Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Sejak sekian lama hubungan antara masyarakat dengan alam sekitar ibarat aur dengan tebing iaitu saling bergantungan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Masyarakat memerlukan alam sekitar sebagai tempat tinggal, sumber makanan, sumber perubatan, sumber bahan mentah, sumber terapi serta sumber rekreasi dan pendidikan. Dalam kehidupan seharian, manusia sangat bergantung pada alam sekitar dan adalah amat sukar untuk menyatakan bahawa kesejahteraan kesihatan tidak bergantung pada kemampanan alam sekitar. Hal ini bermakna gangguan terhadap alam sekitar secara berlebihan bukan hanya menyebabkan kemerosotan kualitinya, tetapi juga boleh mengganggu kesejahteraan kesihatan (Jamaluddin 2009).

Namun, manusia dengan segala kudrat dan pengetahuan yang dimilikinya merupakan entiti yang mampu mempengaruhi alam sekitar serta komponennya. Pemikiran ini sejak sekian lama diperkukuhkan berdasarkan Doktrin Aristotle yang menyatakan haiwan, tumbuhan dan bumi wujud semata-mata untuk manusia (ubahsuaian daripada Des Jardins 1997). Justeru, tidak hairanlah mengapa dalam hubungannya dengan alam sekitar, manusia sentiasa mendominasi,

mengeksploitasi dan melakukan apa sahaja yang dikehendaki kepada alam sekitar tanpa menitikberatkan usaha untuk melindungi alam sekitar mereka.

Falsafah pembangunan sepatutnya dilihat dari sudut alam sekitar dan keperluan sosial dan bukannya ekonomi dan teknologi semata-mata. Intergrasi bidang-bidang sains tulen dan sains sosial adalah salah satu usaha komprehensif dalam menghasilkan kaedah pengurusan alam sekitar yang berkesan (Adams, 1990). Dengan memahami interaksi keperluan dan kemahuan manusia, serta keupayaan alam sekitar menampung sesuatu proses pembangunan, barulah pengaplikasian sains dan teknologi dalam menyelesaikan isu dan masalah alam sekitar menjadi lebih berkesan.

Konsep dan Ciri-ciri Warga Alam Sekitar

Alam sekitar boleh di definisikan sebagai hasil interaksi biotik dan abiotik semua organisma di bumi (Barrow, 1999). Interaksi manusia dan alam sekitar bermula seawal detik pertama manusia mendiami bumi. Falsafah dan etika dalam hubungan manusia- alam sekitar membentuk sikap dan pandangan manusia tentang alam sekitar,seterusnya mempengaruhi corak interaksi yang terbentuk. Etika alam sekitar juga mengajar manusia untuk menghormati bukan sahaja manusia lain, tetapi semua hidupan dan ciptaan Tuhan yang berkongsi mendiami bumi. Penghayatan falsafah ini berupaya mengurangkan sikap antropocentric yang merupakan antara punca masalah alam sekitar kini.

Terdapat beberapa takrifan mengenai konsep dan ciri-ciri warga alam sekitar. Menurut takrifan Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA), Environmental Citezenship (EC) adalah 'tindak-tanduk,keadaan serta tabiat' seseorang dilihat sebagai 'ahli ekosistem yang mempunyai hak dan tanggungjawab terutama tanggungjawab menjaga integriti ekologi dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat'.

Sementara itu, pakar alam sekitar Stuart Bell dan Donald McGilivray telah mendefinisikan warga alam sekitar sebagai orang yang perlu bertanggungjawab ke atas interaksi mereka dengan alam sekitar.

Manakala Pengarah Alam Sekitar (DOE) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim menyatakan bahawa penjagaan alam sekitar perlu diterap dalam kehidupan manusia sendiri dan warga alam sekitar harus menjaga interaksi dengan alam sekitar, melindungi dan menguruskannya bukan untuk mengeksploitasi. Warga alam sekitar atau environmental citizenship dilihat sebagai ; a nation of civic virtue (Dobson, 2003) that manifests in the behaviour, attitude, values and actions of an individual. It involves both the exercising of environmental rights and carrying out ecological responsibilities

( Ho Yuek Ming, 2007 )

Menurut

Azizi

Muda

(2007),

warga alam

alam sekitar

sekitar yang

adalah

individu

yang sikap

bertanggungjawab

terhadap

mempamerkan

bertanggungjawab kepada alam sekitar. Untuk mengambil tindakan dalam menyelesaikan masalah alam sekitar sama ada diperingkat individu atau dalam kumpulan dan apabila perlu mengambil tindakan perundangan atau politik.

Ciri-ciri warga Alam Sekitar

Apabila kita mengaitkan siapakah warga alam sekitar secara tidak langsung ia saling berkait rapat dengan ciri-ciri warga alam sekitar. Ciri-ciri warga alam sekitar yang utama ialah individu yang yang mempamerkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Sikap rasa tanggungjawab dapat dipupuk sedari kecil lagi apabila ia dikaitkan dengan pendidikan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Pendidikan dan kesedaran yang mendalam dan lebih baik tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari dapat membentuk sikap tanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar (Mazalisah & Muhammad Rizal). Contoh sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar ialah tidak mengeksploitasi hutan dengan menebang sesuka hati pokok balak amnya.

