Anda di halaman 1dari 32

PENGENALAN Sebagai manusia di atas muka bumi ini, kita sentiasa menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Kemampuan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi. Malah haiwan juga dikatakan mempunyai bentuk bahasa mereka yang tersendiri untuk berkomunikasi sesama mereka. Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Menurut definisi yang dilakukan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:106) mengatakan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yang lain dan sebagainya). Manakala, Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Kedua cetakan kesepuluh (1999: 77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang digunakan oleh para anggota suatu masyarakat untuk berkerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri. Hal ini bermakna bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jika bunyi yang dihasilkan itu bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak bermakna bagi manusia lain bererti bunyi itu juga bukanlah bahasa.

TEORI HURAIAN BAHASA A) Tradisional Secara keseluruhannya, ahli-ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa strukturstruktur bahasa ialah hasil daripada sebab dan akibat dan bahasa di dunia ini ialah variasi-variasi daripada satu sistem bahasa yang berasaskan logik dan rasional yang sama. Kajian-kajian ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri berikut: Kajian-kajian bahasa dibuat berdasarkan bahasa tulisan; Huraian tatabahasa bersifat notion dan berdasarkan anggapan disiplindisiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tepat. Contohnya, dalam tatabahasa Bahasa Melayu, kata nama didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan . . . (Zaba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk notion. Tetapi apabila mendefinisikan sifat, definisinya berasaskan fungsi, iaitu sifat ialah segala perkataan yang menerangkan dan menunjukan sifat sesuatu nama attau perbuatan yang lainnya, seperti besar,bodoh,pandai, segera, selalu (Zaba, 1954); Kajian bahasa yang dijalankan ialaah kajian secara deduktif, iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan; Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihuraikan berasaskan ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang lainnya). Ahi bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihuraikan berdasarkan unsur-unsur yang sama.

B) Teori Struktural Asas pengkajian ahli bahasa struktural adalah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada satu keseluruhan sistem.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadah atau konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Bahasa ialah pertuturan 2. Bahasa ialah satu sistem 3. Sistem bahasa ialah arbitrari 4. Bahan adalah untuk perhubungan

Tegasnya, huraian bahasa ialah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan; penerangan tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi, pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli struktural bahasa ialah pendekatan induktif.

C) Teori Transformasi Generatif Kajian tranformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa seseorang penutur ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengari mereka kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semulajadi untuk berbahasa. Kecekapan ini merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa tersebut. Maka analisis tranformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda bahasa tersebut.

Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang-orang lain tidak tahu tentang bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa yang berkenaan. Rumusrumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus tranformasi.

D) Teori Fungsional Menurut ahli-ahli bahasa fungsional, kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa tetapi juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentukbentuknya tatkala seseorang itu berkomunikasi. Ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan-anggapan tertentu terhadap bahasa. Antaranya ialah:

1. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung atau berkomunikasi bukan merupakan satu sistem tertutup dan statik, tetapi terbuka dan dinamik; 2. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa berdasarkan kepada kekuatan dan keteguhan wacana serta semantik dan bukan hubungan sintaksis. 3. Yang penting dalam bahasa ialah penggunaannya (use) dan bukan kegunaannya (usage); 4. Variasi dalam bahasa ialah hasil daripada cara menggunakan bahasa yang diterima oleh masyarakat sebagai rules of use sesuatu pertuturan itu dianggap sesuai mengikut masa, tempat, penutur/pendengar dan keadaan tertentu; 5. Bahasa sebagai alat komunikasi, bukan sahaja berfungsi untuk

menggambarkan fikiran, perasaan, keadaan penuturnya tetapi juga seluruh situasi atau tujuan bahasa itu digunakan.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

A) Teori Behaviorisme (mekanis)

Mereka yang telah mengkaji teori behaviouris ini ialah ahli-ahli psikologi seperti Pavlov, Thorndike, Hull, Skinner yang menganggap pembelajaran sebagai suatu proses yang mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Ahli-ahli behaviouris berpendapat bahawa terdapat perhubungan antara satu rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulang jika diikuti dengan ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh peneguhan yang positif juga akan diulangi. Gerak balas yang sering diulangi akan membentuk satu kebiasaan.

Sebagai kesimpulannya, antara ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada teori behaviouris ini adalah seperti yang berikut :

i.

Pembelajaran

ialah

satu

proses

mekanis

yang

terjadi

daripada

perhubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon); ii. iii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran; Sesuatu gerak alas yang diikuti dengan peneguhan yang positif juga akan lebih sering diulangi; iv. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.

