Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMBUAT MURAL PADA LIMA PANEL DINDING DEWAN TERBUKA SKSA TEMA : MURAL BERINFORMASI, MURID

TERISI

1.0

PENGENALAN Keceriaan merupakan suatu aspek penting yang membolehkan murid berminat terhadap persekitaran sekolah. Selain itu juga, keceriaan dinding sekolah memberikan gambaran bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah berada dalam keadaan yang baik dan teratur. Dinding sekolah yang ceria memberikan keselesaan dan satu suasana yang baru kepada murid-murid yang saban hari menggunakan dewan sekolah sebagai tempat berkumpul dan lain-lain aktiviti.

2.0

MATLAMAT

Menjadikan dinding sekolah kelihatan lebih ceria dan selesa dipandang. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih untuk menjadikan keceriaan sekolah sebagai salah satu komponen penting untuk suasana pembelajaran yang kondusif.

Menerapkan elemen pembelajaran yang bermakna di dalam setiap lukisan mural seperti membuat mural yang berkaitan dengan subjek atau aktiviti murid.

3.0

OBJEKTIF

Menceriakan dinding sekolah dengan lakaran yang yang berinformasi dan bertema sesuai dengan gaya pendidikan masa kini.

Mendedahkan murid-murid dengan subjek yang mereka pelajari dan aktivitiaktiviti yang mereka sertai sepanjang penglibatan mereka di sekolah melalui lukisan mural yang bermakna.

Memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk mengendali dan menceriakan dinding sekolah seperti yang telah dirancang bagi memberi manfaat kepada seluruh warga SKSA.

4.0

TARIKH PELAKSANAAN Tarikh Masa : Sepanjang Praktikum III dan Internship : Tertakluk kepada waktu senggang guru-guru pelatih

Tempat: Panel dinding Dewan Terbuka SKSA

5.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Guru-guru praktikum yang terlibat : Nur Syamsiddar binti Haruddin (Sains) Nur Syafawati bt Abd Samad (Sains) Nurul Ezzati bt Mohamad Saadon (Matematik) Nurul Shafawati bt Ghazali (Matematik) Muhammad Alif b Abu Bakar (K Hidup) Mohamad Khairul Ridzwan b Mohamed Nawi (K Hidup) Mohamad Molkhan b Mohamed Kassim (K Hidup)

6.0

BELANJAWAN Kami akan menggunakan segala kelengkapan yang telah disediakan oleh pihak sekolah seperti cat, spray, berus dan bahan-bahan lain hanya menggunakan bahan-bahan terpakai yang boleh digunakan sepanjang kami menyiapkan mural di kelima-lima panel dinding.

7.0

PENUTUP Sekolah bukan sahaja tempat menimba ilmu dan menanamkan sifat disiplin tetapi turut menumpukan ke arah mewujudkan pembelajaran yang sempurna dan memberangsangkan. Oleh hal yang demikian, kami sepakat untuk menjayakan apa yang telah dirancang iaitu melakar dan mewarnakan mural yang berinformasi, sesuai untuk dijadikan tontonan umum pada kelima-lima panel sepanjang Dewan Terbuka SKSA. Sesebuah komuniti berubah kepada lebih baik adalah hasil keadaan sekeliling yang sangat menggalakkan. Dengan adanya pengemaskinian yang dilakukan, maka secara tidak langsung kawasan persekitaran sekolah akan menjadi lebih menarik dan mesra murid, insyaAllah.

Disediakan oleh : _________________ (Nur Syamsiddar bt Haruddin) Wakil Guru Pelatih, SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur

Disahkan oleh : __________________ (Puan Sabariah bt Ali) Guru Besar SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai