Anda di halaman 1dari 23

TUGASAN 2: Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran sains anda, bincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling

efektif yang pernah anda gunakan .

Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang paling efektif yang pernah saya gunakan ialah demonstrasi atau tunjukcara. Tujuan kaedah ini adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa, atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar

mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.

Kaedah ini sering kali digunakan

bersama-sama dengan kaedah-kaedah pengajaran yang lain seperti kuliah dan amali (eksperimen). Demonstrasi sesuai dan berkesan digunakan hanya dalam situasi-situasi seperti berikut:

Sesuatu alat terlalu berbahaya untuk dikendalikan sendiri oleh pelajar. Apabila sesuatu aktiviti atau eksperimen melibatkan proses yang boleh mendatangkan bahaya jika dikendalikan sendiri oleh pelajar. Sesuatu alat terlalu mahal untuk digunakan oleh pelajar. Peralatan yang sangat terhad untuk membolehkan pelajar menjalankan sesuatu eksperimen, sama ada bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil. Sesuatu aktiviti atau eksperimen yang mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan. Apabila anda ingin mengulangi secara cepat sesuatu prinsip yang telah dipelajari oleh pelajar. Untuk menyediakan para pelajar melaksanakan sesuatu aktiviti, misalnya suatu eksperimen. Anda menggunakan kaedah demonstrasi untuk

menunjukkan perkara-perkara penting yang perlu difahami oleh pelajar bagi menjayakan aktiviti berkenaan, misalnya teknik-teknik khas mengendalikan sesuatu alat atau radas dan langkah keselamatan yang terlibat. Untuk menunjukkan hubungan sesuatu fenomenon dengan konsep yang dipelajari semasa kuliah. Misalnya, perubahan warna penunjuk bikarbonat
10

dalam keadaan asid dan alkali untuk membuktikan bahawa udara yang dihembus keluar semasa pernafasan mengandungi karbon dioksida. Merangsang pemikiran untuk menjana idea-idea baru. Dalam hal ini, anda melakukan sesuatu demonstrasi ringkas berhubung dengan suatu konsep atau prinsip dan meminta pelajar membuat ramalan, hipotesis atau memberi pendapat tentang konsep atau prinsip berkenaan.

Kita harus ingat: Demonstrasi bukan jalan pintas kepada pengajaran kaedah saintifik. Sering kali kaedah demonstrasi disalahgunakan, terutamanya dalam sesi amali. Eksperimen-eksperimen yang sepatutnya dilakukan oleh para pelajar sering kali digantikan dengan demonstrasi. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap makmal sains telah dilengkapi dengan peralatan dan bahan yang mencukupi. Keadaan ini juga menghalang pelajar mempelajari dan memperkembangkan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif). sains diuji dalam peperiksaan. Selain itu, kemahiran proses

Dalam kaedah demonstrasi, peranan guru adalah:

Mengenal pasti dengan jelas objektif pengajaran. Memahami nilai atau manfaat demonstrasi berkenaan kepada pelajar. Memahami dan memastikan rasional demonstrasi, iaitu mengapa demonstrasi itu dilakukan. Menyediakan alat atau bahan yang diperlukan. Merancang supaya demonstrasi memberi manfaat kepada semua pelajar di dalam kelas. Merancang penglibatan aktif pelajar semasa demonstrasi.

Keberkesanan demonstrasi bergantung pada beberapa perkara, antaranya:

1. Laras bahasa yang guru gunakan semasa menyampaikan demonstrasi. Guru mestilah menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.
11

Turut memainkan peranan penting ialah komunikasi tanpa berbahasa, iaitu pergerakan tangan, kepala atau mimik muka anda secara berkesan.

2. Peralatan yang digunakan mestilah cukup besar dan seberapa ringkas yang boleh. Alat-alat yang kompleks akan melindungi apa yang hendak ditunjukkan.

3. Demonstrasi mestilah mudah dilihat oleh semua pelajar. Alat atau objek demonstrasi mestilah diletakkan di atas meja yang tinggi. Pastikan juga

cahaya cukup terang supaya pelajar-pelajar dapat melihat semua aspek demonstrasi.

