Anda di halaman 1dari 50

S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 1

1.0 Pengenalan

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia boleh didapati dalam pelbagai industri seperti
di negara-negara lain dalam dunia ini. IKS merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Selain itu, kelahiran IKS juga dapat
membantu kerajaan dalam meningkatkan pendapatan negara secara umumnya, kewujudan
IKS ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan penduduk dan
dalam masa yang sama meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, mewujudkan agihan
pendapatan yang sekata, mengurangkan kadar inIlasi dan mewujudkan imbangan pembayaran
yang lebih seimbang. Ketidaktentuan ekonomi dunia dan ditambah pula dengan harga bahan
mentah yang tidak menentu memaksa IKS mengatur strategi terutamanya dalam strategi
pembuatan dan seterusnya akan memberi kesan terhadap prestasi syarikat IKS.

Pada tahun 2007, pertumbuhan produktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
adalah pada 5.3 dengan nilai sebanyak RM46.6 juta, pertambahan daripada RM44.2 juta
pada tahun sebelumnya. Produktiviti yang meningkat disebabkan oleh kewujudan nilai
tambah dan penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dalam subsektor terpilih. Pertumbuhan
produktiviti yang tinggi terutamanya dalam subsektor kimia dan keluaran kimia (16.5)
disebabkan oleh pelaburan berterusan dalam teknologi moden dan kemajuan dalam proses
pengeluaran yang mendorong kepada penyampaian produk dan perkhidmatan nilai tambah
yang tinggi. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui jadual 1.1 di bawah tentang jumlah dan
hasil pada setiap tahun.


Jadual 1.1: Prestasi syarikat IKS berdasarkan tahap pengeluaran dan pertumbuhan

TAHUN 2003 2004 2005 2006 2007
Tahap (RM `000) 37.02 39.42 42.00 44.22 46.57
Pertumbuhan () 5.94 6.48 6.54 5.28 5.31

Sumber : Kaji selidik tahunan tentang industri perkilangan, Jabatan Perangkaan, Malaysia
(2008).

S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 2

Merujuk kepada prestasi syarikat IKS, terdapat beberapa buah syarikat IKS yang telah
pun berjaya memasuki pasaran antarabangsa. Ini menunjukkan syarikat IKS mampu bersaing
sehinggakan produk mereka berjaya tersenarai dalam pasaran antarabangsa.


2.0 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakriIkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil
dan Sederhana (SMIDEC) sebagai sebuah syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan
tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Bank
Negara Malaysia pula menakriIkan IKS sebagai perusahaan dengan dana pemegang saham
kurang daripada RM10 juta. SMIDEC telah ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai sebuah agensi kerajaan untuk
menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan IKS. Secara amnya, IKS merupakan gabungan
dua jenis industri iaitu industri saiz kecil dan industri saiz sederhana. IKS di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mikro, kecil atau sederhana. Kumpulan ini akan
ditentukan bergantung kepada jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa.
Jumlah jualan tahunan adalah berbeza mengikut saiz dan jenis IKS.


Jadual 2.1 : Jumlah jualan tahunan

SAIZ KILANG ` PERTANIAN SEKTOR
PERKHIDMATAN ``
Mikro Kurang daripada RM250, 000 Kurang daripada
RM200,000
Kurang daripada
RM200,000
Kecil Antara RM250,000 dan RM10
juta
Antara RM200,000
dan RM 1 juta
Antara RM200,000 dan
RM1 juta
Sederhana Antara RM10 juta hingga
RM25 juta
Antara RM1 juta
hingga RM5 juta
Antara RM1 juta hingga
RM5 juta

* termasuk kilang berasaskan pertanian dan yang berkaitan dengan pekhidmatan
** termasuk ICT
Sumber : Laporan Tahunan SME 2007
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `

Jadual 2.2 : Bilangan pekerja sepenuh masa

SAIZ KILANG* PERTANIAN SEKTOR
PERKHIDMATAN**
Mikro Kurang daripada 5 orang
Pekerja
Kurang daripada 5
orang pekerja
Kurang daripada 5
orang pekerja
Kecil Antara 5 hingga 50 orang
Pekerja
Antara 5 hingga 19
orang pekerja
Antara 5 hingga 19
orang pekerja
Sederhana Antara 51 hingga 150
orang pekerja
Antara 20 hingga 50
orang pekerja
Antara 20 hingga 50
orang pekerja

* termasuk kilang berasaskan pertanian dan yang berkaitan dengan pekhidmatan
** termasuk ICT
Sumber : Laporan Tahunan SME 2007

Dalam kebanyakkan negara maju dan membangun, IKS menjadi tulang belakang
kepada pembangunan ekonomi dan memainkan peranan dalam banyak aspek kehidupan. IKS
memainkan peranan dan memberi sumbangan penting kepada pengeluaran negara dan
kemampuan menyediakan pekerjaan kepada penduduk dan ini secara langsung dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Mengikut sumber daripada Jabatan
Statistik Malaysia mendapati peratusan pekerja dalam syarikat IKS telah meningkat antara
tahun 2006 hingga 2007. Ini dapat dilihat melalui jadual 2.4 dan jadual 2.5 dengan lebih
terperinci bagaimana IKS menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk serta memancu
ekonomi negara dalam pelbagai sektor.










S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 4

Jadual 2.4 : Jumlah keluaran, nilai tambah dan pekerja dalam syarikat IKS

Tahap nilai* (RM Juta) Peratusan syer daripada sektor
perkilangan ()
Pertumbuhan
()
Tahun 2006 2007 2006 2007 2006 - 2007
Jumlah
keluaran
88, 266 94, 356 29.31 30.74 4.91
Nilai Tambah 17, 798 19, 251 25.66 26.33 8.16
Bilangan
Pekerja
402, 496 413, 397 31.21 31.62 4.91

Sumber : Jabatan Statistik Malaysia 2008

Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pada tahun 2005, sumbangan IKS kepada KDNK
adalah sebanyak 32. Pada tahun 2007 pula mendapati 96 daripada pertumbuhan
perniagaan dalam sektor perkilangan ialah IKS dengan sebanyak 30.7 daripada jumlah
pengeluaran perkilangan.

Jadual 2.5 : Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia

TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009*
Nilai RM juta RM juta RM juta RM juta RM juta
KDNK 449250 475192 505353 528804 528860
Pertanian, perhutanan,
perikanan

35835

37769

38593

40073

39260
Perlombongan 42472 41315 42663 42337 42176
Perkilangan 137940 147672 152262 154195 141934
Pembinaan 14685 14604 15279 15604 16071
Perkhidmatan 230043 246895 270762 290588 303695

*anggaran
Sumber : Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Kewangan, Jabatan Statistik dan Bank
Negara
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 5

Bancian sektor perkilangan oleh Jabatan Statistik pada tahun 2008 mendapati IKS di
Malaysia terlibat dalam hampir semua jenis pengeluaran barangan utama. Antaranya
termasuklah industri minuman, industri tekstil, pakaian, batik, bahan-bahan kimia, getah dan
plastik, logam dan bukan logam, galian dan lainlain lagi. Dengan mengambil kira saiz
pengeluaran, subsektor keluaran makanan dan minuman mencatatkan sumbangan terbesar
dalam kalangan IKS, iaitu mencakupi sebanyak 32.3. Ini disusuli oleh subsektor kimia dan
keluaran kimia (16.5), getah dan keluaran plastik (10.2) dan perabot (4.1). Ini dapat
dilihat dengan jelas dengan peratusan yang diperolehi daripada Jabatan statistik seperti di
jadual 2.6 di bawah.


Jadual 2.6 : Pengagihan daripada keluaran IKS dalam sektor perkilangan pada 2008

Jenis
Produk plastik dan getah
Produk logam pasang siap
Logam asas
Perabot
Produk mineral bukan logam
Kayu dan produk kayu
Makanan dan minuman
Kimia dan produk kimia
Lain-lain
10.2
6.5
6.0
4.1
4.0
3.4
23.3
16.5
17.1

Sumber : Jabatan Statistik Malaysia, 2008


2.1 Sumbangan IKS
2.1.1 Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
IKS berupaya membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada orang
ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 6

intensiI dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan Iirma-Iirma besar. Ini
secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa Iungsi
pengeluaran dalam operasi IKS. Penggunaan modal yang rendah bagi setiap unit
keluaran atau buruh menbolehkan sektor ini mengeksploitasi sumber modal yang
terhad. Kelebihan dalam kaedah pengeluaran ini ialah mereka dapat mengurangkan atau
meminimakan kos pengeluaran dan seterusnya bersaing dengan Iirma-Iirma lain di
pasaran terbuka.
Dianggarkan bahawa jumlah kapital untuk setiap orang pekerja bagi IKS
mempunyai lebih kurang 14 hingga 50 lebih rendah berbanding dengan industri
bersaiz besar. Keseluruhannya, dalam semua bancian dan penyelidikan yang telah
dijalankan di dapati bahawa semakin besar saiz sesebuah industri, semakin tinggi
penggunaan kapital atau modal. Apabila IKS menggunakan jumlah kapital yang jauh
lebih rendah berbanding dengan Iirma besar, jumlah dan bilangan pekerja secara
langsung lebih ramai bagi setiap ringgit yang dilaburkan. Kelebihan dalam kaedah
pengeluaran ini ialah mereka dapat mengurangkan atau meminimakan kos pengeluaran
dan seterusnya bersaing dengan Iirma-Iirma lain di pasaran terbuka.

2.1.2 Meningkatkan tabungan dalam ekonomi dan pengagihan pendapatan
Kegiatan IKS baik secara langsung mahupun tidak langsung dapat membantu
meningkatkan jumlah tabungan dalam ekonomi negara. Dalam kebanyakan operasi
industri kecil, sejumlah besar sumber kewangan dan modal datangnya daripada pemilik
sendiri. Terdapat juga modal yang disumbangkan oleh ahli keluarga, relatiI atau kawan,
di samping rakan perniagaan mereka. Kajian menunjukkan bahawa lebih 70 daripada
sumber kewangan dalam IKS berpunca daripada pemilik atau pengusaha masing-
masing.
Hal ini demikian jelas membayangkan bahawa IKS menjadi sumber utama
kepada jumlah tabungan dan simpanan negara. Sekiranya jumlah modal dan sumber
kewangan tersebut tidak dilaburkan dan digunakan dalam IKS, berkemungkinan besar
ia akan digunakan untuk perbelanjaan keperluan yang lain. Justeru itu, penubuhan dan
kegiatan industri kecil dari segi ekonomi menggalakkan kadar simpanan dan tabungan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 7

ekonomi. Ini boleh meningkatkan keseluruhan kadar simpanan penduduk dalam negara
dan mengurangkan masalah kenaikan kadar inIlasi. Selain itu, sumber-sumber bahan
mentah yang digunakan oleh IKS seperti mesin, peralatan, pejabat dan bangunan juga
membantu ke arah meningkatkan tabung simpanan negara. IKS, dalam konteks ini juga,
boleh mengurangkan kadar pembaziran yang berlebihan.
Kepentingan dan peranan IKS juga dapat dilihat dari segi pengagihan
pendapatan dalam kalangan penduduk. Firma besar dan syarikat antarabangsa pada
umumnya lebih cenderung membayar dan menawarkan gaji, Iaedah serta kebajikan
sosial yang tinggi kepada hanya sekumpulan kecil pekerja terutamanya kepada pengurus
atasan, pekerja mahir dan proIesional sahaja. Penglibatan pengusaha, pemilik dan
pekerja dalam IKS boleh membantu mengurangkan ketidaksamaan jurang pendapatan
penduduk. Kesan dari penglibatan mereka dalam IKS akan dapat mewujudkan dan
menggalakkan pendapatan yang lebih ketara berbanding dengan kewujudan struktur
pendapatan dan upah dalam Iirma besar dan syarikat antarabangsa yang lain.

2.1.3 Latihan kepada pekerja
Peranan IKS sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja,
pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal
tersebut, pengusaha IKS dapat membina latihan dan pengetahuan yang berguna
mengenai selok-belok operasi perniagaan dan bergantung hidup kepada perniagaan
tersebut. Bagi sejumlah modal yang kecil juga sukar bagi seseorang pengusaha
mendapat Iaedah yang sama dalam Iirma besar. Lebih penting daripada itu, dengan
jumlah modal yang kecil, IKS dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ahli
keluarga, jiran dan orang ramai. Peluang pekerjaan dalam IKS ini sudah tentu dapat
memberi dan menyediakan latihan dan kemahiran yang berguna kepada diri mereka
sendiri di samping pekerja terlibat.
Selain itu, sebahagian besar pengusaha dan pekerja dalam IKS mempunyai taraI
pendidikan yang rendah. Tahap pendidikan yang rendah ini jelas jika dibandingkan
dengan para pengurus dan pekerja di dalam Iirma besar dan syarikat antarabangsa yang
lain. Majoriti hanya memiliki kelulusan peringkat Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 8

Pelajaran Malaysia. Dengan adanya taraI kelulusan yang ada pada mereka, sukar sekali
bagi mereka mendapatkan gaji yang tinggi dan lumayan sebagai pengurus, pentadbir,
akauntan, jurutera dan lain-lain di sektor awam mahupun swasta. Dengan taraI
kelulusan Iormal yang rendah juga amat sukar bagi mereka mendapatkan pekerjaan
yang bergaji lumayan dalam Iirma besar dan syarikat antarabangsa. Bagaimanapun,
pengusaha dan pekerja seperti ini dapat berkecimpung dalam IKS.
Justeru itu, melalui penyertaan dalam IKS, mereka bukan sahaja mendapat
latihan, tetapi juga dapat meningkatkan pengalaman latihan dan kemahiran tersebut.
Latihan dan kemahiran yang dapat diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-
satu bidang operasi. Kaedah pengeluaran yang lebih menekankan intensiI tenaga buruh
dalam IKS dan ketiadaan pengkhususan bidang kerja yang tetap dan jelas menyebabkan
ramai pekerja dapat menimba latihan dan kemahiran tersebut dalam pelbagai Iungsi dan
bidang operasi.

