Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KELAS AMALI MASAKAN ( 10 JULAI 2012)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menjalankan kelas amali masak pada 10 Julai 2012 buat kali ketiga bagi subjek Pengurusan Masakan dan Teknologi (RBT 3111). Pada minggu ketiga ini saya akan diajar membuat kek yang hanya menggunakan kaedah putaran sahaja serta membuat aising . Kumpulan saya telah mendapat tugasan untuk membuat kek Sandwich Victoria dan Buttercream aising. Kek yang kumpulan saya buat ni pentuknya seperti sandwich yang akan diisi jem di tengah-tengahnya. Walaubagaimanapun, kelas saya terpaksa melewatkan kelas amali memasak ini disebabkan program senamrobik pada sebelah pagi namun ini bukan menjadi masalah kepada kami untuk membuat kek. Saya dapat melihat ketidaksabaran dan semangat kawan-kawan saya serta saya sendiri untuk membuat kek kerana kami jarang-jarang membuat kek terutama bagi kaum lelaki ini. Langkah yang paling penting dalam membuat kek ini ialah sukatan bahanbahan untuk membuat kek mestilah tepat supaya kek dapat dihasilkan dengan baik. Saya memilih jem blueberry untuk diisi di tengah-tengah supaya dapat memberikan rasa yang menarik manakala disebabkan esen vanilla telah habis, maka kek saya akan diletakkan dengan perisa lemon. Setelah semua bahan diambil, saya akan memanaskan oven sebanyak 150C supaya haba di dalam oven dapat diseratakan sebelum saya memasukkan kek.

Sementara

memanaskan

oven,

saya

bersama

ahli

kumpulan

saya

memulakan langkah untuk membuat adunan kek. Kami menggayakkan tepung bersama tepung penaik supaya dapat menghasilkan tepung yang halus serta menghancurkan tepung yang berketul supaya kek kami tidak rosak. Setelah siap mengayak tepung, kami putar menjerin bersama gula sehingga kembang. Kami menggunakan alat penjimat masa di mana kerja kami akan lebih cepat dan dapat menghasilkan adunan yang betu-betul kembang. Langkah seterusnya adalah memasukkan telur sebiji demi sebiji. Bagi kumpulan saya, saya mengasingkan telur kuning dan telur putih dan memasukkan telur kuning satu per satu. Selepas itu, saya memastikan telur kuning sudah sebati dengan adunan dan kemudian memasukkan telur putih. Setelah saya telah dapat pastikan telur dan adunan sebati, saya memasukkan perisa lemon disebabkan esen vanilla sudah habis. Saya kaup balikkan campuran tepung dan adun sebati sebelum dituang adunan ke dalam dua tin pembakar yang telah dialas dan digriskan. Puan suzana mengajar kami untuk mengriskan tin pembakar dengan menyapu majerin dan meratakan tepung penaik ke seluruh tin pembakar. Kek itu dibakar ke dalam oven selama 30 minit dan sementara menunggu kek itu dibakar, kami bersiap sedia menyediakan buttercream aising. Penyediaan aising ini memberi ilmu yang tersangat berguna kepada saya kerana baru saya tahu macam mana aising di kedai dibuat. Kami memukul majerin terlebih dahulu sehingga kembang dengan menggunakan mesin penjimat masa iaitu mixer. Kami

mengayakkan dahulu gula aising supaya dapat menghancurkan gula aising yang berketul. Apabila gula aising sudah hancur, saya mencampurkan majerin beserta susu dan gaul majerin dengan gula aising sehingga sebati.

Setelah kek telah siap, saya mengeluarkan tinn pembakar dan diletakkan di atas jeda. Saya mengikis terlebih dahulu bahagian tepi tin pembakar sebelum mengeluarkan kek agar tiada bahagian yang terlekat pada tepi kek dengan tin pembakar itu. Setelah siap mengikis, saya mengeluarkan kedua-dua kek dan membiarkan sejuk sebentar. Akibat terlalu teruja hendak membuat kek, kumpulan saya terus menyapu jem blueberry di atas kek tanpa bertanya puan. Nasib kami baik apabila sebelum kami mencantumkan kedua-dua kek itu, puan datang dan memberitahu kami perlu membuang bahagian lapisan atas kedua-dua kek tersebut. Oleh itu, kumpulan saya meminta maaf kepada puan kerana membuat tanpa bertanya terlebih dahulu. Setelah siap mencantum kedua-dua belah kek, kumpulan saya makin teruja untuk menyapu aising. Puan menunjukkan kami cara terlebih dahulu dalam menyapu aising. Kami perlu menyelup pelepe ke dalam air sejuk dahulu untuk menghasilkan permukaan aising yang licin. Kumpulan saya ingin menyapu aising warna putih seluruh kek. Pada awalnya saya ingat menyapu ising adalah mudah dan senang tetapi apabila saya cuba ianya tidak begitu senang seperti yang dijangka. Setelah siap menyapu aising, saya menggunakan scripper untuk membuat jalur di bahagian tepi kek dan kemudian memasukkan kek ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan aising itu sebentar. Sementara menunggu aising keras, kumpulan saya mewarnakan aising yang berlebihan dengan pewarna biru untuk membuat perhiasan di atas kek itu. Kami membuat corak di sekeliling lapisan kek itu dan bahagian bawah kek dengan menggunakan aising warna biru tadi. Saya juga dapat belajar cara untuk menghasilkan corak menggunakan piping beg dan nozzle. Akhir sekali, saya meletakkan chocolate rice yang berwarna-warni bagi menampakkan perhiasan kek saya lebih menarik.

SSetelah kek siap, saya meletakkan kek itu ke dalam peti semula. Kumpulan saya meneruskan dengan membuat air sunquick dengan memanaskan air terlebih dahulu. Setelah air panas siap, saya mencampurkan air gula ke dalam air panas dan membiarkan ia larut dan sejuk sebentar. Apabila air sudah sejuk, saya menuang air gula ke dalam jag dan meletakkan sunquick. Sementara membuat air sunquick, salah seorang rakan saya memotong agar-agar dalam bentuk dadu untuk diletakkan di dalam air sunquick tadi. Setelah siap, ais diletakkan ke dalam air sunquick dan siap untuk dihidangkan. Seterusnya adalah sesi penilaian oleh Puan Suzana. Puan Suzana memberi komen yang positif kepada kumpulan kami kerana tekstur kek kami menjadi dan lembut tetapi aising di tepi kek kami tidak begitu tebal sehinggakan ternampak bahagian dalam kek semasa saya scripper tepi kek tersebut. Oleh itu, langkah pernambahbaikkan adalah saya perlu menbalkan lagi aising pada bahagian tepi kek. Masalah yang kek kami hadapi adalah perasa lemon tidak terlalu rasa pada kek kami. Ini membuatkan solah-olah kek kami tidak menggunakan apa-apa perisa. Oleh itu, pada masa akan datang saya perlu melebihkan sedikit perisa lemon itu. Walau bagaimanapun, rata-rata kek kelas saya buat adalah berjaya dan menarik.