4. Kedudukan para pelajar perlu diatur supaya setiap pelajar dapat melihat apa yang ditunjukkan dan mendengar dengan jelas percakapan guru. Dalam kelas yang ramai pelajar, pelajar-pelajar yang berdekatan dengan

demonstrasi bolehlah duduk manakala yang lebih jauh pula bolehlah berdiri. Satu cara lagi adalah dengan membahagikan pelajar-pelajar kepada

beberapa kumpulan; setiap kumpulan mengambil giliran melihat demonstrasi. Untuk mengelak gangguan, kebisingan atau pelajar bermain, kumpulankumpulan yang tidak melihat demonstrasi diberikan sesuatu tugas, misalnya membaca buku teks, menjawab soalan atau berbincang tentang sesuatu masalah. 5. Guru perlulah memastikan pelajar terlibat secara aktif dalam demonstrasi. Pelajar-pelajar disuruh memasang alat, mengambil ukuran, mengisi jadual dan sebagainya. guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang relevan bagi membangkitkan minat serta merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, anda hendaklah melayani soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Dalam keadaan tertentu, pelajar-pelajar melihat demonstrasi, mendengar

penerangan guru, mengambil nota atau melukis gambarajah.

12

6. Guru

sepatutnya berlatih melakukan demonstrasi terlebih dahulu. Ini

memberi peluang kepada guru mengenal pasti masalah-masalah yang mungkin timbul dan mengawal masa secara berkesan.

Kesimpulan

Sebagai guru sains kita seharusnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat murid dalam mempelajari sains menurut K.T. Compton (seorang ahli fizik yang terkenal) beliau menyatakan

bahawa sains merupakan "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini". Oleh itu, bagaimanakah kita hendak membentuk "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan" ini jika pelajar tidak dibenarkan untuk merasai alam persekitarannya. Perhubungan dengan alam persekitaran akan merangsang semua deria pelajar dan apabila ini berlaku pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik. Apabila pembelajaran menjadi menarik maka minat pelajar terhadap bidang ini akan meningkat. Oleh, itu amat penting bagi kita melihat semula kaedah pengajaran dan pembelajaran sains masakini. Kelemahannya wajar diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar terhadap bidang sains itu sendiri. Sudah kerap kali perkara ini disebut namun sehingga kini masih belum nampak adanya perubahan yang besar dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains. Memang benar terdapat beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Namun, kejayaan kaedah ini untuk meningkatkan minat terhadap sains masih diragukan. Jika pelajar hanya belajar melalui teknologi maklumat tanpa wujudnya perhubungan dengan alam maka minat pelajar terhadap bidang sains tetap akan mati akhirnya.

13

TUGASAN 3 (A) (i) MANUAL PENYEDIAAN KIT KOTAK KASUT PENGENALAN Penyediaan kit kotak kasut ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.selain itu juga dengan adanya kit kotak kasut ini murid-murid lebih mudah untuk memahami konsep, prinsip dan hokum sains. Kit kotak kasut yang saya hasilkan ini adalah berkait dengan topik litar eletrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Selain tajuk litar bersiri dan litar selari guru-guru juga boleh menggunakan kit kotak kasut ini untuk mengajar tajuk bahan konduktor dan bahan penebat. Kit ini turut d lengkapi dengan manual penggunaan yang lengkap dengan langkah-langkah pemasangan litar serta dilengkapi dengan lukisan skematik supaya murid lebih mudah memahami penyiasatan yang dijalankan. Bahan bahan yang diperlukan untuk membuat kit litar eletrik 1. satu kotak kasut

2. pemegang bateri 2 pcs

14

3. Suis pisau 2 pcs

4. Pemegang mentol 4 pcs

5. Mentol 4 pcs

15

6. Wayar merah dan hitam 1 meter

7. Pemutar skru 1 batang

16

Anggaran kos

JENIS BARANG 1. Kotak kasut 2. Pemegang bateri 4 pcs 3. Suis pisau 2 pcs 4. Mentol 4 pcs 5. Pemegang bateri 2 pcs 6. Wayar merah /hitam 1meter 7. Pemutar skru JUMLAH