2.1.4 Memperkukuhkan asas industri negara dan hubung jalin dengan Iirma besar
IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dengan
mewujudkan, mengembangkan, dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan
industri negara. Pembangunan ekonomi yang pesat sejak 1970-an hingga ke hari ini,
telah banyak menghubungkan dan menggabungkan ekonomi negara ini dengan keadaan,
perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa. Hasilnya, struktur pembangunan industri
di Malaysia lebih berbentuk pergantungan dan penyesuaian pengeluaran barangan untuk
pasaran eksport. Keadaan pasaran tempatan yang kecil tidak menjadi satu pendorong
yang kuat.
Struktur asas pembangunan industri seperti ini ialah pergantungan kepada Iirma
asing dan syarikat antarabangsa. Struktur pembangunan industri sedemikian juga
berkembang tanpa mempertingkatkan kemampuan Iirma tempatan. Sebahagian besar
kaedah pengeluaran yang diamalkan adalah secara besar-besaran berunsurkan intensiI
barangan import dan intensiI kapital yang dimonopoli oleh syarikat gergasi
antarabangsa. Malah keputusan pelaburan semula keuntungan banyak bergantung
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 9

kepada pertimbangan ekonomi semasa yang berorientasikan keuntungan dan
memaksimakan pulangan yang tinggi.
Namun dalam kebanyakan kes, keuntungan selalu dibawa keluar sama ada ke
negara asal syarikat tersebut atau ke negara lain yang mempunyai kos operasi dan
tenaga buruh yang lebih rendah. Peranan dan sumbangan syarikat gergasi ini dalam
menyumbang, memperkembang dan memperkukuh asas pembangunan industri di
negara ini tidak dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini terdapat
kekhuatiran pihak berkuasa dan usahawan terlibat bahawa peranan amat kecil terutama
sekali dalam perpindahan dan perkembangan teknologi. Dalam keadaan ini, IKS boleh
digunakan sebagai alternatiI penting bukan sahaja dalam usaha memperkukuhkan
struktur asas industri negara yang lebih baik dan terjamin, tetapi juga dapat
mengurangkan peranan syarikat gergasi antarabangsa.
IKS juga dapat memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi
negara melalui hubung jalin mereka dengan Iirma besar dan syarikat antarabangsa.
Hubung jalin yang tersusun dan ikhlas dapat menjamin penerusan, perkembangan dan
kejayaan IKS baik dari segi meringankan beban kapital, kos pengurusan, pengangkutan
mahupun pemasaran. Tambahan lagi, hubung jalin yang sesuai boleh memberi Iaedah
penting dari segi perpindahan teknologi, peningkatan kualiti barangan, produktiviti,
latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja di samping mempercepatkan
pembinaan struktur asas perindustrian negara dengan lebih baik.

2.1.5 Kemampuan memenuhi permintaan
Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensiI tenaga buruh dapat
mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan Iirma besar.
Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil
sekurang-kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri. Hal ini
disebabkan kewujudan IKS dalam bentuk yang lebih kecil memberi lebih keupayaan
kepada IKS untuk menyesuaikan diri dengan kehendak pengguna tempatan. Ini
membolehkan IKS mengenali pelanggan dan masyarakat sekeliling dengan lebih dekat
berbanding dengan Iirma besar. Tidak dapat dinaIikan juga bahawa IKS juga dapat
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 10

mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi keperluan barangan sebahagian besar
golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas
dapat dilihat dalam industri tertentu seperti pembuatan makanan, pembuatan logam,
peralatan plastik dan getah, pakaian, peralatan perabot dan seumpamanya.
Contohnya di Bali, Indonesia, IKS tempatan telah menjadi penggerak kepada
pertumbuhan eksport pakaian yang tinggi secara relatiInya walaupun tanpa bantuan
subsidi daripada kerajaan. Maklumat Iesyen pakaian terkini yang disalurkan oleh para
pelancong memudahkan IKS Bali membuat penyesuaian dengan kehendak pelanggan.
Nilai eksport pakaian daripada pulau itu meningkat secara mendadak dengan dibantu
oleh inovasi keluaran dan reka bentuk baru serta rangkaian pasaran yang baik. Pada
tahun 1981, nilai eksportnya kurang daripada RM8 juta tetapi bertambah kepada hampir
RM 37 juta menjelang tahun 1986.

2.1.6 Eksploitasi sumber tempatan
IKS kurang berkemampuan untuk memperolehi kredit daripada institusi
kewangan pada kadar Ieadah pasaran. Oleh itu, sumber modal daripada tabungan
persendirian ataupun sumber tidak rasmi tetap menjadi keutamaan kepada pengusaha
IKS. Di Amerika Syarikat, didapati 72 daripada usahawan Iirma kecil menggunakan
modal daripada sumber simpanan persendirian di mana sumber ini membentuk 56
daripada keseluruhan modal Iirma kecil. Sebahagian kecil usahawan lagi menggunakan
modal kewangan, pembekal dan kerajaan.
Secara relatiInya, IKS kurang menggunakan bahan mentah yang diimport dalam
operasi pengeluarannya. Sebaliknya lebih banyak menggunakan bahan-bahan mentah
tempatan kerana para pengusaha IKS lebih dekat dan memahami pasaran tempatan
berbanding pasaran asing. Contohnya di negara membangun yang berorientasikan
eksport seperti Korea Selatan, industri kecil di negara tersebut hanya mengimport di
antara 8 hingga 15 bahan mentah yang diperlukan dari luar negara, sedangkan
industri sederhana dan bersar masing-masing mengimport bahan mentah sebanyak 33
hingga 41 dan 43. Jelaslah bahawa IKS mampu meningkatkan penggunaan modal
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 11

dan bahan mentah dalam negara itu yang mungkin akan terbiar ataupun tidak digunakan
sepenuhnya.

2.2 Masalah yang Dihadapi oleh IKS
2.2.1 Masalah modal dan pembiayaan
IKS bermula sebagai industri berasaskan keluarga dengan modal disumbangkan
oleh pengusaha sendiri dan pinjaman daripada kawan atau saudara-mara. Pihak bank
atau institusi kewangan kurang berminat untuk memberi pinjaman kerana pengusaha
IKS tidak mempunyai cagaran atau kredibiliti yang menyakinkan. Keadaan ini
menyukarkan pengusaha IKS mengembangkan perniagaan. Kekurangan sumber
kewangan dan kesukaran memperolehi pinjaman merupakan antara masalah utama
dalam membangunkan IKS. Kedudukan dan siIat industri kecil yang serba kekurangan
termasuk ketiadaan cagaran menyebabkan IKS sukar memperolehi kredit dan pinjaman
daripada bank-bank perdagangan atau institusi kewangan. Hal ini disebabkan pemberian
kredit tidak menguntungkan kerana kadar Iaedah rendah yang ditetapkan oleh Bank
Negara yang melibatkan kos pentadbiran yang tinggi untuk memproses dan menapis
pinjaman kecil, kos yang tinngi untuk menyediakan khidmat perundingan dan
pengembangan bagi perniagaan kecil, risiko kegagalan perniagaan yang tinggi yang
mungkin menimbulkan masalah kesukaran membayar balik pinjaman.

2.2.2 Kekurangan bahan mentah

Kekurangan bahan mentah merupakan salah satu masalah utama bagi IKS.
Kekurangan ini berlaku disebabkan bahan mentah tidak mencukupi, tidak terdapat di
pasaran atau tidak dapat diperoleh secara terus apabila diperlukan. Tambahan pula,
kekurangan modal juga menyukarkan IKS untuk membuat stok simpanan bahan
mentah. Selain itu, keadaan ekonomi yang tidak stabil akan membantutkan
perkembangan IKS.

S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 12

Kos-kos pengeluaran bahan mentah yang meningkat juga menyebabkan IKS
yang berasaskan perkilangan dan pembuatan terpaksa mengecilkan operasi. Kesannya
terpaksa dirasai oleh pekerja sama ada melalui pengurangan waktu bekerja atau lebih
buruk ada yang terpaksa diberhentikan kerja. Kerana itu sektor tersebut memerlukan
tumpuan terutamanya mencari sumber alternatiI baru supaya mereka tidak terlalu
bergantung dengan sumber yang ada serta dapat mencari penyelesaian akibat daripada
ketidaktentuan harga bahan mentah yang ada.


2.2.3 Masalah pasaran dan pemasaran

Pasaran yang ada tidak meluas dan terhad kepda pasaran tempatan sahaja kerana
keluaran yang dihasilkan tidak mampu bersaing di pasaran antarabangsa yang
menyediakan keluaran yang berteknologi tinggi. Di samping itu, pengusaha IKS juga
tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang pasaran serta tidak mampu
mengadakan promosi bagi meluaskan pasarannya.

Pengusaha IKS juga perlu mempelbagaikan produk untuk membolehkan produk
mereka menembusi pasaran pasar raya. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepengunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebanyakkan pengusaha
IKS cenderung untuk menghasilkan produk berbentuk makanan menyebabkan
persaingan menjadi semakin sengit. Keadaan ini menyebabkan pihak pasar raya besar
terpaksa menolak banyak produk dan memilih yang benar-benar berkualiti untuk
dipasarkan. Kenyataan in sebenarnya bermaksud bahawa pengusaha IKS perlu
mempunyai tahap Ileksibel yang tinggi dalam menghasilkan produk mereka supaya
produk mereka akan terus bersaing di pasaran antarabangsa. Pengusaha IKS pada masa
kini tidak mampu untuk membangunkan produk baru dan ini menyebabkan mereka
mengeluarkan barangan yang hamir sama dalam pasaran.

2.2.4 Masalah pengurusan
Pengurusan yang dijalankan kurang cekap kerana cara atau kaedah pengurusan
yang digunakan tidak terkini dan kurang inovasi. Hal ini disebabkan kebanyakan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 1`

pengusaha IKS mempunyai taraI pendidikan rendah dan kurang terdedah kepada prinsip
moden. Maka, kekurangan inovasi, perubahan dan pembaharuan baik dalam bidang
pengurusan mahupun dalam pengeluaran akan menghalang perkembangan IKS.

2.2.5 Masalah lokasi
IKS sering menghadapi masalah dari segi ruang pejabat, bangunan dan tanah
untuk menempatkan aktiviti perniagaan mereka. Tempat operasi IKS biasanya tidak
mempunyai kemudahan asas yang mencukupi kerana mereka hendak menjimatkan kos
sewa. Kadang kala bangunan kedai atau rumah kediaman dijadikan sebagai bengkel IKS
dan hal ini menimbulkan aduan daripada masyarakat setempat. Maka, bangunan dan
tanah merupakan satu masalah kepada pengusaha IKS.

2.3 Prospek
2.3.1 Skim khas Bank Negara
Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)
yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi
kemudahan pembiayaan. Melalui unit ini, Bank Negara berperanan sebagai pemberi
dana utama kepada IKS, manakala institusi kewangan dan dana khas lain menyediakan
sumber alternatiI kepada para usahawan. Unit Khas EKS bertujuan membantu
pengusaha IKS dengan menyediakan maklumat tentang sumber-sumber kewangan yang
ada, dan seterusnya memudahkan proses permohonan pinjaman. Unit tersebut turut
menyelesaikan masalah-masalah yang dialami pengusaha IKS dengan memberi
perlindungan kewangan dan khidmat nasihat mengenai keperluan kewangan yang lain.

2.3.2 Geran dan insentiI
Kerajaan menawarkan pelbagai bantuan pembiayaan dalam bentuk geran dan
insentiI untuk pembangunan IKS Malaysia melalui agensi-agensinya. Geran separa
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 14

disediakan untuk membiayai pelbagai aktiviti perniagaan, termasuk pengendalian,
pengurusan atau perancangan strategik. Aktiviti-aktiviti pengendalian yang layak untuk
mendapatkan geran adalah aktiviti yang bertujuan untuk mempertingkatkan produk,
proses dan kualiti. Aktiviti-aktiviti pengurusan, seperti perkembangan pasaran, menaik
taraI kemahiran dan mengaudit kilang juga layak untuk mendapatkan geran ini. Aktiviti
strategik seperti pemerolehan teknologi terkini layak untuk mendapatkan dana Kerajaan.
Berikut adalah geran dan insentiI yang disediakan kepada pengusaha IKS:
Skim Kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI)
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) (Bahasa Inggeris sahaja)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB)
Skim Geran Penyelidikan dan Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Geran Pembangunan Pasaran (MATRADE)
Geran Promosi Jenama
Dana Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER)

2.3.3 Pinjaman
Kerajaan menyokong pertumbuhan IKS sepenuhnya dengan menyediakan
bantuan kewangan kepada usahawan IKS untuk usaha-usaha pembangunan dan
perkembangan perniagaan. Antara bantuan kewangan yang ditawarkan ialah pinjaman
modal kerja, pinjaman pembelian aset tetap, dan pinjaman untuk pembiayaan projek.
Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan bantuan kewangan kepada pengusaha
IKS ialah institusi kewangan kerajaan, bank komersial, dan syarikat kewangan.