Ciri yang seterusnya ialah menanamkan sikap/ amalan menjaga kebersihan yang terdapat di persekitarannya. Bagi menanamkan sikap/amalan kebersihan

seharusnya ia datang dari individu itu sendiri. Penjagaan kebersihan diri adalah sikap yang perlu ada dan utama. Tanpa kebersihan diri sudah tentu individu

tersebut tidak mengamalkan ciri-ciri warga alam sekitar yang baik. Kita mesti mengubah pandangan kita terhadap alam sekitar di mana kita mesti meletakkan nilai terhadap alam semulajadi, faham mengapa dan bagaimana alam sekitar bernilai kepada manusia seluruhnya serta mengiktiraf bahawa semua benda termasuk alam sekitar mempunyai tempat dan sebab untuk wujud. Selain itu, kita juga mesti sedar bahawa manusia hanyalah satu hidupan dan kita sepatutnya berkongsi planet ini dengan penghuni yang lain (Haliza 2007). Sentiasa memberikan kerjasama untuk mewujudkan alam sekitar yang bersih

III)

Pelaksanaan Aktiviti Gaya Hidup Lestari

1)

Kempen cinta alam sekitar/ Hari Bumi Bagi melaksanakan aktiviti Gaya Hidup Lestari, kempen cinta alam sekitar

adalah salah satu cara untuk menyelamatkan alam sekitar daripada kerosakan. Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam. Antara kempen yang boleh dijadikan kesedaran ialah : Kempen Hari Tanpa Plastik.

Kempen membendung masalah

'Hari

Tanpa

Beg

Plastik'

ini

bertujuan

bagi

pencemaran

yang

semakin

berleluasa.

Kempen

pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau. Orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global. Kempen itu harus diperluaskan ke seluruh negara. Pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya digalakkan membawa beg masing-masing atau mendapatkan beg di pasaraya

dengan membayar 20 sen sehelai jika mahu mengguna plastic beg bagi mengisi barangan yang dibeli.Ini bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Hasil jualan beg itu untuk tujuan projek alam sekitar dan kebersihan serta untuk program-program yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.

Kempen Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengitar semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, menjimatkan sumber, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih, menggurangkan penggunaan tenaga, menyelamatkan hutan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar semula sama ada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Kita cuma masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna yang bersesuai. Tong-tong ini harus boleh didapati di sekolah-sekolah dan beberapa bangunan kerajaan. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

Selain itu pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan iaitu, memberikan tong atau plastik kitar semula yang mempunyai kod warna yang berbeza secara percuma, bagi mendidik rakyat Malaysia. Disamping itu, semua rakyat harus memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat. Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan-bahan kitar semula supaya bahan-bahan ini boleh dikitar semula. Kita harus mengubah cara pembuangan sampah. Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Bahan-bahan seperti kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca boleh diasingankan dan dibuang ke dalam tong-tong yang disediakan. Penglibatkan ahli keluarga dan rakan sekerja adalah penting. Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula. Kempen kitaran semula buangan e-waste juga membantu memelihara alam sekitar. Kempen kitar semula buangan e-waste seperti televisyen, radio dan CD player dapat mengurangkan bahan buangan di bumi ini. Kempen Cintailah Sungai Kita

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menganjurkan kempen "Cintailah Sungai Kita"sejak tahun 1993 dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai. Kebersihan sungai bukan tanggungjawab sebuah kementerian sahaja. Banyak punca-punca

pencemaran yang dikenal pasti memerlukan penglibatan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengatasinya. Di samping itu penglibatan pihak swasta,

komuniti setempat, masyarakat umum dan pelajar sekolah juga perlu bagi menjamin sungai-sungai kita bersih. Kempen Cintailah Sungai Kita adalah salah satu usaha oleh JPS untuk menganjurkan kesedaran umum, empati dan keprihatinan terhadap sungai kita dan usaha bersepadu dijalankan untuk membersihkan sungai kita di seluruh negara. Selain program pendidikan dan kesedaran yang berterusan, kempen ini melibatkan Program Pembersihan Sungai, Pengindahan Sungai, Pemulihan Pencemaran, Sungai Angkat dan Pendidikan yang mensasar individu, badan korporat dan sektor awam.

2)

Konsep 5R (Recycle, Reuse, Repair, Reduce,Rethink)

5R adalah singkatan kepada rethink (fikir semula), repair (baik pulih), reuse (guna semula),recycle (kitar semula) dan reduce (kurangkan).