B) Teori Kognitif (mentalis) Antara yang mengkaji teori kognitif atau mentalis ialah Noam Chomsky, Piaget, Robert Lee, Robin Lakoff, George A. Miller, Gelstat, E.H. Lenneberg dan Kohler. Dalam bidang psikologi, antara ahli kognitif yang terkenal ialah J. Piaget. Beliau telah mengemukakan gagasan bahawa perkembangan kognitif bukan hanya hasil kematangan organisme, bukan pula pengaruh alam sekitar, tetapi ialah interaksi antara kedua-duanya. Organisme aktif mengadakan hubungan dengan alam sekelilingnya. Penyesuaian terhadap objek-objek yang ada dalam lingkungannya, yang merupakan proses interaksi yang dinamis inilah yang disebut kognitif. Sebagai fungsi mental yang mempunyai hubungan dengan proses mengetahui, proses kognitif, merangkumi aspek-aspek persepsi, ingatan pemikiran, simbol dan pemecahan masalah.

Sebagai kesimpulnnya, yang berikut ialah ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada teori Kognitif : i. ii. Pembelajaran itu merupakan proses mental; Semua kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara kerana mereka dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian; iii. Dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan mental bagi kanak-kanak pada satu peringkat umur adalah sama; iv. Kanak-kanak mempelajari benda-benda sebagai satu golongan dahulu dan kemudian baharu dia mengetahui anggota-anggota atau bahagian itu.

C) Teori Interaksionalis Ahli-ahli interksionalisme, seperti Bloom (1970), Bowennan (1973,1976), Cromer (1976) dan yang lain lagi, sependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya

melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak yang berkenaan perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan mana-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.

Sebagai kesimpulannya, yang berikut bialah ciri-ciri pembelajaran yang dapat disimpulkan daripada teori interaksional: i. ii. Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik; Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna boleh diutamakan daripada struktur bahasa; iii. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajarpelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna; iv. Pembelajaran ialah satu proses aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima secara terus tetapi akan diproses dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan; v. Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan dan masa tertentu, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada kaitannya denagn perkara yang menggembirakan; vi. Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna, dan hubungan dengan pengalaman sedia ada; vii. Antara pengajaran dan pembelajaran tidak ada hubungan secara langsung. Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak semestinya dapat dipelajari. Itulah sebabnya guru harus memahami strategi pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan.

viii.

Pembelajaran melibatkan perasaan, dan berkait rapat dengan emosi seseorang. Peranan pelajar haruslah dijaga agar timbul rasa yakin terhadap diri sendiri;

ix.

Pembelajaran juga melibatkan pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan dan kebolehan dalam bahasa saling berkait;

x.

Pembelajaran berlaku sedikit demi sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan masa. Ada antaranya dapat dipelajari dengan banyak dalam masa yang pendek atau sebaliknya. Oleh itu, guru tidak harus membuat kesimpulan bahawa tiaptiap yang diajar dapat dipelajari dalam masa yang ditetapkan.

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI KONSEP Menurut Kamus Dewan (1998), strategi ialah rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga ialah kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam P&P

berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi ialah rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang teratur. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran: i. ii. iii. iv. Kaedah dan teknik yang harus digunakan dalam P&P Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran Menggunakan alat bantu mengajar Kawalan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai.

STRATEGI P&P 1. Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. 2. Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam isi pengajaran. 3. Strategi pemusatan guru, murid dan bahan pengajaran.
Bhn pengajaran : bhn yg digunakan oleh guru seperti graf, peta, model, spesimen, gambar dll. Bhn pembelajaran : bhn yg digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, radas dll

Guru memainkan peranan utama di dalam bilik darjah, guru yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran PENDEKATAN (byk beri penerangan, KONSEP mendengar) murid hanya

Murid memainkan peranan penting. Murid melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Guru merupakan pembimbing sama ada dalam bentuk kumpulan atau individu.

10

PENDEKATAN

Pendekatan ialah cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah, pendekatan merupakan cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu pembelajaran. Lazimnya, pendekatan dibuat berasaskan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan 1998 pula, pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugasan. Dalam konteks pendidikan, pendekatan ialah cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, pendekatan ialah cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif.

Ciri-ciri pendekatan ialah objektif-objektif yang hendak dicapai adalah berbentuk jangka panjang dan bersifat aksiomatik iaitu pernyataannya di anggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Biasanya, pendekatan merangkumi strategi atau kaedah dan teknik yang digunakan dalam satu-satu penyampaian, berasaskan model atau teori P&P pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.