S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 15

2.3.4 Khidmat nasihat dan perundingan
Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh
mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa
badan yang lain.
Khidmat Nasihat dan Sokongan Teknikal
Panel Penasihat Pakar EKS (SEAP)
InIrastruktur
Skim Khidmat Pakar Perunding MARA
Bahagian Pembangunan InIrastruktur Perniagaan (BPI)
Seksyen Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
UKM Pakar Runding Sdn Bhd
Khidmat Perundingan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Persatuan IKS Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja)
Laman InIormasi Nasihat dan Khidmat (BNM LINK)
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)
ERF Sdn. Bhd.
Perbadanan Nasional Berhad


2.3.5 Permit dan lesen

Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen
premis dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaan-
perniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan. Maklumat
mengenai permohonan berikut :

Permohonan Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975
Panduan Permohonan Lesen Import Bagi Barang Dagangan Yang Dikawal Di Bawah
Perintah Kastam
Lesen-lesen yang Dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia
(MIDA)
Gudang Pengilangan Berlesen
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 16

2.3.6 Program latihan dan pembangunan

Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada
usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. Berikut adalah antara
agensi utama yang menjalankan program latihan dan pembangunan:

i. Industri Kecil dan Sederhana (SMECorp)
ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk
menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar
bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah
program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA:

Latihan Keusahawanan
Skim Latihan Perintisan
Program Promosi Pemasaran


2.3.7 Pembiayaan

Kerajaan menyediakan bantuan pembiayaan dan geran untuk usahawan dan
pelabur yang ingin menceburi industri pendidikan. Bantuan ini turut menjadi pendorong
bagi pembangunan sektor pendidikan negara iaitu :

Bantuan Khas untuk Usahawan Wanita
Bantuan untuk Skim Pembangunan Francais
Pinjaman untuk IKS
Dana Usahawan

2.4 Dasar-dasar IKS
Kerajaan telah menjalankan pelbagai kaedah dan pelaksanaan bagi memastikan
indutri kecil dan sederhana ini dapat dikembangkan dan diperluaskan. Hal ini kerana
keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri berasaskan domestik
untuk pertumbuhan ekonomi telah bertambah.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 17

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk memajukan industri kecil dan
sederhana ini. Langkah pertama yang dibuat oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2010
adalah dengan dengan memperbaiki sistem sokongan institusi. Hal ini membawa maksud
kerajaan akan membantu dalam sektor yang berkait apa dengan sektor IKS ini. Contohnya
sektor perkilangan, sektor ini akan memperoleh projek-projek yang dapat membantu industri
ini untuk lebih berkembang. Sektor perkilangan dapat membantu dengan cara mengeluarkan
hasil-hasil industri kecil dan sederhana seperti batik, kraItangan, makanan ringan dan pelbagai
lagi dengan lebih banyak hasil dari teknologi yang mereka ada. Dengan teknologi dan mesin
yang lebih canggih dan bermutu tinggi, hasil daripada produk industri kecil dan sederhana ini
dapat diperluaskan lagi. Malah dengan bantuan ini, produk dapat dihasilkan dengan lebih baik
dan bermutu tinggi.
Kerajaan juga memperkenalkan langkah untuk menaik taraI kemahiran teknologi.
Kemahiran teknologi dan penggunaa mesin ini perlu untuk meningkatkan produktiviti dan
kualiti serta kuantiti sesuatu bahan atau produk tersebut. Apabila pengusaha industri kecil dan
sederhana ini sudah memiliki kemahiran dalam teknologi, ini akan memudahkan pekerjaan
mereka. Dengan adanya mesin-mesin yang dapat membantu dalam penghasilan produk ini,
pekerjaan akan menjadi lebih senang. Sebagai contohnya makanan sejuk beku seperti karipap,
donat dan lain-lain lagi dapat dihasilkan dengan cepat dan menjimatkan masa apabila terdapat
mesin yang membuat kuih-muih ini. Malah bentuk sesuatu produk akan kelihatan lebih sama.
Pengusaha IKS di luar bandar perlu didedahkan dengan bidang penggunaan teknologi moden
supaya perusahaan mereka dapat diperkembangkan dan produk-produk mereka dapat
dipasarkan sehingga ke luar negara. Jika sebelum ini teknologi yang mereka gunakan adalah
teknologi yang boleh dikatakan ketinggalan zaman, kerajaan dapat membantu dengan
membekalkan atau memberi sumbangan mesin-mesin terbaru dan lebih canggih untuk
memastikan keuntungan para pengusaha IKS dapat dipertingkatkan. Sebagai contohnya,
penggunaan mesin memotong nanas dapat menggantikan penggunaan pisau yang sejak sekian
lama digunakan. Mesin ini dicipta oleh seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi
tempatan.
Selain itu, kerajaan juga melancarkan dasar IKS ini untuk meningkatkan akses
pasaran. Seperti mana yang dinyatakan dengan penggunaan teknologi dan mesin, produk-
produk pengusaha IKS ini dapat dipasarkan dengan cepat dan berkesan. Berkesan disini
membawa maksud, penggunaan mesin dan teknologi dapat membantu dengan cara
mempercepatkan proses-proses pembungkusan, pelabelan dan pelbagai lagi. Dengan ini
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 18

produk-produk mereka akan mendapat perhatian umum dan masyarakat. Malah jika dengan
cara yang betul dan sistematik produk-produk mereka akan mendapat perhatian dunia.
Barangan mereka bukan sahaja dapat dipasarkan dalam negara malah ke luar negara. IKS ini
juga bergantung kepada industri pelancongan. Selalunya pelancong-pelancong asing akan
membawa pulang hasil-hasil industri ini ke negara mereka sebagai tanda peringatan dan
kenangan. Kebanyakan barangan seperti barangan kraItangan menjadi pilihan mereka. Di
Sarawak dan Sabah, masyarakat ini amat terkenal dengan kepandaian dan kecekapan dalam
penghasilan kraItangan ini. Hasil-hasil seni yang mereka hasilkan seperti topeng muka, bakul,
kincir, dan pelbagai lagi amat bermutu tinggi dan cantik yang secara langsung dapat menarik
minat para pelancong.
Kerajaan juga menggalakkan penggunaan teknologi ICT dengan lebih banyak. Perkara
ini dapat membantu para pengusaha IKS untuk terus maju dalam memperkenalkan produk-
produk mereka ke pasaran. Dengan teknologi ICT ini para pengusaha dapat memperluaskan
pasaran dengan menjual produk secara online. Pengiklanan akan lebih mudah dengan adanya
kemahiran peggunaan komputer ini. Malah dengan kemahiran berkomputer ini juga mereka
dapat menyelidik dan mempelajari produk yang mereka hasilkan dengan lebih baik. Mereka
dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti barangan mereka apabila membaca dan
mendengar pandangan orang ramai. Dengan penggunaan teknologi ICT ini juga para
pengusaha dapat mencari pelabur untuk membantu mereka dalam bidang ini untuk terus
berkembang. Cabang-cabang pasaran akan terbuka luas dengan adanya kemahiran ini. Malah
minda pengusaha akan lebih terbuka dan dapat menjalankan aktiviti pemasaran dengan lebih
baik lagi.
Selain itu, kerajaan memperkenalkan dasar ini untuk menambahkan kesedaran
penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek. Penjenamaan produk penting untuk
memperkenalkan produk pengusaha ke mata pasaran. Seharusnya nama produk yang
dihasilkan hasil dari kreativiti sendiri dan tidak menciplak produk orang lain. Oleh itu penting
untuk sesebuah syarikat itu mendaItarkan nama produk bagi mengelakkan kejadian
seumpama ini. Dengan ini mereka akan mendapat hak perlindungan harta intelek ke atas
produk yang dihasilkan itu. Mereka boleh mengambil tindakan mahkamah sekiranya mereka
mendapati ada peniruan atau penciplakan ke atas produk mereka. Jenama sesuatu produk
dapat menarik perhatian orang ramai selalunya daripada nama-nama yang unik.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 19

Sebenarnya kerajaan telah bertungkus lumus untuk menbantu para pengusaha industri
kecil dan sederhana ini untuk terus maju dan berkembang. Kerajaan telah membantu dengan
memberi kursus kepada yang berminat untuk menjalankan pengusahaan ini. Selain itu pihak
kerajaan dengan kerjasama pihak swasta juga membantu dalam memberi modal untuk
memulakan perniagaan berasaskan industri ini. Dengan dasar- dasar ini juga telah banyak
membantu para pengusaha IKS untuk berjaya dalam perniagaan.

2.5 Kesimpulan
Di Malaysia, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan
yang berkemampuan dan bertaraI antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Dalam
pembangunan pesat ekonomi sekarang, keperluan dalam meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam kegiatan perindustrian dan perdagangan di samping memenuhi hasrat dan
objektiI pembangunan negara serta merealisasikan wawasan 2020 juga telah menjadi satu
kesedaran umum.
Kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan
IKS. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat KDNK negara memperlihatkan kepentingan
dan peranan IKS yang makin ketara. Penubuhan satu kementerian baru dalam kabinet
kerajaan Malaysia selepas pilihanraya 1995, iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan telah
membayangkan kesedaran dan keperluan ini. Selaras dengan itu juga, pelbagai pihak telah
mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini ialah melalui
bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS.
Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan
yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata
memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna. Kesedaran
pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan
bertaraI antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Selaras dengan ini, pelbagai pihak
telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah
melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit
dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri
ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. Dengan wujudnya inisiatiI dan iltizam, IKS bukan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 20

sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan
Wawasan 2020.

3.0 Strategi Perindustrian Bersepadu
Lanjutan daripada kemelesetan ekonomi dunia telah menimbulkan berbagai-bagai
masalah yang akan membantutkan pertumbuhan ekonomi, khususnya sektor pembuatan,
sekiranya langkah-langkah berkesan tidak diambil. Pelbagai langkah yang berkesan perlu
dilaksanakan bagi membendung perkara sebegini. Terdapat sembilan langkah yang perlu
diambil dalam melaksanakan strategi perindustrian bersepadu ini. Langkah yang pertama
ialah perlunya kepada Perancangan Sektor Perindustrian. Perancangan ini perlu terperinci dari
segi gabungan sektor yang sesuai dan perhubungan di antara berbagai-bagai peringkat
pengeluaran dan corak kegiatan yang saling bergantung. Bagi tujuan ini kerajaan
menyediakan Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang merangka secara terperinci kegiatan
sektor dari segi pasaran, permintaan, penawaran, penyatuan industri yang sedia ada, keperluan
teknologi dan program tenaga manusia.
Langkah strategi perindustrian bersepadu kedua yang perlu dilaksanakan ialah
memperbaiki sistem galakan. Kerajaan perlu mengkaji semula sistem galakan yang ada.
Usaha juga telah dimulakan untuk menyusun semula struktur galakan yang sedia ada. Strategi
perindustrian bersepadu yang ketiga pula ialah pelbagaian dan pembangunan industri
berasaskan sumber. Tumpuan perlu diberi kepada usaha-usaha mempelbagaikan eksport.
Industri negara perlu menggunakan sumber-sumber tempatan seperti barangan getah, kayu,
minyak sawit dan barangan petroleum secara lebih meluas lagi dan menggunakan lebih ramai
tenaga buruh. Sebagai contoh, pada masa ini Malaysia hanya menggunakan kira-kira 5
daripada keluaran getah aslinya. Hal demikian menunjukkan masih banyak lagi yang boleh
diusahakan bagi meluaskan pasarannya. Strategi perindustrian bersepadu yang keempat pula
ialah strategi gantian import peringkat kedua yang terpilih. Hal demikian, satu kajian
dijalankan untuk mengenal pasti bidang-bidang gantian import peringkat kedua yang terpilih,
meliputi barang-barang baru yang menggunakan lebih banyak barang modal dan teknologi
yang tinggi.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 21

Hal ini termasuklah beberapa barang pengguna tahan lama, pengeluaran barang-
barang perantaraan dan barang modal. Galakan dan kesedaran juga perlu diberi kepada
pengguna-pengguna tempatan supaya lebih cenderung untuk menggunakan lebih banyak
barangan keluaran tempatan daripada barangan import. Strategi perindustrian bersepadu yang
kelima pula ialah pelbagaian pasaran eksport. Hal demikian ialah percubaan untuk
memasarkan barang-barang pembuatan, khususnya barangan getah dan kayu ke negara
sosialis seperti Eropah Timur dan China, serta berusaha mewujudkan pasaran kecil termasuk
ke negara-negara di Kepulauan PasiIik. Kerajaan juga akan menggalakkan perdagangan
bercorak baru, iaitu perdagangan tukar barang sebagai tambahan kepada corak perdagangan
biasa yang telah ada. Selain itu, strategi perindustrian bersepadu yang keenam pula ialah
penyebaran industri.
Hal demikian melibatkan usaha mengambil kira industri kecil dalam perancangan
keseluruhan dan pembangunan kawasan perindustrian serta usaha untuk menghubungkan
pembangunan industri kecil dengan kawasan perindustrian yang sedia ada bagi bertujuan
untuk memudahkan perkongsian kemudahan perkhidmatan dan inIrastruktur. Kajian juga
menekankan tentang perlunya penempatan kawasan perindustrian ditentukan semula
berasaskan jenis industri dan keluaran serta saiz perusahaannya. Strategi perindustrian
bersepadu yang ketujuh pula ialah penyelidikan dan pembangunan industri pembuatan.
Tumpuan utama bagi tahun-tahun akan datang ialah untuk memperluaskan kegiatan
penyelidikan dan pembangunan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta. Usaha
penyelidikan dan pembangunan dalam sektor awam masih tidak begitu meluas dan
sebahagian besarnya tertumpu kepada penyelidikan dalam bidang barangan pertanian. Oleh
itu, usaha-usaha ini akan digalakkan bagi industri berasaskan sumber seperti getah, kayu dan
minyak sawit.
Strategi perindustrian bersepadu yang kelapan pula ialah peranan industri berat iaitu
penekanan terhadap projek-projek yang melibatkan industri berat. Projek-projek yang sedang
dirancang atau sedang dilaksanakan termasuklah kilang-kilang simen, besi berongga, besi
waja, methanol, ammonia-urea, pulpa dan kertas, kereta serta kompleks petrokimia. Manakala
strategi perindustrian bersepadu yang kesembilan pula ialah pembangunan perusahaan kecil.
Keutamaan akan diberi kepada perusahaan kecil yang melengkapkan kegiatan perusahaan
yang lebih besar supaya kegiatannya tidak bertindan dengan perusahaan yang lebih besar.
Bidang ini perlu diberi perhatian kerana ia kerap melibatkan penyertaan bumiputera, misalnya
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 22

bidang industri yang berasaskan logam seperti mengimpal dan melebur logam. Galakan-
galakan akan diberi untuk bidang perusahaan kecil, perundingan, teknologi dan galakan-
galakan lain yang kebanyakkan daripada kemudahan-kemudahan ini kerap diperoleh oleh
perusahaan-perusahaan besar sahaja, khususnya galakan cukai.