HARGA RM 7.60 RM 3.00 RM 3.80 RM 4.00 RM 18.40

TUGASAN 3 : (A)
17

(ii)

MANUAL PENGGUNAAN KIT KOTAK KASUT KIT PENYAMBUNGAN LITAR ELETRIK

PENGENALAN Kit ini memudahkan anda menjalankan eksperimen berkaitan topik litar eletrik sains tahun 5. Setiap projek mempunyai langkah kerja untuk menyambungkan litar eletrik. Projek didalam set ini mengikut sukatan sains tahun 5. Walau bagaimanapun set litar ini juga boleh di ubah suai untuk tujuan eksperimen yang lain seperti menguji bahan konduktor dan penebat. Kandungan

Pemegang bateri 2 biji

Suis pisau 2 biji

18

Pemegang mentol 4 biji

Mentol 4 biji

Pemutar skru 1 batang LANGKAH KERJA 1. Pasang wayar pada pemegang bateri

Wayar merah /hitam 1 meter

2. Pasang wayar pada suis pisau


19

3. Pasangkan mentol pada pemegang mentol

MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SIRI


20

21

MEMBUAT PENYAMBUNGAN LITAR SELARI

22

TUGASAN 3 : (A) (iii) RANCANGAN MENGAJAR 2 WAKTU UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TOPIK YANG MENGGUNAKAN KIT KOTAK KASUT : Sains : 5 Cerdik : 20 Mac 2012 : 10.30-11.30 (60 minit) : 32 orang : Menyiasat alam fizikal

Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Tema

Bidang pembelajaran : Elektrik Objektif pembelajaran : Memahami litar bersiri dan litar selari. Hasil pembelajaran : 1. Mengenalpasti perbezaan susunan litarbersiri dan selari. 2. membina litar bersiri dan selari. 3. Membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari. Pendekatan / strategi : Pendekatan inkuiri penemuan Strategi mengeksperimen dan perbincangan.

Fasa Orientasi 5 minit

Isi kandungan Simulasi membina litar lengkap

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Simulasi Guru memberi gambar mentol, bateri dan suis dan di gantung pada murid untuk menghasilkan satu litar. Soalan : Adakah mentol akan menyala ? Murid berpegsng tsngsn untuk

Catatan Kemahiran berfikir : Membuat gambaran mental. Nilai murni : Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam.

23

menunjukkan satu litar eletrik lengkap. ( murid sudah ada pengetahuan bina litar ) Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan. Soalan : Adakah mentol akan menyala ? Seterusnya guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari itu. Murid menyiapkan permainan jigsaw puzzle litar bersiri dan litar selari. Murid mencari perbezaan 2 jenis litardaripada puzzle yang telah dilengkapkan. Murid membuat ramalan litar yang paling baik. Dengan menggunakan kit kotak kasut penyambungan litar, murid menjalankan eksperimen, membuat pemerhatian dan merekodkan keputusan penyiasatan. (rujuk lampiran 1) Kumpulan yang tidak Berjaya diberikan pemulihan. Murid berbincang didalam kumpulan : - Kelebihan dan kelemahan litar Strategi/teknik: Teknik penyoalan seluruh kelas. Sumber : Permainan jigsaw puzzle litar.

Pencetusa n idea (10 minit)

Terdapat dua jenis susunan litar lengkap iaitu litar selari dan litar bersiri.

Menstruktu r semula idea ( 25 minit )

Mentol litar selari lebih cerah berbanding litar bersiri

Strategi/teknik: Inkuiri penemuan, eksperimen. Sikap saintifik dan nilai murni: Sistematik,jujur dalam merekod dan bekerjasama. Strategi : Perbincangan kumpulan.

Aplikasi idea (15 minit )

Kita menggunakan litar selari dirumah.