11

A. Pendekatan Deduktif Pendekatan Deduktif menghendaki guru lebih mementingkan pengajaran undangundang bahasa daripada penggunaan bahasa. Pelajaran bahasa dimulakan dengan huraian undang-undang bahasa sebelum guru memberi contoh-contoh

menggunakan undang-undang itu dalam ayat. Contohnya, jika guru mengajar tajuk kata nama, guru akan memberi definisi kata nama dahulu sebelum menunjukan contoh-contoh kata nama dalam ayat.

Bagi penggunaan pendekatan deduktif, perkara-perkara yang harus diberikan pertimbangan wajar oleh seseorang guru yang hendak memaksimumkan

keberkesanan pengajaran adalah seperti yang berikut:

1. Generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pelajaran mestilah dinyatakan dengan jelas dan secara mudah difahami.

2. Contoh-contoh tidak seharusnya datang daripada guru sahaja tetapi juga dikemukakan oleh murid-murid sendiri.

3. Latihan yang diberikan mestilah: a) Beraneka jenis dan dalam aneka konteks b) Bermakna dan bukanlah semata-mata penghafalan, dan c) Tidak memakan masa yang terlalu panjang pada satu-satu masa.

4. Kefahaman generalisasi haruslah dinilai dengan memerlukan murid-murid menggunakannya dalam situasi-situasi yang hampir sama.

Sebagai kesimpulanya, pendekatan deduktif dari segi bahan pengajarannya bermula dengan memerhati satu-satu pola. Kemudian contoh-contoh yang berkaitan dicari. Akhirnya menggunakan contoh-contoh untuk mengambarkan pola berkenaan dan pendekatan deduktif mementingkan sistem kelas kata dan pertalian sintaksis.

12

B. Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif adalah mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hokum, membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh dan membuat justifikasi daripada yang spesifik (khusus) kepada yang umum (general). Pendekatan induktif juga merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturanperaturan umum daripada fakta-fakta atau contoh yang tertentu dan

memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Dalam p&p, guru memberi contoh dahulu sebelum buat kesimpulan. Contoh :: IKAN EMAS, UDANG (khusus) BERNAFAS MELALUI INSANG (perhati) HAIWAN YG HIDUP DALAM AIR. (buat generalisasi)

Antara ciri-ciri pendekatan ini ialah menekankan aktiviti murid secara aktif. Menekankan aspek lisan. Membentuk satu hukum daripada pernyataan tertentu. Menggunakan kaedah pencarian atau penemuan ( discovery method ) yang melibatkan kegiatan memerhati, menyelidik dan menyiasat. Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru. Sebagai kesimpulannya, pendekatan induktif ini, dari segi bahan pengajarannya bermula dengan memerhati fakta-fakta linguistik, kemudian cuba menggolongkan fakta-fakta linguistik itu, dan akhirnya berdasarkan penggolongan fakta linguistik, membuat generalisasi. Patut diingati bahawa pendekatan induktif ini mementingkan ciri-ciri fonologi bahasa, iaitu bunyi dan pola-pola bunyi.

C. Pendekatan Eklektik Eklektik atau eclectic bermakna campuran atan gabungan. Pendekatan ini mengabungkan kedua-dua pendekatan deduktif dan nduktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Misalnya,guru memulakan pengajarannya dengan memmberi contoh contoh berkaitan dengan aspek bahasa yang ingin diajar, serta

13

ditambah dengan contoh-contoh daripada murid-murid. Murid-murid kemudiannya didorong untuk member contoh-contoh lai dalam konteks yang hampir sama.