3.1 Pelan Induk Perindustrian I (PIP 1)
Pelan Induk Perindustrian 1 (PIP 1) ini diwujudkan adalah bertujuan untuk
memberikan penekanan terhadap sektor industri untuk menjadi teras kepada pertumbuhan
ekonomi negara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat yang dianggap
sebagai 'enjin pertumbuhan kepada negara. Dirangka pada tahun 1986 kerana negara tidak
lagi dapat bergantung pada sektor pertanian. Keadaan ini terjadi kerana kerajaan terpaksa
menghadapi pelbagai masalah daripada sektor pertanian antaranya masalah produktiviti yang
rendah akibat tahap teknologi negara yang rendah, cuaca dan iklim yang tidak stabil serta
ketidakstabilan harga pasaran untuk menyumbang kepada Keluaran Negara Kasar (KNK)
yang sukar dijangka. PIP 1 dirangka khas dalam memberi penekanan yang kuat kepada
pengembangan barangan (product development) dan memperluas pasaran-pasaran baru bagi
barangan utama seperti getah dan kelapa sawit. Dalam tahun 1970, PIP 1 lebih banyak
memberi tumpuan kearah kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport kerana kegiatan
berorientasikan gatian import telah membantutkan perkembangan perindustrian.

3.1.1 ObjektiI PIP 1
1. Bagi memastikan perkembangan ekonomi yang pesat untuk memenuhi objektiI
Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui penekanan dalam sektor perkilangan yang
pesat.
2. Bagi menggalakkan penggunaan sumber asli negara secara optimum dan eIisien
melalui kegiatan perkilangan nilai ditambah.
3. Bagi menyediakan asas bagi pembangunan teknologi tempatan yang semakin
canggih.


S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 2`

3.1.2 Strategi PIP 1

1. Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada untuk
mendatangkan kesan yang lebih menggalakkan kepada KNK negara.
2. Mempelbagaikan pasaran eksport dengan mencari pasaran baru termasuk di
negara-negara sedang membangun seperti di Indonesia, Thailand dan Australia
serta menggalakkan sektor gantian import.
3. Menyarankan pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak barangan buatan
Malaysia untuk mengurangkan kadar pengaliran wang keluar ke negara lain.
4. Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan kurang maju seperti
membuka kilang-kilang di Filipina, Indonesia dan India yang mempunyai
pertumbuhan penduduk yang ramai disamping dapat mengurangkan kos buruh.
5. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dari pihak awam dan swasta
seperti menghasilkan baka-baka yang baru dan berkualiti seperti yang dibuat di
Thailand, mereka boleh menanam padi sebanyak 3 atau 4 kali setahun
berbanding di Malaysia hanya boleh menanam 2 kali setahun.
6. Menggalakkan industri berat bagi menjadi penggerak perkembangan industri-
industri lain.
7. Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil seperti batik, keropok dan
kerepek.

3.1.3 Keutamaan industri
PIP 1 menekankan kepada 12 sektor kecil industri yang telah dikenal pasti untuk
menjalankan strategi dan dasar perindustrian kelak. Antaranya ialah:

1. Industri keluaran getah
Disebabkan oleh tahap perlindungan, sistem insentiI anti eksport, produktiviti
yang rendah akibat teknologi yang rendah serta kos yang tinggi telah
menyebabkan industri tayar kurang mendapat sambutan. Sebenarnya indusri ini
mempunyai potensi dalam pembangunan industri kerana ia mempunyai
permintaan yang cukup tinggi sama ada dalam negeri mahupun permintaan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 24

eksport. Oleh itu, kerajaan perlu mengatasi pelbagai halangan untuk menembusi
ke pasaran dunia, penguasaan teknologi yang lebih canggih dan memperluaskan
industri sampingan daripada keluaran getah seperti membuat sarung tangan
getah, selipar dan pemadam getah.

2. Industri keluaran kelapa sawit
PIP 1 dirangka untuk meningkatkan industri yang mempunyai potensi yang
tinggi dalam menyumbang kepada KDNK. Oleh itu, kerajaan perlu mengatasi
masalah-masalah dalam industri keluaran kepala sawit yang sedia ada iaitu
masalah kelebihan keupayaan dan struktur duti eksport yang tidak menentu dan
mahal yang akan mempengaruhi harga pelbagai keluaran kelapa sawit. Untuk
itu, strategi yang disarankan ialah memperluaskan industri sampingan
berasaskan kelapa sawit seperti minyak masak, sabun dan lilin; dan industri
memproses isirung serta oleochemical. Penetapan duti eksport dan sistem
insentiI juga perlu dikaji semula untuk menggalakkan lebih ramai yang
membuka industri-industri sampingan. Pengwujudan dana untuk aktiviti eksport
keluaran kelapa sawit patut diadakan. Selain itu, dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti pemprosesan kelapa sawit juga perlu dititikberatkan supaya tidak berlaku
sebarang pembaziran. Contohnya, hampas kelapa sawit tidak perlu dibuang
sebaliknya memikirkan produk yang boleh dihasilkan daripadanya untuk
dijadikan produk sampingan.

3. Industri memproses makanan
Industri ini mempunyai pelbagai masalah dalam mengeksport keluar negara
seperti kos input yang tinggi, kadar persaingan yang tinggi di pasaran dan paras
penyelidikan dan pembangunan yang rendah. Keadaan ini berlaku kerana produk
ini terlalu mudah untuk diproses namun, di Malaysia tahap teknologi yang
kurang canggih telah membantutkan pengeluaran produk yang lebih berkualiti
dan berkuantiti. Oleh itu, bagi memajukan industri memproses makanan kita
perlu menggunakan sumber-sumber tempatan dengan semaksimum yang boleh
seperti koko, makanan ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu,
aktiviti R&D juga perlu dipergiatkan bagi menghasilkan barang yang bermutu.


S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 25

4. Industri asas kayu
Antara masalah-masalah yang dihadapi untuk memasarkan industri ini adalah
pertumbuhan output dan eksport sebenar yang malar disebabkan balak yang
tidak mencukupi kerana terlalu ramai yang menebang balak secara rakus dan
tidak berlesen. Industri asas kayu ini mempunyai potensi untuk dijadikan
industri asas sumber yang utama oleh itu, industri ini perlu dikembangkan
kepada industri-industri hasil kayu dan aktiviti-aktiviti sampingan seperti
industri alat perabot dan mengilang papan. Selain itu kerajaan juga perlu lebih
banyak mewartakan hutan simpan dengan menanam lebih banyak pokok balak.

5. Industri kimia
Walaupun industri kimia ini masih muda dalam perancangan kerajaan namun,
industri ini mempunyai potensi untuk dimajukan bagi memenuhi permintaan
pasaran tempatan terutamanya dalam bidang petrokimia berasaskan gas asli.
Penggunaan petrokimia amat penting sebagai penambah bahan dalam
menghasilkan barang seperti plastik, botol plastik dan kasut but.

6. Industri logam (bukan besi)
Industri ini termasuklah aluminium dan tembaga, dan ini membolehkan kerajaan
menjalankan program ini untuk sebagai matlamat penggatian import selain
industri besi-keluli. Walaupun begitu, industri bijih timah tidak boleh
diketepikan kerana ia penting untuk keperluan eksport terutamanya dengan
merendahkan harga lantai bijih timah untuk meluaskan lagi pasaran ke negara-
negara lain terutamanya ke Negara Dunia Ketiga.

7. Industri hasil galian (bukan logam)
Masalah yang melibatkan industri ini ialah kos input yang terlalu mahal dan
sumber tenaga yang tinggi kerana sudah ramai masyarakat tidak mahu
berkecimpung dalam industri ini dan mereka lebih berminat menyertai industri
perkilangan khususnya. Oleh yang demikian, kerajaan perlu menitikberatkan
industri ini dengan mengambil beberapa insentiI bagi menggalakkan sumber-
sumber galian (bukan logam) seperti industri simen, kaca, dan seramik. Selan
itu, aktiviti R&D juga tidak boleh diketepikan dalam sebarang pembaharuan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 26

yang ingin dibuat kerana dengan R&D sahajalah kita dapat memajukan lagi
industri-industri di Malaysia ini.

8. Industri elektronik dan elektrik
Industri elektronik dan elektrik amat penting sebagai penyambung atau
pelengkap sesuatu barang yang ingin dihasilkan. Oleh itu, sebarang masalah
yang berkaitan dengan industri ini perlu dibasmi dengan cepat seperti masalah
yang telah dikenal pasti adalah industri ini terlalu bergantung pada pengeluaran
komponen elektronik dan elektrik disebabkan oleh daya keupayaan teknologi
kita yang masih ditahap rendah serta kurangnya daya usaha dan pengusahaan
tempatan untuk menceburkan diri dalam bidang berkaitan elektronik dan
elektrik. Strategi jangka panjangnya ialah dengan menekankan pembangunan
elektronik untuk penggunaan dan industri-industri tempatan seterusnya
menguatkan lagi asas bagi pembangunan industri elektrik dengan lebih eIektiI
dengan memberikan latihan dan kemahiran melalui institut-institut kemahiran
dan sebagainya.

9. Industri-industri lain
Industri-industri lain ini yang perlu dimajukan adalah termasuk dalam industri
berat iaitu industri kejenteraan, industri besi-keluli, industri peralatan,
pengangkutan jalan dan industri. Namun, industri ini amat memerlukan
pelaburan, sumber-sumber serta teknologi yang sangat besar. Oleh itu, negara
perlu memilih industri-industri tertentu yang berpontensi sahaja contohnya,
industri kereta nasional Malaysia, Proton dieksport walaupun permintaan dalam
negara amat menggalakkan.

Setelah segala pembaharuan yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan penuh
ketelitian dalam pelbagai industri yang dikenal pasti sangat berpotensi menyumbang
banyak ke dalam KDNK negara telah membuktikan bahawa keputusan kerajaan
memilih industri ini ada kebenarannya setelah dilihat daripada statistik eksport barangan
pembuatan daripada Unit Perancangan Ekonomi semakin meningkat iaitu yang
berasaskan sumber seperti keluaran kayu, getah, kimia dan sebagainya meningkat
sebanyak 4.4 daripada 13.9 pada tahun 2000 ke 18.3 pada tahun 2010.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 27

3.1.4 Masalah-masalah perindustrian masa lampau

1. Perlaksanaan dasar perlindungan perdagangan
Masalah yang berpunca daripada Iaktor luaran ini terutamanya disebabkan oleh
pertumbuhan ekonomi negara-negara maju dan negara-negara NIC (Newly
Industrialised Countries) yang merupakan sumber pelaburan dan pasaran penting
kepada Malaysia, kebanyakkannya telah melancarkan beberapa kempen seperti
kempen anti minyak sawit di Amerika dan kempen anti kayu tropika di beberapa
buah negara Eropah Barat dan Australia. Wujudnya blok-blok perdagangan di
kalangan negara-negara maju dikhuatiri akan menjejaskan peluang-peluang
pemasaran bagi barangan-barangan Malaysia.

2. Pencemaran alam sekitar
Industrilisasi yang tidak diawasi dengan ketat telah mnyebabkan pencemaran
alam sekitar yang serius. Kajian menunjukkan hujan asid telah bertambah
dengan pesat di kawasan-kawasan perindustria dan pencemaran sungaai, laut,
udara, dan darat juga meningkat. Apabila sesuatu kawasan itu terlalu obses
dengan pembangunan perindustrian tanpa mengambil kira Iaktor alam seperti
yang telah berlaku di bandar-bandar besar contohnya Gombak telah
menyebabkan Sungai Gombak tercemar dengan bahan-bahan kimia daripada
kilang-kilang.

3. Kekurangan usahawan tempatan
Kini, negara sangat memerlukan usahawan-usahawan tempatan yang lebih ramai
untuk mengusahakan projek-projek perkilangan secara sendirian ataupun
berkerjasama dengan pelabur-pelabur asing namun, sukar dilaksanakan kerana
kebanyakkan penduduk Malaysia mempunyai pendapatan yang sikit untuk
memulakan projek perkilangan sendiri.