24

Refleksi (5 minit)

Mentol lebih cerah dalam litar selari berbanding litar bersiri.

bersiri dan litar selari - Membezakan susunan komponen eletrik secara selari dan bersiri. Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari itu. Murid membuat pengurusan grafik perbandingan litar bersiri dan litar selari.

LAMPIRAN :

25

Kod aktiviti : 5/3/2/2.2/6 Bidang kajian : 2. Elektrik Objektif pembelajaran : 2.2 memahami litar bersiri dan litar selari. Hasil pembelajaran : 2.2.6 membandingkan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari. : eksperimen : Dua bateri, empat mentol, wayar, dua suis, empat pemegang mentol.

Kaedah Radas/ Bahan

Langkah-langkah : 1. Bina litar bersiri seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol. 3. Bina litar selari seperti yang di tunjukkan dalam rajah dibawah.

4. Pasang suis dan perhatikan kecerahan mentol dan catatkan pemerhatian.

1. Pemerhatian :
26

Jenis litar Litar bersiri Litar selari 2. Berdasarkan penyiasatan nyatakan : I.

Kecerahan mentol

Pembolehubah yang di manipulasi. __________________________________________________________ Pembolehubah yang bergerakbalas. __________________________________________________________ Pembolehubah yang dimalarkan.

II.

III.

3. Nyatakan sebab kenapa mentol dalam litar bersiri malap ?

4. Kesimpulan :

27

TUGASAN 3 (B) REFLEKSI BERKAITAN DENGAN AKTIVITI PENGAJARAN SAINS. MASALAH Saya mengajar di kelas 6 Cerdik, Sekolah Kebangsaan Seri Mahkota Kuantan. Lokasi sekolah ini adalah di luar bandar. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini tidak boleh memahami pengajaran sains dalam bahasa inggeris. Prestasi mata pelajaran sains sekolah ini berada di tahap sederhana. Pada tahun lepas hanya 70 % muridmurid lulus dalam mata pelajaran ini walaupun target sebenar sekolah ialah 100%. Setelah dua bulan mengajar sains kelas 6 Cerdik semenjak sesi persekolahan 2012, saya mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Dalam pada itu, saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sikap kenakalan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ianya boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin muridmurid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Muridmurid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain.

ANALISIS MASALAH Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid di belakang. Setiap kali saya mengajar, beberapa murid-murid akan bercakap atau Adakah yang anda akan buat berbeza bermain di belakang. Mereka akan berbuat demikian sepanjang masa pengajaran saya. dengan dahulu?Beberapa soalan berlegar dalam minda saya:
28

Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran saya? Apakah yang menjadikan mereka bosan? Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini? Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya? Adakah saya menjadi punca berlakunya? Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan: murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah. Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam kelas Murid-murid ini tidak berminat dalam pembelajaran sains.

Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar.

Dari suatu perspektif yang lain saya boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu percanggahan dari segi kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti mereka. Murid-murid dari sekolah luar bandar tidak menganggap sains sebagai penting dan relevan dalam kehidupan mereka. Kenapakah mereka belajar sesuatu yang mungkin tidak berguna pada masa depan.

Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan diantara satu sama lain adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran
29

dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.

Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan terhadap pembelajaran? Adakah kebisingan kelas sesuatu yang buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah hilang minat belajar?

CADANGAN

Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin mencadangkan langkah-langkah berikut: menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiran / topik yang dikuasai murid tersebut yang membuat bising menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihanlatihan yang mudah berbeza dengan murid-murid lain memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan.

TINDAKAN SUSULAN Daripada pengalaman menggunakan model Canter assertive discipline guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.
30

Dapatan daripada amalan pengajaran berasaskan model Canter, saya telah mendapati semangat berkumpulan di kalangan pelajar kelas ini telah mula berputik dengan adanya kerjasama dan tolong menolong sesama ahli kumpulan. Kumpulan murid yang suka membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan mereka tetapi berada dalam suasana / iklim penyayang dan positif. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah telah dapat dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar.

KESIMPULAN Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru.

31

32