MODEL 1

GENERALISASI

CONTOH

GENERALISASI

Generalisasi
deduktif

Contoh Generalisasi
induktif

Pendekatan eklektik

MODEL 2

CONTOH

GENERALISASI

CONTOH

Contoh
induktif

Generalisasi
deduktif

Pendekatan eklektik 14

Contoh

D. PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Berpusatkan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat, berjanji, menafikan dan sebagainya. Menekankan kepada bagaimana menyerapkan bentuk-bentuk gramatikal bagi tujuan komunikasi. Wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa. Fungsi komunikasi disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh pelajar untuk menolong mereka berkomunikasi di bilik darjah dan kehidupan seharian. Dalam pendekatan ini, penguasaan bahasa yang paling tinggi ialah penguasaan berkomunikasi. Ciri-ciri pendekatan komunikatif ialah menekankan makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang digunakan adalah tertumpu kepada fungsi komunikasi. Proses pembelajaran bahasa adalah bertujuan belajar untuk berhubung. Percubaan untuk berkomunikasi digalakkan lebih awal. Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran. Antara prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ialah murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya. Guru harus merancang aktiviti yang memerlukan murid menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Contohnya, aktiviti bacaan, murid diberi tugas membaca untuk mengumpul maklumat yang akan diberikan kepada seorang kawan. Kedua, pengajaran bahasa di buat dalam konteks wacana. Guru mewujudkan situasi di bilik darjah yang membolehkan murid berkomunikasi menggunakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan. Pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi yang sebenarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran mengikut pendekatan komunikatif ialah membolehkan murid berkomunikasi, maka pengajaran bahasa mesti mengadungi 3 proses.

15

i.

JURANG MAKLUMAT :Komunikasi berlaku antara dua orang atau lebih. Jurang maklumat ialah seseorang daripada mereka yang terlibat dalam komunikasi mengetahui perkara yang tidak diketahui oleh orang lain.Tujuan komunikasi ialah untuk menghapuskan jurang maklumat.

ii.

PILIHAN : Orang yang terlibat dalam proses komunikasiboleh membuat pilihan apa yang hendak dikatakan dan bagaimana cara hendak menghasilkan ujaran dan menggunakan bahasa yang sesuai.

iii.

MAKLUM BALAS : Aktiviti komunikasi mesti ada maklum balas iaitu hubungan dua hala.

KAEDAH Suatu siri tindakan guru yang sistematik serta berturutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik iaitu jangka masa pendek sesuatu pelajaran. Kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur. Cara atau peraturan untuk melaksanakan sesuatu. Kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai jenis kaedah, contohnya dalam pendekatan induktif [spesifik-umum], pelbagai kaedah digunakan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, kaedah prosedur dan sebagainya.

16

Namun begitu, setiap satu kaedah kaedah itu, tidaklah dapat dikatakan melebihi yang lain dalam semua hal. Dalaam kebanyakan hal, lebih-lebih lagi di sekolahsekolah, didapati lebih daripada satu kaedah dipakai. Jadi tidak seharusnya kita menerima mana-mana satu atau menolak seluruhnya yang lain. Antara kaedah yang boleh diguna pakai dalam pengajaraan bahasa di sekolah ialah :

Kaedah tatabahasa Kaedah terjemahan Kaedah bacaan Kaedah terus Kaedah fonetik Kaedah audio lingual Kaedah semula jadi Kaedah psikologi

TEKNIK Konteks pendidikan menyatakan teknik mengajar ialah kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan keadah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah bercerita, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan.Di antara teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru ialah teknik bercerita bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran. Mengikut pandangan Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakkan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Tujuan teknik mengajar yang bervariasi ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya objektif tercapai. Teknik mengajar hendaklah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Jean Piaget menyatakan perkembangan kognitif kanak17

kanak yang berumur 6-11 tahun sesuai dengan teknik pengajaran seperti bercerita dan permainan yang menggunakan bahan konkrit. Antara teknik-teknik mengajar yang biasanya digunakan oleh guru-guru ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcaraan, sumbang saran, permainan, dan sebagainya.

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda dan maklumat disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna kepada murid dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau

18

makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan lebih bermakna. Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang melibatkan pelbagai persekitaran pembelajaran, ia meliputi persekitaran dalam bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Melalui teori ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan atau memvariasikan pelbagai bentuk pengalaman yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal, psikologikal untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Ciri-ciri teori pembelajaran kontekstual ialah murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna iaitu di dalam rangka minda. Melalui pengetahuan tersebut maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Peranan seorang guru ialah untuk mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perkaitan dengan hubungan persekitaran, sekolah dan situasi pekerjaan adalah merupakan salah satu pendekatan dari kontekstual.

19

PEMBELAJARAN MASTERI Konsep Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya: a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda: a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; b. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah; c. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan d. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda: a. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar b. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai c. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara; d. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan e. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

20

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk dunia sebenar seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya.

PEMBELAJARAN KONTRUKTIVISME Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah

21

realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

22

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN .

MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Soalan : 1. Apakah yang kamu faham tentang slide show itu? 2. Apakah yang akan berlaku sekiranya Set induksi (5 minit) tindakan tidak diambil? 3. Sebagai seorang pelajar, apakah yang harus kamu lakukan?