4. Kelemahan dalam eksport
Terdapat beberapa kelemahan dari segi struktur eksport negara kerana eksport
industri hanya menyumbang sebahagian kecil iaitu kurang dari 20 daripada
pertumbuhan output sektor pembuatan. Kira-kira 60 daripada eksport
pembuatan yang terdiri daripada barang-barang elektronik dan tekstil manakala
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 28

eksport barang asas sumber seperti bahan makanan, hasil-hasil kayu, petroleum,
getah dan bukan logam metalik hanya merupakan kira-kira 20 daripada
struktur eksport barang pembuatan.

5. Pergantungan kepada pelabur asing
Disebabkan negara terlalu bergantung harap pada pelaburan asing dalam
beberapa industri terpenting negara iaitu dari segi modal, teknologi, pemasaran,
pengurusan, bekalan dan peralatan telah menyebabkan negara mengalami
kelembapan dalam pembangunan asas industri tempatan.

3.1.5 Sumbangan PIP 1
walaupun negara mengalami sedikit masalah dalam pelancaran Pelan Induk
Perindustrian 1 (PIP 1) namun, disebaliknya PIP 1 juga telah menyumbangkan beberapa
sumbangan kepada negara antaranya:

1. Memperbaiki iklim pelaburan
Iklim pelaburan Malaysia telah bertambah baik hasil daripada suasana pelaburan
yang liberal setelah kerajaan mengkaji semula undang-undang, syarat-syarat dan
peraturan-peraturan dalam pentadbiran telah menyebabkan pelaburan swasta
semakin meningkat iaitu dalam tahun 1988 hanya sebanyak RM3,517 juta
kepada lebih daripada RM18,000 juta pada tahun 1990 iaitu pertambahan lima
kali ganda dari sebelumnya.

2. Sektor perkilangan sektor terpenting
Kemasukan modal asing serta pemulihan ekonomi negara telah menempatkan
sektor perkilangan sebagai sektor ekonomi yang terpenting di Malaysia dalam
tahun 1987 dengansumbangan sebanyak 22.5 kepada KDNK berbanding
sektor pertanian sebanyak 21.8 sahaja. Kemasukan pelaburan asing yang amat
pesat dalam sektor perkilangan dan tidak lupa pelaburan tempatan yang amat
menggalakkan dalam sektor ini menyebabkan Malaysia buat pertama kalinya
terpilih sebagai sektor perkilangan yang utama.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 29

3. Permintaan industri getah
Peningkatan gejala AIDS` juga telah meningkatkan permintaan barangan yang
diperbuat daripada getah. Ini menyebabkan berlaku peningkatan pelaburan
dalam projek-projek industri yang berasaskan getah iaitu sebanyak 492 projek
telah diluluskan dalam tahun 1985-1990.

4. Pengangguran menurun
Setelah kerajaan memberi penekanan yang banyak dalam sektor perkilangan,
telah membuka banyak peluang kepada penduduk untuk menyertai dalam sektor
ini. Oleh itu, kadar pengangguran juga telah menurun kepada 6.3 dalam tahun
1990 berbanding 7.6 dalam tahun 1985 kerana sektor perkilangan adalah
merupakan sektor yang paling banyak menawarkan pekerjaan baru bagi tahun
yang lepas dan akan datang.

5. Pembukaan industri-industri lain
Kejayaan kerajaan dalam beberapa projek industri berat secara langsung telah
mengembangkan industri-industri lain terutamanya industri kecil. Kajian telah
menunjukkan apabila sesuatu pembangunan dijalankan akan menyebabkan
sebanyak 160 industri lain akan berkembang daripada itu. Contohnya kerajaan
telah menjalankan projek berasaskan industri berat iaitu pengeluaran kereta
Nasional telah menyebabkan industri kecil seperti industri elektronik dan
elektrik, industri kimia dan industri pengecatan akan diwujudkan.

3.2 Pelan Induk Perindustrian II
Dilancarkan pada 28 November 1996 oleh Dato` Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Di
asaskan atas kejayaan PIP I untuk menangani isu yang dikenal pasti disamping memberi
penekanan yang lebih dari operasi perkilangan asas hingga merangkumi penyelidikan dan
pembangunan serta kebolehan reka bentuk pembangunan industri sokongan secara bersepadu
dan aktiviti pembungkusan, pengedaran dan pemasaran. Usaha ini dinamai orientasi
perkilangan yang menekankan integrasi penuh dalam operasi perkilangan melalui rantaian
nilai yang bertujuan untuk memperkukuh rangkaian perindustrian, meningkatkan produktiviti
dan daya saing. Strategi ini memerlukan pembinaan Iirma berinovatiI yang disokong oleh
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `0

para pembekal perantaraan dan perkhidmatan yang bermutu dan cekap. Oleh itu, PIP II telah
menggariskan beberapa teras utama untuk meningkatkan daya saing sektor perkilangan iaitu:

i. Melibatkan aktiviti bernilai rendah sehingga aktiviti nilai ditambah kepada yang
lebih tinggi seperti penyelidikan dan pembangunan ( R&D).
ii. Memperbaharui reka bentuk produk menerusi kewujudan industri yang
berteknologi tinggi.
iii. Melibatkan keseluruhan rantaian nilai melalui pertumbuhan produktiviti dengan
memanIaatkan kemajuan teknologi seperti automasi dan perobotan.
iv. Menumpukan pengedaran, pemasangan dan pemasaran dengan memupuk
kemahiran bagi pekerja-pekerja Malaysia.
v. Menyepadukan industri pembekal, industri sokongan dan inIrastruktur.
vi. Mengurangkan import barangan jentera tetapi mengeksploitasi pertalian
pengeluaran dan pemprosesan.


3.2.1 ObjektiI

Menurut Shamliza (2005), PIP mempunyai objektiI tersendiri bagi tujuan beberapa
sebab :

1. Memperkembangkan industri
Perkembangan industri bertujuan bagi meningkatkan teknologi dan produktiviti.
Industri-industri kecil mula dikelompokkan bagi menyatukan untuk bersama-
sama menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Contohnya Industri Kecil dan
Sederhana (IKS).

2. Menggalakkan kemajuan dalam sektor pembuatan
Bagi memajukan sektor pembuatan memerlukan teknologi yang tinggi serta
tenaga pakar yang mahir. Perkongsian kepakaran dengan tenaga mahir luar harus
digalakkan bagi tujuan memperoleh kemahiran baru untuk memajukan sektor
pembuatan di Malaysia. Contohnya memajukan sektor pembuatan automotiI
PROTON.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `1

3. Mementingkan pembangunan perindustrian
Tujuan pembangunan perindustrian adalah untuk mengukuhkan,
mengembangkan serta meningkatkan rangkaian perindustrian yang berasaskan
jaringan aktiviti yang menyeluruh dan bersepadu. Contohnya kerajaan harus
menyediakan modal yang mencukupi bagi membangunkan sektor pembuatan
yang terdapat di Malaysia.

4. Menumpukan pendekatan berasaskan kelompok
Perindustrian berasaskan kelompok membantu kelompok industri yang berdaya
saing dalam ekonomi sama ada dalam rantaian pengeluaran mahu pun
pengedaran yang lebih eIisien. Contohnya Program Rangkaian Perindustrian
(ILP) yang dilaksanakan untuk mengintegrasikan IKS tempatan dalam arus
perdana sektor perindustrian.


3.2.2 Strategi

Menurut Chamhuri (2005), Pelan Induk Perindustrian telah menggariskan beberapa
strategi. Antaranya :

1. Orientasi global
Strategi ini menekankan perubahan orientasi daripada aktiviti bertujuan untuk
eksport semata-mata kepada kegiatan berasaskan orientasi global. Keadaan ini
memerlukan sektor perkilangan memberi tumpuan kepada pasaran global yang
sentiasa berubah dengan menjadi pengilang yang berskala besar dan bertaraI
dunia. Sektor perkilangan harus membangunkan keupayaan pemasaran
diperingkat dunia agar dapat bersaing diperingkat antarabangsa dan tidak
bergantung semata-mata kelebihan dari segi kos.

2. Meningkatkan kebersaingan
Daya saing sektor perkilangan akan terus ditingkatkan dengan memberi tumpuan
kepada pembangunan kelompok industri melalui pendalaman dan perluasan
rangkaian perindustrian dan peningkatan produktiviti.

S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `2

3. Memperbaiki asas ekonomi
Usaha memperbaiki keperluan asas ekonomi akan memberi tumpuan kepada
pembangunan dan pengurusan sumber manusia, perolehan teknologi dan
peningkatan keupayaan menyerap teknologi, prasarana Iizikal, prosedur dan
peraturan pentadbiran sokongan. IntensiI Iiskal dan bukan Iiskal serta
perkhidmatan sokongan perniagaan.

4. Menggalakkan penyertaan perkilangan Malaysia
Disamping menggalakan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor
perkilangan, syarikat perkilangan milik rakyat Malaysia perlu diberikan peranan
yang lebih penting dalam Iasa perindustrian negara yang akan datang. ObjektiI
akan tercapai dengan meningkatkan penyertaan syarikat milik rakyat Malaysia
dalam aktiviti. Perkilangan secara meluas, terutama dalam kelompok yang
dikenal pasti mempunyai kepentingan strategi dalam pembangunan sektor
perkilangan pada masa akan datang. Mengekalkan pendapatan domestik tetapi
menambahkan juga sumbangan nilai tambahan domestik sektor perkilangan.
Teras ini akan menjadi penggerak pembangunan syarikat rakyat Malaysia untuk
menjadi syarikat gergasi.

5. Proses intensiI maklumat dan berteraskan pengetahuan
Penerapan proses intensiI maklumat dan berteraskan pengetahuan dalam aktiviti
perkilangan dan aktiviti berkaitan seperti penyelidikan dan pembangunan, reka
bentuk produk, pemasaran, pengedaran dan perolehan barangan disamping
peningkatan penggunaan teknologi maklumat bagi perdagangan elektronik akan
membentuk asas yang penting bagi pembangunan sektor pembuatan pada masa
hadapan.


3.2.3 Kelompok industri

Menurut Surtahman (2005), mengatakan dalam Pelan Induk Perindustrian kedua (PIP
II), terdapat tiga kelompok utama iaitu:


S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | ``

1. Kelompok peringkat antarabangsa
Kelompok ini adalah sebahagian besar berteras Syarikat Multinasional (MNC).
Produk mereka dihasilkan terutama bagi pasaran global dan pertumbuhan serta
pengekalan kelompok ini bergantung pada Iaktor global. Kelompok peringkat
antarabangsa adalah kelompok yang terdiri daripada tiga cabang iaitu yang
melibatkan elektronik dan elektrik seperti penghasilan teleIon bimbit daripada
Motorola dan Sony Ericsson. Kedua adalah kimia seperti Iarmaseutikal dan
petrokimia. Petrokomia adalah yang melibatkan barangan plastik. Contoh
produk yang dihasilkan adalah seperti bekas plastik, perhiasan plastik dan
komponen plastik. Ketiga adalah pakaian dan tekstil.

2. Kelompok berasaskan sumber
Tahap pelibatan dan pemilikan oleh rakyat tempatan adalah tinggi dalam
kumpulan industri ini dan sering disokong oleh keupayaan P&P. IKS yang
berasaskan sumber menjalankan operasinya dengan mendapatkan bahan mentah
dari persekitarannya. Bahan mentah yang mudah diperoleh, pengusaha akan
memprosesnya menjadi barang siap atau separuh siap untuk digunakan oleh
individu lain. Kelompok berasaskan sumber terdiri daripada dua cabang iaitu
pertama adalah asas sumber seperti kayu, getah, rotan, minyak sawit (sektor
makanan), kelapa sawit (sektor bukan makanan). Kedua pula adalah produk
yang berasaskan pertanian dan produk makanan seperti koko, buah-buahan dan
sayur-sayuran, sotong, ikan, dan udang.

3. Kelompok berteraskan dasar
Industri strategi yang pada asasnya berteraskan teknologi. Industri ini dikenal
pasti melalui usaha kerajaan dan adalah penting untuk pembangunan keupayaan
yang tertentu dalam negara. Kelompok ini terbahagi kepada tiga cabang iaitu
pertama adalah pengangkutan seperti kereta, aeroangkasa lepas dan juga
pembinaan kapal. Kedua pula adalah bahan seperti seramik dan logam yang
dihasilkan dari syarikat-syarikat kelompok IKS seperti alat ganti jentera, plat
keluli, dan bingkai besi. Ketiga adalah mesin yang melibatkan mesin mudah
alih.


S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `4

3.2.4 Kesimpulan

Penyediaan Pelan Induk Perindustrian II merupakan satu langkah untuk
Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian. Mementingkan industri kelompok bagi
memajukan lagi industri yang sedia ada. Adanya PIP II juga, perluasan pemasaran,
pengedaran, pengeluaran serta memajukan teknologi dengan adanya kepakaran akan
diberikan tumpuan dengan lebih menyeluruh. Keseluruhannya, PIP II ini akan
menjadikan matlamat, strategi dan halacara untuk Malaysia memasuki zaman
perindustrian yang lebih kompetitiI, bersepadu dan komprehensiI.