Rethink

rethink ataupun fikir semula sebelum buang. Adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama ada ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Dengan adanya seidkit kesedaran iaitu fikir dulu sebelum buang ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan sampah yang bakal dibawa ke pusat pelupusan sampah. Munculnya bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan adalah disebabkan oleh tindakan dan aktiviti manusia itu sendiri. Selain itu rethink atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah kita sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar semula, digunakan semula, dibaik pulih jika mengalami kerosakan.

Repair

Konsep R kedua adalah repair ataupun baik pulih di mana ia boleh diertikan sebagai memeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau untuk memulihkan keadaan sesuatu alat yang telah rosak. Bagi memastikan mengurangkan

penggunaan sumber asli, adalah disarankan pengguna membaik pulih alatan yang rosak dan hanya membuangnya di pusat-pusat kitar semula setelah kerosakan tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Oleh itu kita sebagai pengguna bukan sahaja berperanan untuk memastikan barangan dapat dilupuskan secara berkesan, malah penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapat mengurangkan penggunaan sumber asli yang kian berkurang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terancang.

Reduce

Konsep R yang seterusnya adalah reduce atau dalam bahasa Melayunya adalah mengurangkan. Kurang di sini membawa maksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum serta kapas. Penggunaan sumber asli secara berlebihan dalam aktiviti seharian memaksa sektor industri berkaitan mempertingkatkan pengeluarannya bagi memenuhi permintaan pengguna di sesuatu tempat. Pernahkah anda terdengar tentang berkongsi kenderaan ke tempat kerja? Semestinya pernah bukan. Kerajaan Malaysia telah lama menyarankan pengguna-pengguna kenderaan di Malaysia berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke mana sahaja di dalam destinasi yang sama. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pelepasan gas beracun ke atmosfera yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor malah ianya dapat membantu mengurangkan jumlah penggunaan petrol dengan berkesan. Ianya bukan sahaja menjimatkan malah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur.

Reuse

Reuse atau guna semula adalah salah satu daripada konsep yang terkandung dalam 5R di mana ianya bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain seperti menjadikan tayar kenderaan yang telah lusuh atau rosak menjadi pasu bunga ataupun menjadikan botol plastik terbuang menjadi bekas meletak alat tulis.

Recycle

Mari kita mendalami seba sedikit tentang makna kitar semula. Kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru. Contohnya surat khabar lama akan menjalani pelbagai peringkat pemprosesan untuk mendapatkan sejumlah kertas putih yang baharu dan sedia untuk digunakan sebagai kertas mahjung, kertas fotokopi dan banyak lagi. Amalan kitar semula ini harus dipraktikkan ke segenap lapisan masyrakat kerana ianya dapat mengurangkan kuantiti bahan buangan, selain menjimatkan kos

perbelanjaan untuk membiayai projek pelupusan bahan buangan.

3)

Aktiviti Gotong Royong

Gaya Hidup Lestari yang seterusnya ialah mengadakan aktiviti gotong royong misalnya membersihkan kawasan yang melibatkan penduduk setempat dan pelajar sebagai satu langkah menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar. Aktiviti seperti ini diharapkan dapat memupuk semangat kecintaan pada kebersihan dan seterusnya menyediakan persekitaran yang selesa,nyaman dan harmoni sebagai warisan kepada generasi yang akan datang. Program ini biasanya bertujuan member pendedahan kepada masyarakat dan para pelajar khususnya terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan pantai contohnya.

4)

Penubuhan dan penglibatan Persatuan Alam Sekitar Penubuhan Persatuan Pencipta Alam Malaysia (Malaysia Nature Society,

MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan. MNS merupakan badan atau persatuan Alam Sekitar yang bergiat aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Sebagai contoh Badan Alam sekitar ini telah Berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan taman Negara Endau-Rompin dan baru-baru ini MNS sedang menjalani stu kempen untuk mengazetkan kawasan Belum-Temenggor sebagai kawasan terpelihara. Ini adalah satu usaha dalam merealisasikan aktiviti gaya hidup lestari melalui pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

5)

Mengadakan Kolaborasi bersama agensi kerajaan, NGO dan komuniti

Kolaborasi antara semua pihak dalam menjayakan gaya Hidup Lestari ini amat penting kerana tanpa adanya kolaborasi sesuatu program itu tidak akan

menampakkan kejayaan dan kesungguhan semua pihak. Oleh itu kerajaan bersama

badan bukan kerajaan dan komuniti harus memupuk semangat kerjasama yang kuat. Contohnya usaha kerajaan telah mendapat sokongan padu dari badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang ditubuhkan pada 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dianugerahkan tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan kemajuan dan kemodenan serta membela hak masyarakat yang terkesan akibat aktiviti ini. Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak

bertanggungjawab yang seringkali menggunakan alasan pembangunan, kemajuan dan kemodenan tetapi tidak mengindahkan akibat perlakuan mereka yang tidak mesra alam. Contoh badan bukan kerajaan selain SAM ialah Word Wid Fune for Nature (WWF).