Guru menunjukkan slide show tentang masalah disiplin kepada murid

BBM : Slide show masalah disiplin Nilai : Peka Prihatin Bertanggungjawab

Guru dan murid bersoal jawab tentang slide show yang ditayangkan.

Guru mengaitkan tajuk pelajaran dengan slide show yang ditayangkan.

Guru memberi murid-murid teks kefahaman

Guru meminta muridmurid agar membaca teks yang telah diberikan bersamasama

BBM : Teks

NILAI : Prihatin Sabar

Langkah 1 (15 minit ) Setiap murid diminta untuk berfikir tentang mesej yang ingin disampaikan daripada teks tersebut.

23

Lembaran pengurusan grafik diberikan kepada

Murid di dalam kelas dibahagikan kepada lima kumpulan.

BBM : Lembaran pengurusan grafik Latihan isi tempat kosong

setiap kumpulan Murid berbincang di dalam kumpulan tentang mesej yang ingin disampaikan melalui teks kefahaman yang diberikan

KB: Penyelesaian masalah

Langkah 2 (15 minit )

Guru memberikan latihan kepada murid

NILAI : Bekerjasama Prihatian Tolong menolong

Murid dikehendaki melakukan perbincangan di dalam kumpulan.

Guru menyuruh murid-murid mengisi tempat kosong berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Langkah 3 (20 minit)

Slide power point ditunjukkan kepada murid

Di dalam kumpulan, semak jawapan hasil daripada perbincangan yang di lakukan.

BBM : Slide power point

Menukar kertas

24

jawapan dengan kumpulan yang lain untuk disemak. Murid diminta untuk membina ayat tunggal daripada tayangan slide power itu. Kemudian, ayat tunggal tersebut hendaklah digabungkan atau dicantumkan untuk menjadi ayat majmuk.

STRATEGI: Kemahiran menulis

NILAI : Bekerjasama Kejujuran

Penutup 1. Apakah yang telah kamu pelajari Penutup (5 minit) sebentar tadi? 2. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini? Murid diminta menyatakan perkaraperkara yang telah dipelajari. NILAI MURNI: Bertanggungjawab Kesedaran Mendisiplinkan diri

25

REFLEKSI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Set Induksi Kekuatan: 1. Teknik menyoal yang dijalankan berjaya menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi pembelajaran ke peringkat yang selanjutnya. Murid-murid telah memberikan respon yang memberangsangkan terhadap soalan-soalan yang telah diajukan kepada mereka. 2. Persembahan slide yang ditunjukkan oleh BBM gabungan komputer riba dan LCD berjaya mengekalkan momentum minat murid-murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. 3. Teknik bercerita berkenaan dengan tajuk pengajaran yang dijalankan juga berjaya membuatkan murid-murid lebih teruja untuk meneruskan sesi

pembelajaran. Kelemahan: 1. Kaedah dan teknik mengajar tidak dapat divariasikan kerana masa yang dirancang bagi set induksi ini agak singkat untuk menggunakan kaedah yang pelbagai. Langkah 1 Kekuatan: 1. Murid-murid berjaya memainkan peranan dengan membacakan teks berkenaan dengan tajuk yang disediakan secara terang, kuat dan jelas. 2. Teknik sumbangsaran yang dilaksanakan guru berjaya membangkitkan rasa ingin tahu murid dengan lebih lanjut terhadap sesi pembelajaran yang akan dijalankan pada ketika itu. Kelemahan: 1. 1/3 daripada kalangan murid masih gagal untuk membacakan teks dengan kuat dan jelas. 2. Beberapa orang murid tidak mampu untuk menyampaikan mesej tersirat yang terkandung di dalam teks.
26

3. Langkah 2 Kekuatan: 1. Kaedah pembahagian kumpulan mengikut tahap prestasi semasa murid-murid yang dilaksanakan berhasil. 2. Murid-murid diminta untuk mencatat isi-isi penting yang terdapat di dalam teks. 3. Latih tubi dan hafalan melalui lembaran pengurusan grafik telah diedarkan kepada setiap kumpulan. 4. Murid-murid melakukan perbincangan dengan ahli kumpulan bagi mendapatkan jawapan untuk lembaran kerja yang telah diedarkan. Murid dapat menambah kefahaman terhadap perkara yang diajar oleh guru. Kelemahan: 1. Kumpulan yang lemah belum dapat menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan sepenuhnya. Beberapa orang murid telah dikenalpasti masih belum dapat menyatakan isi-isi penting yang terdapat di dalam teks.