4.0 Isu dan Masalah Sektor Perindustrian
4.1 Masalah Perkembangan Perindustrian
Masalah utama dalam perkembangan perindustrian adalah kesan daripada dasar dan
strategi sektor perindustrian itu sendiri. Di mana kemudahan taraI perintis yang memberikan
pelepasan cukai mengikut jumlah modal dapat menimbulkan masalah dalam pelaburan di
malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan insentiI ini akan menambahkan jumlah modal dan
akan meminimumkan atau mengurangkan penggunaan tenaga buruh dalam sektor
perindustrian di Malaysia.
Selain itu, dalam keadaan perkembangan yang berasaskan penggantian import
menyebabkan berlakunya masalah perlindungan tariI dan kuota import. Pelbagai masalah
yang akan timbul daripada perlanjutkan perlindungan tersebut seperti berlaku ketidakcekapan
syarikat-syarikat tempatan yang wujud, usaha dalam meminimumkan kos pengeluaran akan
berkurangan kerana pasaran akan terjamin dan selamat. Negara akan mengalami kerugian
disebabkan ketiadaan unsur-unsur pertandingan dalam pengeluaran terutamanya dari segi
daya eksport negara dalam jangka panjang. Penumpuan diberikan kepada pengeluaran barang-
barang pengguna kurang mengutungkan kerana bidang ini diceburi oleh ASEAN. Keadaan ini
boleh menyebabkan pengeluaran sukar untuk dieksport dan akan merendahkan daya eksport
negara.
Masalah yang timbul dalam perkembangan perindustrian telah menyebabkan proses
perpindahan atau migrasi buruh dari luar bandar ke bandar semakin pesat. Keadaan ini
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `5

berlaku disebabkan permintaan tenaga buruh yang tinggi di kilang atau syarikat pengeluaran
di bandar terutamanya dalam kalangan remaja lepasan sekolah yang kurang berpelajaran dan
kurang pengalaman hidup di bandar. Keadaan ini mewujudkan kadar pengangguran di bandar
lebih besar daripada di luar bandar.
Selain itu, struktur upah yang kurang lumayan di sektor luar bandar merupakan salah
satu masalah yang timbul dalam perkembangan perindustrian. Buruh-buruh pertanian di luar
bandar akan mengalami pengangguran yang tinggi dan akan menjadi penganggur terbuka di
bandar. Sebilangan besar buruh-buruh yang berhijrah ke bandar akan berkerja tetapi
disebabkan mereka kurang mempunyai kemahiran, berpelajaran, pengalaman mereka akan
diletakkan oleh pengurus atau pengusaha sebagai buruh-buruh kasar dengan gaji yang rendah
daripada gaji yang mereka sepatutnya peroleh berdasarkan kelayakan.
Masalah daripada penghijrahan tersebut menyebabkan timbulnya masalah setinggan.
Keadaan ini akan menyulitkan kerajaan menyediakan keperluan asas seperti kemudahan air,
elektrik dan kesihatan. Masalah ini berlaku dengan pesat di bandar kerana buruh-buruh yang
berhijrah ke bandar tidak dapat menampung hidupnya akibat gaji yang rendah sedangkan taraI
hidup di bandar adalah tinggi. Contohnya, kawasan-kawasan setinggan kebanyakan terletak di
tepi-tepi tasik, kawasan lombong, tanah lapang, tepi-tepi jalan raya dan sebagainya. Kawasan-
kawasan tersebut akan berkemungkinan besar akan dimajukan oleh pihak-pihak kerajaan atau
swasta untuk pembangunan kilang.
Masalah penghijrahan penduduk luar bandar ke kawasan perkilangan menyebabkan
berlakunya masalah sosial terutamanya kalangan wanita. Keadaan ini menyebabkan taraI
hidup menjadi mewah, bebas dan pergaulan yang tidak terbatas di bandar kerap berlaku atau
dijadikan tempat melepaskan segala perasaan dan keinginan yang pernah dirasakan
terkongkong semasa di desa. Oleh sebab itu, timbullah masalah kerosakan akhlak dalam
kalangan penghijrah.

4.2 Dasar Pembangunan Perindustrian
Dasar yang telah dibentuk oleh kerajaan Malaysia bertujuan untuk menyelesaikan
masalah rakyat bagi menyediakan peluang pekerjaan sebanyak yang mungkin bagi
mengelakkan kadar pengganguran negara melebihi daripada 4. Hal ini, memerlukan
kerjasama daripada semua pihak bagi mengelakkan sesuatu dasar yang dirancang tidak dapat
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `6

dilaksanakan dengan berkesan. Dasar pembangunan perindustrian yang telah dilaksanakan
menunjukkan kerajaan serius untuk meningkatkan pendapatan rakyat selain daripada menjana
ekonomi negara. Masalah yang ada dapat diselesaikan dengan mudah jika setiap perkara yang
dilaksanakan mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajan. Terdapat beberapa
masalah yang telah dikenal pasti dan terdapat beberapa langkah yang dapat menyelesaikan
masalah yang wujud di negara ini untuk kebaikan bersama. Dasar yang dilaksanakan ini
dijangka dapat menyelesaikan masalah dalam sektor perindustrian negara yang
menyumbangkan paling banyak pendapatan mereka dalam ekonomi negara serta membantu
rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Antara tahun 50-an dan 60-an, Pelan Perindustrian Negara mula dirangka dan
dijalankan di negara kita sebagai usaha untuk mempelbagaikan sektor ekonomi negara yang
pada masa itu banyak bergantung kepada getah dan bijih timah. Bijih timah adalah bahan
semula jadi yang tidak boleh diperbaharui jika penggunaannya dilakukan secara berterusan.
Oleh itu, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada sumber tersebut. Selain itu, harga kedua-
dua komoditi ini tidak stabil dalam pasaran dunia menyebabakan kerajaan melancarkan
program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat, berdaya
saing, dan stabil dengan menumpukan kepada industri-industri yang bercorak gantian import.
Bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, pada tahun 70-an, disamping
mempelbagaikan ekonomi kerajaan juga menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih
pesat bagi menampung peluang pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) dengan memberi
tumpuan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang menggunakan
tenaga buruh yang ramai dalam menjalankan operasi mereka
(http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/13DASARPERINDUSTRIANNEGAR
A.pdI).
Pada tahun 80-an kerajaan merancakkan lagi program perindustriaan negara menerusi
penggalakan industri berat yang bertujuan memperkukuhkan asas perindustrian negara.
ObjektiI utama dasar perindustrian ialah untuk memajukan industri berat bagi membentuk
ekonomi negara yang lebih kukuh dalam jangka masa panjang. Selain itu, kerajaan juga giat
dalam menambahkan kemahiran rakyat dalam bidang teknologi yang lebih tinggi dengan
mewujudkan institusi yang boleh memberi latihan dan pendedahan kepada rakyat seterusnya
menjadikan buruh-buruh yang ada memiliki kepakaran yang tinggi dan tidak perlu untuk
bergantung dengan negara maju kerana negara telah mampu untuk menghasilkan kepakaran
kita sendiri dan bertukar dengan kepakaran yang ada dengan negara lain. Komitmen ini dapat
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `7

dilihat dengan kewujudan 27 buah politeknik dan 323 Istitusi Latihan Kemahiran Awam
(ILKA) dengan memberi penumpuan dalam bidang teknikal, latihan vokasional, dan
kemahiran untuk mempercepatkan proses perindustrian negara. Kerajaan telah memainkan
peranan mereka secara langsung dalam merancang, melaksana, membiayai, dan mengurus
industri-industri berat memandangkan pihak swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan
atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan
modal yang besar tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang
panjang. Hal ini memberi cabaran kepada kerajaan bagi meyakinkan semua pihak bahawa
industri berat mampu memberi pulangan yang lumayan seterusnya dapat meningkatkan
pendapatan negara yang akan memperkukuhkan kehidupan rakyat.

4.3 Pelan Induk Perindustrian III
Pembangunan perindustrian tidak terhenti pada masa itu sahaja tetapi diteruskan
dengan dengan skop yang lebih kecil penumpuannya seperti Pelan Induk Perindustrian 1
(1986-1995), Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005), dan sekarang diteruskan dengan Pelan
Induk Perindustrian ketiga (2006-2020) yang objektiInya lebih jelas untuk membaiki
kekurangan yang wujud dalam PIP 1 dan PIP 2. Pelan ini menunjukkan kerajaan berusaha
bersungguh-bersungguh dalam tempoh 14 tahun yang akan menjadi asas bagi mencapai
negara maju menjelang 2020 dan dengan kemujudan PIP 3 ia menjadi pemangkin untuk
meningkatkan keupayaan bumiputera dalam ekonomi negara. ObjektiI PIP 3 dilaksanakan
dengan matlamat untuk merapatkan jurang antara kaum dalam tiga teras ekonomi iaitu
pengeluaran, perkhidmatan, dan pertanian. Selain itu, dijadikan asas kemajuan negara
sebelum mencapai negara maju dengan mengenal pasti peluang untuk mengurangkan jurang
antara etnik dalam keusahawanan, pemilikan aset produktiI dan perkerjaan. Di samping itu,
PIP 3 juga dapat meningkatkan pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian
bumiputera yang berdaya tahan serta berdaya saing dan melahirkan masyarakat saintiIik dan
teknologi bumiputera yang semakin bertmbah dengan sokongan kementerian dan agensi.
Setiap objektiI yang telah ditetapkan akan menjadi kayu ukur samada setiap aktiviti-aktiviti
yang dirancang untuk pembangunan negara dicapai atau berlaku sebaliknya. Hal ini sangat
penting bagi memastikan kelancaran proses untuk negara mencapai negara maju menjelang
2020.
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `8

PIP 3 yang telah dirancang untuk memberi tumpuan kepada beberapa bidang yang
penting untuk meningkatkan pembangunan negara. Antara tumpuan kerajaan seperti prestasi
dan cabaran dalam pembangunan perindustrian, kerangka makro PIP 3, perdagangan luar,
pelaburan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, pembangunan perniagaan kecil dan
sederhana, penjenamaan, bidang pertumbuhan dalam sektor perkilangan, industri elektrik dan
elektronik, industri peralatan perubatan, industri tekstil dan pakaian, industri jentera dan
kelengkapan, industri logam, industri kelengkapan dan pengangkutan, industri petrokimia,
industri Iarmaseutikal, industri berasaskan kayu, industri produk getah, industri berasaskan
kelapa sawit, industri pemprosesan makanan, bidang pertumbuhan sektor perkhidmatan,
pembangunan industri halal, meningkatkan keupayaan domestik, keperluan sumber manusia,
teknologi maklumat dan komunikasi serta pembangunan teknologi lain, dan logistik. Setiap
komponen yang wujud ini telah diberi penekanan yang berbeza bagi menjamin setiap
objektiInya dapat dicapai dengan mudah. Tumpuan kerajaan tidak hanya dengan
memperkenalkan dasar sahaja tetapi dari aspek cabaran, masalah dan sebagainya.
Perkembangan sektor kedua iaitu perkilangan dan pembinaan begitu pesat sekali.
Sektor ini memainkan peranan yang paling penting kerana ia merupakan penyumbang
terbesar kepada ekonomi negara. Semasa PIP 2 pelbagai usaha yang telah dilaksanakan untuk
meningkatkan sektor ini terutamanya ketika pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad
dengan memperkenalkan dasar-dasar seperti industri berat, penggalakkan pelaburan, dan
banyak lagi dengan harapan sektor kedua ini mampu menjadi penggerak utama ekonomi.
Sektor perkilangan telah mencapai banyak kemajuaan dalam aspek pembangunan dan prestasi
ini dapat diukur melalui pertumbuhan dan sumbangan kepada KDNK dengan menunjukkan
peningkatan sebanyak 6.2. Pada tahun 1996 KDNK yang dicatatkan ialah 29.1 meningkat
kepada 31.4 pada tahun 2005. Peningkatan ini amat memberangsangkan kerana berlaku
masalah kegawatan ekonomi global pada tahun 2001. Selain itu, syer kepada jumlah eksport
telah menunjukkan sedikit perbezaan. Syer eksport produk perkilangan adalah 11.2,
bersamaan dengan pertumbuhan tahunan purata jumlah ekspot keseluruhan
walaubagaimanapun, syer eksport produk perkilangan kepada jumlah eksport merosot sedikit
daripada 78.5 pada tahun 1995 kepada 77.4 pada 2005 (IMP3. hlm: 6).
Di samping itu, sumbangan kepada jumlah guna tenaga dengan mewujudkan peluang
pekerjaan dalam sektor perkilangan dan sektor ini merupakan sektor yang kedua terbesar
selepas perkhidmatan. Sektor ini mencatatkan peningkatan daripada 2.2 juta orang pada 1996
kepada 3.1 juta pada 2005. Dalam proses beralih kepada produk dan aktiviti nilai tambah
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | `9

yang lebih tinggi, industri menghadapi kekurangan tenaga pakar dalam bidang tertentu dan
bagi mengatasi masalah ini dengan mengambil khidmat kepakaran asing, kebanyakkan buruh
asing yang berkerja di Malaysia adalah dalam kategori tidak mahir dan sebagai langkah untuk
mengurangkan pergantungan kepada buruh asing industri telah mengambil inisiatiI dengan
mengautomasi proses pengeluaran, menggunakan teknologi penjimatan tenaga buruh seperti
robot dan sistem integrasi perkilangan berasaskan komputer. Dalam Islamic ManuIacturing
Practice 2 (IMP 2) pertumbuhan produktiI sektor perkilangan telah mencatatkan pertumbuhan
tahunan purata 3.9. Pada tahun 2005, pertumbuhan produktiviti Malaysia adalah 3.8, lebih
tinggi daripada beberapa negara pesaing seperti Taiwan (2.9) dan Singapura (2.6).
Peralihan kepada aktiviti berteknologi dan berorentasiIikasikan modal dapat dinilai dari segi
pelaburan yang lebih besar dalam projek berteknologi tinggi dan berintensiIkan modal dan
kadar pengambilan pekerja mahir yang lebih tinggi. Dalam tempoh berkaitan projek
berteknologi tinggi seperti Iabrikasi waIer dengan pelaburan bernilai RM 15.9 billion dan
Iotoniks (RM 452.1 juta) telah diluluskan. Pelaburan domestik dalam projek berteknologi
tinggi ini menyumbang 23.6 kepada jumlah pelaburan.
Di samping itu, sektor perkilangan dapat diukur melalui intensiti modal dalam projek
pelaburan diukur melalui pelaburan modal setiap pekerja (CIPE) membahagikan projek yang
diluluskan. Industri yang mencatatkan peningkatan dalam nisbah CIPE termasuk elektrik dan
elektronik sebanyak 6.9 daripada RM 219, 988 kepada RM 684, 443. Pembangunan
hubungkait industri adalah ditunjukkan oleh Jadual Input-Output yang menilai tahap
hubungkait ke belakang dan ke hadapan antara pengeluar dan pengguna produk. Salah satu
Iokus utama dalam IMP 2 adalah pembangunan kelompok industri dengan menggunakan
pendekatan pembangunan sektor perkilangan bersama dengan pembangunan industri
sokongan yang melibatkan sektor perkhidmatan. Antara kelompok industri yang wujud seperti
automotiI di Tanjung Malim (Perak), Gurun (Kedah), petrokimia di Kerteh (Terengganau),
perabut di Muar (Johor) dan sebagainya, dan pembangunan ke arah pengagihan yang
saksama melibatkan beberapa aspek penilaian melalui pertumbuhan perindustrian terhadap
masalah seperti pembasmian kemiskinan, pengagihan pendapatan, penyusunan semula guna
tenaga, penyusunan semula hak milik, pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian
bumiputera, dan pembangunan wilayah yang seimbang ( IMP3. hlm: 14).


