Anda di halaman 1dari 9

SOALAN TUTORIAL WAJ 3106 SOALAN TUTORIAL INTERAKSI 1

1. Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia

Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969

1.

Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. 2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandarbandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orangorang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang 3. Latar belakang pendidikan yang berbeza Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-

masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandarbandar sahaja. 4. Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . 5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

6.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang

antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. 10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk

mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
IMPLIKASI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1. Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda. 2. Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. 3. Perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. 4. Peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.

2. Menganalisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak sematamata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia

sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Sekiranya tidak dilakukan, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

Bincangkan Membincangkan kepentingan hubungan etnik di Malaysia Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sekiranya tidak dilakukan, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969. Jelaskan maksud Jelaskan maksud konsep-konsep berikut: 1. Etnik Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. 2. Etnisiti Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. 3. Etnosentrisme

Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. 4. Ras Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, warna mata, jenis rambut dan cirri-ciri fizikal lain yang agak ketara. 5. Rasisme Pandangan, pemikiran, atau kepercyaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan. 6. Prejudis Merupakan pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. 7. Stereotaip Kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan sebagainya. 8. Diskriminasi Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

SOALAN TUTORIAL INTERAKSI 2 1. Menggalurkan proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu Pluralistik (Majmuk) terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat, ia terdiri daripada beberapa kumpulan etnik.

Manakala masyarakat pluralistik merupakan satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk datu kumpulan yang bersatu padu. Di antara berikut merupakan proses pembentukan masyarakat plralistik di Alam Melayu: I. II. III. IV. Kesultanan Melayu Melaka ( 1402 1511 ) Penjajahan Portugis ( 1511 1641 ) Penjajahan Belanda ( 1641 1824 ) Penjajahan British ( 1826 1941 ) ( 1946 1948 )

2. Menganalisis faktor-faktor sejarah yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum 1970 Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan diMalaysia.Di antaranya ialah;Agama dan kebudayaan Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistemnilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yangmenghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. Dasar Penjajah British Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yangmenjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri..Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuhantara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan Laporan Razak menyebutbahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etniklebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibundamasing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat kenegara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan inimelebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan danmenjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkankeperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warganegara yang beridentitikan satu negara.

Amalan ekonomi yang berlainan Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik Kewuju dan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulanhanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Pendudukan Jepun Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu danCina.

3. Menganalisis perkembangan modenisasi di Malaysia dan luar negara 4. Menghubungkaitkan pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia

Bincangkan Pluralisitk kaum membantu merancakkan perkembangan pendidikan di Malaysia. Bincangkan. Soalan Tambahan Jelaskan pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu.

SOALAN TUTORIAL INTERAKSI 3 1. Mensintesis proses pembentukan pembangunan mengikut acuan Malaysia 2. Menganalisis pembangunan lima tahun selepas 1970 ekonomi

3. Menilai kepentingan Rancangan Lima Tahun terhadap perkembangan sosio-ekonomi masyrakat majmuk di Malaysia 4. Menganalisis kesan rancangan lima tahun terhadap hubungan etnik di Malaysia

Bincangkan Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum boleh menggugat perpaduan. Bincangkan.

Soalan Tambahan Corak ekonomi yang diamalkan oleh penjajah British telah meninggalkan kesan penting terhadap sosioekonomi. Cadangkan langkah yang wajar diambil untuk mengatasi isu tersebut.

SOALAN TUTORIAL INTERAKSI 4 1. Menghuraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia 2. menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini 3. menggalurkan proses pembentukan perlembagaan 4. menganalisis unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan sebagai intrumen perpaduan

Bincangkan Sejauh mana polemik politik semasa antara kaum boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara? Soalan Tambahan Apakah yang dimaksudkan dengan Kontrak Sosial dalam kontek Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan nyatakan perkaraperkara yang berkaitan dalam perlembagaan itu.

SOALAN TUTORIAL INTERAKSI 5

1. Mensintesis bagaimana prinsip-prinsip Islam Hadhari dapat memupuk pembentukan masyarakat pelbagai kaum yang harmoni 2. Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. 3. Sejauhmanakah masyarakat dan kerajaan memainkan peranan dalam pemupukan hubungan etnik. 4. Menganalisis Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dalam kontesk hubungan etnik

Bincangkan Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Bincangkan dari sudut ekonomi, social dan politik.

Huraikan Huraikan faktor-faktor yang berpotensi menggugat keharmonian beragama dalam masyarakat pelbagai agama dan berikan cadangan memperbaiki keharmonian kehidupan beragama di Malaysia.

1. http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/kepentingan-hubunganetnik-yang.html 2. http://www.scribd.com/doc/62163814/Tutorial-Minggu-4 3. http://www.scribd.com/doc/49650026/proses-pembentukanmasyarakat-pluralistik-di-alam-melayu 4.