Langkah 3 Kekuatan: 1. Jawapan lembaran pengurusan kerja dilampirkan pada persembahan slide menggunakan komputer riba dan LCD sebagai BBM. 2. Murid berjaya menguasai kemahiran menulis apabila melengkapkan lembaran kerja yang diberi hasil perbincangan yang telah dijalankan dengan ahli kumpulan masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. 3. Nilai kerjasama antara kumpulan berjaya dipupuk semasa penukaran lembaran kerja kumpulan dengan kumpulan lain untuk penyemakan jawapan. 4. Keseluruhan murid mampu untuk membuat ayat tunggal berdasarkan isi-isi penting yang dipetik daripada teks yang diberikan. 5. Sebilangan besar murid juga berjaya menggabungkan ayat-ayat tunggal yang dibina supaya membentuk ayat majmuk. 6. Penglibatan murid yang berkesan dapat dilihat semasa menuliskan ayat tunggal dan ayat majmuk pada papan putih.
27

Kelemahan: 1. Segelintir murid masih belum dapat menulis dengan cantik dan jelas pada papan putih kerana kurang keyakinan diri.

Penutup Kekuatan: 1. Murid-murid berjaya menyatakan perkara yang mereka pelajari (ayat tunggal & ayat majmuk) dengan berkesan. 2. Murid-murid berjaya menyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam teks yang disediakan. 3. Keseluruhan hasil pembelajaran diiktiraf sebagai berjaya. Kelemahan: 1. Teknik dan kaedah yang digunakan kurang bervariasi kerana pengurusan masa pengajaran yang kurang berkesan.

28

LAMPIRAN

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING

: MOHAMAD ASAUFI BIN KAMALUDIN : PISMP BM : SATU : PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH : EN HEGRETUL AMIN BIN

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

TANDA TANGAN

22.2.2010

Menerima soalan tugasan projek dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran.

Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya pada 8.4.2010

24.2.2010 Memahami kehendak soalan tugasan perbincangan dengan 3 orang rakan

membuat pertukaran idea

membuat jadual kerja

29

22.3.2010

. Maklumat berkenaan kerja kursus direkodkan.

Pemerhatian

Soal Selidik

sehingga 26.3.2010 Bahan gambar internet

27.3.2010

Berbincang dengan rakan-rakan untuk mendapatkan senarai tugasan yang lebih jelas

hingga Mengumpul bahan dan mula menyiapkan kerja kursus

7.4.2010

Mengumpul maklumat Menganalisis maklumat yang dikumpul menyusun maklumat mengikut keutamaan

8.4.2010

Menghantar tugasan yang telah disiapkan kepada pensyarah pembimbing

Diterima dan direkodkan

30

REFLEKSI
Oleh kerana ilmu pedagogi sentiasa berkembang dari masa ke semasa, maka konsep pedagogi juga berubah mengikut perkembanngannya. Pada masa kini, dengan bertambah banyaknya kajian bercorak saintifik terhadap teori pengajaaran dan pembelajaran berlandaskan psikologi perkembanngan kanak-kanak,objektif pendidikan serta kurikulum sekolah, konsep pedagogi adalah lebih tepat dikataakan sebagai sains pengajaraan mlibatkaan kajian ke ataas prinsip-prinsip dan kaedahkaedah mengajaar serta proses pengajaran berdasarkan kkaedah penyelidikaan pedidikan dengan tujuan mendapat hasil pegajaran yang berkesan. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya gabungan beberapa kaedah, teknik, dan pendekatan digunakan oleh guru ketika berada di dalam kelas. Bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid tetapi memudahkan kerja guru untuk memberi kefahaman dengan lebih cepat kepada murid-murid. Selepas melakukan tugasan projek ini saya dapat mengetahui terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik dan strategi boleh digunakan untuk menjadikan pengajaran dan pembeklajaraan lebih efisyen dan dinamik. Pengunaan kaedah dan teknik yang sesuai dapat membantu murid-murid memahami pelajaran yang diajar dengan cepat dan menarik.

31

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mok Soon Sang (2009) Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor.

Nik Hassan Basri Nik Abd Kadir (2009), Teori Bahasa Implikasi Terhadap Pengajaraan Tatabahasa, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kuala Lumpur : Mok Soon Sang Edisi Kelapan (2004).Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur

32

Anda mungkin juga menyukai