S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 40

4.4 Bidang Pertumbuhan dalam Sektor
Matlamat IMP 3 adalah untuk membaiki kejayaan yang telah dicapai semasa
menjalankan IMP 2, jadi beberapa langkah telah dikenal pasti antaranya mempercepatkan
peralihan ke arah produk dan aktiviti bernilai tambah yang lebih tinggi untuk kekal berdaya
saing. Langkah-langkah termasuklah mengenal pasti, membangun dan mempromosi bidang
pertumbuhan baru. Barangan eksport utama dirangka terdiri daripada sebahagian besar produk
nilai tambah kepada lebih tinggi dalam bidang elektrik & elektronik, kimia dan produk kimia,
peralatan automotiI, mesin dan peralatan, produk ICT dan multimedia, dan produk asas tani.
Meningkatkan pengaplikasian teknologi bagi menambah baik dan membangunkan produk
baru dan berinovasi. Melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran yang perlu dalam bidang
teknikal dan proIessional untuk memudahkan peralihan ke arah aktiviti nilai ditambah yang
lebih tinggi. Membantu dan memudahkan syarikat tempatan, termasuk syarikat berkaitan
kerajaan GLC yang mempunyai keupayaan dikembangkan dalam bidang pertumbuhan baru
dan menambah baik program bantuan bagi mempromosi pelaburan dan pelaburan semula,
termasuklah penyumberan luar, penjenamaan, R&D, D&D, pematuhan standard dan automasi
( IMP3. hlm: 237).
Selain itu, mempermudah dan mempercepat pembangunan kelompok domestik dan
serantau dengan melalui usaha berterusan untuk membangunkan kelompok tempatan.
Penubuhan perkhidmatan sokongan akan digalakkan bagi memenuhi keperluan kelompok
yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Pada masa yang sama, pembangunan kelompok
serantau akan digalakkan, dengan mengambil peluang liberalisasi perdagangan yang
meningkat dan inisiatiI serantau terhadap integrasi perindustrian. Pembentukan konglomerat
serantau digalakkan. Di peringkat ASEAN, Malaysia akan berkerjasama dalam melaksanakan
pelan hala tuju untuk integrasi tujuh daripada 11 sektor utama yang melibatkan perkilangan,
iaitu produk berasaskan kayu, tekstil dan pakaian, produk automotiI, produk berasaskan getah,
produk asas tani, perikanan, dan elektronik. Antara langkah lain yang dikenal pasti adalah
mengintegrasikan industri domestik ke dalam rantaian global.
Malaysia akan terus mengekalkan kedudukan dalam rantaian global, dengan matlamat
untuk menjadi rantaian global yang lebih baik pada masa ini. Pelbagai langkah yang dia mbil
untuk membantu dan memudahkan syarikat Malaysia seperti menggalakkan industri memberi
Iokus terhadap kompetensi teras dan kekuatan dalam kalangan rangkaian global dan serantau.
Mempermudahkan usaha sama Iirma Malaysia (termasuk enterpris kecil dan sederhana-EKS)
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 41

dengan GLC dan MNC di Malaysia dan Iirma Malaysia dengan MNC yang beroperasi di luar
Malaysia. Menggalakkan penyumberan luar iaitu penyumberanluar pesisir dan lain-lain
amalan perniagaan yang menggalakkan integrasi dan menbangunkan Malaysia sebagai hub
serantau untuk produk dan perkhidmatan terpilih, termasuk produk dan perkhidmatan halal,
bioteknologi dan produk automotiI.
Di samping itu, menggalakkan penggabungan dan perkongsian strategik dalam
kalangan industri. Industri akan digalakkan untuk merasionalisasikan aktiviti dan operasinya
bagi mendapatkan kelebihan daya saing dan syer pasaran yang lebih tinggi. Hal ini akan
memudahkan syarikat mengambil peluang daripada layanan keutamaan dan pembukaan
pasaran yang diwujudkan oleh perjanjian perdagangan bebas (FTA). Syarikat juga digalakkan
untuk mempertimbangkan rasionalisasi dan pengabungan operasi melalui perkongsian
strategik dan M&A. Hal ini membolehkan syarikat mengembangkan operasinya dengan
kekuatan dan sinergi dan kelebihan. Antara lain langkah yang akan diambil adalah
menggalakkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan menyokong aplikasi bagi teknologi
peneraju dengan menggalakkan industri melaksanakan pelbagai aktiviti dan proses berasaskan
pengetahuan dalam operasi. Inovasi teknologi dan dipromosikan untuk mencipta produk dan
pasaran baru dengan mempermudah industri mengguna pakai dan menyebarkan teknologi dan
amalan perkilangan termaju. Membangun dan menambah baik keupayaan teknologi dalam
bidang kepakaran yang disarankan seperti mikroelektronik, teknologi nano, kejuruteraan
automotiI, dan bioteknologi dengan menyediakan bantuan kepada syarikat untuk menjalankan
aktiviti seperti R&D dan latihan, termasuklah melatih pekerja Malaysia, oleh syarikat milik
asing dan tempatan industri terpilih. Usaha ini dapat diteruskan juga dengan membangunkan
taman teknologi tinggi khusus, dengan inIrastruktur Iizikal, tenaga kerja dan industri
sokongan yang diperlukan, bagi memenuhi keperluan pertumbuhan bidang yang disasarkan
(IMP3. hlm: 250).
Bidang pertumbuhan yang disasarkan adalah sebanyak dua belas industri di sektor
perkilangan bagi membangunkan dan mempromosikan industri tersebut. Industri ini telah
dinilai dan mempunyai potensi untuk menyumbang bagi pembangunan seterusnya dan
meningkatkan eksport bagi sektor ini dan industri berkenaan akan menyumbang kepada
mempelbagaikan aktiviti perindustrian dan meningkatkan daya tahan sektor tersebut untuk
membolehkannya mengambil peluang daripada pertumbuhan pasaran di peringkat serantau
dan global. Industri yang sisasarkan adalah:
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 42

Bukan Berasaskan Sumber Berasaskan Sumber
-Elektrik dan elektronik
-Peralatan perubatan
-Tekstil dan pakaian
-Jentera dan kelengkapan
-Industri logam
-Kelengkapan pengankutan

-Petrokimia
-Farmaseutikal
-Produk berasaskan kayu
-Getah dan produk getah
-Industri berasaskan kelapa sawit
-Pemprosesan makanan



4.5 Prospek Sektor Perkilangan
Sektor perkilangan akan terus kekal sebagai sektor terpenting dengan pertumbuhan
tahunan purata 5.6 dalam tempoh PIP 3 (2006-2020) yang menyumbang 28.5 kepada
ekonomi negara menjelang 2020. Eksport perkilangan dijangka terus menerajui dalam
pengembangan eksport. Syer eksport produk E&E yang merupakan penyumbang terbesar
dalam produk perkilangan dijangka kekal disebabkan oleh jangkaan permintaan yang
meningkat untuk aplikasi tanpa wayar dan elektronik pengguna. Sub-sektor lain yang
dijangka mencatatkan pengembangan dalam eksport termasuklah kimia dan produk kimia,
jentera dan kelengkapan, komponen automotiI, peralatan perubatan dan produk berasaskan
pertanian. Pertumbuhan sektor perkilangan akan dipengarugi oleh tren utama, termasuk
integrasi industri di peringkat global dan peralihan ke arah pertumbuhan perindustrian
berasaskan pengetahuan.

4.5.1 Integrasi perindustrian global
O Globalisasi terbuka bukan sahaja untuk pasaran produk dan perkhidmatan,
bahkan juga merupakan pasaran untuk bahan mentah dan input perantaraan.
Daya saing pada masa hadapan syarikat adalah berkait rapat dengan keupayaan
syarikat dalam memgenal pasti dan membangunkan pasaran khusus yang terpilih
untuk produk mereka dan mendapatkan akses kepada sumber antarabangsa dan
pembekal input perantara yang penting. Dalam usaha untuk kekal berdaya saing,
setiap Iirma perlu memberi tumpuan kepada kompetensi teras dan menyumber
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 4`

luar bidang kerja lain kepada Iirma luar yang mempunyai kecekapan
pengeluaran yang besar atau kelebihan unik lain. Ini dapat mempercepatkan
proses saling bergantung dan integrasi perindustrian global. Apabila industri
merasionalisasi untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian perindustrian
global yang saling bergantung dan berintegrasi, perdagangan elektronik akan
menjadi lebih penting. Lebih banyak pusat perkilangan akan dipindahkan ke
lokasi yang dapat memaksimumkan daya saing dan kelebihan perbandingan.

4.5.2 Pertumbuhan perindustrian berasaskan pengetahuan
O Pada masa industri berusaha untuk mengeluarkan produk yang lebih canggih dan
menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, pengetahuan akan menjadi
Iaktor penentu yang penting bagi syarikat kekal berdaya saing. Syarikat perlu
menggabungkan lebih banyak aktiviti dan proses berasaskan pengetahuan dalam
operasi mereka, bagi membolehkan mereka kekal sebagai peneraju dalam
inovasi produk dan wujud di pasaran. Pengguna ICT yang lebih luas akan
mempermudahkan usaha mencari pengetahuan, di samping mengubah operasi
dan proses perniagaan penting serta mempermudahkan syarikat berhubung
dengan keseluruhan rangakaian kemudahan pengeluaran dan perkhidmatan.

O Perolehan pengetahuan berasaskan komputer dan latihan teknologi akan menjadi
keperluan asas untuk tenaga kerja industri. Majikan memerlukan pekerja
berpengetahuan yang mempunyai pelbagai kemahiran serta mampu berurusan
secara Ileksible menggunakan teknologi berasaskan maklumat dan
berintegrasikan komputer dan mengambil bahagian dengan membuat keputusan
berkaitan produk dan pembaikan proses. Dengan peningkatan yang ketara dalam
automasi perkilangan, terdapat keperluan untuk menyediakan latihan semula
bagi melengkapkan tenga kerja dengan kemahiran dan kompetensi baru dalam
mengendalikan dan menyenggara kelengkapan automasi (IMP3. hlm: 248).


Kesimpulannya, kejayaan yang telah kita kecapi pada hari ini bukan datang bergolek
tetapi dengan usaha dan keringat bagi mencapai pada tahap ini. Masyarakat seharusnya
mempunyai minda kelas pertama bagi meneruskan perjuangan nenek moyang kita untuk
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 44

mencapai taraI negara sedang menbangun dan impian bakal menjadi kenyataan menjelang
2020 untuk menjadi negara maju apabila semua tenaga muda berganding bahu untuk
memajukan tanah air. Ilmu pengetahuan dan pengalaman bakal digembeling bersama bagi
mencapai taraI tersebut. Jika hanya satu pihak sahaja berusaha dan pihak lain bersuka-ria
tanpa membantu sedikit pun semua ini tidak akan tercapai. Ekonomi negara akan mudah
berkembang apabila tenga muda dan tua berganduing bahu untuk meningktkan pendapatan
negara seterusnya menambah pendapatan penduduk. Bagi mencapai negara berpendapatan
tinggi semua indikator-indikator yang ada dalam sesebuah negara perlu bergabung dan hasrat
itu akan tercapai dengan jayanya.

