudukan kesihatan anda. Memiliki sejarah perubatan atau sedang dalam rawatan Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak melakukannya secara tekal.

23

PJK2102W

2012

Kita tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih senaman mengikut kemampuan anda. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat jika dilakukan dengan betul.

Aktiviti Kecergasan Untuk Kanak-Kanak Aktiviti kecergasan untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah sehingga Tahun 2 perlu memperkembangkan komponen kecergasan fizikal dan bersenam dengan pelbagai anggota badan.

Aktiviti P & P hendaklah menekankan aktiviti untuk mempertingkatkan daya fizikal kanak-kanak. Sebagai contohnya :-

i. Senaman untuk `trunk` atau tulang belakang kanak-kanak. Pergerakan tunduk, regangan, ayunan badan, kilas badan, jangkau dan membentuk pelbagai bentuk dengan badan. Kanak-kanak digalakkan melakukan tersebut dengan pelbagai cara seperti berdiri, baring, melutut atau duduk.

ii. Senaman untuk abdomen Posisi paling berkesan bagi senaman di bahagian abdomen ialah di atas lantai. Contoh aktiviti ialah bangkit tubi, baring dan bangkit sambil menyentuh kaki dengan tangan, angkat lutut perlahan-lahan dan angkat kepala perlahan-lahan untuk melihat kaki.

iii. Senaman untuk tangan dan lengan Pergerakan memusing lengan seberapa besar yang boleh menyokong badan dengan tangan di lantai seperti berjalan seperti ketam.

24

PJK2102W

2012

iv. Senaman untuk kaki dan kardiovaskular Senaman ini dapat dilakukan dengan mengguna ruang atau di suatu tempat sahaja. Contoh pergerakan ialah lari pantas dan berhenti, lari dan tukar arah dengan serta merta, lompat ke pelbagai arah dan lompat tali.

v. Senaman untuk kelembutan badan Pergerakan seperti tunduk dan regang badan, duduk dengan kaki terbuka dan tunduk dan melakukan aktiviti mengayun badan dengan pasangan (berpegangan tangan).

Aktiviti Fizikal dan Permainan Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak suka bergerak. Mereka secara semulajadi ingin belajar dan mempunyai naluri ingin mengetahui sesuatu. Mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan bergerak dengan seluruh anggota badan. P& P aktiviti fizikal awal kanak-kanak adalah seronok di mana guru dan murid-murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Sesuatu kemahiran boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan. Kanakkanak awal kanak-kanak gemar bergerak bebas dan tidak suka menjadi pemerhati sahaja. Penggunaan peralatan dan lain-lain ransangan akan member lebih cabaran kepada mereka untuk melakukan pergerakan. Pada peringkat 4 6 tahun, mereka didorong semangat ingin tahu yang menyebabkan mereka sentiasa cergas Kemahiran Fizikal Untuk Kanak-Kanak Psikomotor Halus Motor halus Meramas, menggentel,mengoyak, mencubit, mengguli, memicit dengan menggunakan bahan seperti kertas dan plastisin. Membuka dan menutup botol. Mengikat tali kasut dan bungkusan 25

PJK2102W

2012

Menggunting kertas Menguntai manik mengikut saiz besar ke kecil dan sebalikknya.

Menguasai motor halus dengan menggunakan peralatan kecil seperti pundi kecil dan bola. Lambung rendah dan tangkap Lambung tinggi dan tangkap Lambung dua belah tangan dan tangkap sebelah tangan dan pelbagai ansur maju lagi.

Psikomotor Kasar Motor Kasar Berjalan (ke hadapan, kiri, kanan dan belakang) Melompat ( dua belah kaki dan sebelah kaki) Berlari (ke hadapan, kiri, kanan dan belakang) Skip ke hadapan sambil menyanyi

Aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan seperti binatang :

Berjalan seperti gajah Berjalan seperti gorila Berlari seperti kucing Melompat seperti arnab Melompat seperti katak Berjalan seperti beruang Berjalan seperti kanggaru Berjalan seperti anjing laut Berjalan seperti ketam Permainan mengikut rentak muzik.

26

PJK2102W

2012

Kepentingan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak Pergerakan akan membantu pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan. Kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran fizikal dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya. Pergerakan melalui permainan, tarian, gerak irama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak seronok dan dapat menguasai kemahiran tersebut. Aktiviti fizikal di peringkat prasekolah dapat membantu meningkatkan daya kecergasan kanak-kanak. Aktiviti fizikal juga dapat memupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup sihat. Kemahiran pergerakan akan menggalakkan kanak-kanak bersosialisasi dan secara tidak langsung sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi akan turut dipupuk.

27

PJK2102W

2012

Kesimpulan Kesimpulannya, gaya hidup sihat mempunyai lima komponen utama iaitu, pemakanan seimbang, rehat yang secukupnya,kebersihan diri,tidak mengambil bahan terlarang dan senaman mengikut cara yang betul. Setiap komponen gaya hidup sihat amat mementingkan kesihatan diri dan dapat mengekalkan tahap kesihatan yang optima. Daripada itu juga dapat menghalang dan menjadikan tubuh kita daripada jangkitan penyakit berjangkit. Setiap individu mengidamkan kesihatan tetapi untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optima memerlukan pengorbanan yang besar. Gaya hidup sihat juga memainkan peranan penting dalam melahirkan individu yang cergas dan sihat. Hal ini seiring dengan kemahuan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat. Setiap hari kita sering mendengar gejala-gejala yang boleh merosakkan dan meruntuhkan imej negara seperti isu doping pada Sukan Sea 2011 di Indonesia baru-baru ini. Bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optima seseorang itu perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan seimbang, melakukan senaman, rehat yang cukup dan menjaga kebersihan diri dan persekitaran sekeliling kita. Oleh itu, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan persekitaran mereka daripada segala punca penyakit seperti sampah dan haiwan membawa penyakit dan bakteria seperti lalat, nyamuk dan sebagainya. Secara keseluruhannya, bukanlah menjadi satu kemustahilan kepada individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia boleh dilakukan walau di mana jua sama ada di rumah atau di luar. Maka tidak wajarlah alasan tiada masa, terlalu sibuk dan sebagainya menjadi punca seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Di samping itu, gaya hidup sihat juga perlu diamalkan tanpa mengira kaum, budaya, gaya hidup, dan agama. Oleh itu, amat penting bagi semua untuk mengetahui corak gaya hidup sihat serta tidak memandang rendah kepentingan gaya hidup sihat bagi memastikan kehidupan mereka sntiasa sejahtera dan tubuh badan yang sihat sentiasa. Ia selari dengan konsep mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

28

Anda mungkin juga menyukai