5.0 Kajian Kes Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia dengan PKS di
Negara-negara Luar
5.1 Abstrak
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau kini lebih dikenali sebagai Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) merupakan tulang belakang kepada sektor perindustrian dan sering
diperkatakan sebagai salah satu ejen pembangunan ekonomi negara. Disebabkan ia
merupakan tulang belakang kepada sektor perindustrian, maka tumpuan khusus harus
diberikan kepada industri ini bagi menjamin dan memastikan kekuatan dan perkembangannya
dapat diteruskan selari dengan pemulihan ekonomi di rantau ini. PKS mewujudkan peluang
pekerjaan, integrasi antara Iirma, menjana eksport serta mampu membantu dalam proses
pengeluaran beberapa industri berskala sederhana mahupun besar. Kajian ini cuba melihat
sejauh mana PKS di Malaysia menghadapi masalah dan perbandingan atau perbezaan dengan
PKS negara luar. seterusnya untuk mempertingkatkan lagi PKS di Malaysia supaya setanding
dengan negara luar sekaligus mempertingkatkan pengeluaran dan menyumbang pada tahap
yang paling tinggi kepada KDNK negara.

5.2 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Memang tidak dapat dinaIikan bahawa PKS berperanan yang sangat penting dalam
perkembangan ekonomi sesebuah negara terutamanya Malaysia. Dengan erti kata lain, PKS
berkeupayaan menyediakan peluang pekerjaan serta mampu mewujudkan perseIahaman di
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 45

antara Iirma, terutamanya dalam proses menghasilkan pengeluaran berasaskan bahan keluaran
tempatan. Dalam jangka masa panjang, secara tidak langsung PKS mampu meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara daripada eksport barangan berasaskan PKS, seperti mana yang
dilalui oleh negara Jepun, Thailand serta Korea Selatan. Justeru, PKS di Malaysia berpotensi
besar menjadi pemangkin utama pembangunan ekonomi negara berasaskan persamaan yang
dimiliki dengan negara Jepun. Persamaan ini boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam
usaha tersebut. Antara ciri-ciri atau persamaannya ialah motivasi keusahawanan dan
pengeluaran projek perkhidmatan yang berkualiti tinggi, pelan perkembangan perniagaan
serta diberi sokongan padu oleh institusi kewangan. Kini, sekurang-kurangnya 12 buah
Kementerian dan 40 agensi kerajaan terlibat dalam pembangunan PKS ini termasuk juga
perusahaan mikro tempatan. PKS sektor pembuatan adalah di bawah kuasa Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Industri Sederhana dan Kecil
(SMIDEC), manakala industri kotej, perusahaan mikro dan PKS setempat adalah di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagi meningkatkan sumbangan PKS sebagai
pemangkin pertumbuhan ekonomi, pihak kerajaan telah memulakan banyak program
komprehensiI ke arah pemantapan PKS yang diantaranya melibatkan program rangkaian
industri, program global dan skim pengauditan kilang.
Skim bantuan kewangan untuk PKS pula adalah dalam bentuk geran serta pinjaman
dengan penyediaan pelbagai dana yang melibatkan semua segmen dan penamaaan sikap
keusahawanan serta mendapat kerjasama dari negara luar seperti Jepun. Dana Pembangunan
dan Pemulihan Usahawan, Projek Usahawab Bumiputera, ASEAN Japan Development FunI
(AJDF). Skim Usahawan Kecil dan Skim Pembiayaan Francais. Kerajaan juga telah
melancarkan Dana Perolehan Teknologi (TAF) dan Dana Komersialisasi Penyelidikan dan
Pembangunan (CRDF) untuk melicinkan pelbagai aktiviti penyelidikan dan kaji selidik
pasaran. Bagi menggalakkan serta meningkatkan kemahiran pekerja, PKS juga memberi
peruntukan bagi membiayai kos latihan termasuk kepada orang asli dan pekerja mahir dengan
kerjasama SMIDEC.
Perkara yang menjadi persoalan adalah masalah dan juga kedudukan industri serta
PKS di Malaysia adakah setanding dengan negara luar dan mampukah PKS di Malaysia
mencapai tahap kemajuan seperti jiran kita Thailand, Jepun dan Korea Selatan. Kajian kes ini
dilakukan bertujuan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengusaha PKS di Malaysia
dan beberapa langkah yang perlu di lakukan untuk mengatasi masalah ini disamping
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 46

mengambil contoh pelaksanaan yang telah dilakukan oleh negara luar dalam usaha
memajukan PKS di negara mereka.

5.3 Masalah yang dihadapi oleh PKS di Malaysia

5.3.1 Masalah modal dan pembiayaan

PKS bermula sebagai industri berasaskan keluarga dengan modal disumbangkan
oleh pengusaha sendiri dan pinjaman daripada kawan atau saudara-mara. Pihak bank
atau institusi kewangan kurang berminat untuk memberi pinjaman kerana pengusaha
PKS tidak mempunyai cagaran atau kredibiliti yang menyakinkan. Keadaan ini
menyukarkan pengusaha PKS mengembangkan perniagaan. Kekurangan sumber
kewangan dan kesukaran memperolehi pinjaman merupakan antara masalah utama
dalam membangunkan PKS. Kedudukan dan siIat industri kecil yang serba kekurangan
termasuk ketiadaan cagaran menyebabkan PKS sukar memperolehi kredit dan pinjaman
daripada bank-bank perdagangan atau institusi kewangan. Hal ini disebabkan pemberian
kredit tidak menguntungkan kerana kadar Iaedah rendah yang ditetapkan oleh Bank
Negara yang melibatkan kos pentadbiran yang tinggi untuk memproses dan menapis
pinjaman kecil, kos yang tinggi untuk menyediakan khidmat perundingan dan
pengembangan bagi perniagaan kecil, risiko kegagalan perniagaan yang tinggi yang
mungkin menimbulkan masalah kesukaran membayar balik pinjaman.

5.3.2 Masalah pasaran dan pemasaran
Pasaran yang tidak meluas dan terhad kepada pasaran tempatan sahaja kerana
keluaran yang dihasilkan tidak mampu bersaing di pasaran antarabangsa yang
menyediakan keluaran yang berteknologi tinggi. Di samping itu, pengusaha PKS juga
tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang pasaran serta tidak mampu
mengadakan promosi bagi meluaskan pasarannya. Pengusaha PKS juga perlu
mempelbagaikan produk untuk membolehkan produk mereka menembusi pasaran pasar
raya. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob, kebanyakan pengusaha PKS cenderung untuk menghasilkan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 47

produk berbentuk makanan menyebabkan persaingan menjadi semakin sengit. Keadaan
ini menyebabkan pihak pasar raya besar terpaksa menolak banyak produk dan memilih
yang benar-benar berkualiti untuk dipasarkan. Kenyataan in sebenarnya bermaksud
bahawa pengusaha PKS perlu mempunyai tahap Ileksibel yang tinggi dalam
menghasilkan produk mereka supaya produk mereka akan terus bersaing di pasaran
antarabangsa. Pengusaha PKS pada masa kini tidak mampu untuk membangunkan
produk baru dan ini menyebabkan mereka mengeluarkan barangan yang hamir sama
dalam pasaran.

5.3.3 Masalah pengurusan
Pengurusan yang dijalankan kurang cekap kerana cara atau kaedah pengurusan
yang digunakan tidak terkini dan kurang inovasi. Hal ini disebabkan kebanyakan
pengusaha PKS mempunyai taraI pendidikan rendah dan kurang terdedah kepada
prinsip moden. Tingkat pencapaian pendidikan dan pengetahuan rendah para pengusaha
PKS ini memberi implikasi besar ke atas kelicinan perjalanan PKS. Pencapaian
pendidikan yang rendah ini mengehadkan kemampuan mereka untuk membuat promosi
jualan mahupun pengiklanan. Ini menyebabkan pasaran bagi barangan industri menjadi
terhad. Tahap pendidikan yang rendah juga membataskan tahap inovasi, perubahan dan
pembaharuan baik dalam bidang pengurusan mahupun dalam pengeluaran akan
menghalang perkembangan PKS.
.
5.4 Strategi atau Langkah dalam Menyelesaikan Masalah PKS di Malaysia
Kebanyakan pengusaha PKS beranggapan kekurangan modal dan kesukaran
mendapatkan pinjaman menjadi punca utama kegagalan PKS mereka berkembang. Antara
punca yang dikenal pasti adalah ketiadaan cagaran untuk meminjam serta sistem pengurusan
PKS sedia ada yang tidak teratur bagi meyakinkan pihak peminjam untuk menyalurkan
bantuan. Pengusaha PKS juga perlu mempelbagaikan keluaran dan tidak bergantung penuh
terhadap keluaran makanan serta industri kraItangan sehaja. Para pengusaha tempatan boleh
menjadikan Negara Thailand dan China sebagai contoh atau 7ole-model dalam usaha
mempelbagaikan hasil PKS ini. Pengusaha PKS perlu mempunyai perseIahaman dengan
S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 48

Iirma mahupun industri besar, seperti mana yang dipraktikkan di Jepun, Korea Selatan dan
kini jiran kita iaitu Thailand dalam industri pembuatan ringan. Kebanyakan produk keluaran
PKS disalurkan terus ke pasaran terbuka tanpa sebarang kawalan kualiti, sedangkan wujudnya
persaingan hebat dari PKS dari dalam dan luar negara.
Sebagaimana pendekatan yang telah dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam usaha
menangani masalah PKS di negara mereka adalah dengan menggabungkan kekuatan dengan
syarikat lain dalam industri yang sama. Komoditi pertanian dan perdagangan organisasi
memberikan anggota dengan sokongan bermula daripada kajian pertanian untuk komoditi
promosi. Industri konsortium membolehkan pengeluar atau pengusaha PKS untuk berkongsi
kos dan menanggung risiko bersama yang berkaitan dengan pengangkutan serta
memaksimumkan kewujudan pasaran luar negeri mereka. Disamping bekerjasama dengan
syarikat yang lebih besar membantu pengilang atau pengusaha PKS mencapai skala ekonomi
yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Syarikat yang lebih besar membantu
PKS dengan menawarkan perkhidmatan proIesional dan undang-undang untuk membina
hubungan perniagaan dan memberikan arahan di pasaran luar negeri.

5.4 Kesimpulan
Demi mencapai kemajuan dalam PKS, kita perlu mengambil contoh dan pendekatan
yang telah dilakukan oleh negara luar dalam usaha memajukan PKS mereka. Ini kerana apa
yang telah mereka lakukan sudah terbukti menunjukkan kejayaan mereka dan pelan atau
strategi yang di rancang oleh mereka jelas sekali berkesan dan berjaya.







S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 49

.0 Kesimpulan

Di Malaysia, kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan
yang berkemampuan dan bertaraI antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Dalam
pembangunan pesat ekonomi sekarang, keperluan dalam meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam kegiatan perindustrian dan perdagangan di samping memenuhi hasrat dan
objektiI pembangunan negara serta merealisasikan wawasan 2020 juga telah menjadi satu
kesedaran umum.
Kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan dan merancakkan
IKS. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat KDNK negara memperlihatkan kepentingan
dan peranan IKS yang makin ketara. Penubuhan satu kementerian baru dalam kabinet
kerajaan Malaysia selepas pilihanraya 1995, iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan telah
membayangkan kesedaran dan keperluan ini. Selaras dengan itu juga, pelbagai pihak telah
mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini ialah melalui
bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS.
Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor perkilangan
yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020, ternyata
memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna. Kesedaran
pelbagai pihak tentang keperluan dalam melahirkan usahawan yang berkemampuan dan
bertaraI antarabangsa serta pekerja mahir adalah tinggi. Selaras dengan ini, pelbagai pihak
telah mula menyedari bahawa salah satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah
melalui bantuan dan sokongan kepada pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit
dalam sektor ini haruslah meneroka dan merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri
ekspo-ekspo perindustrian di luar negara. Dengan wujudnya inisiatiI dan iltizam, IKS bukan
sahaja berdaya maju bahkan menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan
Wawasan 2020.



S L L D 1 0 1 ` : L K O N O M I MA L A Y S I A | 50

.0 Rujukan

Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan dan Norshamliza Chamhuri. (2005). onomi
Malaysia edisi eenam. Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Industri Kecil dan Sederhana (). Diakses pada 26 Mac 2011, daripada
http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant20Topics/IndustryInMalaysia/Business/I
KS/Pages/IKS.aspx
INTAN. (1994). Dasa7-dasa7 pembangunan Malaysia. Malaysia: INTAN.
IKS Memacu Ekonomi Negara (2011). Diakses pada 26 Mac 2011, daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?optioncomcontent&viewarticle&id627
6:iks-memacu-ekonomi-negara&catid392:inIo-ringkas-ekonomi
Kerangka Plan Strategik (). Diakses pada 1 April 2011, daripada
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/13DASARPERINDUSTRIANNE
GARA.pdI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. (2006). IMP3 Pelan Indu
Pe7indust7ian Ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Mohd. Rosli Mohamad & Mohamed Aslam Gulam Hassan. (2000). Pembangunan onomi
Malaysia 7a Globalisasi. Malaysia: Universiti Malaya.
Nur Rashidah. (). Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)-Kajian Kes Zon Pesisir Pantai
Semenanjung Malaysia. Diakses pada 1 April 2011, daripada
http://www.scribd.com/doc/39795205/an-Kecil-Dan-Sederhana-PKS-Kajian-Kes-Zon-
Pesisir-Pantai-Semen-an-Jung-Malaysia
Pelan Induk Perindustrian (2008). Diakses pada 26 Mac 2011, daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?optioncomcontent&viewarticle&id257:
pelan-induk-perindustrian&cat
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (2011). Diakses pada 26 Mac 2011,
daripada,http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant20Topics/IndustryInMalaysia/B
usiness/IKS/IKSTrainingProgramAndDevelopment/SMIDEC/Pages/SMIDEC.aspx